Hebahan

Wednesday, December 31, 2014

Produk 2014

(1)  Industri drama

Drama bersiri terbaik 2014 (bukan adaptasi novel) -pilihan TT

Keluarga Iskandar 2





Kusinero Cinta






Drama/Telefilem Terbaik 2014 (pilihan TT)

Saloma Biopic

Mentari Muncul Lagi




3 drama bersiri adaptasi novel Terbaik (Pilihan TT)

Ariana Rose


Rindu Awak 200%


Bukan Kerana Aku Tak Cinta


(2) 5 filem terbaik 2014 (pilihan TT)

Terbaik Dari Langit



Ophilia



Manisnya Cinta di Cappadocia



Lelaki Harapan Dunia



The Journey



(3) Rancangan realiti terbaik (pilihan TT)

Pencetus Ummah





 

Da'i Pendakwah Milenia




Gegar Vaganza - Bintang kembali menyengat


(4) Faithful Music - label rekod Faizal Tahir bersama Mike Chan

Bermula dengan projek #mengenangMH370, Percayalah / Faith





Seterusnya, memperkenalkan Hanie Soraya (dibantu kontroversi Hanez Suraya dan similariti Amy Mastura)





Dan melamar Elizabeth Tan sebgai artis rakaman.



Akhir sekali membawa bakat besar dari Brunei, Aziz Harun



Assalamualaikum dunia~



(5) Penyanyi menyerlah 2014


Akim - memenangi ABP, Penyanyi Lelaki Popular. Seterusnya single Mewangi bersama band The Magistrate lebih mengukuhkan lagi namanya. Akim turut memenangi Anugerah Komposer Muda Berpotensi, MACP seterusnya kejayaan merangkul vokal Lelaki Terbaik AIM.


Alif Satar - album terbaharunya, Definisi menunjukkan sisi kematangan dari segi muzik, vokal dan penghayatan. Alif turut terlibat dalam projek khas bersama Judik dan Ricky Martin buat rakaman lagu bola. Biarpun tak memenangi sebarang anugerah, pencalonan dalam beberapa kategori AIM dan beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 29 merupakan satu pencapaian membanggakan. Ekoran kejayaan single Akhiri Penantianku, kerjaya Alif turut dilebarkan menerusi bidang pengacaraan. Paling menjadi gandingannya bersama Shahrul Shiro dalam Sukalattew. Rezeki anak!!


(6) Muzik genre hip hop!


Usah nafikan! Muzik genre ini paling in setakat ini. Tengok saja bagaimana lagu SonaOne yang berbahasa Inggeris, No More boleh menang Lagu Terbaik.



Cuba lihat senarai Top 5, Lagu Hip hop Terbaik AIM ; Hello, Apa khabar. Tepi sikit Kerana Havoc! Tu yang tercalon, yang belum tercalon pun banyak lagi yang disiar di corong radio. Antaranya Al-Haq (Yang Satu), Infiniti Cinta, Si Puteh Si Merah, Jalan bersimpang, Lari dan macam-mcam lagi.


(7) Proton Iriz & Perodua Axia

Kereta nasional kompak terbaharu dengan harga yang berpatutan. Adakah ianya menepati ciri-ciri kereta idaman anda??
 





(8) Nur Fazura 



Artis pertama ada rancangan realiti sendiri, Facing Up To Fazura. Siap ada single Sayangi Dirimu yang menjadi lagu tema rancangan berkenaan. Populariti Fazura turut dibantu kejayaan beberapa filemnya yakni Kami Histeria (menang Aktres Pembantu Terbik Anugerah Kritik) dan Manisnya Cinta di Cappadocia. Selanjutnya, graf populariti semakin meningkat setelah menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014.

(9) Pelakon/pelawak menyerlah



Azhan Rani - dahulunya kerap diberi peranan antagonis. Kini semakin membuka mata banyak pihak setelah bakatnya terserlah melalui beberapa produk drama. Tahun ini, Azhan memagang watak AR Tompel dalam Saloma Biopic dan mendapat pujian. Seterusnya menyerlah dalam filem Lelaki Harapan Dunia.




Shuk SYJ - antara pelawak yang menyerlah tahun 2014 bersama beberapa produk seperti filem Mana Mau Lari,. Zombie Kilang Biskut, Amir & Lokman Pergi Ke Laut di samping penyertaan dalam Superspontan dan Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan SYJ. Shuk turut buat part-time deejay Era.fm

(10) Vine - better than Keek!



Anda nilaikan sendiri kenapa~



Tuesday, December 30, 2014

Wajah Disember 2014


(1) No. 7 Thailand (Charyl Chappius)




Semuanya gara-gara kejohanan Piala Suzuki AFF. Pemain negara gajah putih berusia 22 tahun kacukan Thai-Swiss ini pernah memenangi Piala Dunia FIFA bawah 17 tahun bersama Switzerland. Namanya trending ekoran gol yang disumbat beliau ketika menentang Malaysia di Bangkok dan Kuala Lumpur sewaktu pusingan akhir. Tahniah Thailand, Syabas Harimau Malaya.

TT : No. 7 Malaysia, Chopot! Top scorer AFF 2014

(2) SonaOne




SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae berusia 26 tahun merupakan penyanyi hip hop berdarah kacukan Malaysia pernah terheret dalam satu pergaduhan berprofil tinggi 2 tahun sudah. Namun kontroversi itu lenyap dan digantikan dengan kemenangan bergaya dan berganda buat genre hip hop apabila SonaOne dan Joe Flizzow mendominasi AIM21 termasuk Lagu Terbaik (first time to be won by English song) menerusi lagu No More. Nantikan kejutan Apa Khabar.. AJL29 nanti.


TT : Tanda Putera filem terbaik FFM26

(3) Pencetus Ummah (Dynamic Duo - PU Azman & PU Faiz)





PU Azman dan PU Faiz merupakan favourite untuk merangkul kejuaraan Pencetus Ummah musim kedua yang menjanjikan wang tunai RM100 ribu sebagai hadiah utama. Dan ianya menjadi rezeki PU Azman dari N9. Bukan duit soalnya, tetapi sekurang-kurangnya nilai kemenangan itu sama macam pertandingan hiburan seperti Maharaja Lawak, Superspontan dan sebagainya. AJL29 pun dah naikkan jumlah wang kemenangan untuk juara kepada RM50K.



TT : Michael Ang pun layan Pencetus Ummah okay~

(4) Sinema Malaysia

Setelah disajikan filem komedi, rempit, aksi, seram yang suram lagi menjemukan sepanjang tahun 2014, akhirnya... ! Ada sinar di hujung terowong yang gelap selama ini. Titik persoalannya, kenapa dilambakkan di hujung tahun?? FINAS, tolong jawab~

Antaranya filem paling romantis tahun 2014, Manisnya Cinta di Cappadocia, daripada novel Anis Ayuni yang diadaptasikan. Biarpun tak 100% sempurna tapi puas. Sayang, babak dalam kapal terbang yang best tu tak ada kan? Lakonan Eja paling wow biarpun cuma 15 minit muncul.



Seterusnya 2 filem yang berkisahkan persahabatan ataupun brotherhood, Ophilia dan Terbaik Dari Langit. Kedua-duanya terbaik dengan persembahan lakonan yang cukup mantap!





TT : Filem bertemakan sukan paling susah nak laku. Setuju? Mangsa terkini... Rentap yang mengangkat kisah aktiviti Parkour

(5) Sam Smith - dominasi pencalonan Grammy


Anugerah Grammy ke-57 yang akan berlangsung pada 8 Februari 2015 telahpun diumumkan senarai 5 terbaik. Sam Smith yang popular dengan lagu Stay With Me mengungguli pencalonan dalam 5 kategori. Sama macam Beyonce.

TT : Nampak tak? Februari 2015 dah ada senarai Top 5 bulan Disember lagi. Kenapa anugerah di Malaysia penganjurannya hidup segan, mati tak mahu. Dari senarai pencalonan awal sudah meragukan.

(6) Aziz Harun & Siddiq Safian

Mereka berdua pelapis penyanyi lelaki yang ada. Masa depan mereka cerah untuk menggantikan nama-nama besar seperti Hafiz, Hazama, Black, Akim dll. Aziz Harun, berumur 16 tahun dari Brunei. Anak didik Faizal Tahir. Kini hangat dengan lagu Senyum. Manakala Siddiq Safian yang berusia 28 tahun (dan sudah berkahwin. Hmm.. sama macm FT dulu kan) artis NAR dari Batu Pahat semakin dikenali semenjak menyanyikan OST Bila Hati Berbicara berjudul Engkau.





TT :Gegar Vaganza sudah sampai kemuncaknya.. Bintang kembali menyengat!

(7) Nur Shafiqa Lah


Gambar di atas sebelum tragedi menimpa beliau. Manusia kan.. ada lah tu yang dengki atau ada benda nak marah. Bertabahlah Shafiqa.



Apakah yang terjadi? Baca ceritanya di sini.

TT : Shafiqa mampu pertahankan diri daripada dirogol..sampai kena toreh muka. Saudara Saiful Bukhari Azlan??? Relakan saja?? Suka sama suka??

(8) Ameera Natasha Moore & Sara Rahim. Siapakah???  Klik sini.



TT : Pahala free Allah nak bagi. Jom tolong mangsa banjir. Sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa QZ8501 yang beragama Islam.

(9) Golf 

Apa kaitan golf dengan bencana/ujian yang menimpa Malaysia. TT malas nak ulas sebab netizens cukup hebat bab ni. Di alam maya banyak pakar dan ahli. Kita ada pakar banjir, pakar penerbangan, pakar ekonomi, ahli agamawan, ahli politikus dan macam-macam lagi. Memang layak diberi jolokan keyboard warrior. Hmm~

Kalau banjir berlaku.. itu salah PM kah?? Kapal terbang hilang... kapal terbang kena tembak... kapal terbang terhempas... pun salah PM kah? Silap PM mungkin wrong-timing. Siapa penasihat PM ni?? Pergi kemaskini gambar bermain golf sewaktu rakyat sedang bergelut. Bertabahlah PM.. tanggungjawab besar kan. Pikul lah semampu. Jika tak mampu, serahkanlah kepada yang sibuk mengata tu.










TT : Dr. Mashitah tudung makin kecil..ada hati kutuk artis yang berhijrah sewaktu perhimpunan ameno~

(10) Zahira



Akhirnya ada juga produk bermutu Zara Zya selepas Love You Mr. Arrogant. Berganding dengan Adi Putra pula tu. Memang meletop habis. Jalan cerita pun not bad. Mewangi lagu tema.. rezeki Akim kan.. tak layak ke AJL tapi menang AIM.

TT : Suamiku Encik Sotong?? Tajuk pun.... hmmm... no comment!

Monday, December 22, 2014

Lagu-lagu Jadian 2014 (LLJ 2014)

Berikut merupakan 25 lagu-lagu yang kurang diputarkan di corong-corong radio sepanjang tahun 2014 biarpun lagu tersebut berpotensi untuk pergi lebih jauh. Siapa tahu... tahun 2015 lagu-lagu ini akan semakin menjadi-jadi... TT siap bagi link sekali untuk pembaca perdengarkan lagu berkenaan :)

Hanya Ingin Kau Cinta - Hafiz 

Selepas ini, bila blog ini sudah tidak aktif, kalau kalian nak tahu lagu-lagu yang TT cadangkan, sila ke Twitter dan klik hashtag, #radiosendiri , #radioYouTiup (Tak nak dengar, jangan klik. Senang!!)