Hebahan

Tuesday, December 31, 2013

Wajah Disember 2013


(1) Tengku Puan Pahang - Tunku Azizah Aminah




Sangat berjiwa rakyat kerana sanggup mencemar duli memasak untuk mangsa banjir di Kuantan

TT : Apa khabar Cik Puan Julita Aishah ya?

(2) Syasya Solero


Gadis Legoland dengn tagline "macam cantik je..macam comel je" ini terlibat secara tidak langsung dengan beberapa buah lagu yang mengangkat tagline nya sebagai lirik atau penampilan khas. Setelah terkenal Syasya bertudung litup. Seterusnya, Sha Sha muncul ke udara di radio Era dan muncul dalam rancangan MHI, WHI di samping Bobo. Kemuncaknya, mereka berdua menjadi jurucakap produk Kak Ton.




TT : Mahu Miss Jerebu, Mass Factorz popular seperti Bobo dan Sha Sha. Tak percaya klik sini.

(3) Mufti Ismail Menk


Mufti Al-Hafiz berasal dari negara Zimbabwe. Beliau boleh berbahasa Arab dan Urdu. Pada 15 Disember 2013 sekali lagi beliau datang ke Malaysia menjayakan program Meet & Greet. Ramai rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang keemasan menyertai progam ini termasuk Mizz Nina.



TT : Acara Twins of Faith juga berlangsung di PICC pada 28-29 Disember lalu


(4) Skuad Hoki Lelaki Remaja Piala Dunia

Bola sepak sukan nombor satu negara. Ironinya, sukan lain yang memahat nama Malaysia di atas peta dunia. Terbaru, skuad hoki remaja lelaki negara beraksi di Piala Dunia Remaja dan berjaya merangkul tempat keempat. Tahniah.. banyak nama pemain hoki menjadi sebutan dikepalai oleh kapten, Fitri Saari (wah, siap ada gosip dengan Yana Samsudin lagi ni), Firhan Ashaari , Shahril Saabah dan lain-lain.




TT : Prestasi Ong Kim Swee setelah dikurniakan pingat Datuk sama macam Datuk K.Rajagobal mendapat gelaran Datuk. Setuju??

(5) Lukisan Ernest Zacharevic



Penulis jalanan berbangsa Lithuania ini sudah beberapa kali menghasilkan lukisan mural di beberapa dinding di Malaysia, namun pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan mengecat semula dinding terbabit. Alasannya, lukisan tersebut memberi makna tersirat yang kurang enak berkenaan kes ragut di sana sini. Sebagai contoh di Johor Bahru. Ironinya kerajaan Pulau Pinang dan Singapura pula memberi ruang dan peluang kepada Zacharevic untuk terus berkarya







TT : NAIK atau TURUN. Hanya jauhari mengenal manikam.

(6) Obituari, Belasungkawa



Paul Walker



Nelson Mandela



Seniwati Azean Irdawaty. Alfatihah~

TT : Kesian Dr. Muhaya turut dihentam gara-gara suruh orang ramai fikir positif bila banyak barang naik harga.

(7) Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz


Ustaz Kazim Elias, pengacara Kalau Dah Jodoh ternyata tiada jodoh dengan UMNO setelah beliau menolak jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kontroversinya kerana beliau dilucutkan jawatan ahli PAS gara-gara namanya naik dan disebut-sebut sebagai MT UMNO. Beliau juga muncul selaku juri rancangan realiti Pencetus Ummah menggantikan Ustaz Hassan Mahmud yang sakit.

TT : Pencetus Ummah satu fenomena. Sokong PU Salman dan PU Rahmat.

(8) YB Bung Mokhtar bin Radin



Ahli Parlimen kebinatangan ops Kinabatangan ini mencetuskan kontroversi sekali lagi. Sebelum ni kecoh isu "bocor". Baru-baru ini, beliau membantah sekerasnya cadangan menghapuskan elaun ahli Parlimen. Terkini, Bung sekali lagi mencipta kontroversi murahan kerana berdebat secara kurang bijak dengan Ahli Parlimen Kuntan, Fuziah Salleh mengenai isu banjir di Kuantan.

TT : Nasib baik Bung bukan Menteri "kalau tak suka" yang "bijaksana sangat"

(9) Dr. Afifi Al Akiti


Pensyarah Pengajian Islam ini juga terkenal dengan jolokan Shaykh Afifi, Dr. Afifi Al Akiti merupakan orang Melayu pertama menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Pada tahun 2010, beliau tersenrai antara 500 individu Muslim yang berpengaruh. Kisah lain mengenai beliau di sini.

TT : Tahniah! Selamat Pengantin Baru abam Safee Sali dengan Shasha warga Indonesia.

(10) Kisah U-turn

Sebelum ni Kelantan dah terkena. Mat Yo siap sign kontrak di hospital lagi. Tetapi KAFA boleh buat apa. Akur saja. Tahun ini, banyak melibatkan negeri-negeri "panas" termasuk negeri Presiden FAM. Lebih-lebih pula isu U-turn. Mula-mula nak blah..lepas tu tak jadi. Macam kes Farhan Ben10 dan Safee Sali.

Seterusnya kontroversi musim ini diteruskan oleh Nazri Ahmad dan Amirulhadi Zainal (mentang-mentang kes khalwat dah selesai... ooops!). Isu sudah sign kontrak tetapi ke negeri lain. Persoalannya, ke mana pendirian dan ketegasn FAM dalam isu ini??



TT : Presiden FAM, sila letak jawatan!

Sunday, December 29, 2013

TOP 10 | 2013

Entri ini, TT mahu senaraikan apakah 10 pencarian paling hangat di Malaysia sepanjang tahun 2013

Apa kata Google atau lebih tepat lagi Google Zeitgeist 2013?

Carian Terbuka (Malaysia)

Lahad Datu
SKMM
Keputusan PRU 13
Setia Hujung Nyawa
Gwiyomi
Teduhan Kasih
Malindo Air
WeChat
The Conjuring
Cinta Jannah

People / Orang

Paul Walker
Tegar
Isteri Mat Yo
Sharifah Zohra Jabeen
Nelson Mandela
Jackie Chan
Sultan Sulu
Adam Adli
Lea Michelle
Gareth Bale

Selebriti Malaysia

Izzue Islam
Emma Maembong
Sharifah Sakinah
Nellydia Senrose
Ashraf Muslim
Fizz Fairuz
Afiq Muiz
Adi Putra
Fiza Elite
Amar Asyraf

Politikus PRU 13

Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Aspan Alias
Najib Razak
Rafizi Ramli
Azmin Ali
Husam Musa
Tian Chua
Taib Mahmud
Mat Sabu

Drama Bersiri TV Malaysia

Setia Hujung Nyawa
Teduhan Kasih
Cinta Jannah
Adam dan Hawa
Sehangat Asmara
Kampung Girl
Cinta Jangan Pergi
Sedetik Cinta
Asmara Luna
Dahlia

Filem

KL Gangster 2
Highland Tower
Psiko Pencuri Hati
Vikingdom
Juvana
Bikers Kental
Adnan Sempit 3
KL Zombie
Langgar
Gangster Celop

Personaliti Sukan

Gareth Bale
Thiago Alcantara
Mesut Ozil
Adnan Januzaj
Oscar Pistorius
David Moyes
Marouane Fellaini
Wilfried Zaha
Pablo Aimar
Iago Aspas

Lagu

Gwiyomi
Harlem Shake
Gangnam Style
Putih Putih Melati
Sandiwara Cinta
Gentleman
Wrecking Ball
Aku Yang Dulu
Banana Song
Hanya Aku

Kereta

Proton Suprima
Proton Saga SV
Nissan Almera
Kia Cerato
Toyota Vios
Ki Rio
Peugeot 208
Proton Preve
Ford Kuga
Lamborghini Veneno

Dan untuk carian kategori lain seperti Fesyen, Destinasi Percutian Tempatan, Akhbar, Carian Mobile, Rancangan TV bersama senarai penuh, sila klik link ini.

Apa kata Youtube?

Top 10 Trending Video Di Youtube Sepanjang 2013 (Malaysia)

Saluran paling banyak dilanggani di Youtube Malaysia 2013

1. Astro Gempak
2. namewee
3. BIGBANG
4. matluthfi90
5. PewDiePie
6. SMTOWN
7. Ling Bing Yong
8. mediarakyat
9. Smosh
10. LOEN MUSIC

Video paling trending di YouTube Malaysia 2013

1. Ylvis - The Fox (What Does the Fox Say?)
2. PEOPLE ARE AWESOME 2013 (Hadouken! - Levitate)
3. KL Gangster 2 : Prequel Official Trailer 2013
4. Top 10 Kiyomi Compilation
5. Nora Danish gwiyomi as requested. Enjoy!!
6. 中学生谈恋爱 Students Fall In Love
7. Angry Birds Toy Surprise Jake and the Never Land Pirates Disney Pixar Cars 2 Easter egg Spongebob
8. PSY 싸이 - GENTLEMAN 젠틀맨 Waveya 웨이브야 cover dance
9. Parodi Forum Suara Mahasiswa
10. Gwiyomi Malay (Malaysia) Style Yang Cute Gila 키요미

Video Muzik paling popular di YouTube Malaysia 2013

1. PSY - GENTLEMAN M/V
2. Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang
3. P!nk - Just Give Me A Reason ft. Nate Ruess
4. Hafiz - Bahagiamu Deritaku
5. Bruno Mars - When I Was Your Man
6. Forteen-Kita Ost Sebenarnya Saya Isteri Dia
7. Miley Cyrus - Wrecking Ball
8. Altimet - Kalau Aku Kaya featuring Awi Rafael
9. Hyper Act. - Hanya Aku
10. W.A.R.I.S-Rembau Most Wanted

Top 10 Trending Video Di Youtube Sepanjang 2013 (Global) 

Mozart vs Skrillex. Epic Rap Battles of History Season 2.
“THE NFL : A Bad Lip Reading” — A Bad Lip Reading of the NFL
Telekinetic Coffee Shop Surprise
YOLO (feat. Adam Levine & Kendrick Lamar)
Volvo Trucks – The Epic Split feat. Van Damme (Live Test 6)
baby&me / the new evian film
Miley Cyrus – Wrecking Ball (Chatroulette Version)
How Animals Eat Their Food | MisterEpicMann
Harlem Shake (original army edition)
Ylvis – The Fox (What Does the Fox Say?) [Official music video HD]

YouTube dengan kerjasama beberapa YouTubers telah menghasilkan video YouTube Rewind 2013 iaitu video yang mengabungkan video top10 trending sepanjang 2013 yakni,

YouTube Rewind: What Does 2013 Say?

Mahu tonton kesemua video itu? Klik sini.

Apa kata Beautifulnara?

Gosip Paling Popular Sepanjang Tahun 2013

Sharnaaz Balas Kenyataan ND Lala – Tak Usah Pusing Cerita (560)
(VIDEO)Shila Amzah Mohon Maaf, Rindu Semua & Nyanyi Lagu Ombak Rindu (544)
Mak Afiq Kurang Siuman Kot – Eina Azman (516)
Isteri Mat Yo Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia (489)
Isu Lahad Datu, Abby Abadi Luah Perasaan Kecewa (483)
Aksi Di Ranjang Rusdi Ramli Dan Nora Danish Timbulkan Kontroversi (439)
Kami Bukan Kahwin Lari – Ashraf Muslim (430)
Awie Hanya Tahu Cabang Perniagaan Kelab Malam, Cari Rezeki Untuk Keluarga (421)
Dayana Redha Jika Saya Berkahwin Dengan Ashraf Muslim – Sakinah (411)
Nouri Ramli Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Belasah Suami Sehingga Mati (409)

Apa kata Gala TV/Astro Awani?

10 Personaliti / Perkara Yang Berpengaruh Dunia Hiburan 2013

Yuna
Jozan
Datuk Siti Nurhaliza
Hafiz Suip
Nora Danish
Shila Amzah
KIL
Projek Ikal Mayang - Filem Pendek
Nabila Huda
Sharifah Amani

10 personaliti media sosial paling berpengaruh
Hanis Zalikha - blogger cum model then artist/host/actress
Mat Luthfi - Youtube
Jinny Boy - Youtuber cum DJ Hitz.FM
Anas Alam Faizli - #bantahTPPA
Christopher Tock - leadershop
Bobo - mek hayam?
Pradeesh - IT
Serge Norguard - kontroversi underage
Wak Doyok - fesyen
Rotation Curation - tukar-tukar admin

10 Aplikasi Pilihan AWANI 2013

Instagram
VSCO Cam
WeChat
Google Hangouts
Flipboard
Candy Crush
Dayre
Path
Waze
Awani App

Apa kata forum Cari? Makmal segala gosip

Gosip paling hangat sepanjang tahun 2013

Skandal Adi Putra
Bini Mat Yo vs Pak Gad
Aeril + Wawa Zainal - nikah dua kali dan anak
Ashraf Muslim + Dayana + Sakinah
Diana Danielle - mengandung dan bersalin (edisi kalkulator)
Rita Rudaini dan Aidil bercerai
Nora Danish pakai duit sendiri, bukan duit Nedim
Fizz Firuz tunang isteri orang
Che Ta loves Zain - semua mengenai percintaan, merisik, perkahwinan
Johan Asaari bercinta dengan Lana Nordin

Dan... Apa kata misisitukangtulis?

Apa yang hangat dicari di blog ini sepanjang tahun 2013?

Wajah 2012 (1476)
Semi Final Muzik-Muzik 28/AJL 28 (920)
Top 5 ABPBH 2012 (684)
12 Yang Hazab 2012 (282)
Jawapan Shae Sayang | Mr Bie Parodi (180)
MeleTOP Ajari Aku (Parodi) - (176)
Wajah Oktober 2013 (170)
Top 5 FFM 26 bocor? (148)
Top 5 AIM 20 (135)
Petrosains Science Festival 2013 (130)

Top 10 Radio Malaysia?? TEET~ Status quo kekal.. ERA juara!

Thursday, December 26, 2013

Kisah Jalan-jalan 1 : Memori di Korea Selatan - Bahagian III

Orang kata... save the best for the last. Mengapa? Kerana bahagian terakhir ini merupakan kisah yang paling menarik mahu dikongsikan TT. Memang pun.. inilah bahagian yang paling menarik sebab kisah jalan-jalan, ronda-ronda di Seoul, Korea. Walaupun tempoh entri ini muncul begitu jauh jika dibandingkan dengan Bahagian II, harap-harap pembaca berpuas hati dengan cerita kali ini. Sebelum sampai ke Seoul, pihak penganjur mengaturkan perjalanan ke salah satu pusat sains di Gwacheon.











Bermula dari Daejeon ke Seoul, kami singgah dulu di Gangnam (baca Kangnam, ni macam Bukit Bintang lah di KL), masuk Samsung D'Light, ronda-ronda muzium, Aquaria di bangunan Koax. Seterusnya TT dan boss memilih untuk bermalam di Seoul Backpackers yang berhampiran dengan Itaewon (alasan mudah untuk dapatkan makanan halal tetapi akhirnya.. banyak masak sendiri sebab harga makanan halal agak mahal). 2 hari seterusnya.. kami ronda-ronda Seoul.



















Cuba bayangkan, TT lakukan semua itu dalam masa DUA hari sahaja! Dan kami bergantung dengan pengangkutan awam untuk bergerak. Terima kasih kepada teman sepejabat, Farahanis, Ain, Nensi dan Naqib Putra yang banyak membantu (siap bagi pinjam T-Money lagi). Macam tak percaya kami berjaya pusing Seoul dalam masa 2 hari.


Satu hari diperuntukkn di Pulau Nami. Kami ke sana dengan tren TRX ala-ala ERL di Malaysia sebab laju dan tak berhenti banyak stesyen. Oh ya! Kebetulan musim bunga, maka pemandangan agak cantik. Subhanallah. Matahari ada tetapi taklah panas terik sampai berpeluh kejap. Antara tempat-tempat yang kami berjaya jelajahi:

1. Pulau Nami (alaa.. yang terkenal sebagai lokasi Winter Sonta tu.. Dan bukan Pulau Jeju ya! Perjalanan memakan masa 1 hari - kebetulan pula ada pesta buku kanak-kanak antarabangsa)























2. Sungai CGC ( Cheong Gye Cheon Stream)













3. Seoul Tower (Menara cinta.. sebab ada ikon beruang yang penyayang. Sebab tu ada kerusi senget sebelah sebab beruang tu berat. Lepas tu ada kepercayaan mengunci cinta di situ. Apa-apapun.. landskap Seoul dpat dilihat dari puncak. Dan kami turun ke bawah dengan menapak!)














4. Changdeokgung  (Tapak sejarah warisn dunia yang diiktiraf ala-ala istana lama)






































5. Namdaemun Market 




Seterusnya gambar-gambar di sekitar perjalanan di sekitar kota raya Seoul.












Apabila kita berada di negara orang, apa yang paling penting adalah komunikasi. Lebih-lebih lagi di negara yang penduduknya kurang fasih berbahasa Inggeris seperti di Korea. Apa yang menarik mengenai Korea Selatan ialah bagaimana negara ini yang pada suatu ketika setaraf dengan Malaysia (berasaskan pertanian) berkembang pesat dari segenap segi (teknologi, sistem jalanraya, keretapi di sana yang dipanggil Subway pun ada berhenti untuk caj seperti Komuter, sistem pendidikan, industri pemakanan termasuklah industri hiburan seperti K-Pop dll)






























Fakta 1, 2, 3 Kimchi~

(1). Bersepah-sepah muka Psy, Park Ji Sung dan juga Khairul Fahmi Che Mat. Hehe

(2) Nak lintas jalan kena hati-hati. Lihat kiri-kanan-kiri sebab kereta dipandu sebelah kanan

(3) Polis, Askar bercermin mata

Apa pun.. hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Tidur di rumah orang takkan selena tidur di rumah sendiri... biarpun bilik kita kecil~

p/s : Kalau mahu melihat lebih banyak video yang menarik, boleh follow misisitukangtulis di KEEK. Gitchew~