Hebahan

Saturday, December 10, 2011

Iklan & Promosi : Mari bermain di Petrosains

Ini adalah lanjutan kepada entri ini. Dan.. ini adalah iklan tidak berbayar. Siapa lagi yang kena jadi tukang promot kalau bukan ko-ordinator program sendiri kan? Sempena musim cuti sekolah, Petrosains dengan jayanya menawarkan tema PLAY.

PLAY? Let's Play, Learn And Yeah!

Ada orang salah faham..katanya kita menawarkan permainan tradisional atau game dulu-dulu semata-mata. Walhal, kita ada juga menawarkan permainan baru juga seperti Rubic Cube, UNO game pun ada... Dan kita juga bagi sentuhan baru kepada beberapa permainan lama.

Contohnya permainan kanak-kanak perempuan, Paper Doll kita namakannya Paper Dress yang menampilkan watak lelaki dan perempuan dengan outfit kerjaya professional seperti doktor, jurutera minyak & gas, pemandu F1 dan lain-lain. Malah apa yang lebih menarik, kita menggabungkan 3 game dalam satu permainan! Anda pernah main "baling selipar"?

 

Anda pernah main permainan "tuju tin"?


Weee~ Angry Bird? Tentu pernah main juga kan?



DAN kita jadikan ia 3 DALAM 1 dengan nama Aiming Bird (ataupun Angry Bird Retro!) Pelurunya ialah patung Angry Bird itu sendiri! Kira ni main secara langsung. LIVE! Dan setiap jatuhan ada markah. Kita akan rekod markah tertinggi/high score.





Apa yang lebih penting... maklumat yang kami cuba sampaikan. Apa dia "fakta sains" di sebalik permainan Aiming Bird ini? Banyak subtopik Fizik kita boleh bincang. Tingkatan 4 kita ada tajuk consistency, accuracy & sensitivity. Kita boleh bincang topik daya atau force. Ada juga pasal vertical acceleration, projectile motion, momentum, non-elastic collision, inertia, stability dan macam-macam lagi. Hehe.




Itu sajakah yang ada? TIDAK! Kita ada main teng-teng, mineral congkak, caplong!




 


Dan macam-macam ada... Jom kita ke Petrosains sempena cuti sekolah. Dan program ini akan berakhir pada 12 Januari 2012. Untuk maklumat lebih lanjut sila klik laman web Petrosains ini.

No comments:

Post a Comment