Hebahan

Tuesday, May 12, 2009

Hang Tuah X Hang Jebat = Hang Nadim


Pertama sekali, teman bukan orang Perak! Tapi, teman orang Malaysia. Ramai juga kenalan dari Perak. Tahun 2009, kalau kita buat Tahun Melawat Perak, pasti orang berderu-deru ke negeri itu. Dapat publisiti percuma lagi.

Ramai juga kawan-kawan teman minta teman bagi PENDAPAT PERIBADI mengenai krisis di negeri Perak. Bagi teman, buah fikiran teman ini berdasarkan pembacaan teman samada melalui akhbar perdana (Berita, Utusan dll), akhbar alternatif (Harakah dll), tidak lupa juga blog-blog kegemaran teman.

Fikrah ini juga hadir melalui apa yang teman dengar melalui kaca TV seperti Buletin Utama, dan saluran kegemaran teman, Astro Awani yang menampilkan panel-panel yang jujur dan luhur membahaskan kesan, akibat rentetan mendung yang tak berkesudahan ini. Sekali hujan kena panah petir baru tahu langit itu tinggi ke rendah.

Pertama sekali, nak buat iklan. Teman nak cerita, emak teman yang ada urusan kerajaan, ada "outstation" yakni mesyuarat yang berpengkalan di pejabat SUK Perak terpaksa ditunda majlis mesyuaratnya gara-gara status kerajaan negeri Perak yang terumbang-ambing.

Emak teman berkata " Sebagai wakil kerajaan persekutuan, apabila berurusan dengan kerajaan negeri, penjawat awam kena bersikap neutral..dan profesional..tak kiralah kerajaan negeri itu kerajaan PAS (seperti Kelantan) atau BN ataupun PR." Maka, insya allah esok akan jadi juga mesyuarat yang tertangguh itu.

Teman pernah beri formula mengenai Perak kan? Ingatkan tu soalan Matematik Moden. Rupanya itu soalan Matematik Tambahan daa. Formula bukan main sikit, Tapi jalan penyelesaiannya berjela-jela muka surat diperlukan.

Ingatkan, kemuncak segala masalah yang kusut itu akan selesai dengan keputusan Mahkamah Tinggi, di mana DS Nizar diisytihar sebagai MB yang sah. Maka, tak betullah fakta yang pernah keluar terpampang di dada akhbar Utusan, bahawa DS Nizar Menteri Besar paling singkat dalam sejarah.

Nah! Sekarang siapakah sebenarnya "Menteri Besar" (ke??) yang paling singkat? Kita sendiri boleh fikir. Kan? Reaksi pemimpin BN, amatlah dikagumi. Menerima dengan hati terbuka...katanya. PM kata, lebih kurang begini "Rakyat perak jangan TERUJA sangat, minta BERTENANG. Kita akan selesaikan perkara ini "

Akhirnya...tepat sekali apa yang diperkatakan. Hari ini, Mahkamah Rayuan memutuskan pula, DS Dr. Zambry boleh menjalankan tugas seperti biasa. Pulak! Aduhai~ Sadisnya drama ini. Sampai bila nak selesai? Ingat ni cerita Sembilu ke yang beratus-ratus episod tu...

Ada musim pertama...musim kedua dan dah masuk musim kelima macam cerita Lost. Memang "Lost" betul nampak gayanya. Apa pun yang terjadi...(berjalanlah tanpa henti), dari segi moral, rakyat Perak sudah memberi isyarat siapa DS Nizar. Beliau dilahirkan untuk negeri Perak. Kemenangan PRK Bukit Gantang...ditambah kemenangan di Mahkamah Tinggi lagi. Benarkah sembah "patik mohon derhaka" membuatkan rakyat Perak semakin menyampah dan meluat kepadanya?

Teringat pulak cerita Prison Break. Pasal konspirasi juga kan. Pembunuhan...perebutan dan konflik. Tak habis-habis lagi melayan cerita ini. Lain kali...bikin filem pendek. Senang. Tak buang masa, tak membazir wang ringgit dan yang paling penting..tak menggusarkan hati.

Serius...hati sesiapa pun memang resah gelisah. Sekejap Perak ditadbir PR. Tiba-tiba di"hijack" di luar sidang DUN. Hang Jebat yang "derhaka" di pihak yang benar. Tak pasal-pasal kena bagi balik "Taming sari" kepada Hang Tuah! Pening+Pengsan = Peningsan! Yes...dapat formula baru.

Teman nak kongsi apa yang teman dapat daripada penganalisis politik di ruang diskusi Astro Awani. Ada 4 pihak yang ada hak yang harus dijaga. Kalau setiap pihak menghormati hak masing-masing, maka kita sudah menghampiri garisan penamat.

Pertama, hak Sultan. Sultan ada hak melantik DS Nizar biarpun Parti PAS minoriti sebenarnya. Kedua, hak seorang Menteri Besar. Hak beliau nak usulkan pembubaran DUN agar diperkenan DYMM Sultan. Ketiga, hak ahli dewan undangan negeri (ADUN). Hak ADUN untuk mengusul undi tak percaya kepada MB. Dan akhir sekali...hak rakyat! Rakyat ada hak memilih pemimpin mereka.

Secara peribadi, teman lebih cenderung mempertahankan hak rakyat. Rakyat Perak berhak membuat pilihan mereka sekali lagi. Samada BN menang dengan majoriti mudah...ataupun PR menang dengan majoriti yang lebih besar. Inilah sebenarnya yang ditakutkan oleh mereka. Kan? Aggregat 4-1. Penanti pun tak ada keputusan rasmi. Yang penting..takkan ada tendangan penalti. Haha =)

Tapi...apa kata...kalau bubar DUN..tapi keputusannya lebih kurang juga. 30-29 ataupun 28-31. Bukankah semakin haru-biru dibuatnya. Maka di sinilah timbulnya usul kerajaan campuran ataupun lebih glamor dengan nama kerajaan perpaduan, iaitu kerajaan yang tiada pembangkang.

Hal ini tidak mustahil...kerana semuanya bergantung kepada kebijaksanaan dan keterbukaan ahli politik di Perak. Andai mereka boleh duduk semeja, sudah pasti hal ini mampu diselesaikan dengan lebih mudah. Tapi, nampak gayanya, BN sedaya-upaya mengelakkan daripada berlakunya pilihanraya kecil (PRK). Dan pihak PR sedaya-upaya mahu bubarkan DUN. Main tarik-tali... takkan ada dua pihak yang menang. Salah satu pihak akan mengalah. Tu lah...lain kali mainlah lagi permainan "lompat tali".

Alasan BN mengelak PRK, nak jimatkan wang rakyat. Tapi hati rakyat gelisah. Betulkan? Gelisah sebab kerajaan negeri dah jadi macam sesumpah. Sekejap warna hijau...tiba-tiba berubah warna biru. Sekejap merah...sekejap oren.

Kata salah seorang kawanan di Facebook teman, PERAK akan menjadi IBU kepada LETUSAN Volcano pada PRU-13 kelak, yang mana letusannya akan mengalir ke segenap penjuru Semenanjung Malaysia. Asap dah mula berkepul kepul keluar. Dari Perlis hingga ke Tambak Johor, debuannya mula gugur tanpa disedari. Andai tidak ditangani dengan bijak, nantikan letusannya.

Hang Tuah berlawan dengan Hang Jebat. Pemenangnya... Hang Nadim! Kah..kah.. Ingat tak sejarah Temasek yang pernah dilanggar todak. Semua sibuk membuat benteng menggunakan betis. Muncul Hang Nadim memberi usul...gunakan batang pisang. Selesai masalah. Adakah rakyat Perak masih menunggu kemunculan Hang Nadim?? tetapi adakah sejarah mungkin berulang? (Wah...lagu Tomok). Di mana akhirnya..Hang Nadim itu dibunuh?? Sama-sama kita jadi penunggu...eh.. penanti yang setia.

2 comments:

  1. yerp..betul tuh...agk2 ko layak tak nk jd hang nadim tu mus? klise~~ hihi..

    aku mmg suka baca post mortem ko..ringkas tp padat...hiiii

    ReplyDelete
  2. hang nadim? layak ke aku jadi penyelamat? haha
    rose..ko baca ni.. agak menarik juga, http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/05/filem-tamil-pilih-perak-sebagai-lokasi.html

    ReplyDelete