Tajuk ini agak umum. Sessi FAQ terlebih dahulu ya!
Apa takrif bakat?
Bakat merupakan satu kebolehan dan kelebihan dan boleh menjadi rujukan.Ada yang semulajadi berbakat, dan ada yang perlu dibentuk/diasah bakatnya.
Adakah bakat boleh digilap?
Sedangkan belakang parang kalau diasah lagikan tajam...~ Kiranya seseorang itu punya tokoh atau potensi jika diberi ruang & peluang sewajarnya.
Bakat apakah?
Bakat memimpin.. bakat memasak... bakat menulis... bakat bermain.. Pendek kata, bakat itu merupakan sesuatu yang seni!
Seni? Apakah?
Semua orang memiliki seni. Seni itu kemahiran yang halus dan teliti. Penuh estetika. Paling tidak seni menipu!
Dan adakah memadai dengan memiliki bakat sahaja sudah memadai??
Sudah tentu tidak. Sebab bakat yang raw atau mentah ini perlukan pembimbing atau istilahnya "mentor". Senang cerita.. pengesan bakat ini akan mempunyai "mentee" ataupun "perantis". Istilah "anak didik" cukup sesuai digunapakai bukan?
Maka, topiknya??
Kita ambil contoh. Mat Yo yang menjadi rebutan Johor asalnya merupakan pemain MYTeam. Siapa yang cungkil bakatnya? Adakah Shebby???
Begitu juga Shakir Ali.. yang menyerlah di bawah Azraai Khor. Datuk K.Rajagobal dengan Fakhri Saarani, Amar Rohidannya.. Kan?
Bidang lain?
Cikgu Dee atau Adnan Abu Hassan antara orang yang berjaya mencungkil nama-nama penyanyi seperti Datuk Siti, Aishah, Dayang Nurfaezah, Liza Hanim dan Misha Omar, namun ada juga projeknya yang gagal seperti penyanyi Arnieza Amir & Sheila Abdull.
Cuba teka siapa pengesan bakat Mawi.. yang pernah menjadi satu "fenomena tsumawi" suatu ketika dahulu?? Orang yang bertanggungjwab ialah komposer Iman Wan yang telah memberi kad warna hijau!
Contoh mereka yang berjaya mendidik ?
M. Nasir
KRU
Bidang lain lagi? Lakonan??
Datuk Yusof Haslam memperkenalkan Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, AC Mizal & Abby Abadi sebagai pelakon.
Datuk Rahim Razali mempertaruhkan bakat Haliza Misbun contohnya.
Aziz M.Osman yang mempopularkan Amy Mastura, Sarimah, Nora Danish, Beego, Maya Karin dan Neelofa!
Bade Hj. Azmi menampilkan Que Haidar, Hasnul Rahmat, Liyana Jasmay, Lisdawati, Fasha Sandha, Zul Huzaimi, Beto Khusyairy dalam filemnya.
Arwah Yasmin Ahmad pastinya dikenang dan dibayangi Sharifah Amani, Mahesh, Adibah Noor & Syafie Naswip legasinya.
Mamat Khalid terang-terang ada Usop Wilcha, Shoffi Jikan.
Kabir Bathia semestinya Tiz Zaqyah contoh paling berjaya setakat ini.
Shuhaimi Baba - Ida Nerina, Adam Hamid, Afdlin Shauki, Kavita Sidhu
Bernard Chauly - Sazzy Falak, Nas-T, Razif Hashim, Lisa Surihani, Redza Minhat
Prof. Madya Razak Mohaideen pun ada.. Farid Kamil, Irma Hasmie, Fouziah Ghaus.
Ahmad Idham pun nak juga.. Taiyuden Bakar, Intan Ladyana, Dina Nadzir, Cat Farish antara pelakon kegemarannya.
Bidang drama/telemovie televisyen tidak terkecuali. Dan bukan di bahu pengarah semata-mata. Penerbit juga main peranan. Contohnya :
Mohd Noor Kadir - Azizah Mahzan, Umie Aida
Michael Ang - Sharnaaz, Elfira Loy, Sharifah Sakinah, Didie Alias
Shahrulezad Radius One - Noorkhiriah, Isma Yusof, Ungku Aziz
Kali ini, TT nak fokuskan kepada 2 orang pengarah yang bukan sekadar punya kaliber malah mampu menghasilkan nama-nama besar. Orang yang dimaksudkan ialah Osman Ali & Erma Fatima.
Osman Ali punya pelakon kegemaran, Mislina Mustaffa yang sentiasa cemerlang memegang apa jua watak.
Osman Ali orang yang bertanggungjawab mengasah bakat Raja Farah, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Bront Palarae dan Jehan Miskin.
Namun, yang menjangkaui pemikiran pengarah lelaki menjadi milik Erma Fatima. Mengapa? Siapa yang telah beliau "lahir"kan??
Rosyam Nor - Jimi Asmara ("kelahiran" semula Rosyam Nor)
Zul Huzaimi & Aqasha - Embun
Ummi Nazeera - Pesona Bintang (drama 2008)
Aaron Aziz - Sumayyah (drama 2005 dan seterusnya popular menerusi Emil Emilda & Janji Diana)
Addy Putra - Haryati 2 (drama 2004)
Aiman Hakim Redza - Kitab Cinta (drama 2011)
Ammar Asyraf - Kasih Najihah (drama 2012, sekarang terkenal menrusi Dalam Hati Ada Taman)
Cristina Suzanne (Kris Cempaka) - (drama 2012 - Kasih Najihah, Dia Bukan Maryam)
Emma Maembong - Kau Yang Terindah
Malah, Erma juga tak serik memperkenalkan aktor Indonesia seperti Hardy Hartono, dan Andrio Putra. Cuma ada juga yang gagal menyerlah seperti Awal Ashaari & Mas AF2 menerusi Haryati 2. Huhu.
Kesimpulannya, bagaimana seseorang itu dilihat memiliki pesona ataupun aura dari kaca mata pengesan/pencari bakat ini. Namun,
ada sesetengah "produk" yang terhasil cuma berlandaskan nilai pasaran.
Ada yang terus tenggelam (contohnya Mawi, Jeslina Hashim), ada yang
kekal lama dan masih bertahan.
Dan ada juga yang perlahan-lahan naik. Bergantung kepada acuan mana yang membentuk mereka selanjutnya. Contoh paling mudah.. Maya Karin dulu yang "kayu" berbeza di bawah Shumi, Osman Ali & Bernard Chauly. Contoh orang yang pernah naik-jatuh-bangun kembali.. AC Mizal!
Maka, setelah selesa bekerja dengan satu pasukan, maka timbullah istilah "wajah eksklusif". Pengarah tu guna pelakon yang sama setiap masa. Jalan cerita saja yang membezakannya.