Hebahan

Friday, October 19, 2012

Piala Malaysia 2012

Perang saraf atau perang psikologi bermula. Maklumlah.. menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Mentang-mentanglah Tentera ataupun ATM yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir, maka kena berperang & gerak gempurlah~

Menyaksikan Juara Liga Super menentang Juara Liga Perdana. Adakah perlawanan seumpama Manchester City menentang Southampton?? (MC menang 3-2, MU pun menang 3-2). Kali pertama perlawanan sebegini berlaku pada tahun 2005 di mana Selangor (Juara Liga Super) mengalahkan Perlis (Juara Liga Perdana) 3-0

Dan... perang psikologi bermula sebegini...

a) Faktor Hai-O


3 tahun terakhir ini, Hairudin Omar berjaya memenangi Piala Malaysia melalui pasukan yang berbeza. 2009 bersama N9, 2010 bersama Kelantan, dan 2011 bersama N9 semula. Dan.. tahun 2001 Hai-O pernah menang Piala Malaysia bersama pasukan Terengganu.

b) Marlon Alex James (MAJ)


Tahun 2007 & 2008 menyaksikan pasukan Kedah meraih gelaran treble 2 tahun berturut-turut. Dan pad tahun 2007 isteri MAJ sedang mengandung anak pertama. Dan tahun ini, isteri MAJ juga mengandung anak yang seterusnya. (Nota : Tahun 2009-2011 tiada penglibatan pemain import.)    

c) Bruno Martelotto


Bruno merupakan pemain import MPPJ Selangor yang memenangi Piala Malaysia pada tahun 2003 dan merupakan kelab bola sepak pertama yang memenangi Piala Malaysia. Adakah ATM akan menjadi kelab kedua yang akan memenangi Piala Malaysia ini??

d) 2009 - N9
    2010 - Kelantan bersama B. Sathianatan
    2011 - N9
    2012 - Kelantan atau B. Sathianatan ??


Jadi, ATM merupakan favourite untuk memenangi Piala Malaysia. Gandingan MAJ & Bruno begitu ampuh. Kan MAJ penjaring terbanyak setakat ini dengan 10 gol. Lagipun Kelantan pakai jersi away, warna putih berbanding ATM pakai jersi merah! Kelantan tak perlu tertekan. Main dengan tenang. Bukannya juara bertahan pun. Lagipun Ghaddar & Farhan tak dapat beraksi. Nak harapkan Mat Yoe, Piya & Afiq Azmi je lah.

Ya.. Afiq Azmi! Adakah pemain ini akan bersinar. Digelar Neymar Klate.. adakah berbaloi pinjam bekas pemain Kuala Lumpur ini. Mungkin ramai tak tahu, ketika mula sampai di Kot Bharu kereta Afiq telah dibawa lari. Nasib baik berjaya dikesan semula.


e) Bojan Hodak



Adakah Bojan Hodak akan menamatkan badi 10 tahun jurulatih import memenangi Piala Malaysia setelah Ken Worden melakukannya kali terakhir tahun 2002 setelah membimbing Selangor menundukkan Sabah? TEET~
 
Apa-apapun.. semua orang harapkan permainan yang cantik. Bukan? Dan buat penyokong tegar TRW, hayati apa pesanan MB kita, TGNA. Bola-bola juga.. solat jangan lupa. Wanita pakailh pakaian yang mencerminkan jati diri. Dan jaga disiplin. Jange nok pekong-pekong jah !

TT : Apa kes.. KAFA didenda 40K sebab baling botol mineral. Perak (15K sebb mercun juga), Terengganu (10K sebab mercun), Sarawak (1K sebab mercun), N9 (5K sebab baling botol minuman dan cili boh). Nampak tak double-standard di situ?? Sumber

Selalunya yang berjaya mesti banyak halangan kan??


No comments:

Post a Comment