Hebahan

Tuesday, January 10, 2012

Produk Terbaik 2011

Walaupun kini kita telah berada di tahun 2012, namun tiada salahnya jika TT senaraikan 15 Produk Terbaik bagi tahun 2011 yang menjadi pilihan tukang tulis secara peribadi :


1. Adele - 21 & Bruno Mars - Doo-Wops & Hooligans

Ini adalah contoh 2 artis antarabangsa yang berjaya kerana bakat.


Adele~ Apa lagi yang mahu dipertikaikan biarpun tubuhnya berisi namun nyanyiannya ada isi, penuh jiwa penghayatan. Cukuplah 3 lagu ini menenggelamkan mereka yang lain, Rolling In The Deep, Someone Like You, Set Fire To The Rain. Itulah penangan album kedua Adele, 21

Bruno Mars~ yang pernah datang ke Malaysia tahun lalu. Satu persatu single yang diperkenalkan menjadi hits bermula daripada Billionaire sehinggalah yang terkini Today My Life's Begin. Ternyata album Doo-Wops & Hooligans telah memperkenalkan nama Bruno Mars di pentas dunia.


2. Songlap


Biarpun kutipannya hanya melepasi angka 2 juta, namun filem "eksperimental" arahan pasangan suami isteri Pengarah KAMI the Movie boleh dipuji. Bijak mengadaptasi warna hitam, putih, kelabu kehidupan untuk divisualkan di layar perak. Dan semestinya lakonan yang berbeza ditampilkan oleh Shaheizy Sam, Syafei Naswip dan ramai lagi pelakon hebat berkaraktor.

 


3. Maharaja Lawak


Telah terbukti kehebatannya apabila merangkul Anugerah Rancangan Hiburan Terbaik di Anugerah Skrin baru-baru ini. Menampilkan pelawak yang memang tengah panas seperti Jozan, Nabil dan beberapa finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima membuatkan ramai tak kering gusi dan melekat di kaca TV atau melekat di laman Youtube.


4. Boboiboy


Animasi superhero baru citarasa tempatan yang dicetuskan oleh pembikin Upin & Ipin. Pastinya anak-anak kecil sudah jatuh cinta dengan watak-watak Boboiboy di samping berangan mempunyai kuasa seperti Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan lain-lain.


5. Kisah Hati


Cukup SATU produk ini sahaja untuk memahat nama Alyah selaku penyanyi wanita yang disegani dan paling menjadi membuat transformasi. Bukan sahaja lagunya berhantu, malah video klip yang turut menampilkan Remy Ishak ini juga hangat menjadi bualan di alam maya. Siapakah Manusia Putih? TEET!



6. KL Gangster


Tercatat dalam sejarah industri perfileman Malaysia selaku filem Melayu paling laku dalam sejarah. Ternyata Syamsul mengulangi sejarah bapanya yang bergelar six million dollar man namun lebih membanggakan Syamsul tampil dengan gaya dan citarasa tersendiri. Benar-benar anak muda yang berani mencuba. Dan pastinya prekuel KL Gangster dinanti-nantikan.

7. Juvana


Diadaptasi atau diinspirasikan daripada siri popular Prison Break, namun bercitarasa tempatan, Juvana yang banyak menampilkan pelakon junior dan mentah, malah didominasi oleh pelakon lelaki telah mencetuskan satu fenomena luar biasa. Nama seperti Botak, Apek, Daim, Cikgu Zakiah, Kedah telah bermain di bibir peminat di samping beberapa kisah kontroversi yang menghangatkan lagi nama pelakon-pelakon berkenaan. Tetapi secara peribadi, TT paling suka watak Kedah dan Cikgu Ariffin!


8. The Secret Life of Nora


Teater muzikal persembahan team Tiara yang membawa kisah ejen Nora Zain ke pentas gah Istana Budaya sekaligus membuatkan ramai terpaku dan terpesona dengan keberkesanan para pelakonnya seperti Tiara, Adibah Noor, Tony Eusoff dan Aznil.

9. Konsert Search & Wings



Cuba cari konsert mana yang dijayakan oleh artis Malaysia yang boleh membuatkan tiket laku seperti jualan goreng pisang panas? Inilh jawapannya. Search dan Wings. Setelah kejayaan Konsert Double Trouble yang menyatukan Search dan Wings pada tahun 2010, tahun 2011 menyaksikan secara berasingan 2 kumpulan lagenda rock ini menjayakan Konsert Fenomena 30 Tahun Search dan Konsert Opera Hidup Wings Istana Budaya.


10. Kitab Cinta


Eirma Fatima gemar bereksperimentasi melalui karya-karya beliau seperti Tahajjud Cinta, namun tak bermaknan semua akan menjadi dan mendapat sambutan. Namun, produk Kitab Cinta yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia ini benar-benar ada ikatan kimia yang kuat. Selain jalan cerita yang menarik, lakonan cemerlang telah dipersembahkan para pelakonnya seperti Fazura,  Hardy Hartono, Aaron Aziz, Neelofa, Aiman Hakim dan ramai lagi menerusi drama yang disiarkan melalui TV Al-Hijrah, Astro saluran 114.



11. Ombak Rindu

Tak payah ulas panjang. Sudah banyak yang memperkatakan mengenai filem adaptasi novel ini. Filem cinta yang mengaut kutipan paling tinggi di Malaysia setakat ini.

12. Trilogi Cinta


Satu lagi adaptasi novel ke bentuk drama bersiri. Hakikatnya, drama ini telah membuka mata banyak pihak akan kebolehan dan kemampuan Fouziah Ghaus dan Amyza Adnan menjayakan watak berat dan beremosi. Gandingan bersama Rosyam Nor sangat serasi dan membuatkan dram ini merupakan antara drama RTM yang mendapat rating paling tinggi.


13. Tentang Dhia


Mungkin tajuk Tentang Ku Salmi juga menarik untuk dipertimbangkan sekiranya mahu dibuat sambungan!
Melly lakonan Izreen Azminda terbaik. Nora Danish berjaya keluar daripada kepompong lakonan anak comel dan manja. Sekian!


14. Badai Semalam



Pesona Aaron Aziz telah berjaya menarik ramai orang menonton teater bergenre drama ini ke Istana Budaya. Sebuah lagi adaptasi novel Khadijah Hashim ke pentas teater pula! Lakonan pelakon popular tanahair seperti Aaron, Erra, Fizz Fairuz, Ziela Jalil dan ramai lagi. 



15. Konsert DFP - Yuna dan Aizat



Kedua-dua penyanyi muda ini amat beruah kerana berjaya mencatat nama masing-masing kerana pernah beraksi di pentas prestij bertaraf antarabangsa di Dewan Filharminik Petronas.  Kiranya setaraf dengan Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi. Biarpun tiket amat terhad, di samping harga tiket yang berpatutan, ternyata itu bukan alasan bagi peminat melapskan peluang menyaksikan penyanyi-penyanyi hebat ini beraksi diiringi pasukan orkestra DFP.


EKSTRA!

Pasangan Paling Kuat Ikatan Kimia Di Atas Skrin / Couples Having Best Chemistry On Screen



Ini juga panangan peribai TT, dan sekali lagi menampilkan beberapa pasangan terbaik dan hebat secara rawak~


JOZAN (Raja Lawak dan Maharaja Lawak)



Mustika dan Wali (KITAB CINTA)


Ad dan Am (SONGLAP)


Nora Elena dan Seth Tan (NORA ELENA)

Iklan Raya 2011 DIVA Universal. Klik sini.


 Aril & Elysa (CINTA ELYSA)
p/s:macam tak percaya pulak menampilkan FS

Bob dan Maya (TOLONG AWEK AKU PONTIANAK)

Apa dia produk 2012 yang dinanti-nantikan? BUNOHAN~ Filem ini telahpun ditayangkan di Festival Filem Toronto (September 2011) dan telahpun merangkul Anugerah NETPAC di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011. Filem ini arahan Dain Said (yang perneh arahkan filem kontroversi Dukun yang tak dapat ditayangkan) menampilkan lakonan berkaraktor Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin, Bront, Namron, Shoffi Jikan dan ramai lagi. Filem ini kisah di suatu tempat bernama Bunohan di Pengkalan Kubor, Kelantan! Nak tengok trailer? Ini dia.




DAN juga...filem KIL~ Trailer klik sini.

No comments:

Post a Comment