Alhamdulillah.. sudah 53 tahun Malaysia Merdeka. Syukur Alhamdulillah, sudah masuk fasa Ramadhan ketiga iaitu, jaminan BEBAS daripada api neraka. Ini iklan Petronas sempena Merdeka. Bukan sempena Aidilfitri ya.
Setelah pemergian arwah Yasmin Ahmad, iklan ini hasil sentuhan pengarah Osman Ali. Muhsin @ Syafie Naswip teraju utama iklan ini. Memang berkisar kisah 1Malaysia, tema yang tak boleh dielakkan lagi. Haha.
Apa-apa pun, ada juga pengajaran selain isu 1Malaysia. Contohnya isu plagiat, sikap tipikal Melayu suka berdengki, serta isu kemaafan. Hapuskan prasangka~
Jalan-jalan cari makan? Isy.. ini bulan Ramadhan. Mungkin kena tunggu waktu berbuka baru sesuai. Pusing-pusing cari kerja? Aku pun sudah ada kerja. Ini koleksi gambar yang pernah dirakam suatu ketika dulu. Waktu mengira jumlah lampu isyarat sepanjang jalan raya(atau istilah yang lebih mudah, menganggur :)
Ada yang sempat di"snap" sebab cantik.. abstrak.. kelakar.. dan macam-macam sebab lagi. Ada 1000 kisah yang takkan habis diceritaka. Nah, hasil mata aku yang sparrow~
TOLONG TUTUP PAIP. NANTI BANJIR NAK KENCING KENA BERENANG PLAK!
Ya! Ini edisi khas sempena kedatangan Ramadhan. Terimalah 15 seleksi lagu bertemakan Ramadhan, ketuhanan dan keinsafan. Persoalannya, kenapa artis dari Malaysia tak ramai tersenarai di sini? Nampak gayanya penyanyi Malaysia lebih menumpukan lagu hari Raya.. bukan fokus pada Ramadhan sangat. Bukan sampai tahap takde langsung tapi boleh bilang dengan jari bilangannya. Contoh, album Tahajud Cinta - Dato' CT.. satu je contoh? Ada lagi.. artis nasyid memang banyak buat lagu pasal Ramadhan. Tapi apa yang pelik sangat kan?
Berbeza dengan artis Indonesia.. walau rock macam mana sekalipun..walau pakai subang, rambut karat sekalipun, mereka tetap ada album khas sempena Ramadhan atau lebih tepat lagi album relegi. Macam satu fenomena pula. Mula-mula sekali kumpulan Gigi. Lepas tu kumpulan Ungu, terus meletup-letup dengan lagu Andaiku Tahu, Syurga-Mu dll. Mereka konsisten menghasilkan album relegi. Kumpulan radja pun ada lagu khas sempena Ramadhan. Bunyi macam memuji ke langit artis seberang.. padahal bukan nak memuji sangat sedangkan itulah hakikatnya.
Apa-apa pun .. layan saja 15 lagu ini sempena Ramadhan~
Amer Munawer Yusoff (ex- Ruffedge) - Seluruh Mahabbah (Ya Rasulallah)
Azfar - Akan Kujumpa
Seventeen - Ramadhan Yang Indah
Rabbani - Hikmah Ramahan
Ungu - Sembah Sujudku
Gigi - Lailatul Qadar
Dato' Sheila Majid - Kumohon
Nada Murni - Amalan di Bulan Ramadhan
Tompi - Ramadhan Datang
Man Bai feat. Raihan - Harapan Ramadhan
Debu - Insya Allah
Acha feat. Irwansyah - Aku Bersujud
Radja - 1000 bulan
Opick - Ramadhan Tiba
OAG - Insya Allah
Kehangatan di bulan Ramadhan... Mula-mula sekali, istilah Bufet Ramadhan! Istilahnya jadi kontroversi. Nampak saja perkataan Ramadhan, terus assume halal, walaupun kesahihannya belum terjawab lagi. Tapi kena hati-hati, ketika memilih juadah berbuka puasa. Ingat logo ini ya!
Berikut merupakan antara hotel di sekitar Lembah Klang yang disenaraikan JAKIM mendapat status HALAL :
Ancasa Hotel,KL
Brisdale International Hotel Sdn Bhd
Crystal Crown HotelSdn Bhd
Dynasty Hotel, KL
Citrus Hotel, KL
Grand Season Hotel, KL
Pan Pacific, KLIA
KLI Hotel Management Sdn Bhd
Hotel Putra (Lotus Nation Sdn Bhd)
Makana Catering
Hotel Legend
Hotel Midah, KL
Ming Court Hotel(Corus Hotel), KL
PG Hotel Sdn Bhd
Puteri Park Hotel
PNB Darby Park Executive Suites Hotel, KL
Quality Hotel City Centre
Hotel Residence, UNITEN
Seri Pacific, KL
Hotel Maluri
The Plaza Hotel, KL
Tradewinds Hotels & Resorts Sdn Bhd
Hotel Hilton, PJ
Cyberview Lodge Sdn Bhd
Hotel Empress, Sepang
Hotel Impian, Morib
Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang
Hotel De Palma (S.Alam, Ampang, Sepang, Kuala Selangor)
Ni yang tersenarai lah.. Untuk lebih lanjut mungkin boleh Google sendiri, mana tahu ada yang versi terkini kan? Bukan nak cakap apa. Aku bukannya mampu nak buka puasa kat hotel tu. Tapi terfikir juga, pernah juga menginap, bermalam dan makan di hotel. Dan sudah tentu pernah makan di sana.
Jadi darah daging kita beb. Emm..sebab tu mungkin agaknya hati kita keras. Sukar dilembutkan walaupun dilamar hidayah. Niat nak berubah ke arah yang lebih baik sentiasa ada tapi ada saja halangannya. Kan? Maka, jalan selamat, masaklah sendiri di dapur rumah...isteri yang masak bagi mereka yang beristeri :) Apatah lagi masakan ibu sendiri.. lagi berselera kan?
Video klip di atas merupakan lagu tema ataupun runut bunyi ataupun istilah Inggerisnya Original Soundtrack bagi drama Antara Garisan (lakonan hebat Noorkhiriah, Sharifah Amani dll), terbitan Radius One, yang sebelum ini menghasilkan drama-drama menarik seperti Seputih Qaseh Ramadhan, Emil Emilda, Sindarela, Rona Roni Makaroni, Sutun, Sutun 2, Kerana Cintaku Saerah, Merah Puteh, Tari Tirana dan banyak lagi.
Kini, drama terbaru berjudul Syurgamu Ramadhan menghiasi slot Samarinda sempena Ramadhan Al-Mubarak. Dan lagu Azfar bertajuk Akan Kujumpa sekali lagi dipilih menjadi lagu tema. Sedap lagu ciptaan sepenuhnya Isma Yusof ni. Drama ini dibintangi oleh lakonan hebat Elly Suriati, Eira Syazira, Ungku Aziz, muka wajib Radius One, Noryati aka Makcik Mary@ Bella dll. Kisah dendam dan kemaafan antara ibu dan anak. Lebih lanjut?? Google saja untuk sinopsis lengkap~
Berikut merupakan 10 pemain BARU (yakni dibawa masuk bukan dari Liga Inggeris) yang menjadi pilihan tukang tulis bagi musim BPL2010/11 kali ini. Ada yang sememangnya sudah ada nama, dan ada yang wajah muda, setahun jagung di arena bola sepak namun mungkin menjanjikan persembahan memukau. Siapa tahu kan..
Marouane Chamakh : Bordeaux - Arsenal
Javier Hernandez aka Chicharito : Guadalajara - Man United
Mario Balotelli : Inter Milan - Man City
David Silva : Valencia - Man City
Milan Jovanovic : Standard Liege - Liverpool
Aleksandar Kolarov : Lazio - Man City
Yaya Toure : Barcelona - Man City
Laurent Koscielny : Lorient- Arsenal
Christian Poulsen : Juventus - Liverpool
Ramires : Benfica - Chelsea
Tengok senarai tu, Manchester City berhabis bagai nak rak. Tapi, mampu ke jadi juara? Huhu.. Kita tunggu hingga hujung musim.
Alhamdulillah.. dapat juga bertemu Ramadhan kali ini. Allah masih beri kesempatan... untuk menghidupkan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ni lebih "bernyawa dan bermaya" berbanding Ramadhan lalu.
Bernyawa dari segenap sudut. Tarawikhnya.. Amal sunatnya.. Tadarus al-Qurannya.. Qiamullailnya.. dan macam-macam lagi. Nak pertingkatkan lagi. Inilah pesta ibadah yang sebenar.
Bukan pesta makanan ya. Bukan pesta membeli belah. Jangan membazir.. Ikut rasa binasa. Ikut nafsu lesu. Ikut hati mati. Moga amalan kita diberkati.
Hasil tarbiah Ramadhan nanti.. moga kita tergolong di kalangan golongan bertaqwa hendaknya. Amin ~