Hebahan

Thursday, March 25, 2010

Suci seMULA ???

Suci?? Suci semula?? Suci dalam debu?? Sesuci apa?? Sesuci embun pagi! Sucikah embun pagi itu?? Teet~

Suci boleh didefinasikan sebagai bersih. Atau bebas daripada kekotoran, najis dan bahan-bahan meragukan. Jadi cerita kali ni apa pula yang suci. Pasal air yang suci.. atau istilah yang lebih tepat lagi AIR MUTLAK!

MUTLAK! Ejaan arabnya.. Mim-Tho-Lam-Qaf. Sebut dengan betul, biar jelas qalqalah nya. Ya! Air mutlaq ialah air yang suci lagi menyucikan. Air itu sendiri sifatnya bersih, dan boleh membersihkan apa saja. Anggota.. pakaian.. tempat tinggal dan sebagainya.

Air merupakan 'nikmat tak terhingga' kurniaan Allah. Air atau Al-Maa' atau Al-Miaah telah disebut banyak kali di dalam Al-Quran. Dengan air kita mampu berwudhu'. Dengan air kita mandi hadas besar. Kalau tiada air?? Tayammum! Beristinjaklah dengan batu (contohnya).

Mengapa entri kali ni nak berbicara pasal air? Sebab mahu kita sama-sama merafakkan kesyukuran. Di Malaysia kadar hujan tahunan agak tinggi berbanding negara lain. Walaupun lewat kebelakangan ini, kemarau melanda seluruh negara. Banyak padi yang tak menjadi dan sebagainya. Tapi bila hujan mencurah-curah musim tengkujuh contohnya.. marah pulak kepada hujan yang merosakkan tanaman tembakau (contoh lagi).


Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan. Di luar sana banyak yang kebuluran. Kita di sini.. banyak pembaziran! Bersyukurlah kita. Sebab tu di dalam Islam ada Solat Sunat Meminta Hujan atau Istisqa'. Contohnya di Kelantan yang sedang panas membahang. Menteri Besar sendiri yang mengimamkan solat Istisqa'. Sejurus saja baca Al-Fatihah.. hujan turun mencurah-curah. Rahmat dari Allah. Baca di sini berita lebih lanjut.

Air Mutlaq.. ada 7 jenis. Pertama, air hujan. Kedua, air laut. Ketiga, air sungai. Keempat, air mata air. Kelima, air perigi/telaga. Keenam, air embun (betullah tadi.. sesuci embun pagi katanya). Ketujuh, air beku/ salji.

Aku memilih untuk bercerita pulak pasal AIR SUNGAI! Ada pepatah Cina ke bangsa apa entah mengatakan kasih sayang ibu terhadap anaknya.. umpama air sungai yang mengalir. Tak pernah putus. Masa aku jadi RA, Research Assistant (yang banyak rileks aje bak kata Budak Kecik) di UPM, ada lah buat pasal questionnaire. Kaji selidik. Sejauh mana, prihatin kita terhadap orang tua.

Ada seorang warga emas, bangsa Cina (Perhatian! Bukan sentimen.. bukan rasis! Contoh dan kebetulan semata-mata) diajukan soalan mengapa dia mengabaikan ibunya. Katanya, ibunya perlukan duit! Dia tanya ibu "Mana duit ibu yang ibu bekerja, yang ibu simpan selama ni??" Maka ibunya menjawab dengan selamba "Duit ibu.. ada depan mata ibu. Kamu yang berdiri depan mata ibu ni. Apa yang kamu pakai. Kereta apa kamu pakai. Di mana kamu bekerja. Itu semua duit ibu! Duit ibu habis membesarkan kamu seperti kamu hari ni!"

Lebih kurang begini dialognya.. maka anak itu tergamam! Kelu lidah tak terkata. Jadi, hargailah ibu kita yang banyak berkorban untuk kita.

Ah, sudah! Ayuh kita fokus kepada sungai. Sungai yang mengalir laju di hulu, dan semakin perlahan di hilirnya menuju muara. Sungai menjadi simbolik kepada penyucian diri. Di dalam Islam, gambaran orang yang solat 5 waktu umpama dia mandi di sungai selama 5 kali sehari.

Sebagaimana hadith riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan,"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, bayangkan dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai. Kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari. Adakah kotoran masih terlekat pada badannya? Para sahabat menjawab,”Tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya.” Baginda bersabda lagi,”Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Apabila ia dilakukan dengan sempurna, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya.



Jika orang Arab berbangga dengan Sungai Nil, orang India pula menganggap Sungai Gangga itu suci. Boleh menyucikan diri daripada bersalut dosa. Walaupun sungai itu sudah keruh dan berubah warnanya.

Sungai Gangga..


Berbeza pula dengan orang Korea. Mereka ada Sungai Cheong Gye Cheon(CGC). Dulu Sungai ini Gred C atau mungkin lebih teruk lagi. Ala-ala Sungai Klang di Malaysia. Namun, cuba kita tengok transformasi yang dilakukan oleh kerajaan Korea terhadap Sungai CGC ni.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sungai CGC ni, anda boleh Google atau Wikipedia sendiri atau baca di sini saja..

Emm.... macam mana pulak dengan Sungai Klang di negara kita, di kota lumpur Kuala Lumpur?? Ada harapan tak diubah menjadi gred A?? DBKL nak jawab??

No comments:

Post a Comment