Dah lama TT tak buat edisi khas CDC berantai ni kan? Maknanya dari satu berita ke satu berita ada kata kunci yang menghubungkannya. Sepanjang Mac 2012, ada beberapa sari berita yang boleh dirantaikan secara bersiri. Ayuh kita susuri ~
1. Nombor SATU
Berita pertama.. atau berita nombor SATU mengenai seorang pemain golf yang masih muda belia, akan mencecah usia 23 tahun tanggal 4 Mei nanti. Namun, beliau telah bergelar pemain golf nombor satu dunia selepas menjuarai kejohanan Honda Classic. Beliau yang dimaksudkan ialah, Rory McIlroy.
TT: Sistem pendidikan di Malaysia juga berorientasikan peperiksaan. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dalam SPM 2011. SPM - Siapa punya maruah? Berjaya bukan untuk dijulang, kandas bukan untuk ditindas! Contohi adik Muhammad Zainal Arif Mat Zain. Siapa selalu dapat nombor SATU dalam kelas dianggap sebagai juara!
2. JUARA
Pertama sekali, tahniah kepada kumpulan Shiro yang bergelar Juara Raja Lawak Astro 6.
Seterusnya, tahniah kepada Lin Dan, juara Kejohanan Seluruh England 2012 yang mengatasi seteru tradisi, Datuk Lee Chong wei yang menarik diri kerana kecederaan bahu.
Akhir sekali, tahniah juga kepada peserta dari Afghanistan, Sebghatullah Qazizada dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sementara peserta Malaysia, Fathiah Ibrahim pula muncul juara kategori nusantara.
Pertandingan itu disertai 69 peserta dari 64 negara, namun hanya lapan layak ke pertandingan akhir. Tempat kedua kategori antarabangsa dimenangi Polina Matveycheva dari Rusia, manakala tempat ketiga pula milik Elena Vorobyeva dari Latvia.
Sementara itu, tempat kedua kategori nusantara disandang Dayangku Mumtazah Pengiran Md. Jaafar dari Brunei manakala Wahyudi dari Indonesia di tempat ketiga. Johan bagi setiap kategori menerima piala pusingan iaitu Piala Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai AS$5,000 (RM15,000), hadiah iringan dan sijil.
TT : Juara PABM 2007, Olga Vadimovna Vasilevskaya (Azizah Abdullah) memilih pemuda Melayu, Shahabudeen Jalil sebagai pasangan hidup. Tahniah!
3. TAHNIAH
Pertama sekali, tahniah atas walimah dan ikatan pertunangan~ Tahniah kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga (dengan ucapan
moga kekal bahagia dunia akhirat) dan mengikat tali pertunangan (dengan
ucapan moga kekal ke jenjang pelamin)
Datuk Malik Noor - Dr. Wan Asma
Liyana Jasmay (dengan jiran)
Irma Hasmie (bertemu bakal ibu mertua di kota suci)
Ada orang tanya TT kenapa CDC Februari
tiada berita kahwin Yusry-Lisa dan Ana Raffali-Naim. Ok lah.. tahniah
buat pasangan mempelai. Yusry-Lisa pun dah habis berbulan madu di Eropah. Dan gandaan tahniah buat Ana Raffali yang kini
tampil bertudung.
Tahniah juga kepada model iklan eksklusif haruman SimpliSiti, iaitu Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis yang pernah digossipkan memutuskan pertunangan kerana kehadiran Apex, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Eilunie. Adakah dengan pelantikan mereka berdua ini mampu menafikan hubungan mereka? Yang penting, mereka berdua tidak akan beraksi bersama-sama dalam satu iklan.
Dan juga sekalung tahniah atas kelahiran setem Ombak Rindu oleh Pos Malaysia~
TT : Tahniah dapat baby. Selamat menjalankan amanah buat Harith Iskander & MAWI.
Mawi... Mawi... Mawi.. lama juga nama ini sepi. Alih-alih, nama Mawi kembali diperkatakan. Bukan pasal dapat anak, tetapi berita yang lebih gempak dan cuak! Rumah Mawi telah dipecah masuk perompak. Nyawa Mawi, isteri, nenek dan pembantu rumah terancam. Nasib baik Cahaya Malaika, anak kecil yang tidak berdosa itu tidak diapa-apakan. Khabarnya kerugian mencecah RM 10K.
TT : Teringat peristiwa awal tahun 2012.. di mana rumah Wardina juga menjadi mangsa. Selamatkah Malaysia ini? TEET~ Bukankah canang telah dipukul hebat menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara, nombor 19 di dunia
Tak percaya? Baca di sini. BERNAMA
6. Kes kanak-kanak hilang
Nurul Nadhirah Abdullah atau nama manjanya Dirang.. baru berusia 5 tahun. Amat kejam sekali apabila kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu akhirnya ditemui mati dibunuh dan dibakar. Ujian DNA melalui cebisan dan serpihan tulang itu membuktikan ia sepadan dengan sampel ibu Dirang. Kejam!!
Kejam ya amat. Dulu Nurin Jazlin. Si Sharlinisampai ke hari ini tak ditemui. Kenapa banyak sengat kes kanak-kanak hilang sejak kebelakangan ini?? Malas nak ulas panjang lebar. Simpati dengan keluarga mangsa terutama ibu bapa mereka. Mana ada mak bapa yang tak sayangkan anaknya.
Sebabnya.. ramai sangat orang awam yang mengutuk ibu Dirang sebab khusyuk sangat berFB bagai dan boleh pula memberi keizinan kepada kanak-kanak sekecil 5 tahun keluar sendirian tanpa awasan. TT percaya kalau ibu arwah Dirang tahu benda sebegini akan terjadi pasti dia juga takkan benarkan anaknya keluar sendirian.
Terkini, suspek yang diysaki telahpun ditahan dan disabitkan dengan kesalahan membunuh. Jiran pulak tu. Nasib baik bapa Dirang yang juga salah seorang suspek telah dibebaskan. Err.. kalau ikut prosedur polis, memang orang terdekat dengan mangsa juga suspek utama. Betul tak?
Nurul Nadhirah Abdullah atau nama manjanya Dirang.. baru berusia 5 tahun. Amat kejam sekali apabila kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu akhirnya ditemui mati dibunuh dan dibakar. Ujian DNA melalui cebisan dan serpihan tulang itu membuktikan ia sepadan dengan sampel ibu Dirang. Kejam!!
Kejam ya amat. Dulu Nurin Jazlin. Si Sharlinisampai ke hari ini tak ditemui. Kenapa banyak sengat kes kanak-kanak hilang sejak kebelakangan ini?? Malas nak ulas panjang lebar. Simpati dengan keluarga mangsa terutama ibu bapa mereka. Mana ada mak bapa yang tak sayangkan anaknya.
Sebabnya.. ramai sangat orang awam yang mengutuk ibu Dirang sebab khusyuk sangat berFB bagai dan boleh pula memberi keizinan kepada kanak-kanak sekecil 5 tahun keluar sendirian tanpa awasan. TT percaya kalau ibu arwah Dirang tahu benda sebegini akan terjadi pasti dia juga takkan benarkan anaknya keluar sendirian.
Terkini, suspek yang diysaki telahpun ditahan dan disabitkan dengan kesalahan membunuh. Jiran pulak tu. Nasib baik bapa Dirang yang juga salah seorang suspek telah dibebaskan. Err.. kalau ikut prosedur polis, memang orang terdekat dengan mangsa juga suspek utama. Betul tak?
Ironi bukan? Tadi kata selamat dan aman ke-19 di dunia.
Tapi macam-macam kisah dan modus operandi juga. Ada kes budak yang sengaja mendakwa dirinya diculik untuk dilacurkan. Walhal.. propaganza sangat. Dan dan saja mengaku orang Myanmar. Yang kes sebegini memang tak faham. Apa motif mahu melarikan diri dibawa pergi daripada keluarga di sisi.
TT : Dengar cerita anak Che Ta (RCW), Aniq Ezzra yang berusia 14 tahun juga hilang sehingga menjadi trending di Twitter. Namun, Aniq cuma ke rumah rakan. Khabarnya ada 2 sebab. Pertama, merajuk sebab Che Ta berat sebelah atau terlebih memanjakan si abang sampai tak mahu temankan gunting rambut. Sebab kedua sebab nak dapat ayah tirikah? No comment. TEET~
7: Lagu Bawaku Pergi diharamkan
Lagu dendangan Kaka (atau nama betulnya Atikah) yang menampilkan Zizan (sebagai rapper) telah diharamkan kerajaan Malaysia gara-gara lagu itu didakwa telah 'menghasut' anak-anak untuk melarikan diri dari rumah. Cuba renungkan sejenak liriknya di sini.
TT : Dulu.. lagu Mizz Nina bersama Colby O'Donis, What You Waiting For - pun ada mesej mengajak orang "bermain" tapi tak diharamkan pun. Alih-alih lagu Panik dendangan Bunkface yang diharamkan terlebih dahulu oleh stesen radio RTM gara-gara ada perkataan "mulut celaka"
8. Panik!
Panik seketika. Sewaktu perlawanan Piala FA antara Bolton dan Tottenham, tiba-tiba pemain Bolton yang juga pemain England, Fabrice Muamba pengsan diserang sakit jantung. Amat kritikal. Dan doktor siap kata, sebenarnya jantung Muamba telah pun berhenti selama 78 minit.
Sebab kesihatan..begitu juga kapten Aston Villa, Stiliyan Petrov yang mengumumkan persaraan setelah didiagnosis penyakit acute leukimia.
Panik dibuatnya. Betul tak? Apa yang kita akan buat apabila kita panik menghadaapi sehgala kemungknan yang tidak baik.? Tekan pedal brek? Disebabkan kaki.. merana diri. Gara-gara mulut badan binasa.
Sebab kesihatan..begitu juga kapten Aston Villa, Stiliyan Petrov yang mengumumkan persaraan setelah didiagnosis penyakit acute leukimia.
Panik dibuatnya. Betul tak? Apa yang kita akan buat apabila kita panik menghadaapi sehgala kemungknan yang tidak baik.? Tekan pedal brek? Disebabkan kaki.. merana diri. Gara-gara mulut badan binasa.
Itulah yang terjadi kepada Tan Sri Annuar Musa gara-gara komen beliau terhadap mutu dan prestasi terkini skuad Harimau Malaya. Siap kena buat surat tunjuk sebab apabila dipanggil menghadap kelak. FAM ni tak boleh dikritik langsung kah?
Tapi jangan main-main. Ramai yang berdiri di belakang Tan Sri. Sampai kena tuduh terlibat dengan kes menggodam laman web FAM. Apa? Laman web digodam! Digodam! Bukan digoda ya? Tapi macam mana pulak kalau dipecat?
Ha ha ha! Itulah nasib yang menimpa Peter Butler (gambar atas) yang juga jurulatih Kelantan DAN juga Andre Villas Boas (AVB) pengurus pasukan Chelsea yang turut dipecat! Peter Butler diganti oleh CEO Akademi Al-Hamra Red Warrior (ARMY), Bojan Hodak (gambar bawah). Manakala, tugas AVB dipangku sementara oleh Di Matteo.
Panik bukan?? Panik lagi... apabila orang sekeliling memaksa kita meletakkan jawatan. Akhirnya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akur dan akan melepaskan jawatannya tapi tidak serta-merta. Tunggu~ Maknanya, tak payah renew kontrak senator. Cuma masih kekal sabagai Ketua Wanita UMNO kaedahnya uolss~
Dan ada seorang lagi hakim panik gara-gara dibaling selipar katanya. Maka, Ustaz Hoslan Husin ini dihukum penjara selama 1 tahun. Hukuman yang equivalent dengan bekas MB Selangor yang didakwa rasuah itu. Adil tak macam ni?? Sebab tu Hudud wajib dilaksana.
TT : Paniknya hari itu. Sewaktu bekerja, TT dikejutkan apabila butang kecemasan Suria KLCC ditekan sebab restoran Chinoz terbakar. Untung makan percuma bagi pihak tertentu sebab kebakaran kecil itu berjaya dipadamkan pekerja sendiri.
9. KLCC
Sempena F1 GP Malaysia, Petrosains telah dikunjungi 2 orang pelumba Mercedes, Michael Schumacher dan Nico Rosberg. Melihat mereka berdua secara dekat.. mereka sangat fit ok. CEO kami siap tanya Schumacher beratnya berapa, dan jawapannya 68 kg! Yang penting, rapport Petrosains naik sampai Rosberg siap bagitau yang dia ingatkan minyak ni dijumpai di tasik, sebaliknya dijumpai di celah batuan yang poros. (Err.. boleh la bagi bonus lebih :b)
Selain itu, satu konsert Twin Tower@2012 telah diadakan. Antara artis yang buat persembahan Nicole gelpren Hamilton, kumpulan K-Pop bagai SNSD (yang telah tersalah bagi info kepada peminat mereka bahawa persembahan mereka di Twin Towel. (tuala berkembar! har har har)
Dan.. tahniah kepada Fernando Alonso dari pasukan Ferrari yang berjaya di GP Sepang. Walaupun perlumbaan ditunda gara-gara hujan lebat dan jalan licin, namun akhirnya pemenang untuk musim ini di Malaysia.
TT : Konsert yang Leona Lewis tak jadi datang itu percuma.. memang ramai orang. Cuba yang berbayar.. Dengar kata Bunohan dapat kutipan yang amat sedih. Manakala penerbit Hantu Bonceng, yang kini gigih buat teater broadway, Gerimis Mengundang (siap bawa props helikopter saiz sebenar bagai) juga telah mula membuka tirai pentas di Istana Budaya.
10.Buka Tirai
Episod baru, musim baru rancangan TV. Macam-macam kan. TT dah ulas entri sebelum ini. Ada rancangan nak mencaras Melodi, iaitu Propaganza dan Bilik 7. Nak tengok orang menyanyi boleh tengok Mentor 6, Mania atau Versus. Nak cari pengacara baru sila tonton On Air. DAN yang akan membuat kejutan sekali lagi Astro Warna sebab ada rancangan Super Spontan. Untunglah.. langgan pakej Mustika.
TT : MY WAY, filem Mega Asia dari Korea Selatan, karya Pengarah Tae Guk Gi, mengenai kisah Perang Dunia Kedua. Teruja menantikannya April ini. Dan.. apa perkembangan kes khalwat Dr Badrul Amin. Pulak! Dah buka tirai mahkamah belum?
No comments:
Post a Comment