Hebahan

Sunday, November 29, 2009

Memori sekuntum rindu

Apa ada dengan nama? Nama aku Mustakim. Maksudnya… lurus… straight. Betul. Benar. Sebab itu, di dalam keluarga aku membahasakan diri aku Mustakim, kerana maknanya bagus. Elok.. Mudah-mudahan menjadi doa. Adik-beradik pula memanggil aku Abe kerana aku abang sulung. Mengapa bukan Abe Long atau Abang Long? Sebabnya Abe hanya untuk aku. Abe Mus atau Abe Mustakim, itu yang lebih khusus.


Kalau ada Abang Long mesti kena ada Abang Ngah, atau Abang Cik nya. Tetapi adik-adik aku tidak membahasakan diri mereka Abang Ngah atau Abang Cik. Sebaliknya nama.. Cici dan Min. Malah Min membahasakan dirinya Adik jika berborak denganaku. Mungkin kebiasaan menjadi Adik selama 8 tahun masih menebal dalam dirinya. Justeru, justifikasi ini kena dengan situasi famili aku yang membahasakan diri aku ABE. Abe, abang dalam bahasa Kelantan. Abe juga bermaksud.. Aku Budak Engineering ataupun Agro Bio Engineering, kursus Sarjana Muda aku di UPM.

Rakan-rakan sekolah ada yang panggil aku Mus. Itulah kebanyakannya. Takim paling jarang dan itulah yang paling menyampah aku dengar walaupun kedengaran agak comel dan unik. Ada 2 orang yang suka memanggil aku Mustaq, iaitu Leman dan Che, kawan di UPM. Dan selalunya, kawan-kawan perempuan suka memanggil Akim.

Ah! Persetankan saja rasa itu. Itu hanyalah panggilan. Ataupun gelaran. Ingat lagi tak.. masa skeolah rendah dulu, ada yang suka memanggil nama bapak! Haha. Zaman tak matang. Gelaran pun ada. Kerana suara macam kartun Usop Sontorian, seorang sahabat mendapat panggilan Usop. Aku juga tak terkecuali. Ada juga gelaran.. tetapi biarlah rahsia. Lagipun gelaran itu tak melekat dan terbawa-bawa higga kini. Akhirnya.. nama betul juga yang menjadi sebutan.


Kini, aku menjalani latihan yang diprogramkan oleh Khazanah selama 2 bulan setengah di Perangsang Templer Golf Club(PTGC). Di sini aku ‘sengaja’ mencipta kelainan. Aku memperkenalkan diri sebagai Akim. Mungkin dah rasa klise dan bosan orang memanggil aku Mus! Hasilnya.. bukan sekadar Akim, malah beberapa gelaran lagi diberikan. Pertama… aku digelar ‘baby-faced’!! (Ker???) Haha. Mungkin fizikal aku yang kecil (walaupun bukan paling kecil) ditambah dengan wajah jambu yang selalu tersenyum(katanya… haha), maka tiada wajah yang lebih bayi daripada wajah aku.

Aku redha.. dan rela. Sekurang-kurangnya aku berjaya mengelakkan diri daripada dipanggil ‘ustaz’ seperti zaman belajar dulu-dulu. Aku bukan rimas dengan gelaran ustaz… bukan tak suka.. Cuma rasa tak sesuai. Kerana itu bukan warna aku yang sebenar. Maka, melekatlah gelaran ‘baby-faced’ sehingga trainer pun memanggil aku baby-faced! Alih-alih ketika team-building di Trolak, Perak aku menjadi peserta PERTAMA berkaraoke mendendangkan lagu. Ketahuan sudah~

Kedua, walaupun tak melekat atau seglamour gelaran ‘baby-faced’..aku berjaya mendapat title ‘ketua blok’! Haha. Semuanya gara-gara aku yang suka menziarah bilik ke bilik. Bukan buat kerja amal-tabligh itu ya…aku cuma mahu mengenali dengan lebih dekat. Masa duduk asrama dulu, kalau aku tak 'tawaf 'asrama tu tak sah.Dalam masa kurang 2 minggu, aku Berjaya kenal semua peserta lelaki seramai 50 orang lebih. Pernah berborak..pernah duduk makan semeja. Manakala, peserta wanita, boleh kata yang pernah satu kumpulan…itu saja yang kenal. Yang penting.. di PTGC ada yang mendapat gelaran abang Long, abang Ngah, abang Cik dan abang Lang. Kak Long pun dah ada.

Kalaulah aku tiada yang istimewa di hati.. inilah peluang keemasan. Haha. Aku berterus-terang awal-awal bagi mengelakkan salah faham kemudian hari. Aku mahu menjaga hati dia..dan aku juga mahu menjaga hati mereka. Biarpun hati ini pernah dikecewakan suatu ketika dulu, namun ini bukanlah masanya membalas dendam dengan menyakiti juga. Cukuplah pengalaman lalu mendewasakan. Lagipun antara kami berdua akan menyusul berita yang lebih baik dan teguh ikatannya.

Di sini, kami, peserta ditempatkan di sebuah apartment bergantung kepada keluasan bilik. Ada yang dapat bilik berkongsi 4 orang. Ada juga yang mendapat penthouse berkongsi seramai 8-9 orang. Aku berkongi bilik dengan 3 orang lagi rakan yang senasib. Senasib.. tak mendapat kerja lagi atau istilahnya suka bermain ‘farmville’ menanam anggur.

Mungkin gara-gara 2-3 bulan (mungkin juga lebih) tak buat apa-apa kerja. Hanya tidur-makan-minum- main Fesbuk di rumah, maka kebanyakan peserta seperti peserta The Biggest Loosers. Haha. Kalau tak pun, kebanyakan peserta akan gain weight dalam masa 2 bulan setengah. Tak percaya?? Sudah~

Aku mendapat roommate baru lagi. Rahman, roommate aku selama 2 tahun di UPM mungkin dah masak dengan aku. Kenal aku luar-dalam. Tahu..bila waktu aku angin..atau moody. Kini, giliran mereka bertiga pula mengenali aku. Mereka telah mendescribe aku sebagai humble. Malu-malu..nak menunjuk… walaupun aku sebenarnya boleh tahan juga serba-serbi. Fizikal aku yang sememangnya rendah.. mahu rendah diri lagi kah?? Bagi aku, bukan soal nak tunjuk siapa bagus.. siapa tak bagus di sini. Mungkin istilah ‘be yourself’ kena dengan diri aku, sebab aku hakikatnya tak berpeluang menonjolkan diri aku yang sebenarnya.

Dalam tempoh 10 minggu, aku kena buktikan kepada semua orang setiap lapis bakat yang aku ada. Bercakap di depan, jadi emcee(Bahasa Inggeris), jadi imam, main futsal, boling, menyanyi, jadi konduktor koir, dan macam-macam lagi telah aku tonjolkan sedikit demi sedikit. Terima kasih atas segala peluang dan kesempatan. Satu kerja saja aku kaku, dan tak tahu…menari! (walaupun Qayyum dah ajar shuffle sampai pandai..haha)


Terima kasih kepada kamu orang bertiga… Faris, Qayyum dan Rasyid kerana jadi kawan sebilik, kawan segossip(haha..setiap kali mengumpat mesti ‘orang itu’ muncul), kawan sepermainan, kawan sekelas, dan apa juga definasi kawan yang buat kita jadi Ngam Ho. Tiada tekanan dalam bilik(walaupun ringtone Qayyum sebagai alarm selalu membingitkan..haha)…dan paling penting kita satu kepala. Maafkan aku jika ada yang salah dan tak kena di mata korang bertiga.

Faris kau punya gelak yang ada trade-mark akan aku kenang sampai bila-bila. Setiap kali aku nampak Kenari muncul di jalanraya.. itulah kamu. Haha. Terima kasih kerana menumpangkan aku ke sini ke sana. Qayyum... walaupun kau antara yang paling muda, tetapi engkau lagi besar daripada aku. Dan kau rasa hormat kau terhadap orang sekeliling kau membuatkan orang hormatkan kau kembali. Rasyid, kaulah paling bijak antara kita berempat. Kau kan budak PTS lompat kelas dan pointer kau paling bagus. Yang penting, gerak tari kau buat shuffle akan kekal dalam ingatan.

Secara keseluruhannya.. memang seronok bukan dengan korang saja. Dengan semua orang. Dengan semua peserta GEMS. Mungkin masing-masing faham masalah masing-masing. Company Red Spicy, antara kenangan terindah di PTGC. Kelas BI antara yang penting dalam melonjakkan lagi konfiden atau keyakinan dalam berbahasa Inggeris dengan lebih baik. Pendek kata, semua peserta GEMS sangat supporting. Aku belajar banyak benda dan perkara di sini. Belajar apa itu professional, apa itu persahabatan, dan macam-macam lagi. Yang penting, bagaimana membina keyakinan diri, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Moga kita sentiasa berhubung..dan ukhwah kita kerana Allah. Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Insya Allah~

1 comment:

  1. dem...sdey ko tau x entri ko nih...lg sket nk menitik ayaq mata aku... haha

    ReplyDelete