Hebahan

Sunday, November 30, 2014

Wajah November 2014

1. Maharaja Lawak Mega kembali. Yang menarik perhatian bukan pesertanya seperti Jalor dan Shake, sebaliknya barisan juri lebih menarik perhatian. Tahun ini menampilkan penyanyi dari seberang Tambak Johor, Taufik Batisah yang semakin hangat dengan single yang amat segar, #awakkatmane.








Bersama selebriti chef Indonesia, Farah Quinn, Datuk Jalaludin Hassan serta princess wannabe, Nurfazura yang senantiasa tabah (sebab bulan ni banyak X yang telah selamat bina masjid)

TT : Selain ada rancangan realiti sendiri, Fazura turut melancarkan singlenya yang terbaru, Sayangi Dirimu ciptaan Damien Mikhael. Lirik oleh Shah Shamsiri.


2.  Filem baharu yang mencetuskan fenomena

Interstellar (Christopher Nolan boh!) Read this.




Big Hero 6 (penerbit Frozen)





Lelaki Harapan Dunia (dah jelajah festival filem seluruh dunia)











TT : Ada Apa Dengan Cinta 2014 (AADC 2014)

3. Ratu Dangdut, Amelina is back! Siapa sangka, Alyn hilang ketika zaman kemuncak. Tup tup muncul balik selepas 15 tahun. Puncanya... perkahwinan. Kita doakan yang baik-baik saja. Sebab khabarnya bakal bekerjasama dengan Ajai (yang sentap dengan Top 5 AIM)




Semuanya bermula bila Maya Matahri muat naik gambar mereka di IG kemudian dihidu orang ramai (forumer Cari). Dan sah, Amelina masih belum bertudung. Yang bertudung merah hari itu sebab tak mahu dicam oleh peminat katanya~  Apa lagi Mas Idayu... habis Mentor Legend ni bolehlah fikir nak set up bisnes apa. Ooops!

TT : Kesian Datuk Lee Chong Wei... semuanya gara-gara Dexamethasone



4. Musim anugerah! Berturut-turut anugerah hiburan dianjurkan bulan ini. Dimulakan oleh Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014, Festival Filem Malaysia 26 (FFM26), Anugerah Skrin TV3 2014 termasuklah Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 #mm29sf , pentas ke AJL29. Klik sini unyuk senarai penuh pemenang.

Dan antara yang menonjol dan mencuri perhatian termasuklah :

Drama Matahari Terbit Lagi (TV Al-Hijrah)






Dan juga adik Puteri Balqis





TT: Zahiril Adzim solat di tempat parkir PWTC sebelum ASK 2014 pun boleh jadi viral?



5. Most Valuable Player 2014 : Mohd Khairul Azhan. Mula-mula sekali tahniah Pahang, mendakap piala ketiga dalam masa 1 tahun. Mengekalkan Piala Malaysia setelah menjinakkan JDT melalui sepakan penalti. Ramai yang kutuk Mat Yo tak berjaya jaringkan gol... tetapi tak ramai yang memuji Azhan, hero sebenar Pahang yang menyelamatkan sepakan penalti tersebut!



Skuad Harimau Malaya yang beraksi di Piala Suzuki AFF telah mara ke peringkat Separuh Akhir seperti yang disasarkan. Safee Sali juga menyerlah di sebalik kontroversi merokok dan berlagak "diva".


TT : Tahniah Hamilton... juara F1 2014 mengalahkan saingan utama daripada pasukannya sendiri, Nico Rosberg.



6. Fenomena/bencana pelik yang muncul.







Puting beliung di Kedah






Tanah runtuh di Cameron Highland... tetapi banjir?? Sampai Sultan Pahang murka? Lepas tu nak salahkan PATI lah pulak???




TT : Bila Hati Berbicara drama Akasia baharu di TV3 yang turut memperkenalkan Siddiq Safian selaku penyanyi runut bunyi drama tersebut.

7. Kisah ratu cantik

Miss Honduras, Maria Jose Alvarado yang dibunuh




Manakala bekas ratu cantik Malaysia Pauline Chai yang berkahwin dengan jutawan Datuk Khoo Kay Peng ada kes penceraian disebabkan telah diperlakukan sebagai hamba. Benarkah?


TT : Eina Azman..eh... Datin Paduka Eina Azman yang dituduh sengaja parking kereta di Petronas Solaris Serdang dihencap secara berjemaah. Kesian beliau.. apa salahnya sambil isi minyak kereta dan nak ber"Mesra".  Dr. Mashitah kutuk ustazah ekspress..nak jaga tepi kain orang tanpa menyedari tudung sendiri makin pendek menampakkan .... (habiskan sendirilah ayat tu...huhu)

8. Isu penukaran nama jalan kepada nama bekas Agong. (Jalan Duta kepada Tunku Abdul Halim, Jalan Khidmat Usaha kepada Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Ipoh kepada Sultan Azlan Shah, Persiaran Duta kepada Syed Sirajuddin, Persiaran Mahameru kepada Tuanku Ja'afar, Lebuhraya Mahameru kepada Sultan Iskandar, Jalan Semarak kepada Sultan Yahya Petra dan Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah kepada Sultan Mizan Zainal Abidin)




TT : IOI City Mall. Kecoh pasal shopping mall yang baru ni. Boleh ice skating di kawasan paling besar dan luas di Malaysia katanya~



9. Isu semasa;

RON95 akan diapungkan? Subsidi akan ditarik? Maknanya harga akan sentiasa naik dan turun mengikut harga minyak dunia.  Khabarnya bermula 1 Disember, harga minyak RON95 telah turun 4 sen... RON97 turun 9 sen.



 


Isu JPJ berkenaan nombor plat melibatkan orang kenamaan yang tidak mengikut garis panduan. Maka, kerajaan berkemungkinan akan mengkaji  hanya JPJ keluarkan nombor plat. Baru ikut standard... macam negara Jepun.

TT : Kes buli melibatkan budak singlet hitam yang menular menjadi viral baru-baru ni rupa-rupanya kes 4 tahun lepas! Nampak tak kesan negatif media sosial? Viral...termasuklah kes buli di rumah anak yatim di Perlis.







10. Firman, Juara AF2014. Ada orang kata... juara mula dengan huruf F semuanya akan sendu.. seperti Faizal dan Faizul! Oooops~




TT : Gegar Vaganza apa cer ni?? Metro kantoikan Hasnol tersingkir. Lebih parah reporter senior, Huz dari Utusan bocorkan finalis Gegar Vaganza. Shima bukan finalis ok tapi Ifa Raziah! Astro tak mahu saman mereka kah?

No comments:

Post a Comment