Hebahan

Thursday, August 2, 2012

CDC Julai 2012

Kali ni... ada 7 berita hangat sahaja memandangkan TT sudah terbitkan edisi Juara berganda~

1. Tema, logo dan lagu sempena Kemerdekaan Malaysia ke-55.

Dah macam budak-budak gara-gara nak bodek punya hal. Tak kreatif langsung pak Menteri kita sorang ni. Inilah hasilnya..


Dan akhirnya..berdolak-dalih kata itu bukan logo rasmi (yang hanya di copy-paste di Microsoft Word). Macam mana pula tema membodek dan lirik "menggertak" - masa untuk balas budi. Ah!

Cuba tengok yang lebih kreatif sebegini. Pilih saja. Ops~ Patutlah dah lama takde pertandingan mencipta logo kan? 


Hakikatnya kalau ini untuk BN atau UMNO..tidak ada masalah. Tapi ni sempena merdeka. Patriotik, bukan politik! Jangan terkejut.. daripada 270 ribu viewer dapat 30 ribu DISLIKE!

TT : Takziah kepada Prof. di-raja Ungku Aziz atas kehilangan isteri tercinta Azah Aziz, tokoh budayawan negara.

2. Uncle Seekers ditahan


Uncle Seekers ditahan dan didakwa gara-gara memuatkn artikel yang dikatakan menghina institusi di-raja Johor menerusi tulisan dalam blognya.

Banyak lagi kes mahkmah yang berjalan seperti kes Sosilawati. Terkini, Rafizi Ramli kini didakwa atas akta BAFIA, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989. Apa kes? Sebab bongkar skandal NFC.

TT : Pelik! Lebih kurang macam kes KAFA dan FAM. KAFA yang buat laporan sebab Ghaddar dikasari..alih-alih Ghadar yang akan berdepan hukuman didenda dn digantung perlawanan. Satu perkataan saja.. Bongok~

3. BERSIH entiti yang sah!


Sah! Mahkamah Tinggi KL memutuskan pertubuhan BERSIH sah di sisi perundangan. Terkesima Hishamudin yang sibuk nak kata BERSIH ni haram.


TT : Wang kertas baru sudah diedar. Duit RM20 kembali. Dah macam permainan Saidina ~ tapi duit ni SAH ya!



4. Hijrah


Satu fenomena. Ramai artis yang berhijrah menjadi lebih positif dan lebih baik. Macam tak cukup senarai yang mula mengenakan hijab. Bermula dari Irma Hasmie tahun lepas. Disusuli Siti Nordiana, Akma, Noorkhiriah, Farah Ashikin, Yatt, Natasha Hudson, Noryn Aziz, Sasha Saidin, Sharifah Sofea dan terbaru.. Sharifah Aleya.


Lelaki juga tidak terkecuali. Bermula dengan Bob Lokman. Al-Mawlid (ex Ruffedge, VE, Innuendo), Ashraf Muslim, dan terkini termasuklah Adib Fabulous Cat, Adam, Youk Bunkface.



Kemuncaknya..ada yang menceburi bidang politik seperti Aishah, Abby Abadi, Hairee Othman, Leman Raja Lawak dan Adam Hamid (pengarah Duyung Aridinata dll). Persoalannya.. kenapa mereka memilih PAS? Dan bila mereka memberi ceramah adakah mereka Ustaz/ah? Salah ke? Tugas cakap soal agama hanya milik ustaz semata-mata ke?

TT : Adakah ini tanda-tanda PR (PAS) boleh menerajui negara?

5. Lompat jangan tak lompat!


Ahli Parlimen Sabah, Datuk Wilfren Bumburing (Tuaran) & bekas Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Datuk Seri  Lajim Ukin. DUSH~ Satu tamparan.. Sibuk sangat nak rampas Selangor ni..

TT : PRU 13 lambat lagi la der~

6. Isu air Selangor


SYABAS tak nak diserahkan kepada kerajaan Selangor. Itu punca masalah. Sebab kerajaan persekutuan sudah cuak~ Itu saja..malas ulas lebih.

TT : Tahniah! Syabas! Terima kasih daun keladi kepada kerajaan Malaysia. "Kami mendengar..."

7. Batman - Dark Night Rises


Christoper Nolan melengkapkan trilogi Batman. Dan ianya lebih menarik daripada prekuel sebelum ini. Taksub punya hl smpai ada yang berangan jadi "joker" tembak orang awam di Aurora, Colorado.


TT : Sudah tengok trailer SAM arahan Syafiq Yusof? Mengagumkan~ Klik sini.

No comments:

Post a Comment