Hampir setahun aku telah bekerja di Petrosains, KLCC. Dan aku kerap kali juga lalu ulang-alik depan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tapi tak pernah singgah dan masuk pun. Padahal, Petrosains, Galeri Petronas, SepangInternational Circuit (SIC) dan DFP ni di bawah satu sayap saja. Haha.
Kebetulan hari itu, 3 Oktober 2011, aku kerja terlebih masa (yakni overtime tanpa gaji! Jawatan eksekutif tiada OT!). Dan abang Mie, seorang rakan sepejabat telah menawarkan satu tiket yang agak menarik. Menarik?? Staf Petrosains memang ramai yang kerja sambilan di DFP, tambah wang saku katanya, sekaligus kalau ada konsert-konsert menarik akan tersebar maklumatnya sekelip mata. serata Petrosains. Tak terkecuali konsert Aizat ni.
Bukan calang-calang orang dapat beraksi di atas pentas DFP ni. SM Salim dan Siti Nurhaliza pernah. Datuk Sheila Majid pun pernah. Bulan September hari tu.. Yuna. Orang yang tak glamor tapi berbakat seperti Reza Salleh pun pernah muncul di DFP. Dan akan datang melibatkan Jac dan juga Najwa Muhyidin Yasin.
Memang aku berhajat nak menonton sebelum ini tapi tak sempat nak beli tiket dan memang bajet lari pun. Harga tiketnya bukan murah. Paling murah pun sekitar RM 80! Tapi kali ni.. abang Mie nak bagi tiket Aizat.. dengan harga pelajar yakni RM30! (lagipun memang secara fizikalnya aku seperti pelajar..hahaha)
Bak orang yang mengantuk disorongkan bantal. Mungkin ni adalah cadangan abang Azri kepada Abang Mie. Abang Azri ni sememangnya kaki DFP. Hari tu ada borak dengan abang Azri pasal Reza Salleh yang juga pernah beraksi di DFP termasuklah pasal konsert Aizat. Dan ternyata kali ni.. memang ada rezeki masuk DFP.
Peluang keemasan di depan mata. Dalam 8.30 malam, konsert dimulakan dengan lagu Susun Silang Kata. Seterusnya lagu-lagu yang segar dan popular. Itulah kelebihan Aizat. Hanya Kau Yang Mampu, Lagu Kita, Fikirlah, Sungai Lui, Years From Now dan banyak lagi. Semua lagu yang dipersembahkan biasa kedengaran di telinga termasuklah lagu paling terkini album Urusan Aizat Amdan, Mana Oh Mana!
Tidak lupa, beberapa lagu saduran iaitu Kuala Lumpur (Alleycats) dan Hadapi Dengan Senyuman (Dewa). Macam mana kita dengar dalam kaset (ops.. ker radio), macam tulah suara Aizat sewaktu menyanyi secara live! Sebiji sebijan. Aizat tak perlu cakap banyak ataupun mengomel lebih-lebih. Buka mulut dan nyanyi saja. Diiringi pemuzik seperti abangnya sendiri Anas dan juga arranger Belle Fatah serta pemuzik lain yang kebanyakannya juga kali pertama membuat persembahan di DFP.
Pantasnya masa berlalu, dan tanpa disedari konsert yang berdurasi tak sampai 2 jam itu sudah hampir tamat. Lepas tu, Aizat buat sessi autograf. Bukannya nak hadap sangat signatur Aizat, tapi alang-alang orang dah tak beratur panjang.. apa salahnya kan? Haha.. (walaupun... )
Dan inilah hasilnya.. di atas tiket dan juga buku cenderamata! Yang pasti, ternampak kelibat Reza Salleh, Fazli Zainal, Syazwan Zakariah dan juga blogger Ajami Hashim. Secara keseluruhannya, adakah konsert Aizat cukup sempurna?? Merujuk kaki DFP, abang Azri, jika dibandingkan Yuna dengan Aizat, Yuna nampak lebih berkeyakinan dan bijak berkomunikasi.
Tapi.. lagu-lagu Aizat lebih menangkap di telinga biarpun komunikasinya agak kurreng! Ah, tolak ketepi isu komunikasi sebab Aizat baru 22 tahun dan masih banyak ruang untuk diteroka dan diperbaiki. Apa-apapun suara Aizat tetap memukau!
TT: Kau Aku versi slow agak best! Dan juga Hanya Kau Yang Mampu (feat. piano Belle Fatah). Mungkinkah mengulangi sejarah Datuk Sheila Majid, yang tercalon dalam AIM melalui album DFP?? Kategori Susunan Muzik Dalam Lagu agak relevan~
No comments:
Post a Comment