Hebahan

Saturday, February 1, 2014

CDC Januari 2014


(1) Berita politik tanahair. Watak utamanya masih DSAI. Bermula dengan cerita anak perempuannya, YB Nurul Izzah yang didakwa memfailkan penceraian secara fasakh. Seterusnya kisah kegagalan DSAI memasuki negara Jepun. Gara-gara halangan itu, penyokong-penyokong tegar DSAI (macai juga kah? atau adakah perkataan macai hanya sesuai untuk penyokong UMNO/BN totok??) telah berdemonstrasi dan membakar bendera Jepun. Seterusnya, kemelut di negeri Selangor memuncak dengan perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan DSAI sebagai calon.

TT : Menjelang PRK Kajang, Saiful Bukhari akan buat come back lagi sekali kah?? Sayangi Selangor.. Yakini BN (patut menang AJL ke AIM..mengalahkan lagu Janji Ditepati karya DS Rais Yatim) #eh #tetiba



(2) Isu ketegangan agama. Malaysia kan sudah merdeka lebih 56 tahun, namun sejauh mana pemahaman dan toleransi sesama kita yang berlainan bangsa dan agama? Kalau tak, masakan ada perkara sensitif berlaku seperti isu pegawai JAIS menyerbu gereja, membakar bible, isu penyanyi bertudung Marianatasha tak dibenarkan menyanyi dan dipaksa turun pentas, isu guru Mualaf dipaksa buka tudung. Tidak lupa kisah Timbalan Menteri Pelajaran, merangkap MP Hulu Selangor yang ditumbuk pemuda Melayu gara-gara gagal bertukar sekolah

Syukur anak-anak pasangan Malaysia (pengarah Tourism Malaysia) yang ditahan (sebab rotan tangan anak yang tak bersolat) di Stockholm, Sweden  telah berada di bawah jagaan orang Malaysia dan dibawa pulang ke tanahair.



TT : Bagaimana pula perasaan seorang bapa yang ditahan ISA anaknya masih dalam kandungan, setelah dibebaskan anaknya sudah boleh bercakap??

(4) Kes tragis! Tragedi pembunuhan, bapa sembelih anak. Nasib baik anak yang besar berjaya melarikan diri dan buat laporan polis. Di Terengganu, kes ibu "jual" anak kepada kekasih sebab ketagihan dadah lebih tragis sebab anak kecil berusia 2 tahun itu maut dalam keadaan mengaibkan. Akhirnya misteri pembunuhan 3 beradik di Kedah telah terungkai. Suspek yang juga kenalan mangsa berjaya diberkas. Ada satu kes kemalangan maut di mana mayat diseret 44 kilometer. Ngerinya. Masya Allah. Dan ada juga kes pelajar Malaysia, Izat di Nottingham ditikam 14 kali namun masih bersemangat meneruskan pengajian.

TT : Hari pertama persekolahan kecoh cerita kepala budak (termasuk kepala bapa budak dan kepala lembu..haha) yang tersangkut di celah kerusi!!


(3) TURUN!! Atau NAIK??

Tambang bas sekolah naik harga. Alat tulis naik harga. Harga makanan di kantin pun naik. Harga barang naik. Harga makan di restoran Insaf juga mahal dan tak masuk akal! RM 23 sekepala?  Namun, watak utama isu ini... KANGKUNG! Kesian PM kita kena troll.. siap ada lagu autotune lagi. PM dan beberapa orang Menteri turun padang. Hasilnya?? Kempen diskaun penurunan harga sebanyak 15%-70% di pasaraya borong terpilih seperti Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco.

Himpunan TURUN malam tahun baru 2014 dapat smbutan tak? Lu apa citaa??

TT : Mufti Perak Tan Sri Harussani telah isytihar bughah (atau derhaka) kepada pendemonstrasi dan halal darahnya dibunuh??



(4) Belasungkawa. Takziah kepada keluarga lagenda bola sepak negara, mendiang Wong Choon Wah. Al-Fatihah kepada dua orang ulama, Ketua Dewan Ulama' PAS, arwah Ustaz Harun Taib. Juga kita telah kehilangan seorang lagi ulama', Syeikh Abdul Karim Zaydan. Dari Abdullah ibn ‘Amru ibn Al-‘As ra katanya : saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Bahawasanya Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutnya dari manusia tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan ulama hingga apabila tidak ada lagi orang alim, manusia akan mengambil orang-orang jahil sebagai ketua, maka mereka ditanya, merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan pula.

TT : Google telah mengenang pemergian arwah Yasmin Ahmad dengan mengabadikan potret arwah di Google
(5) Berita sukan. Perpindahan Januari. MU yang kini bergelut mendapatkan slot ke Champions League berjaya mendapatkan Juan Mata. Cardiff City ada pengurus baru, bekas pemain legenda Manchester United, Ole Gunar Solskjaer. Turut sama ke Cardiff ialah Fabio dan Zaha yang juga pemain MU. Liga Super Malaysia 2014 sudah dimulakan dengan kemenangan Pahang mengatasi Lions XII mendakap Piala Sumbangsih. Bagaimana agaknya persembahan JDT 1 dan JDT 2 kali ini. JDT 1 sudah kalah dengn T-Team. Tahniah beregu V Khem-Shim Wah yang menjuarai Terbuka Malaysia. Kejuaraan pertama milik mereka, lebih manis di gelanggang sendiri.

TT : Pelumba legenda F1, Michael Schumacher kini terlantar dalam keadaan koma.

(6) Fenomena dan bencana alam... kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Mahameru. Paling mengejutkan berita turunnya salji di Indonesia. Walaupun kesahihannya masih belum dapat dibuktikan sumbernya Apa yang pasti, suhu di beberapa kawasan di Malaysia mengalami penurunan suhu sehingga bawah 20 darjah celcius gara-gara tiupan angin musim sejuk dari negara China.(seperti di Kuala Krai dan rajin benau orang yang ngedit gambar) boleh tukar nama jadi Cry Confluence City

Nama kampung Pantai Dalam tak jadi tukar nama kepada Pantai Central.

TT : Fenomena baru di Putrajaya - Hard Rock kafe Putrajaya??


(7) Isu tuntutan. Adakah kerusi panas MB Selangor dituntut individu lain selepas ada isu pengguguran Azmin Ali dalam ahli lembaga Pengarah PKNS. (yang penting PKNS menang di Kota Bharu yaw). Abam KJ ulas isu DSAI bertanding PRK Kajang, beliau kata lagi baik DSAI isytihar diri Sultan Melaka. Haha. Benarkah waris kesultanan Melaka wujud? Beliau yang dimaksudkan, Raja Noor Jan Shah. Khabarnya telah ditahan, disoal-siasat dan dibebaskan. Apa-apapun, tetap tak boleh lawan momen Datuk M. Daud Kilau diarak bak raja malam AJL28. Beliau sebenarnya pemenang persembahan terbaik malam itu.


TT : Wah, Johan Raja Lawak bergelar jutawan lah lepas ni ya.. menang kes dengan penerbit/pengarah baling gelas t.u

(8) Drama Arriana Rose (adaptasi novel Wedding Breaker) telah mengharumkan nama hero-heronya; Keith Foo, Hisyam Hamid & Arja Lee. Sudah menonton telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan Beto, Zahiril Adzim dll? Ceritanya mengenai rukun Iman keenam, percaya kepada Qada' dan Qadar. Rezeki, ajal maut, jodoh itu milik Allah. Hidayah juga milik Allah. Siapa sangka beliau dulu yang ligat menari "homaigod..uols.." nekad untuk bersara secara berperingkat dan fokus kepada bisnes. Siapa sangka.. beliau dulunya model Bunny Playboy.. pakai tak cukup kain, kini selesa mengenakan busana muslimah. Moga hidayah Allah menjengah dan menjemputmu.. Felixia Yeap. Tahniah Mizz Nina dan tahniah juga Noh Hujan... #untonglaaa

TT : Tahniah Ustaz Don Daniyal atas kelahiran bayi lelaki, Don Mustafa. Tahniah Scha-Awal dan Amar Asyraf&psngan bakal bergelar ibu bapa

(9) Tahniah juara-juara. PU Hafiz, juara Pencetus Ummah. Tahniah Arshad Zamir, juara Masterchef Malaysia All Stars. Tidak lupa, Hafiz juara AJL 28 dengan lagu Bahagiamu Deritaku. Ada yang tak puas hati juga. Maka, "Menteri TV3" kata.. " Kalau tak sukaresult AJL, sila layan anugerah lain!". Hahaha. Maka, layanlah Grammy Awards, yang menjadi milik Daft Punk dan Lorde. Justin Timberlake dan Bruno Mars pun menang. Pink yang tak menang-menang sampai sudah. Haha~ Dan tahniah CR7 menang Ballon D'or kali kedua yaw~

TT : Top 5 ABPBH 2013 sudah diumumkan. Ada kejutan..terutama kategori Pelakon TV Wanita serta banyak "nama besar" yang tak lepas pusingan awal.
 
(10) Isu sentap! Ada dua orang selebriti lelaki yang tak disangka-sangka sentap. Kalau orangnya Azwan Ali apa nak pelik. Tapi kali ni yang sentap itu Hafiz Hamidun dan Ahmad Idham. Hafiz Hamidun sentap dengan Ja'afar Onn.. (emm..adakah itu publisiti kepada single beliau, Jodoh Berdua secara tak langsung). Manakala Ahmad Idham pula "berperang" di Twitter mengenai industri perfileman negara. Tapi kena troll balik. Macam kenyataan Safee Sali yang menempelak peminat suruh main bola sendiri! Baca sendiri di sini.




Satu lagi isu sentap miss fake, (gelaran diberi haters kah??) Nur Fazura yang sentap dengan Hanez Suraya yang dikatakan meniru pose dan gayanya bergambar. Apa-apapun, tahniah Fazura kerana dilantik duta AVON yang baru. Khabarnya, Fazura ditawarkan menjadi pengacara Nona menggantikan Neelofa! Apa? Neelofa? Kes caras-mencaraskah? Errmm.. pernah ingat kes perang dingin Fasha-Faz? Emm.. baguslah mereka dah berbaik. Fazura wish all da best dekat Fasha yang masih tercalon Top 5.



Isy.. Miley Cyrus tak kecoh pun Stacy "tiru" dia~ Beyonce tak nak saman pun Dayang yang claim Beyonce Malaysia? Lu apa citaa?

TT : Layan parodi #semuasalah cetusan idea Betty Rahmad. Namun yang ini paling best sebab ada star! Tak percaya tengok sendiri. Klik pun slah kah?  Ada Aidil Zafuan dan abang Anuar Jeng kah??


No comments:

Post a Comment