Hitam Putih Kehidupan
Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa - Surah Al-Hujrat : 13
Hebahan
Wednesday, March 11, 2015
Wednesday, February 25, 2015
Perenggan akhir. Wassalamu~
Ingat tak masa kecil-kecil dulu mengaji Muqaddam. Mana ada Iqra' zaman tu. Habis bacaan diakhiri dengan Wassalamu bukan Sodaqallah. Aku juga akan berhenti menulis di blog ini secara rasminya. Mungkin akan terus menulis dengan medium/laman lembaran yang berbeza. Minta maaf jika ada yang terasa @ tersinggung dengan tulisan aku selama 6 tahun di alam maya. 25 Februari, tarikh yang sama 6 tahun dahulu sempena ulangtahun kelahiranku. Hari ini menginjak usia 31 tahun, impian aku di kala usia 30-an ni nak duduk rumah baru, besarkan keluarga, sambung belajar dan cari kareer baru. Wassalamu~
Labels:
Corat coret,
Corat-coret,
Kisah terpencil,
Nostalgik
Indeks Kunci Pencapaian / Kad Markah | Key Performance Index / Score Card
Ingat tak zaman sekolah dulu-dulu ? (Bagi mereka yang rasa diri tua lah kan)
Sejurus tamat peperiksaan, ibu bapa akan dipanggil ke sekolah untuk ambil Kad Laporan ataupun Report Card. Masa tu kena sediakan 1001 alasan, kenapa dapat nombor corot, kenapa banyak merah bagi mereka yang lemah. Kenapa tak dapat semua A, kenapa tak dapat nombor 1, bagi mereka yang pandai. Seterusnya, tahun depan kita akan naik kelas atau turun kelas bergantung kepada pencapaian semasa.
(Mungkin sekarang masih praktikal)
Maka, sebelum TT meletakkan titik noktah dalam perenggan akhir nanti, inilah dia laporan pencapaian TT selama 6 tahun bergelar wartawan indie ataupun blogger.
Jumlah pembaca yang singgah ke sini
(1) 234,419 selama 6 TAHUN ;
maka secara puratanya 39,070 setiap tahun ;
maka secara puratanya, 3,256 setiap bulan ;
maka secara puratanya, 814 setiap minggu ;
maka setiap hari, 116 pembaca singgah. (Klik untuk besarkan gambar!)
(2) 6 tahun itu mengikut tahun sebgaimana berikut :
TAHUN | PAX |
2009/2010 | 0 |
2010/2011 | 17823 |
2011/2012 | 51741 |
2012/2013 | 60167 |
2013/2014 | 32275 |
2014/2015 | 67693 |
2009/2010 = 0
2010/2011 =17,823
maka secara puratanya, 1,485 setiap bulan ;
maka secara puratanya, 371 setiap minggu ;
maka setiap hari, 53 pembaca singgah.
2011/2012 = 51,741
maka secara puratanya, 4,312 setiap bulan ;
maka secara puratanya, 1,078 setiap minggu ;
maka setiap hari, 154 pembaca singgah.
2012/2013 = 60,167
maka secara puratanya, 5,014 setiap bulan ;
maka secara puratanya, 1,254 setiap minggu ;
maka setiap hari, 179 pembaca singgah.
2013/2014 = 32,275
maka secara puratanya, 4,611 setiap bulan ;
maka secara puratanya, 1,153 setiap minggu ;
maka setiap hari, 165 pembaca singgah.
2014/2015 = 67,693
maka secara puratanya, 5,641 setiap bulan ;
maka secara puratanya, 1,410 setiap minggu ;
maka setiap hari, 201 pembaca singgah.
Bulan paling tinggi - November 2014 (8928 pelawat), Januari 2015 (8680 pelawat), April 2011 (7334)
Bulan paling rendah - 16 bulan pertama 0 (sifar) pelawat!!!
(3) Asal-usul pembaca, ataupun pembaca dari negara mana?
Bila Malaysia mempunyai rekod tertinggi, itu bukanlah suatu yang pelik sebab blog TT ditulis 95% dengan Bahasa Melayu. Entah-entah tak sampai 5 peratus pun entri Bahasa Inggeris.
Tapi yang peliknya, Amerika Syarikat (USA) berada di tempat kedua mengatasi Indonesia. Mungkin ramai anak Melayu yang berada di USA samada untuk belajar atau bekerja.
Nombor 4-6, ada 3 negara Eropah pula, yakni negara Jerman, Belanda & Ukraine. Maknanya, nak kata ramai orang Melayu di sana amat mustahil, sebab orang Melayu kita mungkin lebih ramai di UK! Dan UK berada di tangga ke-10. Russia negara yang berjiran dengan Ukraine pula berada di tangga ke-9! Adakah ini suatu kebetulan, negara yang terlibat dengan MH17, Belanda, Russia & Ukraine berada dalam senarai. Make sense! Tapi Jerman pula apa kes?
Ketujuh pula negara India. Ni mesti student Malaysia yang sambung perubatan di sana. Singapura di tangga kelapan. Logik! Sebab negara mereka kecil, penduduk tak seramai/sepadat negara lain. Sebab itu Brunei tiada dalam senarai.
Perasan tak browser apa paling laku?? Google Chrome!
p/s : To whom it may concern (you know who you are... dear my beloved silent reader, pls do contact me via email, mustakimbhrudin@gmail.com I'm so excited to know who you are since I've decided to stop blogging!! :(
Perasan tak browser apa paling laku?? Google Chrome!
p/s : To whom it may concern (you know who you are... dear my beloved silent reader, pls do contact me via email, mustakimbhrudin@gmail.com I'm so excited to know who you are since I've decided to stop blogging!! :(
(4) Entri paling tinggi jumlah "view"
2 entri paling laku dalam blog TT sebab kisah silam TT yang hampir (eh, sudah ya!) ditipu scammers sebab terdesak nak bekerja! Jadi mangsa kepada Gorgeous Chain Sdn Bhd!
Tahun 2014, artis paling kontroversi si Hanez Suraya. Tiba-tiba dalam kekalutan itu Hanie Soraya Taha muncul, maka TT buat entri pada waktu yang tepat membezakan Hanez Suraya, Hanie Soraya dan juga artis Cold Storage, Anis Suraya!
Top 5 ABP 2010 berada di kedudukan nombor 4. Dipublish pada Januari 2011. Tapi meletup, mencanak-canak naik carian hits ke sini sejurus ABP 2010 berakhir yakni sekitar April 2011. Untuk pecahkan rekod tersebut, TT tunggu kira-kira 3 tahun setengah untuk mengatasi rekod tersebut menerusi entri Separuh Akhir Muzik-Muzik 30/ Semi Final AJL30 yang turut berada di tangga ketujuh. Dan ini merupakan rekod peribadi TT sebab berjaya buat dalam masa 1 bulan sahaja!
Tempat kelima, keenam dan kelapan diwakili oleh label Wajah! Wajah Mei 2014 (sebab ramai google Terlajak Laris), Wajah 2013 & Wajah 2012. Wajah ni kira macam tanda dagang ataupun trade mark blog misisitukangtulis. Sebab segmen ataupun slot Wajah ni memang dapat sambutan hangat. TT pula suka tampilkan wajah-wajah baru/ newbie dalam segmen Wajah. Maka, daripada tak kenal, sesetengah nama tersebut telah terkenal seantero Malaysia.
Kesembilan dan kesepuluh juga masih lagi pasal hiburan. Tapi ini adalah review atau ulasan kepada filem dan juga lagu. Ironinya, TT banyak buat rebiu filem, tapi Zombie Kilang Biskut (hmm..tak sia-sia abang Mamat Khalid bagi aku tiket percuma) juga yang laku. Jaga Dia Untukku, satu-satunya lagu yang diulas oleh TT!
Kesimpulannya, nak bagi entri laku, elemen hiburan dan kantoi kan penipu...pasti laku!
(5) Yang ni cuba pembca bezakan, OS yang digunakan for the past 6 years dengan recently!
Nampak tak Android? iPhone pun boleh tahan! Kan!
Saturday, January 31, 2015
Eksklusif : WAJAH 5 Tahun (2010-2014)
Raut wajah
Suatu wadah
Bagai wasilah
Wajah-wajah
Yang terindah
Punyai kisah
Suka dan gundah
Lara bermadah
Wajah ini
Diuji mehnah
Ditimpa musibah
Lalu berhijrah
Moga istiqamah
Wajah rupawan
Menjadi rebutan
Di sebalik senyuman
Sembunyi parut carutan
Bukan sebaik-baik kejadian
Bukan sebaik-baik kejadian
Wajah nan rawan
Siapa bisa menawan
Siapa mampu bertahan
Hingga titik penghabisan
Wajah lara
Penghias dada
Pekung dibuka
Tiada rahsia
Terpampang sebaris
Terpempan menangis
Kisah yang tragis
Wajah eksotik
Asyik fotogenik
Ralit fotogedik
Selfie monopodik
Wajah berpakej
Lengkap sempurna
Pesona imej
Halusinasi rona
Entah ke mana
Entah ke mana
Wajah jengkel
Menjadi buah mulut
Jadi sewel dan rebel
Modal yang runut
Efek hujan bunut
Efek hujan bunut
Wajah itu
Potret semulajadi
Asli tiada ragu
Palsu bukan mainan lagi
Wajahmu merah
Menyala membara
Pantang menyerah
Meriah meraih juara
Sunday, January 11, 2015
Analisis Finalis AJL29
Senarai finalis AJL29 mengikut giliran :
1) Malaikat (Hazama) - Omar K/Omar K & Hazama
Komposisi Lagu : 6.5; Lirik : 5; Vokal : 6; Bonus : - TOTAL = 17.5
Lirik lagunya sebenarnya amat sedih kerana cinta tak kesampaian. Hasrat untuk bersama tidak menjadi kenyataan. Namun lagu ini mempunyai mood yang begitu ironi. Alaa.. macam lagu This Love, Maroon 5 yang sepatutnya lagu sedih, meratap hiba. Kecewa~
Sebab tu, susunan muzik yang dibuat boleh mengubah mood. Sebagaimana Hazama persembahkan sewaktu AIM dengan mood broadaway! Boleh mencabar groove muzik Lelaki. Pernah dengar Malaikat versi dangdut tak?? Ada sedutan di sini.
Mungkin nasib sebagai peserta pertama yang buat opening act selalunya tak cerah. Lihat saja nasib peserta opening act sebelum ini seperti Yuna (Cinta Sempurna), Project Pistol (Wanita Seluruh Dunia), Estranged (Aurora) dan Salamusik (Aku Pelat). Susah nombor nak melekat!
2) Percayalah (Indah Ruhaila) - Aiman / Mohd Atlas
Komposisi Lagu : 6; Lirik : 5; Vokal : 7.5, Bonus : - TOTAL = 18.5
Lagu ini memang indah, kena dengan vokal Indah! Cuma, kesilapan sebaris lirik yang bercampur dengan Bahasa Inggeris itu sedikit merencatkan. Bayangkan jika diksi dan grammar pula salah dinyanyikan oleh Indah, pasti lebih cacat! You always in my heart ataupun You're always in my heart? Itu yang tertulis sewaktu peringkat separuh akhir bukan?
3) Sesal Separuh Nyawa (Alyah) - Alfi Tiga & Aidil AF3 / Shah Shamsiri & Alyah
Komposisi Lagu : 8; Lirik : 8; Vokal : 7.5; Bonus : 2 (Lagu Pop Terbaik AIM21); TOTAL = 25.5 + 1 (lagu terbaik minggu ketiga) = 26.5
Senang cerita, lagu ini memang kuat! Komposisi muzik dan lirik begitu mempesona. Masakan boleh menang Lagu Pop Terbaik kan? Lagu ni boleh menang besar jika diadili secara profesional biarpun suami Alyah merupakan pengarah muziknya. (Jikalau Ramli MS Pengarah Muziknya).Tiada isu COI memandangkan tahun lepas Alyah bertanding juga dan tiada apa-apa yang istimewa dalam susunan lagu Kau Yang Terindah.
Cuma, mungkin markah kurang jika sebutan patah kata Alyah yang akan mengubah makna. Contohnya, part bridge " Tuhan ten-tu....kannya~" Jika vokal Datin Alyah solid malam AJL nanti, pastinya dapat nombor dan itulah satu-satunya cabaran buat beliau. Ditambah kontroversi terkini yg menyelubungi Alyah pasal kisah "nombor 2", mesti lebih feel bila perform nanti.
Jangan ulangi kes ZZ yang dulu keguguran masa AJL katanya! Adakah En. Harith a.k.a Hisyam Hamid akan muncul sebagaimana kontroversi bersama Ifa Raziah sebelum ini akan beri markah lebih? Atau mungkin Alyah merajuk dan diganti oleh Kokping?? Mampukah?
Cuba dengar orang lain buat cover lagu ni.. hauk ke idok? Susah kan?
4) Gadis Jolobu (Dato' Hattan & Waris) - DJ Fuzz/ Datuk Hattan & WARIS
Komposisi Lagu : 6.5; Lirik : 7; Vokal : 6; Bonus : - TOTAL = 19.5
Lagu ini kekuatannya, lirik biarpun menggunakan loghat N9! Walaupun lirik kitar semula lagu Apo Kono Eh Jang (tolak markah ke sebab originaliti macam lagu pokok & Penglipurlara??). Tetapi kritikan sosial yang ada dalam lagu ni adalah kelebihan utamanya! Kisah adat perpatih, dan mempertahankan darjat wanita (terutama gadis N9) kerana dianggap membolot harta pusaka dan label yang sewaktu dengannya. Juga diselitkan aktiviti bergurindam yang semakin dilupakan.
5) Romancinta (Mojo) - Edry Abdul Halim
Komposisi Lagu : 7; Lirik : 6; Vokal : 7(-1 sbb Aweera tak nyanyi) Bonus : 1 (Top 5 AIM) TOTAL = 20
Menurut Azmeer ketua juri peringkat separuh akhir, lagu ini mara ke akhir kerana bonus pada suara Aweera. Maka, awal-awal lagi markah ditolak kerana Mojo yang diketuai Edry akan guna platform AJL29 untuk perkenalkan vokalis baru mereka, Ryan Brakhma. Mungkin kejutan bakal berlaku sekiranya vokalis baru Mojo lebih wow! Dari segi komposisi muzik, lagu ini memang bukan stereotype Edry walaupun kalah kepada Bunkface kategori Lagu Rock Terbaik.
6) Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) - Sam Bunkface
Komposisi Lagu : 7; Lirik : 6; Vokal : 7; Bonus : 2 (Lagu Rock Terbaik AIM21); TOTAL = 23
Lagu ini markah lebih dengan kehadiran lagenda rock Amy Search yang berpadu suara dengan pelapis, Sam yang semakin baik vokalnya apabila menyanyi secara LIVE. Komposisi lagu ini memang ada attitude sebagai sebuah lagu rock moden. Cuma .. magis boleh mengangkat lagu ini sebagai juara memandangkan Bunkface tak pernah menang AJL tapi cemerlang dalam AIM dan anugerah lain (Shout! Awards contohnya)
Lagu ni boleh menang sebab momentum muzik yang ke arah rock & roll.7) Matahari (Hafiz) - Ajai / Transformer Melayu
Komposisi Lagu : 7.5; Lirik : 8; Vokal :8.5; Bonus : - TOTAL = 24
Mula-mula sekali siapa dia Transformer Melayu? Jangan risau.. orang Malaysia. Kurator muzium di Pahang. Beliau pernah bekerjasama dengan Ajai melalui lagu Asmidar, Biar Sampai ke Bintang. Lagu ini juga ada rasa dan bersifat ketuhanan dan jika disampaikan penuh soulful oleh Hafiz pasti akan bagi impak. Lagipun Ajai tak pernah menang besar AJL kan?? Menang kategori dan dapat nombor je sebelum ni. Kalau dah tertulis rezeki Ajai, itu namanya tuah! Masalahnya lagu ni dah overrated. Banyak orang buat cover dan sedap pula tu. Cuma, mungkin kalau Aqish muncul akan beri impak!
8) Gilalah (Stacy) - Omar K/Mike Chan & Stacy
Komposisi Lagu : 7; Lirik : 4; Vokal : 5; Bonus : - TOTAL = 16
Sayang sekali, susunan muzik lagu ciptaan Omar K dan Mike Chan ini cukup bagus. Namun dicacatkan oleh lirik tulisan Stacy sendiri. Alasan kali pertama tidak boleh diterima pakai. Kenapa? Kita tengok saja rangkap pertama, 2 baris pertama lagu ini yang berbunyi "Mereka berkata aku tak normal, Otakku tak bisa put something moral" Bersepah BM & BI nya! Seterusnya mengajak orang menjadi gila?? Motif?? Mungkin markah ekstra sebab mood lagu ini ceria dan gembira memandangkan lagu-lagu pesaing lain banyak lagu sedih. Dan juga persembahan yang klise daripada Stacy untuk kesekian kalinya kah? Tapi cover ni best kan? Lain daripada lain. Mungkin boleh bagi idea dekat Stacy pakai macam orang gila!
9) Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah) - Tam/Rudy Imran
Komposisi Lagu : 7.5; Lirik : 7; Vokal : 9; Bonus : - TOTAL = 23.5+1 (lagu terbaik minggu kedua)=24.5
Kelebihan lagu ini, merupakan kelemahannya juga! Lagu ciptaan Tam Spider. Kalau juri mahu mengangkat lagu ini sebagai juara, rasanya tidak ralat sama sekali sebab memang layak. Tetapi kesnya sama seperti lagu Bahagiamu Deritaku! Sebab arah muzik ini tidak membawa ke mana. Tidak dinafikan muzik gubahan Tam ini cukup indah, tetapi mood muzik ini sedikit ke belakang. Macam lagu Balada 90-an, atau 2000-an. Mungkin Anugerah Vokal Terbaik bakal dirangkul Dayang buat kali pertama. Dan mungkin juga selepas 10 tahun Tam akan menang besar lagi sekaligus kemenangan berganda buat Dayang Nurfaizah. Dari segi populariti pula, fenomena Ariana Rose amat membantu. Mungkin khidmat Tengku Adam Kamil bersama Rose Jusoh diperlukan nanti. Jom kita tengok siapa pernah buat cover lagu ni.. termasuk cover oleh...
10) Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne) - SonaOne / Joe Flizzow
Komposisi Lagu : 7; Lirik : 7.5; Vokal : 6; Bonus : 2 (Lagu Hip Hop Terbaik AIM21); TOTAL = 22.5
Sudah lama sepatutnya lagu genre hip hop diiktiraf, diangkat ke tempat yang selayaknya. Sejak zaman Teman pengganti (cuma menang persembahan),Kalau Berpacaran, Sahabat, Kalau Aku Kaya (dapat nombor 3 tahun lepas) hatta Anak Kampung (waktu itu lagu penutup AJL). Sebab kekuatan lagu hip hop ini dari segi lirik. Banyak mesej yang boleh disampaikan. Macam lagu rock kapak lah.. banyak lirik yang berunsurkan ketuhanan.
Lagu Apa Khabar ini muziknya segar, liriknya ada cerita. Kisah kebangkitan genre hip hop. Macam tonton filem Rock Oo~ (kisah makan maggi dan 8 orang naik 2 Kancil). Ada kisah persahabatan antara Joe & Malique cuma masalahnya, lirik itu tanya apa khabar semua! Semua itu siapa? Mungkin pengikut/penyokong muzik mereka. Mungkin dah sampai masanya, genre hip hop diiktiraf selepas AIM mengiktiraf SonaOne.
11) Lelaki (Yuna) - Yuna akan dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin & The Palauan
Komposisi Lagu : 9; Lirik : 6.5; Vokal : 8.5; Bonus : 3 (Lagu Terbaik AIM20); TOTAL = 27
Lagu ini menang AIM dengan mudah sebab komposisi muziknya amat unik di samping vokal Yuna yang lain daripada lain. Ini bukannya lagu Terukir di Bintang yang sesiapa saja boleh nyanyikannya dengan mudah! Masalahnya cuma satu, bukan Yuna yang nyanyi! Mungkin Najwa ada atittude tersendiri bila nyanyikan lagu Lelaki ini dengan vokalnya yang besar bersama mood jazz, forte beliau diiringi The Palauan yang sentiasa mengiringi Yuna selama ini. Lagu ni boleh menang sebab unik. Cuba dengarkan Lelaki versi Najwa di bawah :
12) Masih Aku Cinta (Shila Amzah) - Shila Amzah
Komposisi Lagu : 8; Lirik : 7; Vokal : 8.5; Bonus : 3 (Lagu Terbaik Malaysia APM2013);TOTAL =26.5 + 1 (lagu terbaik minggu pertama) = 27.5
Lagu ini boleh menang sebab kisah cinta penyanyinya! Ingat tak zaman kegemilangan Fauziah Latif? Lagu Apa Sebenarnya yang menceritakan keretakan rumahtangganya. Sama kesnya dengan Shila Amzah. Lagu ini muncul selepas video Shila menangis beria berpisah dengan Sharnaaz. Seterusnya dipermainkan oleh Johan Asari yang turut berlakon dalam MV nya. Bezanya.. lagu dan lirik sepenuhnya oleh Shila. Vokal Shila juga banyak peningkatan semenjak berkelana ke China. Atas dasar profesional, kalau Shila nak buat kejutan boleh pertimbangkan Johan & Sharnaaz atas satu pentas! Boleh sapu kategori persembahan terbaik sebab mesti lebih feel bukan? Masalahnya juga dari Shila.. yang dibanned oleh wartawan hiburan. Kalau barisan juri pro wartawan... tak ada lah rezeki Shila. Sebab Rudy Imran tulis lirik lagu Dayang. Okay... bye~
Maka, mengikut turutan adalah seperti berikut :
1. Masih Aku Cinta (27.5)
2. Lelaki (27)
3. Sesal Separuh Nyawa (26.5)
4. Di Pintu Syurga (24.5)
5. Matahari (24)
6. Rentak Laguku (23)
7. Apa Khabar (22.5)
8. Romancinta (20)
9. Gadis Jolobu (19.5)
10. Percayalah (18.5)
11. Malaikat (17.5)
12. Gilalah (16)
Tetapi jika lagu nombor 1-3 disusun berdasarkan genre lagu, lagu Balada dengan 6 lagu, Pop Rock 4 lagu dan Hip Hop (Alternatif) 2 lagu; maka keputusan mungkin berpandukan piawaian berikut :
Tetapi jika lagu nombor 1-3 disusun berdasarkan genre lagu, lagu Balada dengan 6 lagu, Pop Rock 4 lagu dan Hip Hop (Alternatif) 2 lagu; maka keputusan mungkin berpandukan piawaian berikut :
1. Masih Aku Cinta/ Lelaki/ Sesal Separuh Nyawa
2. Rentak Laguku
3. Apa Khabar
Dan ini pemenang tahun lepas selepas tiada kategori dipertandingkan,
AJL28
1. Bahagiamu Deritaku (Balada)
2. Hanya Aku (Rock)
3. Kalau Aku Kaya (Hip Hop/Alternatif)
AJL27
1. Terukir Di Bintang (Alternatif)
2. Idola (Rock)
3. Kuakui (Balada)
AJL26
1. Awan Nano (Balada)
2. Beribu Sesalan (Balada)
3. Karma (Rock)
AJL25
1. Tolong Ingatkan Aku (Alternatif)
2. Drama King (Rock)
3. Noktah Cinta (Balada)
AJL24
1. Pergi (Pop Etnik) - konsep 1Malaysia
2. Dan Sebenarnya (Balada)
3. Bencinta (Rock)
Dan mungkin Apa Khabar bakal buat kejutan besar sekiranya barisan juri benar-benar mahukan kelainan memandangkan lagu berentak Hip Hop sedang "in & trending" sekarang, maka Bonus 5 markah diberi kepada lagu tersebut lalu melonjakkan jumlah markah kepada 27.5 ! Dan inilah masanya menobatkan lagu berentak Hip Hop sebagai juara selepas Kalau Aku Kaya berada di kedudukan nombor 3 tahun sudah.
Sentimen, sejarah kemenangan turut mempengaruhi penganjur TV3. Mungkin Hafiz boleh bersedia untuk pulang tangan kosong kali ini. Tapi jika menang, itu tuah Ajai yang akan menang besar kali pertama. Tam dan Dayang pernah menang 10 tahun lepas dan mereka berdua mungkin boleh menang bersama dengan cukup bergaya.
Kemenangan juga bergantung kepada ketua juri dan barisan jurinya. Dulu bila M.Nasir memilih lagu Tolong Ingatkan Aku menjadi isu biarpun Ana Raffali pencipta sepenuhnya lagu tersebut dan mencatat sejarah penyanyi wanita pertama menang besar dalam AJL sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.
Bagi Shila Amzah dan Datin Alyah yang pernah dinafikan kemenangan mereka sebelum ini, mungkin ini masa terbaik bagi mereka untuk menjulang trofi AJL29. Apa yang pasti, AJL29 kali ini mungkin milik wanita atau genre hop hop.
Bagi Shila Amzah dan Datin Alyah yang pernah dinafikan kemenangan mereka sebelum ini, mungkin ini masa terbaik bagi mereka untuk menjulang trofi AJL29. Apa yang pasti, AJL29 kali ini mungkin milik wanita atau genre hop hop.
Penaja! Satu lagi perkara yang boleh mempengaruhi penganjur. Memandangkan hadiah untuk juara dinaikkan kepada 50K (khabarnya tetapi tetap tak boleh lawan 100K Astro untuk MLM, GV & PU). Kali ini Pamoga Qu Puteh (Datuk Seri Vida barulah puteh) menjadi penaja bersama Nu Sentral. Maka, adakah penaja akan turut mempengaruhi keputusan nanti, kita tunggu~ Apakah kejutan AJL29 nanti? Adakah kemunculan diva dangdut Amelina?? Kita nantikan.
Maka, pilihan TT : Apa Khabar - Masih Aku Cinta - Rentak Laguku
Baca, Analisis AJL 28.
Nota kaki - ini adalah pandangan peribadi TT semata-mata tanpa dipengaruhi mana-mana sentimen.
Nota kaki - ini adalah pandangan peribadi TT semata-mata tanpa dipengaruhi mana-mana sentimen.
Thursday, January 1, 2015
Kronologi 2014 (CDC 2014)
Kata seorang kenalan di FB yang sedang belajar di luar negara, #untonglaa tinggal di Malaysia. Setiap bulan ada saja isu dan kontroversi yang akan menjadi viral, troll dan perdebatan hangat tak kira samada melibatkan tokoh politik, ahli agama, pakar ekonomi, atlit sukan, penggiat hiburan mahupun rakyat marhaen.
Berbeza situasinya di luar negara, kerana di sana lebih terkawal dan nampak tenang, namun gara-gara penangan media sosial, segala perkembangan di tanahair senantiasa dapat diikuti biarpun jarak beribu-ribu batu. Sepanjang tahun 2014, banyak topik hangat yang trending. Jom kita recap antara isu-isu yang dimainkan oleh warga internet ataupun istilahnya, netizen bermula dari bulan Januari hingga ke Disember 2014.
Januari 2014 - Kerusi dan Kangkung
Kerusi - foto murid-murid darjah 1 yang memulakan sesi persekolahan di mana kepala tersepit di kerusi menjadi bahan troll dan viral.
Februari 2014 - Terowong dan superhero (Ultraman & Power Rangers Pink) juga cara Pick up line...
Terowong - Jaguh di terowong... insiden yang memberi kemenangan percuma kepada JDT. Ditambah pengakuan Irfan Ghani yang menjadi saksi utama.
Superhero - Majalah Ultraman diharamkan sebab isu terjemahan yang salah dari segi tatabahasa juga dari segi akidah?
Power rangers pink merujuk kepada pakaian seksi berani mati oleh Neelofa dalam satu anugerah. Ingat lagi tak pakaian tersebut macam mana buruknya? Satu pakaian lagi seperti Cell Dragon Ball.
Ayat pick up line ini pula menjadi trending gara-gara penggunaan campuran bahasa yang buatkan ramai gadis cair. Cair kah?? Meleleh~
Mac 2014 - Pesawat MH370, Bomoh Negara & buah kelapa serta tudung bawal gaya Mawar
April 2014 - Terengganu, kemelut jawatan MB
Cadbury yang disyaki ada DNA porcine
Panda yang diberi nama Xing Xing & Liang Liang
Jun 2014 - OKU & Piala Dunia 2014
OKU - isu adik Firdaus Dullah yang terbiar. Masyarakat berdebat di alam maya mengenai peranan kerajaan dalam memberi khidmat kepada anak-anak OKU. Ibunya yang telah dihukum,dikutuk & dicerca rakyat Malaysia gara-gara ada gambar selfie dengan tudung Fareeda.
Dan muncul pula macam-macam komen apa peranan kerajaan... apa sumbangan kerajaan .. kemudahan yang diberikan kepada OKU. Siapa bandingkan dengan negara luar. Hmm~
Piala Dunia, Mario Gotze & James Rodriguez antara yang menyerlah! Tetapi antara yang mencuri perhatian ialah Shaheen the camel!
Julai 2014 - Soup Kitchen, Boikot McD, MH17 & #CDM25 (Stereng Lock)
Soup Kitchen - NGO, sukarelawan yang berkhidmat memberi makanan kepada gelandangan akan dikenakan tindakan??
Boikot bermusim? Sekali lagi kempen memboikot mendapat sambutan. Cuma tahun ini pemboikot lebih agresif sehingga mengganggu premis perniagaan.
MH17 - tahun duka buat Malaysia. Sah MH17 ditembak jatuh
Ogos 2014 - Monopod, MB Selangor, #ALSicebucketchallenge, #makeuptransformation, Monopod = Selfie! Isu berselfie di kubur, dan majlis berkabung
Semenjak ada penggunaan hashtag, #, macam-macam topik, kisah, troll d.s.b disuarakan oleh netizens. Di laman sosial Instagram, #makeuptransformation, mula viral. Terutama nak kasi orang perasan cantik/ hensem. Just take it as a joke.
#ALSIceBucketChallenge ;
Sebenarnya, ALS Ice Bucket Challenge ini dilakukan demi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Syaratnya mudah, anda hanya perlu siram badan anda dengan menggunakan ais batu dan kemudian calonkan sesiapa untuk meneruskan permainan.
Tapi apa relevannya permainan tersebut dengan ALS? Konsep yang sebenarnya adalah bertujuan untuk mengutip derma bagi membuat kajian mengenai penyakit ALS. Jadi, mereka yang dicalonkan itu boleh memilih sama ada mahu menderma ataupun melakukan cabaran ALS.
Tetapi persoalannya, penyakit ALS di Malaysia tidak sebanyak penyakit lain seperti kencing manis, jantung, buah pinggang. Jadi, mengapa rakyat Malaysia menyahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge?
September 2014 - UPSR bocor , puting beliung
Soalan UPSR bocor dan tersebar melalui talian WhatsApp
Oktober 2014 - Tiang bendera, Octoberfest, I want to touch a dog, Typo
Tiang bendera yang disepak oleh TMJ kerana puas hati JDT menang perlawanan bola. Kemudian ditroll oleh Menteri KBS.
Kempen arak, Octoberfest dan I want to touch a dog menyentuh sensitiviti umat Islam.
Kesalahan ejaan yang ketara dan memalukan yang dilakukan oleh media cetak dan elektronik menjadi perkongsian bersama. Itu belum bab bahasa bangga-lah lagi!
Kesalahan ejaan yang ketara dan memalukan yang dilakukan oleh media cetak dan elektronik menjadi perkongsian bersama. Itu belum bab bahasa bangga-lah lagi!
November 2014 - No. plat kenderaan JPJ, Buli (singlet hitam)
Isunya.. bila JPJ nak lakukan operasi saman besar-besaran dengan alasan kadar kematian yang tinggi. Namun, netizen berjaya kongsikan "spesifikasi" no plat kenderaan milik VVIP yang tidak mengikut standard. Maka, terbatal operasi tersebut.
Isu buli. Video 4 tahun sudah melibatkan budak bersinglet hitam menjadi viral. Dalam masa yang sama kes buli di penempatan anak yatim turut tersebar.
Disember 2014 - Banjir besar & Golf
Ayuh kita lihat senarai WAJAH 2014 pula. Klik! Kita lihat siapa yang masuk senarai~ Dan juga apakah Produk 2014??
Subscribe to:
Posts (Atom)