Hebahan

Monday, October 31, 2011

Gossip bola?!



Haiyo~ Bola pun ada gossip juga ke? Hai-O! Mula-mula sekali tahniah buat pasukan N9 yang merangkul Piala Malaysia kali ke-3 sekaligus menghalang pasukan Terengganu meraih kejuaraan berganda.



Yang penting Hairuddin Omar menjadi faktor-X! Beraksi di final 3 tahun berturut-turut, jaringkan gol dan pasukan itu bergelar juara. Tahun depan kita tengok pasukan mana Hai-O bermain. Jeng-jeng-jeng. Khabarnya pasukan ATM berminat, sebab jurulatihnya B.Sathianathan! TEET~



Itu dia Hairuddin Omar yang bukan saja hebat dan tangkas di padang, tetapi mampu juga menjadi imam. Ini saje ke gossipnya? Gossip ke tu? Biasa saja kan? Rileks dulu. Kan dah kata itu intro. Ni baru nak mula cerita sebenarnya. Nak kata gossip, bukannya gossip.Rumours atau hearsay mungkin lebih sesuai kot? Mungkin juga definisi spekulasi sesuai diguna pakai dalam konteks ini.

Kenapa? Ingat retis-retis saja yang dilanda gossip murahan? Pemain bola juga selebriti. Figura awam (public figure) milik masyarakat yang akan membantu dalam usaha melariskan jualan. Kalau tak, masakan David Beckam, Christiano Ronaldo, Lionel Messi juga menjadi tumpuan paparazzi.

Gossip seperti berapa jumlah perpindahan, pasukan mana yang ada "dana hebat" mengalahkan bidaan pasukan lain, naik-turun prestasi seseorang pemaian.. termasuklah kisah peribadi. akan menjadi sumber berita termasuklah memperkenalkan istilah WAGS yakni Wife And Girlfriends.

Di Malaysia pun tak mahu kalah. Lebih-lebih lagi ada pemain bola sepak yang bercinta atau berkahwin dengan artis. Paling tidak, gara-gara Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex, orang takkan kenal siapa si jejari runcing Melia. Apatah lagi Dahlia Teck! Kan?


Kali ni ceritanya bukan pasal Apex. Tapi pasal pasukan yang diwakili Apex. Apa lagi kalau bukan tim Klate, The Red Warrior. Sebelum ni, ada desas-desus menyatakan Selangor berhasrat menawarkan Apex kontrak yang agak lumayan. Wow? Ironinya yang berlaku. Apex telah pun menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan. Tambah mengejutkan lagi, Amirulhadi Zainal juga telah menandatangani kontrak bersama Kelantan.


Malah, kapten pasukan Kebangsaan, Safiq Rahim juga khabarnya bakal mengikut jejak langkah Amirulhadi. Mungkin tunggu urusan bersama "Cardiff" atau "QPR" selesai. Selepas itu baru misi diteruskan atau sebaliknya. Kita tunggu~


Paling mengejutkan, kepulangan geng "3 Abdul" menyarung kembali jersi Kelantan. Azizi Che Rose-Indra Putra-Norfarhan! Kepulangan yang disifatkan oleh penyokong fanatik The Red Warrior ibarat sirih pulang ke gagang. Tambahan pula Peter Butler yang fasih cakap Melayu akan mengambil alih tugas jurulatih daripada Abe Kar (Datuk M. Karathu)! Tak percaya? Sila dengar Peter Butler cakap Melayu di sini.

Adakah faktor Peter Butler? Siapakah Peter Butler? Kalau kita tengok sejarah kebangkitan pasukan Kelantan dalam arena bola sepak tanahair, transformasi Gomo Klate Gomo kepada The Red Warrior telah dicetuskan oleh Peter Butler. Dan lihatlah hasilnya hari ini. Kelantan telah pun disenaraikan antara 400 kelab terbaik di dunia. Tangga ke-317 tu! Tak percaya klik sini. (Barcelona di tangga pertama)


Adakah sebab musabab yang lain mengapakah nama-nama besar ini mula membanjiri Kota Bharu yang sentiasa dilanda banjir musim tengkujuh? Tambahan pula mulai musim depan setiap pasukan boleh menggunakan khidmat pemain import. Adakah ini strategi Kelantan.. yang akan beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ala -ala Champion League). Dek kerana status bakal beraksi di peringkat Asia, maka pemain-pemain "yang punya nama" ini akan berjuang bersama Piya-Mat Yoe-Apex dan lain-lain?

Alaa.. Mikel Arteta keluar Everton, masuk Arsenal pun sebab nak beraksi di Kejohanan Eropah kan? Tapi bila Samir Nasri berhijrah ke Manchester City dengan alasan peminat di sana lebih fanatik nampak sangat propa kan? Cakap saja tawaran daripada Manchester City lebih hebat kan? Apa-apa pun.. setelah dimalukan Manchester United 8-2, dan Manchester United dimalukan pula oleh Manchester City 6-1. Kini Ar53nal pula menang bergaya 5-3 ke atas Chelsea.

Berbalik kepada topik pasukan Kelantan, besar kemungkinan kelibat beberapa pemain yang mungkin tidak kelihatan menyarung jersi Merah-Putih (Happy:) Nurul Azwan Roya masih belum sign kontrak, Wan Zaman Mustapha, Khairan Eroza Razali, Khairan Ezuan Razali, Zulyusri Che Harun, Khalid Jamlus, Wan Rohaimi Ismail (telah dilepaskan), Norhadi Ubaidillah (tidak sambung kontrak), Solehin Kanasian Abdullah (K.Soley) dan Danial Fadzly (berhijrah). Sekian, terima kasih ;>

TT : AFC Champion Leagur Final between JEONBUK HYUNDAI MOTORS (KOREA) vs AL SADD (QATAR) 5 November 2011! Watch out for Kelantan next season~  Dan nantikan penjenamaan semula (rebranding) pasukan Sabah, Sabahawk!

No comments:

Post a Comment