S.T.R.A.N.D.E.D Story~
Kami datang dari arah yg berlainan.. menuju ke satu lokasi yg sama lalu bertemu..kemudian berpisah menuju destinasi yg berbeza.
Macam berlakon filem!
Itulah perasaannya yg aku alami genap seminggu yg lalu. Usai urusan di Kota Bharu, aku dgn berat hati berangkat dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menuju ke KLIA.
Eh..bukan lusa raya Haji?? Ya!! Tapi esok aku kerja. Sampai jam 7 malam ya. Dan-dan boleh pulak flight delay. Yeay!
Sepatutnya bertolak jam 10.. 40 minit kemudian baru berlepas. Gara-gara cuaca...hujan di hati kah ???
Dalam pesawat..berborak dgn org sebelah. Aku memang suka berbasa-basi memulakan sessi berbual. Oh..orang Putrajaya juga,dia belajar di KB.
Syukur..selepas hampir 1 jam selamat tiba di KLIA. 5 minit saja nak keluar daripada pesawat. 10 minit masa menunggu bagasi tiba. Maka jam 11:55 malam aku berlari-lari anak bak Cinderella dalam KLIA tu.
Nak kejar ERL ke Putrajaya. Nanti isteri aku akan jemput. Dekat saja dari rumah sewa kami. Dan hanya isteri aku satu-satunya orang yg boleh jemput aku di Putrajaya Sentral sebab yg lain beraya di KB. Akan tetapi, satu perkataan sahaja...
HAMPA!!
Hampeh betul. Aku nak kejar mamat yg duduk sebelah aku tadi. Konon buat baik dibalas baik lah ni. Nak tumpang sampai Putrajaya.
Juga HAMPA!
Aku mundar-mandir..ke sini ke sana usung beg merah beroda. Mengharapkan keajaiban. Hoping for miracles.
Tetap HAMPA!
Lalu aku duduk di situ. Domestic MEETING POINT. TEMPAT BERTEMU dalam negeri. Aku hubungi isteri tercinta. Jangan risau tentang aku. Tidurlah sayang bersama anak-anak. Jangan dikejutkan lena dengkur mereka. Aku tunggu sampai pagi.. ERL kembali beroperasi.
Aku matikan telefon. Bateri pun dah nak habis. Tumpang cas di KLIA. Jumpa plug berdekatan. Aku duduk semula di situ. Mengharap lagi.. orang yg ada di sekeliling kasi tumpang.
Aku tegur brader paling kanan dlm gambar. "Tengah tunggu orang jemput ke?"
HAMPA lagi buat kesekian kalinya.
Dia kata nak balik Sabah. Tunggu flight pagi esok.
Ok.. ada kawan. Teman bicara. Ada geng.
Sambung borak..cuti lama ke? 1 bulan katanya.
Wow..raya sakan! Ambil cuti panjang. Unpaid leave ke? Lebih kurang begitu soalanku.
Oh! Student lagi. Belajar perubatan di Mesir. Sedang cuti panjang. Topik perbualan berubah mula dengan kisah pengajian sehinggalah tajuk perkahwinan. Oh..dah kahwin rupanya si Oci ni.
Kemudian rakan-rakannya dari Mesir muncul. Kesemua mereka kecuali yg paling tinggi itu. Mereka letak beg..bergegas solat Isyak. Semuanya bakal doktor.
Dehe..nombor 3 dari kiri. Masuk korum perbualan. Dia asal dari Jertih. So boleh speaking Klate. Tapi soalan ni tetap terpacul "ado hok maghi dari Klate dok?"
Ada! Nombor 2 dari kiri. Bukan sekadar dari Klate. Junior sekolah Ma'ahad juga. Cuma dia MTS. Ma'ahad Tahfiz Sains. Kiranya doktor al-hafiz ni. Alhamdulillah.
Azim namanya. Maka perbualan lebih menjurus kisah zaman sekolah...cikgu Tarmizi..sampailah tajuk kelas2 di Ma'ahad. Uniknya Ma'ahad ni.. kelas diberi nama ikut nama tempat.
Makkah-Madinah-Dimashq-Kufah-Basrah-Baghdad-Fustot-Qairawan-Qartubah!!
Bila bercakap pasal Basrah..tiba-tiba ada orang mencelah perbualan kami. Mamat yg paling tinggi. Mike Abdul Wahab. Half Iraqi-half American! Class tak?
Dia faham perbualan kami. Kalau tak takkan menyampuk tiba-tiba kan?
Ironinya.. Mike ni dah 5 tahun di Malaysia. Belajar lagi. Bidang aviation. Dan masih muda. Maka aku paling rendah dan paling tua di situ. Ini fakta!
Kemudian dua orang lagi student Egypt yg selesai bersolat menyertai ruang santai kami. Dua dari kanan, Raja yg akan balik JB.. dan yang paling kiri. Ya! Dia orang Sabah. Agasi namanya.
Maka di situlah kami habiskan masa sampai ke pagi. Borak-borak. Kongsi pengalaman. Mike ni hackers rupanya. Dia ke situ tunggu best friend dia.. PB kat situ. Polis bantuan..bangsa Melayu. Mereka nak bercuti ke Taiping.
Mike ni juga gamerz. Borak pasal game pula. Not my forte. Yg bagusnya si Mike ni komen.. orang asing yg banyak lakukan jenayah di Malaysia. Negro Afrika tu ramai kaki pecah rumah dan jual dadah katanya.
Pelik kan? Mike ni juga kutuk orang Arab. Datang KL..macam wara' tapi kaki clubbing..kaki cret anak dara orang. Dia rindu zaman kanak-kanak dia di Iraq. Sebelum Iraq 'ditawan' USA.
Syria juga dulu aman tenteram sebelum zaman Basyar. Dia kutuk Israel...dia kutuk ISIS. Dari perspektif orang Arab. Paling sedih..dia cakap dia sebatang kara di KL walaupun keluarganya besar.
Sekali-sekali ada polis preman.. polis bantuan..hatta askar berceloreng melintasi tempat kami berkumpul. Nak takut apa..bukan buat salah pun. Hehe.
Kiranya..dialah watak utama dalam cerita ni. Yang lain-lain tokok tambah saja. Sampai pukul 4 pagi. Aku dah tak larat...sebagaimanan aku taip cerita ni...sebagaimana korang baca karangan panjang ni. Tak larat.
FULL STOP.
5 pagi aku bangun. Mamai-mamai rushing ke ERL. Yg lain-lain pun nak ke balai perlepasan. Kami berpisah.. menuju arah destinasi masing-masing.
Pertemuan singkat tapi amat bermakna. Manisnya apabila menjadi orang asing dan sahabat dalam waktu yang sama!
Ilal liqa' ma'as salamah
#tq #shortfilm #fefeelingTheTerminal