Hebahan

Thursday, May 31, 2012

3T : SC


Lama betul segmen 3T tiada di halaman ini. Kali ini bukan pasal teka-teki tetapi masih timbul tanda tanya (3T).

Hari ni.. sempat tweet sebegini - 

Scorpene scandal will sting like scorpion? Ready 4 da scoop...

Asalnya nak buat ayat yang menggunakan perkataan yang bermula dengan SC!

Apa itu SC?

Science Centre? Pusat sains negara kah?


Science Communicator? Itu kareer aku tu~



Oh! Scatter~


Baiklah..kembali ke topik asal..perkataan yang bermula dengan SC.

Scorpion?


Scoop? Berita hangat ni.. pasal apa?


 

Scandal? Lebih hangat daripada semua skandal seks termasuk skandal di bawah


Oh.. pasal Scorpene!


Sejenis kapal selam yang tak boleh menyelam kah? Jawapannya hanya diketahui menjelang PRU 13.

TT : Maka.. lambatlah lagi bubar parlimen.

JM : 1 tahun berlalu

Masih ingat lagi kisah yang lepas pasal Maya? Entri sudah ada cerita pasal sensitifnya kulit Maya disebabkan beberapa kemungkinan. Rasa amat sedih apabila anak kecil dijadikan "bahan eksperimen" ubatan. Tidak mengapalah.. rasa ralat itu tak perlu dipahat.  

Abaikan..fokus apa yang ada di hadapan. Alhamdulillah.. begitu pantas masa berlalu. Setahun sudah...


Ini adalah Jurnal Maya (JM) edisi yang kedua (akan tetapi secara unofficially/ tidak rasmi ketiga sepatutnya). Jika edisi sebelum ini ada kisah mengenai kelahiran dan perkembangan Maya, kali ini juga ada beberapa progres dan kisah menarik untuk dikongsi bersama.

Sesudah melepasi usia 5 bulan... Maya dah makan macam-macam. Ummi blend/kisar nasi bersama kentang, brocolli dan lobak merah. Tambahan pula.. Maya cepat tumbuh gigi. Sekarang Maya sudah ada 10 batang gigi. Nyum nyum.. sedap~ Maya pun boleh duduk.


Kemudian, Maya dah pandai seimbangkan diri. Suka sangat berdiri di atas kaki sendiri. Maya berani. Jatuh tersembam sekali dua bukan halangan untuk Maya terus mara ke hadapan. Dan ketika usia Maya masuk 11 bulan, Maya dah boleh berjalan. Alhamdulillah.. Tapi.. orang tua kata.. kalau cepat berjalan.. bercakap memerlukan masa yang lebih lama. Betulkah? Mitos.. atau fakta? Hmmm~

Maya suka tengok TV tak? Walid tak nak ajar sangat Maya tengok TV. Tapi Ummi kata... kalau Ummi nak buat kerja rumah, salah satu cara nak tarik perhatian Maya adalah dengan pasang TV, saluran Disney Junior 613. Alih-alih.. TV sahaja yang terpasang tapi tiada yang memandang sebab Maya pun sibuk nak ke dapur ikut Ummi. Sepahkan rak pinggan mangkuk. Sebab tu barang-barang plastik sahaja diletakkan di bahagian bawah. Habis semua barang digeledah dan diketuk jadi barang mainan.

Maya suka main tak? YA! Lebih-lebih lagi kalau permainan yang ada bunyi. Ini semua Tok Pa yang ajar Maya. Pantang jumpa barang.. semua diangap mainan sebab Maya suka ketuk. Dan semuanya digigit! Semua nak masuk mulut. Hari tu pernah tertelan tisu sedikit. Habis henfon Ummi.. hehe


Dan di bawah adalah contoh barang permainan yang kami belikan untuk Maya. Permainan yang boleh meransang minda dan segala deria yang ada. Maya kan suka dengar bunyi.. maka kami biarkan Maya meneroka sendiri keseronokan bermain. Sebagai permulaan..



Banyak benda boleh diajar melalui satu permainan ini sahaja. Pembelian yang amat berbaloi.. sebab kami boleh ajar Maya mengenal warna. Kemudian boleh ajar bentuk atau ruang. Serta membilang.. Ekstra tambahan.. kami mahu ajar 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab (ummi kan ustazah..) Dan paling penting.. selepas habis main... "kena kemas rumah"! Simpan balik ke tempat asal.

Mudah dan seronok kan? Teringat satu kisah.. di mana Rasulallah pergi ke rumah anaknya Fatimah. Ketika itu, Fatima sedang bersolat bersama Saidina Ali, lalu baginda bermesra dengan cucu-cucunya yakni Hasan dan Husain.

Selepas itu baginda memberi minuman (susu rasanya) kepada salah seorang cucunya. Kemudian Fatimah muncul dan menyaksikan kelakuan baginda. Fatimah menyangka Rasulallah lebih sayangkan cucu yang diberi minum itu berbanding seorang lagi cucu. Lalu Rasulallah menyatakan bahawa belia mengajar cucu-cucunya erti menunggu giliran dan sabar.

Teratur sekali kehidupan baginda.. Teringat pula  kisah Maya merampas biskut Piya (sepupu sebaya). Sejak kecil lagi kita perlu ajar mengenai hak dan teritori.. supaya anak kita menghormati hak orang lain sekaligus orang lain akan hormatkan hak kita.  Dan ini ada satu lagi entri keibubapaan yang menarik untuk dikongsikan bersama. Klik sini.


TT: Bila Maya besar.. dah ada ramai adik..kita jalan-jalan ke Kidzania ya! :)

Wednesday, May 30, 2012

JM - Happy Birthday Maya~

Alhamdulillah...


Hari ini.. genap setahun usia puteriku.. Sumayyah Hannani. Tahun lalu.. jam 12:43 pagi, isteriku selamat melahirkan zuriat kami yang pertama. Kami telah sepakat.. sebulat suara menamakannya Sumayyah Hannani dan memanggilnya dengan nama timangan Maya~


Maya... permata hati walid dan ummi. Tanda cinta kami berdua yang akan menyambut ulangtahun perkahwinan kami pada minggu hadapan. Inilah dia 'sakiinah' atau ketenangan yang diharapkan semua insan yang mendirikan rumahtangga. Seronok tetap seronok. Gembira masih gembira. Namun apa yang penting amanah yang Allah berikan kepada kami akan dipikul bersama.

Saturday, May 26, 2012

Unwind ... Chillex~

Unwind? Jom kita tenangkan fikiran! Penat kan bekerja? Kerja tak pernah habis. Kalau nak ikut arus dunia.. memang tak terkejar. Namun demikian.. inilah panorama yang dilalui saban hari sepanjang hariku berkhidmat di Petrosains. Banyak gambar yang ditangkap "red handed" ataupun on the spot. Chill + Rilex = Chillex~

Tetapi, dek keterbatasan waktu (cewah... padahal tak mampu memiliki smartphone untuk update selalu :P), maka inilah hasilnya secara lum sum~ Pandanglah.. lihatlah.. tengoklah... renungkanlah! Pasti ada benda yang mengusik jiwa~ Bermula dari Putrajaya... sampai ke tempat kerja di KLCC + juga sekelilingnya :)















Dan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, tempat cari makan ramai "orang luar negara". Walaupun ramai yang masih menanam anggur secara berhormat, Kuala Lumpur tetap pilihan ramai manusia yang mahu meneruskan kehidupan~




























Cantik bukan lukisan yang menghiasi kotaraya Kuala Lumpur. Sesiapa naik Putra dari KL Sentral ke Masjid Jamek pasti perasan pemandangan sebegitu. Teringat zaman sekolah... Lukis mural di dinding sekolah. Kalau tak pun.. sertai pertandingan melukis poster!


 

  
TT : Memang tak pernah memenangi mana-mana pertandingan mewarna (termasuk saguhati) dari dulu sampai la ni!

p/s : Amatur sangat kan.. foto-foto tersebut! :b