Apa itu lagu pop? Lagu yang tengah top & popular sekarang bukan?
Pernah dengar perktaan pop-up? Kalau selalu melyari internet pasti ada gangguan sebegitu bukan?
POP ni sesuatu yang mengujakan. Mengejutkan.. Kiranya, apa perkara yang "tengah in" masa kini atau "sedang trending" waktu ini.
Contoh.. lagu Yuna, Najwa Latif tengah in sekarang. Bukan zaman Ziana Zain, Fauziah Latif. Kak Melah berani menongkah arus buat lagu anak muda... Sesaat Ku Datang.
Itu bab lagu. Kalau bab fesyen?? Sekarang budak-budak bergaya ala K-Pop. Bukan zaman seluar tempah, rambut belah tengah lagi dah. Kalau menari.. shuffle, flash mob baru in. Mana ada zaman menari hip hop seluar baggy.
Nampak tak? Semakin jelas maksud POP?
Jadi... ada 2 pilihan. Mahu jadi pencetus/trend setter atau pengikut/follower saja.
Generasi Z! Bukan zaman generasi X atau Y lagi dah.
Generasi XY paling tidakpun, akan tahu bagaimana nak buat buku skrap alam haiwan contohnya. Kreatif dan inovtif. Kad raya buat sendiri. Kalau belipun tetap tulis tangan. Siap ada pantun bagai. Lebih bermakna dan banyak kenangan. Generasi Z??
POP ni bermusim. Tak terikat dengan apa-apa genre. Ambil contoh mudah...muzik. Pertengahan tahun 90-an orang layan Dangdut, kemudian beralih zaman Hindustan, lepas tu nasyid kontemporari, rancangan realiti TV, zaman Indie, dan sekarang.. musim Youtube. Masing-masing suka Komedi.
Contoh lain.. filem. Filem genre apa yang cukup rencah POP? Seram? Komedi? Aksi? Cinta? Adakah memerlukan filem yang ada unsur pepejal, cecair dan gas atau bahasa pasarnya lebih erotik?? (pepejal = peluk-peluk mual, cecair = cecium cemol, gas=pernafasan tercungap-cungap). Jiwa Taiko telah bereksperimen dan ternyata hasilnya... belum cukup POP!
Kalau nak "cari makan" kena ikut rentak "pop". Sekarang bukan zaman nyanyi lagu leleh, sendu, tarik tinggi sampai kena pakai pampers. Maka, apa yang POP sekarang??
Sekarang musim artis berhijrah.. Hijrah..pasti ada artikel. Musim berubah ke arah positif. Sebelum ni musim gelak tawa. Sebab tu rancangn berasaskan lawak meletup pop pop macam bertih jagung (Popcorn). Dan transisi kini beralih ke rancangan berasaskan makanan.
Kalau dulu layan AF, Mentor, OIAM. Sekarang layan Raja Lawak, Maharaja Lawak, Edisi Khas, Karoot Komedia, Superspontan, Oh, Yeah! Jangan terkejut... masa akan datang rancangan seperti Jalan-jalan cari makan, Ketuk-ketuk Ramdhan, Masterchef Malaysia, Hot Guys Who Cook, Hello Bro..Tolong Masak akan mendapat rating tinggi.
Memang zaman populariti Chef Lelaki. Contoh Hello Bro.. Tolong Masak menampilkan bekas peserta Masterchef Malaysia, Nik Michael & Arshad Zamir di samping Chef Fikree (orang utara adik Hairee Safwan Anak Wayang). Hanya di Astro RIA sepanjang Ramadhan. Mereka bertiga akan memenuhi permintaan selebriti tanah air.
Seterusnya Hot Guys Who Cook di saluran Diva Universal menampilkan lelaki-lelaki kacak dari seluruh Asia. Hot ke lelaki-lelaki ni masak? Paras rupa itu bonus. Ada yang siap beri perumpamaan kalau lelaki-lelaki kacak ni hidang air kosong sekalipun... rasa macam minum Ribena uols. Motif sangat kan? Tambah-tambah lagi ramai jenis kacukan. Info lanjut di sini & di sini.
Seorang lgi chef muda yang glamor ialah Chef Cina Peranakan Baba Nyonya.. Chef Sherson Lian, pengacara 5 rencah 5 rasa. Kini hangat mengendalikan rancangan Bros~
Sampai bila fenomena ini akan bertahan?? Kita tunggu...
DAN.. satu lagi. Kebangkitan zaman kesusasteraan. Akan ramai tokoh ataupun figura awam yang akan menulis buku. Contohnya.. Zhiril Adzim (Bogel Menuju Tuhan), Pekin Ibrahim (Memoir Bukan Memoir), Faizal Hussin juga sedang menyiapkan buku biografinya.
TT juga.. ada perancangan nak tulis buku. Eh, silap. Terbitkan buku. Dah sekian lama menulis. Rangka asal pasal sistem pendidikan di Malaysia. Tetapi setelah berbincang dengan kawan-kawan, saudara-mara, mereka mahukan karya yang evergreen.
Dalam erti kata yang lain.. buku yang TT tulis itu sesuai untuk semua peringkat umur sepanjang zaman. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Maka, bertukar strategilah kita. Draf "Sistem Pendidikan di Malaysia" yang nk cerita pasal PPSMI, pemansuhan PMR, dll tidak cukup POP pada tahun 2020.
Tiada masalah... kita akan usahakan sampai menjadi kenyataan. Buku skrap pun boleh~
p/s: Petrosains akan menganjurkan tema Culture & Innovation : POP Culture. Nantikan.. September 2012
No comments:
Post a Comment