Hebahan

Tuesday, December 30, 2014

Wajah Disember 2014


(1) No. 7 Thailand (Charyl Chappius)




Semuanya gara-gara kejohanan Piala Suzuki AFF. Pemain negara gajah putih berusia 22 tahun kacukan Thai-Swiss ini pernah memenangi Piala Dunia FIFA bawah 17 tahun bersama Switzerland. Namanya trending ekoran gol yang disumbat beliau ketika menentang Malaysia di Bangkok dan Kuala Lumpur sewaktu pusingan akhir. Tahniah Thailand, Syabas Harimau Malaya.

TT : No. 7 Malaysia, Chopot! Top scorer AFF 2014

(2) SonaOne




SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae berusia 26 tahun merupakan penyanyi hip hop berdarah kacukan Malaysia pernah terheret dalam satu pergaduhan berprofil tinggi 2 tahun sudah. Namun kontroversi itu lenyap dan digantikan dengan kemenangan bergaya dan berganda buat genre hip hop apabila SonaOne dan Joe Flizzow mendominasi AIM21 termasuk Lagu Terbaik (first time to be won by English song) menerusi lagu No More. Nantikan kejutan Apa Khabar.. AJL29 nanti.


TT : Tanda Putera filem terbaik FFM26

(3) Pencetus Ummah (Dynamic Duo - PU Azman & PU Faiz)





PU Azman dan PU Faiz merupakan favourite untuk merangkul kejuaraan Pencetus Ummah musim kedua yang menjanjikan wang tunai RM100 ribu sebagai hadiah utama. Dan ianya menjadi rezeki PU Azman dari N9. Bukan duit soalnya, tetapi sekurang-kurangnya nilai kemenangan itu sama macam pertandingan hiburan seperti Maharaja Lawak, Superspontan dan sebagainya. AJL29 pun dah naikkan jumlah wang kemenangan untuk juara kepada RM50K.



TT : Michael Ang pun layan Pencetus Ummah okay~

(4) Sinema Malaysia

Setelah disajikan filem komedi, rempit, aksi, seram yang suram lagi menjemukan sepanjang tahun 2014, akhirnya... ! Ada sinar di hujung terowong yang gelap selama ini. Titik persoalannya, kenapa dilambakkan di hujung tahun?? FINAS, tolong jawab~

Antaranya filem paling romantis tahun 2014, Manisnya Cinta di Cappadocia, daripada novel Anis Ayuni yang diadaptasikan. Biarpun tak 100% sempurna tapi puas. Sayang, babak dalam kapal terbang yang best tu tak ada kan? Lakonan Eja paling wow biarpun cuma 15 minit muncul.



Seterusnya 2 filem yang berkisahkan persahabatan ataupun brotherhood, Ophilia dan Terbaik Dari Langit. Kedua-duanya terbaik dengan persembahan lakonan yang cukup mantap!





TT : Filem bertemakan sukan paling susah nak laku. Setuju? Mangsa terkini... Rentap yang mengangkat kisah aktiviti Parkour

(5) Sam Smith - dominasi pencalonan Grammy


Anugerah Grammy ke-57 yang akan berlangsung pada 8 Februari 2015 telahpun diumumkan senarai 5 terbaik. Sam Smith yang popular dengan lagu Stay With Me mengungguli pencalonan dalam 5 kategori. Sama macam Beyonce.

TT : Nampak tak? Februari 2015 dah ada senarai Top 5 bulan Disember lagi. Kenapa anugerah di Malaysia penganjurannya hidup segan, mati tak mahu. Dari senarai pencalonan awal sudah meragukan.

(6) Aziz Harun & Siddiq Safian

Mereka berdua pelapis penyanyi lelaki yang ada. Masa depan mereka cerah untuk menggantikan nama-nama besar seperti Hafiz, Hazama, Black, Akim dll. Aziz Harun, berumur 16 tahun dari Brunei. Anak didik Faizal Tahir. Kini hangat dengan lagu Senyum. Manakala Siddiq Safian yang berusia 28 tahun (dan sudah berkahwin. Hmm.. sama macm FT dulu kan) artis NAR dari Batu Pahat semakin dikenali semenjak menyanyikan OST Bila Hati Berbicara berjudul Engkau.





TT :Gegar Vaganza sudah sampai kemuncaknya.. Bintang kembali menyengat!

(7) Nur Shafiqa Lah


Gambar di atas sebelum tragedi menimpa beliau. Manusia kan.. ada lah tu yang dengki atau ada benda nak marah. Bertabahlah Shafiqa.



Apakah yang terjadi? Baca ceritanya di sini.

TT : Shafiqa mampu pertahankan diri daripada dirogol..sampai kena toreh muka. Saudara Saiful Bukhari Azlan??? Relakan saja?? Suka sama suka??

(8) Ameera Natasha Moore & Sara Rahim. Siapakah???  Klik sini.



TT : Pahala free Allah nak bagi. Jom tolong mangsa banjir. Sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa QZ8501 yang beragama Islam.

(9) Golf 

Apa kaitan golf dengan bencana/ujian yang menimpa Malaysia. TT malas nak ulas sebab netizens cukup hebat bab ni. Di alam maya banyak pakar dan ahli. Kita ada pakar banjir, pakar penerbangan, pakar ekonomi, ahli agamawan, ahli politikus dan macam-macam lagi. Memang layak diberi jolokan keyboard warrior. Hmm~

Kalau banjir berlaku.. itu salah PM kah?? Kapal terbang hilang... kapal terbang kena tembak... kapal terbang terhempas... pun salah PM kah? Silap PM mungkin wrong-timing. Siapa penasihat PM ni?? Pergi kemaskini gambar bermain golf sewaktu rakyat sedang bergelut. Bertabahlah PM.. tanggungjawab besar kan. Pikul lah semampu. Jika tak mampu, serahkanlah kepada yang sibuk mengata tu.










TT : Dr. Mashitah tudung makin kecil..ada hati kutuk artis yang berhijrah sewaktu perhimpunan ameno~

(10) Zahira



Akhirnya ada juga produk bermutu Zara Zya selepas Love You Mr. Arrogant. Berganding dengan Adi Putra pula tu. Memang meletop habis. Jalan cerita pun not bad. Mewangi lagu tema.. rezeki Akim kan.. tak layak ke AJL tapi menang AIM.

TT : Suamiku Encik Sotong?? Tajuk pun.... hmmm... no comment!

No comments:

Post a Comment