Hebahan

Wednesday, July 31, 2013

Iklan Raya (2013)

Saban tahun, pasti iklan raya akan menjadi salah satu topik perbualan antara sanak saudara, jiran tetangga mahupun kawan taulan. Kenapa? Mungkin topik dan mesejnya menarik.

Dan antara iklan yang berada di senarai teratas semestinya daripada Petronas (terutama iklan arwah Yasmin Ahmad), Bernas (anak yatim buta), TNB (kukur kelapa) dan macam-macm lagi.

Namun tahun ini, Bernas macam tiada produk iklan. Petronas pula tidak lagi menggunakan khidmat Leo Burnet (selepas arwah YA meninggal, ada dua iklan; "tangan" dan Uzbekistan). Maka, tahun ni, maaf ya, iklan Petronas agak klise (kisah ibu dan ank dapat tawaran belajar, melalui surat pula tu)



Bukan tak best, tapi tiada kelainan. Maka, alternatifnya muncullah iklan yang lebih komikal, sinikal dan kelakar seperti ini.



Walaupun agak hazabedah, tapi okaylah..



Yang lebih kreatif...iklankan produk sendiri. Tapi macam tiada feel pula sebab produknya agak menonjol.






Tuesday, July 30, 2013

Aruhan

Aruh...bukan melawan arus
Deras dari hulu.. makin lemah ke hilir..
Salam dihulur.. disambut luhur..
Tulus mulus... waima kabur
Asa upaya tak berdaya catur
Luncurkan saja.. walau bertabur  


Aruhan.. suatu kenyataan
Yang terpahat dalam ingatan
Tercatat dalam lipatan sejarah
Kerna hakikat bukan mimpi indah
Igau.. angau.. bikin hati gundah
Jasad, jisim, jiwa terpisah  


Teraruh.. secara pukal
Juga terkesan secara total
Lenguh seliuh.. selingkuh kesal
Ralit rasa.. rencam sebal
Kalakian yakin mulai kental
Syahadan larut sebati cekal


Berpengaruh.. bukan orangnya
Menongkah arus.. itu ironinya
Paradoksinya pengaruh kian luas
Semakin rakus.. aruhan membunuh
Tanpa sedar.. tanpa sentuh.. tanpa setubuh
Ternyata gelita biar senja belum berlabuh  


Mempengaruhi jiwa separa sedar
Bukan kerja mudah arakian sukar
Situasi cemar.. warna telah pudar
Minda yg tak pasti.. memori terlakar
Pinda.. Pegunkan semua anasir liar
Kendatipun teraruh.. melata melebar
  

Aruhan itu induksi, persepsi basi meritokrasi
Arahan pemimpin diktator kuku besi
Karenah birokrasi kerah demonstrasi
Tanah ini bumi demokrasi penuh manipulasi
Moga ia hanya bunyi sunyi sebuah ilusi
Bukan realiti berpaksi fantasi

Monday, July 29, 2013

Piala Malaysia 2013 - Pembahagian kumpulan

Sudah lama berita sukan sepi di sini. Nah! Ini dia mengenai Piala Malaysia 2013.





TRIVIA

  • Kumpulan maut?? Kumpulan C  (semua bekas juara bersama penyandang ada di sini) dan juga calsh of North London (Arsenal-Spurs-Chelsea) ops East Coast!
  • Laluan mudah buat JDT? Mungkin kerana semua pasukan berstatus kelab
  • Selangor, The Red Giants ada musuh baru musim ini.. The Gladiators, ATM. Berjayakah Misi 33?
  • Adakah rekod bersih Sarawak, The Invincible akan dicakar Lions XII ? Juara Liga Super lawan Juara Liga Perdana
  • Kumpulan D juga menyaksikan reunion Kedah..di kalangan jurulatih, Azraai Khor, V.Sundramoorthy dan Robert Alberts.
  • Adakah pasukan underdog akan melakar kejutan seperti T-Team yang mara ke Separuh Akhir tahun 2011


TT : Pasukan pilihan tetap Kelantan dan Selangor~ (negeri PR! Oooops~_)

Sunday, July 28, 2013

Hiburan Ramadhan







Ok la..lagu raya



Ramadhan juga ada kontroversi

Siapa kata Ramadhan sunyi daripada kontroversi? Tahun 2013 adalah buktinya.



Di sebalik kegelisahan rakyat Malaysia menghadapi krisis perkauman (seperti isu Alvivi, lepas tu Mamat Cina kena culik,diugut dan ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel, ada pula beberapa kes guru dibunuh/ditembak, selepas tu kisah Nyonya, aunty ni marah pekerja McD gara-gara patung "Minion" itu dan macam-macam kisah lagi), mujur Mamat Cina No. 1 ini muncul di saat yang tepat.

Belum lagi isu murid sekolah bukan Islam dikatakan makan dalam tandas. (Walaupun cerita sebenarnya, makan di bilik persalinan sebab kantin sedang direnovate!)



Paling tidak, jernih sedikit warna yang semakin dengan api kebencian. Serius, sehingga aku juga terbawa-bawa membenci bos cina di tempat kerja walaupun isunya kecil. Bila difikir semula secara waras, akal yang matang, sia-sia saja aku deactivate akaun FB aku. Kan?? Ahaks.



p/s : Ludah ke langit...takkan aku calit, buang kotoran itu.

Monday, July 15, 2013

LLJ Julai 2013

Seperti biasa, berikut merupakan 15 lagu-lagu terbaru yang menarik perhatian, menjadi pilihan TT bulan ini :)

5 Minutes - Galau
Haida - 5 Tahun Saja
Maher Zain - Ramadhan
W.A.R.I.S feat. Juzzthin - Botingkek
Motif Band - Tuhan Tolong Jagakan Dia
Firman feat. Alice - Jgn Mikirin Abang
Hyper Act - Hanya Aku (OST Teduhan Kasih)
Forteen - Kita (OST Sebenanrnya Saya Isteri Dia)
Amylea - Seperti Dia (OST Ramadhan Yg Hilang)
Altimet feat. Awi Rafael - Kalau Aku Kaya
Art Fadzil feat. Imuda - Rileks Brader
Bunkface - Agenda Jahilliah
Estranged - Anugerah Hidup
Roman - Misisku Kuza
Jac - Ikut Rentakku

Tuesday, July 9, 2013

Gerbang Ramadhan


Alhamdulillah..dapat ketemu Ramadhan lagi sekali. Moga kualiti ibadah meningkat sepanjang bulan ini. Seiring penambahan usia.. moga ia seberat pahala dan seringan dosa yang sepatutnya.


Aku mahu fokus. Cuba~

Akaun Fesbuk sudah deaktif. Mungkin secara kebetulan, aku terpalit sedikit kontroversi yang melanda di pejabat. Perasaan ralat itu amat tidak selesa sama sekali. Lagipun.. sessi "meroyan" di Twitter sudah tamat!


Harap-harap Ramadhan kali ini memang aku berpesta ibadah. Mahu bersifat lebih pemurah. Jadi pemaaf, dan pelupa. Lupakan kebaikan kita terhadap orang. Lupakan kejahatan orang terhadap kita.


Serta..ingat kesalahan kita terhadap orang, juga kebaikan orang terhadap kita. Moga kita menjadi seperti pohon jambu di tepian jalan. Dibaling dengan batu..namun menganugerahkan buah yang manis dan menyegarkan.