Hebahan

Sunday, October 18, 2009

Review - Anugerah Media Islam Negara Ketiga (AMIN 3)

Nah~ Ambek kau! Tiba-tiba saja nak buat review anugerah ni. Mentang-mentang ni anugerah melibatkan media Islam, publisiti pun kuranglah. Siaran Langsung pun tiada di TV. (mungkin ada, aku tak perasan sebab publisiti dan iklan kurang) Paling tidak, Anugerah Seri Angkasa dapat juga tengok di RTM. Senasib saja dengan radio IKIM.

Walaupun ini anugerah berskala BESAR, anjuran JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA, MAJLIS ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) musim KETIGA! Ketiga ya. Dah TIGA tahun anugerah ni wujud. Mungkin ada yang terkejut beruk baru tahu kewujudan anugerah ni.

Berikut sedikit maklumat mengenai anugerah tersebut:

Tarikh : O7 Oktober 2009 M bersamaan 18 Syawal 1430 H ( Rabu)
Tempat : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya

Masa : 8.15 malam


Tentatif Program:


8.15 malam Ketibaan dif jemputan

8.30 malam Ketibaan YB Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir bin Haji Baharom (B),

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datin Fatmawati binti Saidin
8.35 malam Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.Bhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor
8.40 malam Bacaan doa + Penyampaian Anugerah + Majlis Bersurai


Anugerah Media Islam Negara (AMIN) ialah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada pengamal media yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam memartabatkan Islam sebagai penggerak kemajuan ummah dan negara.

Semua agensi kerajaan, swasta, organisasi, persatuan dan individu yang terlibat dalam program berunsur Islam melalui media elektronik, media web dan media cetak dipelawa mengemukakan pencalonan.

Anugerah ini dibahagikan kepada ENAM kategori, iaitu:

1. Anugerah Penerbitan Radio
1. Dokumentari Berunsur Islam Radio Terbaik
2. Majalah Berunsur Islam Radio Terbaik
3. Bicarawara Berunsur Islam Radio Terbaik
4. Penyampai Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik
5. Penyampai Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik
6. Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik
7. Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik
8. Drama Berunsur Islam Radio Terbaik
9. Skrip Drama Berunsur Islam Radio Terbaik
10. Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Lelaki Terbaik
11. Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Wanita Terbaik

2. Anugerah Penerbitan TV
1. Dokumentari Berunsur Islam TV Terbaik
2. Majalah Berunsur Islam TV Terbaik
3. Bicarawara Berunsur Islam TV Terbaik
4. Penyampai Rancangan Agama TV Lelaki Terbaik
5. Penyampai Rancangan Agama TV Wanita Terbaik
6. Tetamu Undangan Rancangan Agama TV Lelaki Terbaik
7. Tetamu Undangan Rancangan Agama TV Wanita Terbaik
8. Drama Berunsur Islam TV Terbaik
9. Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik
10. Pelakon Drama Berunsur Islam TV Lelaki Terbaik
11. Pelakon Drama Berunsur Islam TV Wanita Terbaik

3. Anugerah Penerbitan Media Cetak
1. Akhbar Terbaik
2. Terbitan Berkala Terbaik
3. Rencana Umum Terbaik
4. Rencana Ilmiah Terbaik
5. Buku Umum Terbaik
6. Buku Ilmiah Terbaik

4. Anugerah Laman Web
1. Laman Web/Blog Berunsur Islam Individu Terbaik
2. Laman Web Berunsur Islam Organisasi Terbaik

5.Anugerah Khas Juri
-Anugerah Khas Juri

6. Anugerah Perdana Media Islam Negara
-Anugerah Perdana Media Islam Negara


HADIAH - Penerima Anugerah Perdana Media Islam Negara yang diberikan kepada tokoh banyak memberi sumbangan dalam media khususnya mengenai perkembangan dan dunia Islam akan menerima trofi, wang tunai RM10,000, satu set Kitab Fi Zilal al-Quran 17 jilid berharga RM3,000 dan sijil.

Pemenang kategori lain masing-masing akan menerima trofi, wang tunai RM2,000, satu set Kitab Fi Zilal al-Quran dan sijil. Pemenang Anugerah Khas Juri bakal menerima trofi dan sijil.

Penilaian dan pemilihan pemenang dilakukan 22 panel hakim yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dipengerusikan Prof Emiritus Datuk Nik Safiah Nik Abdul Karim. Amin 3 dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom.


Penterjemah Kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran karya Asy-Syahid Sayyid Qutb yang diterbitkan dalam 17 jilid, Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yacob dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana AMIN.

Sementara itu, Radio 24-BERNAMA diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penerbit Bicawara Berunsur Islam Radio Terbaik menerusi rancangan Makan di Hotel, Halal atau Haram? oleh Naziran Noran.

Stesen radio Klasik Nasional RTM pula menerima tiga anugerah bagi kategori penerbit majalah berunsur Islam radio terbaik, penyampai rancangan agama radio wanita terbaik dan pelakon drama berunsur Islam radio wanita terbaik.

Bagi kategori Penerbit Dokumentari Berunsur Islam Televisyen Terbaik pula dimenangi NHF Production Sdn. Bhd. menerusi rancangan Hari Ibu terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Untuk kategori Anugerah Laman Web Berunsur Islam Terbaik kategori individu dimenangi Zaharuddin Abd. Rahman menerusi laman webnya, www.zaharuddin.net manakala bagi kategori organisasi pula dimenangi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi laman web www.jais.net.my.

Di samping itu, drama ‘Ihsan’ terbitan Layar Consult Sdn Bhd telah muncul pemenang anugerah Penerbit Drama Berunsur Islam TV Terbaik bagi kategori Anugerah Penerbitan TV. Drama tersebut turut memenangi anugerah Penulis Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik (Zabidi Mohamed), Pengarah Terbaik (Murali Abdullah) dan Pelakon Wanita Terbaik (Kartina Aziz) bagi kategori yang sama.

Stesen radio Klasik Nasional RTM pula menerima tiga anugerah bagi kategori penerbit majalah berunsur Islam radio terbaik, penyampai rancangan agama radio wanita terbaik dan pelakon drama berunsur Islam radio wanita terbaik.

Utusan Melayu (M) Berhad yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia muncul sebagai penerbit akhbar terbaik bagi kategori Penerbitan Media Cetak Terbaik manakala, Radio Sarawak FM diumumkan sebagai pemenang dokumentari berunsur Islam terbaik.

Anugerah khas juri pula dimenangi oleh EMedia Publications Sdn Bhd, Majlis Agama Islam Johor dan Televisyen Airtime Services Sdn Bhd. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Ali turut hadir pada majlis itu.

Hadiah disampaikan oleh A. Aziz Deraman yang juga Pengerusi Panel Hakim Anugerah Penerbitan Media Cetak kepada Pengarang Agama Utusan Malaysia, Mohd. Radzi Mohd. Zin.

No comments:

Post a Comment