Hebahan

Sunday, February 2, 2014

Pasca AJL 28 - semakin hilang prestijnya??

Pertama sekali, ini bukan isu rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Soalnya sekarang, rumah tersebut tak pernah siap! Maka, adatlah ada bunyi orang bertukang.. apatah lagi orang tersebut misi si tukang tulis!! Oops~

Kenapa?? Adakah TT tak puas hati dengan keputusan juri??

Adakah TT kecewa sebab ramalan tidak tepat??

Adakah TT ni bajet bagus.. feeling good-good saja, konon berpengetahuan luas dalam muzik dan mahukan platform itu untuk bercakap mengenai "industri"?? Tak pernah nyanyi.. tak pernah cipta lagu.. tak pernah tulis lirik ada hati nak bersuara?? (Ooppss.. ter"troll" Ahmad Idham pula dah!)

Maka jawapannya, jangan nilai siapa yang bercakap.. tetapi nilailah apa yang diucap. Apa yang ditulis TT ni semoga sedikit sebanyak dapat menghidupkan lagi industri yang tak besar mana itu... huhu. Kita mahu selangkah ke hadapan... bukan ke belakang! (Bunyi kekwat tak?? haha)

Sebelum TT ulas dengan lebih lanjut... SATU soalan SAHAJA; apakah persembahan AJL28 yang paling diingati?? Apakah momen yang paling dramatik melekat di memori?

Jika diimbas sejarah penganjuran AJL, kebiasaannya finalis akan all out. Kalah tidak mengapa, asalkan orang ingat persembahan kita. Contoh?? Sudirman dengan pemetik apinya, Ning Baizura dengan baju kurung atas tikar mengkuang, Elyana dengan berkaki ayam, Alyah dengan Remy Ishaknya, Noraniza Idris dengan segerombolan penari, Hazami dengan barisan koir dan teater pentomennya, Stacy yang ligat dan lincah, Faizal Tahir tak payah cakaplah..tak cukup senarai gimiknya yang menjadi bualan.

Itu mereka yang kalah...pun orang boleh ingat! Apatah lagi mereka yang menang besar. Contoh? Kak Melah dengan baju hati siap ada lampu, Aishah dengan propsnya, M.Nasir dengan bersahajanya, Datuk Siti Nurhaliza dengan tarian lenggang-lenggok kemelayuannya kontra dengan Misha Omar yang "naik hantu" suka hentak dan angkat kaki, Meet Uncle Hussain dengan topeng berair matanya, Jac dengan tanda dagang angkat microphone tinggi-tinggi, Hafiz pernah berpakaian sukan dan menang AJL menerusi lagu Awan Nano.

Tetapi AJL 28 baru-baru ini?? Nyanyian finalisnya pun tak sepenuh hati. Hey, ini satu pertandingan! Bukan showcase ala Jom Heboh. Persembahan pun ala kadar saja. Tak ikut tema. Pakaian pun... alahai~ Apakah persembahan yang meninggalkan kesan dan impak?? Hafiz dan pokok gersangnya?? Lalu diangkat menjadi pemenang persembahan terbaik??

Rasanya, persembahan yang mengikut tema lebih diingati. Paling ketara, Kalau Aku Kaya yang siap tabur duit dari atas bumbung. Memang ada interaksi dengan penonton secara terus. Jac bersama 5 Diva juga antara yang menyerlah, maka sememangnya Jac layak menggenggam trofi Vokal Terbaik sekaligus menyekat penguasaan Hafiz buat kali keempat. Namun sayangnya... kesemua persembahan terbabit tenggelam hanyut dibawa arus dek persembahan memukau Datuk M.Daud Kilau yang diarak bak raja! Maka, siapa yang layak memenangi persembahan terbaik sebenarnya?? Tepuk dada.. tanya selera~



Persoalan kedua, apa tujuan tema diwujudkan?? Suka-suka saja? Antara tema AJL sebelum ini ialah Evolusi Muzik Berterusan, Air (Alunan Muzik Bergelora) , Ekspresi Seni, Rentak Muzik Rentak Kita. Tema AJL28 - GAME! Permainan. Apa tujuan ada tema.. tetapi pemenangnya tak ikut tema pun. Inilah padahnya apabila jari menjadi juri. Sah sah penyanyi popular, ramai peminat akan menang. Maka, penyanyi yang berusaha, gigih ikut tema pulang tangan kosong. Persembahan mana ikut tema?? Penglipurlara, Kalau Aku Kaya, Bosan, Tanda Tanya, Kau Yang Terindah. Kalau juri yang tentukan, pasti salah satu lagu tersebut akan sangkut.

Persoalan ketiga, apakah motif utama penganjuran AJL ?? Juara LAGU. LAGU. Kali ketiga TT taip... LAGU!! Bukan penyanyi.. Apa makna lagu? Bagaimana sesebuah lagu itu dinilai? Dinilai melalui nyanyian penyanyi atau dinilai dari sudut komposisi lagu serta penghasilan lirik yang bermutu?? Atau populariti lagu itu?

Maka, mengikut kebiasaannya, komposer dan penulis lirik diberi limelight seperti penyanyi. Maka, sewaktu intro akan diperkenalkan komposer dan penulis liriknya. Pasti penonton ingin tahu bagaimana rupa Manusia Putih, Kuncidemak, Frozen, Light dan Citra (walaupun tahu itu Erma Fatima). Tapi sayangnya, dua tiga tahun terakhir penganjuran AJL, komposer dan penulis lirik hanya di atas kertas.

Intro AJL28 antara persembahan pembukaan yang hampeh. Apa relevannya lagu Mahakarya Cinta? Paling tidak, persembahkan lagu-lagu yang pernah menjadi juara. Sudahlah komposer dan penulis lirik didiskriminasi sebab sudah menang pun tak ada peluang nak beri ucapan sepatah dua kata. Oh.. patutlah nak GAME OVER ON TIME pukul 11:30. Takut drag~

AJL sebenarnya satu anugerah yang agak unik! Kenapa? Mana ada pertandingan di dunia ini serupa AJL yang saban tahun mempertandingkan lagu-lagu berbahasa Melayu untuk orang Malaysia (biarpun syarat itu kelihatan sedikit longgar lewat kebelakangan ini). AIM tiru Grammy. FFM tiru Oscars. ASK tiru Emmy. Tapi AJL?? Berdiri atas kaki sendiri.

AJL sebenarnya pencetus revolusi muzik Malaysia. Jika disenaraikan pemenang-pemenang lepas, penyanyi yang pernah menang sememangnya mengikut arus dan peredaran zaman. Trending orang kata. Waktu zaman lagu pop, balada lewat 80-an, Francisca Peter, Zaiton Sameon dan Ramlah Ram merupakan perintis sebelum diteruskan Fauziah Latif dan Aishah. Zaman rock kita ada pemenang seperti Search, Mega dan Nash sebelum muzik etnik mengambil alih yang didominasi oleh Siti Nurhaliza dan M.Nasir.

Seterusnya genre world music (masih etnik juga sebenarnya) dipelopori Yasin. Kemudian bintang realiti TV mengambil alih seperti Jaclyn Victor, Aizat, Hafiz. Kini, finalis AJL diserikan dengan kemunculan band indie (MUH, Estranged) dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis kelahiran Youtube (Yuna, Ana Raffali, Najwa Latif).

Kata kuncinya... elemen pembaharuan! Maka hari ini, genre apa yang sepatutnya menang kali ini?? Jawapannya lagu hip hop..rap!! Yang ada featuring ataupun kolaborasi (biarpun TT bukan suka sangat lagu genre sebegni). Seharusnya Teman Pengganti, tahun lepas lagi dah menang. Perasan tak trend sekarang artis kolaborsi.. featuring dengan genre hip hop. Contohnya, Kalau Berpacaran, Anak Kampung. Ironinya AJL28, intro dan penutup sibuk pula nak ada lagu hip hop bagai. Bukan semua lagu sesuai di"hip-hop"kan ya!

Malah ada lagu yang tak masuk akhir tetapi mendapat permintaan tinggi di stesen radio seperti lagu Sesaat Kau Datang, Untuk Dia, Bawaku Pergi, Mantera Beradu, Cerita Kedai Kopi, Infiniti Cinta dan macam-macam lagi. Maknanya, AJL jika mahu mencipta kelainan, menjadi ejen pembaharuan harus memilih lagu yang lebih IN sebagai pemenang. Antara Salamusik (Aku Pelat), Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya) atau Najwa Latif, Sham Kamarul ft. Sleeq (Sahabat), TT akan memilih Aku Pelat! Tapi sayang.. giliran pertama..dan kebiasaanya opening act tak pernah menang! Sama macam kes Cinta Sempurna (Yuna) yang jauh lebih bertenaga dibandingkan dengan Tolong Ingatkan Aku. #ouch

Soalan terakhir, adakah TT puas hati dengan keputusan? Kalau TT salah seorang juri apa kriterea sesebuah lagu dinobatkan sebagai juara??

Keputusan - At the first place, pada asalnya, TT langsung tiada masalah dengan kemenangan Hafiz. Tak dinafikan vokal Hafiz amat solid. Kalau menang vokal kali keempat pun tidak mengapa! Namun, lagu Bahagiamu Deritaku.. genrenya seperti lagu balada 90-an. Meleweh orang kata. Ada orang kata.. lagu Bahagiamu Deritaku dicedok isy, bukan diinspirasikan oleh lagu di bawah ini. Sama ke?? TEET~


Apa maknanya? Ertinya, signatur dan faktor-X sesebuah lagu dijulang selaku Juara AJL semakin pudar. Tiada lagi tanda dagang ataupun penanda aras sekiranya lagu tersebut sememangnya layak bergelar juara. Tetapi, hal ini tak bermakna AJL perlu memilih lagu-lagu yang pelik sepanjang tahun. Itulah kriterea yang dicari dan digali dalam sesebuah lagu.

Orang kata, hanya jauhari mengenal manikam. Juri tahu buat kerja masing-masing. Katanya~  Err.. mungkin barisan juri AJL28 yang dikepalai Azmeer mungkin boleh mengundang kontroversi memandangkan rata-rata individu yang menjadi juri "sezaman" dengan LY/Baiduri dan pernah bekerjasama dengan Hafiz sebelum ini. Bukan isu conflict of ineterest tapi.. ingat tak isu Tolong Ingatkan Aku yang jurinya ada Aidit Alfian dan M.Nasir. Cuma beza kali ini, Tolong Ingatkan Aku juara yang tidak direstui (vokal Ana Raffali tak sebagus Hafiz), dan Bahagiamu Deritaku merupakan lagu popular dan diterima ramai.

Bukankah AJL gemar menongkah arus?? Lagu yang tak berapa popular... tetapi berkualiti yang diangkat sebagai pemenang. Maknanya, macam pemenang Lagu Terbaik AIM. Lagu tersebut tak sepopular lagu lain. Ironinya, AJL jarang mengiktiraf Lagu Terbaik AIM. Cuma Jerat Percintaan sahaja yang mampu menang kedua-duanya sekaligus.

Kesimpulannya... adakah penganjuran AJL semakin hilang prestijnya??Semakin hambar??

Senang cerita.. pusingan separuh akhir lebih sengit berbanding pentas final. Ditambah dengan pengacara yang masih kurang buat homework (bila FBI, Ally dan Cheryl Samad tiada baru terasa kekok dan kurang). Tapi jika dinilai buat kali pertama, Scha dan AG sudah OK. Tetapi jauh lagi perjalanannya. Kurangkan lawak yang boleh memalukan diri sendiri dan jangan ulang modal sama (sakat-menyakat)

AJL tanpa 3 kategori/genre.. AJL tanpa Datuk Siti Nurhaliza (sampai AJL22 sahaja).. tanpa Noraniza Idris, AJL tiada lagi kemeriahan/kerancakan irama etnik kreatif.. tiada lagi Faizal Tahir maka tiada lagi gimik atau kejutan... dan hadiah wang tunai tak setanding 100K yang cuma perlu buat lawak atas pentas bermodalkan air liur dan isu-isu panas yang diparodikan

Jadi, apakah yang patut TV3 dilakukan??

Pentasnya... medium untuk melangkah ke final ialah Muzik-Muzik. Maka pemilihan lagu, senarai pencalonan awal dan juga sewaktu pusingan Separuh Akhir sepatutnya lebih telus. Lebih telus? Maknanya, lagu yang strong tapi penyanyi lagu tersebut tiada fan base yang kuat pasti kecundang awal-awal lagi. Mungkin itu sebabnya artis yang otai tak mahu sertai AJL. Malu kalah dengan orang muda. Mungkin pihak TV3 boleh pertimbangkan 20 + 10 lagu ke Semi Final, yakni 10 lagu wildcard pilihan juri.

Seterusnya, memandangkan pusingan separuh akhir lebih sengit daripada akhir, juri yang betul-betul berkecuali ditapis terlebih dahulu. Mungkin agak sukar di sini tetapi memandangkan penganjurannya untuk menilai lagu, maka orang yang ahli pasal muzik harus berada dalam senarai jemaah juri. Contohnya pensyarah bidang muzik, vokal, music arranger, penyanyi veteran, pakar & pengkaji bahasa dan rasanya tak salah jemput juri luar dari Indonesia dan Singapura sebab pasti mereka tiada kepentingan.

Selingan - Segmen penutup, persembahan penutup menghilangkan debaran. AJL sebelum ini boleh dikatakan berjaya seperti segmen mengimbau rock kapak, Siti Nurhaliza featuring Azlan Typewriter, tribute arwah Sudirman, 3 diva Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Sharifah Aini. Tetapi ketika AJL28 persembahannya hanya taraf Jom Heboh. Penangan Datuk M.Daud Kilau saja yang berkesan. Sewaktu iklan, Bochey menghiburkan penonton.. memang tak kering gusi dibuatnya. Antara momen yang kelakar seperti berikut (p/s : Parts lain cari sendiri) :



TT - Nasib baik TV3 tiada Menteri. Kalau tak.. mesti ada Menteri TV3 yang cakap " Kalau tak setuju, tak suka dengan keputusan AJL, sila layan awards lain ". Err.. layan Grammy awards lah esok hari. #kbai

Sumber : Info 1 & Info 2

No comments:

Post a Comment