Hebahan

Thursday, August 2, 2012

CDC Julai 2012 (edisi Juara-juara)

Bulan Julai 2012 menyaksikan begitu banyak sekali nama yang terukir selaku pemenang. Memahat nama sebagai juara amat susah, namun mengekalkan semangat kejuaraan ataupun kemenangan itu lebih sukar. Kebanyakan rancangan realiti akan umumkan pemenang sebelum masuknya Ramadhan. Kan?

1. Musabaqah Tilawah Alquran Antarabangsa


Qaari : Muhammad Anuar Ghazali (Kelantan, Malaysia) yang berusia 36 tahun dinobatkan sebagai juara kategori qari setelah memperdengarkan Ayat 84 Surah Hud dan meraih markah 95.33 peratus

Qaariah :Hasnae Khoulali (Maghribi) berumur 19 tahun.Beliau memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM40,000 setiap seorang selain trofi dan sijil penyertaan

TT : Juara Mania dapat RM 500K. Juara Superspontan dapat RM 100K. Nampak tak permainannya di situ?

2. Masterchef Selebriti Malaysia


Dato' Fazley Yaacob

TT : Ralat Soo Winci tak masuk Top 2. Takpe.. rezeki Angah.

3. Showdown 2012


Group Dem Lepak Boyz



TT : Budaya "pop" anak muda. Kena tahu juga "market" generasi Z macam mana.

4. Bintang RTM 2012


Aisha Safia


Malam final Aisha nyanyi lagi Kisah Hati dan juga lagu baru, Fantasia (Omar K/Slen).

TT : Ada penmpilan khas peserta BRTM seperti Misha, Alyah dll sebelum pemenang diumumkan.

5. EURO 2012


Sepanyol


TT : Banyak perlawanan persahabatan bola sepak yang menarik. QPR telah membelasah Sabah dan Kelantan 5-0. Harimau Malaya kalah kepada Manchester City 3-1 dan tewas tipis kepada Arsenal 2-1. Hampesnya Arsenal..dengn Kitchee FC (Hong Kong) pun boleh seri. Kelantan menang ok lawan Kitchee dan mara ke semi AFC Cup dah pun.

6. Liga Super & Liga Perdana 2012

Kelantan (Juara Liga Super kali kedua berturut-turut)





ATM (Juara Liga Perdana kali pertama)

TT : Tiada pasukan dari Utara Malaysia beraksi dalam Liga Super 2013. Perlis siap turun Liga FAM ok.

7. Kasut Emas (penjaring terbanyak)

Liga Super - ada 2 pemenang dengan gol sebanyak 15 gol

Francis Forkey Doe (Terengganu) & Jean Emmanual Effa Owana (N9)


Liga Perdana - Khairul Izuan Abdullah (PDRM) - 27 gol

TT : Khirul Izuan dipinjmkn ke N9, Rozaimi Rahman ke Selangor sempena kempen Piala Malaysia nanti. Adakah Safee Sali atau Badrol Bakhtiar ke Kelantan?

8. SUKMA 2012


Terengganu


TT: Olimpik London 2012 sudah bermula. Adakah emas pertama Malaysia akan menjadi kenyataan? Dari jenis sukan apakah? Jeng jeng jeng

9. On Air


1. Hafizul Kamal,  2. Hefny Sahad, 3. Hassanal Bolkiah



Semua finalis On Air (4 orang) yang dibuat secara mengejut petang hari Ahad bermula dengan huruf H. Hafizul, Hefny, Hassanal Bolkiah dan Herleena.

Kenapa sendu sangat Pak Nil ooi...? On Air kan bukan main gah proses pencariannya? Episod akhir dibuat tergesa-gesa. Dan tiada ulangan. Iklan pun nan ado~ Adakah disebabkan khabar angin kena "banned" Astro Brunei gara-gara penglibatan bekas permaisurinya. Dan salah seorang perantis On Air ada nama mirip Sultannya. TEET~

TT : Nama perantis banyak bermula dengan huruf H terutama lelaki. Jom senaraiakn.. Hafiz, Hafizuddin, Hefny, Hilal, Hakim, Herleena, Hafizul, Hassanal, (Hanas, Hazfar & Henche Kamarul pun nak juga). Sebenarnya.. TT nak Dahlia menang.

10. Imam Muda 3?


Belum ada pemenang lagi. Tetapi antara 3 orang finalis ini, IM Jabar, IM Hafiz atau IM Naufal, siapakah akan dinobatkan Juara Imam Muda 3. Siapkah akan ikut jejak langkah IM Asyraf dan IM Hassan?


TT: Pilih IM Naufal (kiri sekali :)

No comments:

Post a Comment