Hebahan

Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya Korban

Happy Eid-Adha Mubarak


Ada beza tak ucapan di atas? Maknanya lebih kurang directional drilling! Kita datang dari arah yang berbeza tetapi menuju ke satu titik yang sama.

Cewah~

Huraian - Apa saja ucapan, konotasi tetap selari dengan definisinya biarpun ritma iramanya berbeza alunannya. Adoi! Lagi tak faham...


Ok lah.. bahasa dengan lebih mudahnya. Kita boleh meraikan lebaran ini dengan pelbagai cara. Perkataan, perbuatan yang menyenangkan, hatta ucapannya boleh divariasikan. Contoh macam nak wish birthday, selamat ulang tahun, selamat hari lahir, selamat hari tua, happy birthday, happy bestday termasuklah menaip HB! (ni paling sirap limau punya.. annoying ok!)

Sepatutnya, kemeriahan Aidil Adha setara (atau patut lebih lagi berbanding) dengan Aidil Fitri. Mentang-mentang Raya Puasa kita berpuasa 30 hari (itupun kalau cukup), tetapi Aidil Adha sepatutnya dilayan sama rata. Kalau di Kelantan, Terengganu mungkin sambutannya meriah jika dibandingkan di bandar atau negeri lain.


Kenapa meriah? Sebab mungkin ramai yang melaksanakan ibadah Haji. Kalau tak mampu lagi, mungkin terlibat secara langsung dengan ibadah Korban. Aktiviti gerban melibatkan banyak pihak dan memerlukan usaha sama satu pasukan yang betul-betul cekap. Kalau tak.. aktiviti penyembelihan akan meleret dan pastinya lebih penat gara-gara sebilah pisau yang tumpul. Seterusnya aktiviti ziarah saudara-mara dan tanah perkuburan juga dihidupkan di sana.
 
Jadi, siapa kata Raya Haji kurang meriah atau takde makna nak sambut besar-besaran??

Hari raya Haji.. sinonim dengan pengorbanan. Apa yang kita telah korbankan demi sebuah pengorbanan yang turut memaksa orang lain turut berkorban sehingga menyebabkan banyak perkara atau benda telahpun dikorbankan!


Dalam konteks yang lebih mendalam lagi.. kita bertakbir selama 4 hari (termasuk 3 hari Tasyriq). Dan keempat-empat hari tersebut tak boleh berpuasa dan Korban hanya boleh dilakukan dalam tempoh tersebut sahaja. Dan sebenarnya, kisah pengorbanan paling agong, kisah Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail. Cerita itu sudah ramai yang tahu bukan?

Akhir sekali, terima kasih isteriku sayang.. bertungkus-lumus seorang diri menyediakan juadah sempena hari raya ini. Sedap rendang tu.. ingat sampai bila-bila~

TT : Gara-gara zaman IT.. zaman canggih manggih.. nampaknya semua lebih sibuk hulur smartphone berbanding hulurkan tangan untuk sama-sama membantu proses penyembelihan dan melapah. Telefon pintar yang membuatkan pemiliknya kurang pintar. Nak sangat tangkap gambar.. ambik ini ubat~


No comments:

Post a Comment