Hebahan

Sunday, October 18, 2009

Rentak Tari Sehati Berdansa bermula~


Tak perlu diperkenalkan dan diceritakan bagaimana konsep pertandingan realiti tarian yang melibatkan selebriti yang telah menjengah musim ketiga ini. Musim pertama dimenangi Rashid Ishak dan Vanidah Imran, manakala musim kedua menobatkan Lisdawati dan Fauzi Nawawi.


Pengacaranya masih dengan isu sama. Bercinta dan putus di tengah jalan. Kesian betul Fahrin. Adakah ini gimik pihak produksi atau secara kebetulan.. hanya empunya diri dan tuhan saja yang tahu. Bezanya kali ni.. Awal mengacara secara langsung akhirnya, setelah sekian lama berada di belakang tabir. Haha. Yang penting.. Scha Al-Yahya berjaya mencaras LO~


Jika musim pertama menampilkan Azman Adnan, musim kedua Shahril Arsat. Musim ketiga pula membabitkan penyertaan bekas pemain hoki kebangsaan yang terkenal dengan iklan Poliden lewat kebelakangan ini. Mirnawan Nawawi pula bakal beraksi di pentas tari.

Bezanya kali ni tiada artis rock! Kalau rock sikit pun Ash Bau. Haha. Musim pertama ada Radhi OAG, dan musim kedua ada Achid Def Gab C. Dan kedua-dua mereka menjadi peserta pertama tersingkir. Adakah nasib sama bakal menimpa Ash-Dira?? Haha. Tunggu~

Nama lain agak suam-suam kuku ataupun 'senja'. Haha. Kecuali pasangan Sazzy Falak dan Nazril yang ada aura glam.


Baiklah. Tak nak buang masa. Musim terbaru ini menampilkan 9 pasangan yang akan diajar oleh 9 koreografer dan mewakili 9 badan kebajikan. Katanya.. pertandingan ini sambil menderma dan sumbangan bagi setiap SMS yang dihantar. Selama 10 minggu, sambil berhibur sambil beramal. Niat masing-masing usah diertikai. Bergantung. Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat.

Hakikatnya, walaupun napak macam sukarela, tapi setiap pasangan dibayar ya. Berapa jumlahnya itu tidak pasti. Maknanya lagi lama pasangan berada dalam pertandingan, maka lagi banyaklah bayaran yang diperoleh. Sebab tu pasangan yang terpilih bukan dipilih sembarangan. Mereka telah diuji dari pelbagai sudut. Ada sedikit saja bakat menari tidak mengapa, yang penting komitmen masa bagi menghasilkan gerak tari yang mengumpan mata.

Kan? Yang penting niat mesti baik. Hati mau baik. Kita niat saja nak buat kebajikan walau tak buat lagi dah dapat pahala. Sebaliknya kalau kita niat nak buat dosa, tapi tak berjaya buat dosa itu, kita tak berdoa pun. Luas sungguh rahmat Tuhan.

Nah~ senarai pasangan bersama badan kebajikan yang diwakili mereka :


Anita Baharom - Mohamad Ismadi (yang berlakon Baby Milk Bath tu)
Koreografer - Emma

Badan Kebajikan yang diwakili - Persatuan SLE Malaysia


Didie Alias (aka Kelly bling2 dalam Manjalara. Haha) - Nor Isham
Koreografer - BB

Badan Kebajikan yang diwakili - Persatuan Epilepsi Malaysia


Dira Abu Zahar - Ash(Bau)

Koreografer - Ezrey

Badan Kebajikan yang diwakili - Persatuan Thalassemia Malaysia


Enot - Zainul Abidin

Koreografer - Anuar

Badan Kebajikan yang diwakili - Yayasan Paru-Paru Malaysia


Isma AF7 - Zulkefli Majid

Koreografer - Markyong

Badan Kebajikan yang diwakili - Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia


Mirnawan Nawawi - Noorah Mokhsin
Koreografer - Dayana
Badan Kebajikan yang diwakili - Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan


Oshin(Lips) - Mohd Firdaus

Koreografer - Lilly

Badan Kebajikan yang diwakili - Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia


Sazzy Falak - Nazril Idrus

Koreografer - Papa J

Badan Kebajikan yang diwakili - Persatuan Parkinson Malaysia


Syed Hussein (Sein x-Ruffedge yang berlakon Sepi) - Noor Diyana (anak x-MB Selangor dan x-Fo3 yang pernah memasuki Mentor musim 1)

Koreografer - Bayu

Badan Kebajikan yang diwakili - Persatuan Albinisma Kuala Lumpur dan Selangor

No comments:

Post a Comment