Hebahan

Saturday, January 18, 2014

13 Yang Hazab 2013

Artikel ataupun berita ini memaparkan 13 benda/perkara/produk/hasil yang sangat ops! atau kurang meyakinkan dan jika kita menggunakan bahasa yang lebih mudah, ianya amat "kureng" mencapai tahap "hazabedah" kerana publisiti yang diterima amat meluas..namun hasilnya indah khabar dari rupa. Jauh panggang daripada api!

Kalau Propaganza ada segmen Ops~ berkaitan fesyen. Kali ini kita tengok "apakah" yang kurang bernasib baik disenaraikan oleh TT gara-gara... (masuk berita bukan main lagi..tapi hasilnya..yang ado!).

Bezanya entri kali ini, tahap "hazab" itu ada 3 kategori; tahap 1 : Hazabedah, tahap 2 : hazab ya amat & tahap 3 : hazaab~


(1) Menteri "kalau tak suka"
  • Dikepalai oleh Datuk Hassan Malik (daripada isu ayam, isu tiada aduan bermakna rakyat setuju harga naik dan juga siap menonton Maharaja Lawak Mega lagi)
  • PM (yang kini dapat jolokan PM kangkung - tahun 2014 sampai disiar BBC dan disekat?)
  • Dan membariskan jemaah menteri "kalau tak suka" (yang khabarnya nak buat mkmal lah... turun padang semak harga di pasar & bla bla bla)







  • Kategori : Hazabedah

(2) Lagu Sayangi Selangor, Yakini BN


  • Konon nak rampas Selangor dari PR
  • DS Najib siap jadi Pengerusi BN Selangor lagi
  • Siap ada lagu yang tak tahan tu... lagu paling hazabedah
  • Bukan saja gagal merampas Selangor, malah kehilangan lebih banyak kerusi ketika PRU 13
  • Kategori : Hazabedah
 



(3) Johan Arif Asari

  • Di awal pembabitannya menyerlah dengan watak Botak
  • Namun graf kerjayanya merudum gara-gara terpalit isu cinta tak berkesudahan
  • Dikaitkan dengan ramai wanita popular (atau sekadar tumpang nama?)
  • Sepatutnya jadi King Adrian, Playboy itu suami aku...
  • Kategori : Hazabedah






(4) Bung Mokhtar


  • Bukan mentari, tetapi ahli Parlimen Kinabatangan
  • Terkenal kerana isu "bocor".. tak mahu potong elaun "haram" & menyokong, back up BN secara melulu
  • Sampai satu tahap yang memalukan "berperang" dengan orang awam di Twitter dengan bahasa ala ala Azwan Ali
  • Kategori : Hazab ya amat

 




 


(5) GST

 
  • Yang penting semua orang tak suka, tak kira siapa
  • Kerajaan masih belum berjaya jelaskan secara meyakinkan kepada rakyat apakah keperluan dan justifikasi pelaksanaan GST ini
  • Pun siap ada lagu tema nak jelaskan kepada rakyat faedah GST
  • Kategori : Hazabedah

(6) Bini mat yo



  
  • Lebih dikenali sebagai bini mat Yo berbanding nama sendiri, Aisha
  • Dimulai dengan isu meng"hanjing" Tan Sri Annuar Musa
  • Seterusnya isu queen control
  • Kemuncaknya bergaduh dengan pak guard, pakcik dayus
  • Kategori : Hazab ya amat


(7) Megaboys

  • Another boy band K-Pop wannabe
  • Kurang anggota, tak seramai Max 24:7
  • Namun, cover version Walks Like Rihanna (biarpun agak catchy dengan lirik macam cantik je) tetap mendapat kutukan
  • Kategori : Hazab ya amat
 



(8) Ini Kalilah

  • Slogan "ini kalilah" gelombang dari Sabah (mahu rampas Sabah katanya)
  • DSAI siap nyanyi lagu Sabah dh hilang lagi
  • Hakikatnya DSAI berjaya di bandar tetapi gagal di kawasan pedalaman dan perkampungan Melayu tegar sewaktu PRU 13
  • DSAI tak perlu lagi heret rakyat ke himpunan seperti Himpunan HKR #KL11, Balckout, Malam Tahun Baru lah... buang masa 
  • Ini kalilah atau Ini karilah?
  • Kategori : Hazab




(9) Lemak Kampung Santan  

 
  • Hero & Heroin bukan main lagi.
  • Canang kisah cinta sini sana pum pang pum pang
  • Namun publisiti percuma itu langsung tak membantu kerana kutipan dianggarkan cume melepasi 100K
  • Sampai satu tahap Hans Isaac merajuk
  • Kategori : Hazaab~

(10) JDT - Luaskan Kuasamu





  • Penjenamaan semula Johor FC di bawah pengurusan dan pimpinan baru (siap ada 3 bintang lagi... motif?)
  • Membeariskan pemain bintang, termasuk kontroversi "merampas" Mat Yo & "hijack" Safee Sali daripada Kelantan
  • Namun hasilnya, TIADA SATU piala dapat dikutip, slot AFC pun tidak berjaya
  • Tagline "luaskan kuasamu" atau luaskan gawangmu? Huhu
  • Kategori : Hazaab


(11) Demi Dia

  • Melawan arus drama bersiri adaptasi novel
  • Adaptasi filem Azura yang menampilkan Elfira Loy & Zoey Rahman sebagai Zack dan Azura gagal mencapai rating memuaskan seperti diharapkan
  • Namun, Demi Dia tetap trending di Twitter walaupun ....  (trending sebab kena kutuk buat apa kan?)
  • Kategori : Hazaab~




(12) Program Lawak TV3; Liga Lawak Superstar & Bintang Mencari Bintang


  • TV 3 gagal dalam rancangan lawak biarpun suatu ketika berjaya dengan program Sinaran Passport Kegemilangan yang melahirkan Senario
  • TV3 tak boleh lawan Astro Warna dari segi kualiti mahupun populariti
  • Rancangan ini sekadar melepaskan batok di tangga dan seolah-olah memperbodohkan diri dan penonton
  • Walaubagaimanapun, pemenangnya OMG(Akim, Sathiya dan Anas Rizwan) dan Achey boleh tahan popularnya (menyerlh dengan Bochik jadi Bochey)
  • Kategori : Hazaab
 


(13) Mangsa & Produk Parodi - Sharifah Sakinah & 3 serangkai




  • Tak payah ulas panjang
  • Semua tahu kenapa mereka popular
  • Namun, ada juga sisi positif di sebalik kontroversi yng terpalit
  • Kategori : Hazaab~

1 comment:

  1. Hitam Putih Kehidupan: 13 Yang Hazab 2013 >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Hitam Putih Kehidupan: 13 Yang Hazab 2013 >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Hitam Putih Kehidupan: 13 Yang Hazab 2013 >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete