Hebahan

Showing posts with label Kisah terpencil. Show all posts
Showing posts with label Kisah terpencil. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Perenggan akhir. Wassalamu~

               Ingat tak masa kecil-kecil dulu mengaji Muqaddam. Mana ada Iqra' zaman tu. Habis bacaan diakhiri dengan Wassalamu bukan Sodaqallah. Aku juga akan berhenti menulis di blog ini secara rasminya. Mungkin akan terus menulis dengan medium/laman lembaran yang berbeza. Minta maaf jika ada yang terasa @ tersinggung dengan tulisan aku selama 6 tahun di alam maya. 25 Februari, tarikh yang sama 6 tahun dahulu sempena ulangtahun kelahiranku. Hari ini menginjak usia 31 tahun, impian aku di kala usia 30-an ni nak duduk rumah baru, besarkan keluarga, sambung belajar dan cari kareer baru. Wassalamu~


Monday, November 10, 2014

Melepasi angka 100 K

Hidup ini tidak lama, sementara sahaja.

Mungkin tempoh aku menulis dan berkarya juga sudah berada di pengakhirannya, sementelahan angka 100K sudah diatasi.



Kalian masih perlukan aku terus menulis di sini?




Saturday, October 11, 2014

S.T.R.A.N.D.E.D STORY



S.T.R.A.N.D.E.D Story~

Kami datang dari arah yg berlainan.. menuju ke satu lokasi yg sama lalu bertemu..kemudian berpisah menuju destinasi yg berbeza.

Macam berlakon filem!

Itulah perasaannya yg aku alami genap seminggu yg lalu. Usai urusan di Kota Bharu, aku dgn berat hati berangkat dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menuju ke KLIA.

Eh..bukan lusa raya Haji?? Ya!! Tapi esok aku kerja. Sampai jam 7 malam ya. Dan-dan boleh pulak flight delay. Yeay!

Sepatutnya bertolak jam 10.. 40 minit kemudian baru berlepas. Gara-gara cuaca...hujan di hati kah ??? 

Dalam pesawat..berborak dgn org sebelah. Aku memang suka berbasa-basi memulakan sessi berbual. Oh..orang Putrajaya juga,dia belajar di KB.

Syukur..selepas hampir 1 jam selamat tiba di KLIA. 5 minit saja nak keluar daripada pesawat. 10 minit masa menunggu bagasi tiba. Maka jam 11:55 malam aku berlari-lari anak bak Cinderella dalam KLIA tu.

Nak kejar ERL ke Putrajaya. Nanti isteri aku akan jemput. Dekat saja dari rumah sewa kami. Dan hanya isteri aku satu-satunya orang yg boleh jemput aku di Putrajaya Sentral sebab yg lain beraya di KB. Akan tetapi, satu perkataan sahaja...

HAMPA!!

Hampeh betul. Aku nak kejar mamat yg duduk sebelah aku tadi. Konon buat baik dibalas baik lah ni. Nak tumpang sampai Putrajaya. 

Juga HAMPA!

Aku mundar-mandir..ke sini ke sana usung beg merah beroda. Mengharapkan keajaiban. Hoping for miracles.

Tetap HAMPA!

Lalu aku duduk di situ. Domestic MEETING POINT. TEMPAT BERTEMU dalam negeri. Aku hubungi isteri tercinta. Jangan risau tentang aku. Tidurlah sayang bersama anak-anak. Jangan dikejutkan lena dengkur mereka. Aku tunggu sampai pagi.. ERL kembali beroperasi.

Aku matikan telefon. Bateri pun dah nak habis. Tumpang cas di KLIA. Jumpa plug berdekatan. Aku duduk semula di situ. Mengharap lagi.. orang yg ada di sekeliling kasi tumpang.

Aku tegur brader paling kanan dlm gambar. "Tengah tunggu orang jemput ke?"

HAMPA lagi buat kesekian kalinya.

Dia kata nak balik Sabah. Tunggu flight pagi esok.

Ok.. ada kawan. Teman bicara. Ada geng.

Sambung borak..cuti lama ke? 1 bulan katanya. 

Wow..raya sakan! Ambil cuti panjang. Unpaid leave ke? Lebih kurang begitu soalanku.

Oh! Student lagi. Belajar perubatan di Mesir. Sedang cuti panjang. Topik perbualan berubah mula dengan kisah pengajian sehinggalah tajuk perkahwinan. Oh..dah kahwin rupanya si Oci ni.

Kemudian rakan-rakannya dari Mesir muncul. Kesemua mereka kecuali yg paling tinggi itu. Mereka letak beg..bergegas solat Isyak. Semuanya bakal doktor.

Dehe..nombor 3 dari kiri. Masuk korum perbualan. Dia asal dari Jertih. So boleh speaking Klate. Tapi soalan ni tetap terpacul "ado hok maghi dari Klate dok?"

Ada! Nombor 2 dari kiri. Bukan sekadar dari Klate. Junior sekolah Ma'ahad juga. Cuma dia MTS. Ma'ahad Tahfiz Sains. Kiranya doktor al-hafiz ni. Alhamdulillah. 

Azim namanya. Maka perbualan lebih menjurus kisah zaman sekolah...cikgu Tarmizi..sampailah tajuk kelas2 di Ma'ahad. Uniknya Ma'ahad ni.. kelas diberi nama ikut nama tempat.

Makkah-Madinah-Dimashq-Kufah-Basrah-Baghdad-Fustot-Qairawan-Qartubah!!

Bila bercakap pasal Basrah..tiba-tiba ada orang mencelah perbualan kami. Mamat yg paling tinggi. Mike Abdul Wahab. Half Iraqi-half American! Class tak?

Dia faham perbualan kami. Kalau tak takkan menyampuk tiba-tiba kan?

Ironinya.. Mike ni dah 5 tahun di Malaysia. Belajar lagi. Bidang aviation. Dan masih muda. Maka aku paling rendah dan paling tua di situ. Ini fakta!

Kemudian dua orang lagi student Egypt yg selesai bersolat menyertai ruang santai kami. Dua dari kanan, Raja yg akan balik JB.. dan yang paling kiri. Ya! Dia orang Sabah. Agasi namanya.

Maka di situlah kami habiskan masa sampai ke pagi. Borak-borak. Kongsi pengalaman. Mike ni hackers rupanya. Dia ke situ tunggu best friend dia.. PB kat situ. Polis bantuan..bangsa Melayu. Mereka nak bercuti ke Taiping.

Mike ni juga gamerz. Borak pasal game pula. Not my forte. Yg bagusnya si Mike ni komen.. orang asing yg banyak lakukan jenayah di Malaysia. Negro Afrika tu ramai kaki pecah rumah dan jual dadah katanya.

Pelik kan? Mike ni juga kutuk orang Arab. Datang KL..macam wara' tapi kaki clubbing..kaki cret anak dara orang. Dia rindu zaman kanak-kanak dia di Iraq. Sebelum Iraq 'ditawan' USA.

Syria juga dulu aman tenteram sebelum zaman Basyar. Dia kutuk Israel...dia kutuk ISIS. Dari perspektif orang Arab. Paling sedih..dia cakap dia sebatang kara di KL walaupun keluarganya besar. 

Sekali-sekali ada polis preman.. polis bantuan..hatta askar berceloreng melintasi tempat kami berkumpul. Nak takut apa..bukan buat salah pun. Hehe.

Kiranya..dialah watak utama dalam cerita ni. Yang lain-lain tokok tambah saja. Sampai pukul 4 pagi. Aku dah tak larat...sebagaimanan aku taip cerita ni...sebagaimana korang baca karangan panjang ni. Tak larat.

FULL  STOP.

5 pagi aku bangun. Mamai-mamai rushing ke ERL. Yg lain-lain pun nak ke balai perlepasan. Kami berpisah.. menuju arah destinasi masing-masing.

Pertemuan singkat tapi amat bermakna. Manisnya apabila menjadi orang asing dan sahabat dalam waktu yang sama!

Ilal liqa' ma'as salamah

#tq #shortfilm #fefeelingTheTerminal

Sunday, August 24, 2014

Maya & gigi


Suatu hari.. kakak Maya mengadu.
Sakit mulut.
Dia tak mahu makan.
Langsung!

Biar perut kosong?
Isy.. mana boleh.
Dia memang tak mahu makan apa-apa.
Sakit mulut punca utama.

Bukan sakit mulut sayang...
Kakak sakit gigi.
Ummi yang bagi Walid tahu.
Ummi yang periksa mulut
Kakak nganga tak luas
Tapi dah nampak macam berlubang

Ya! Gigi Maya berlubang
Itulah... suka sangat makan coklat
Kata Walid
Itulah... bagi lagi anak makan coklat
Kata Ummi
Itulah.. inilah.. begitu banyak alasan
Sekarang kita cari jalan

Telefon kampung
Takut-takut ada kaedah tradisi
Petua hilang sakit gigi
Cengkih memang berkesan
Tapi pahitnya.. kakak tak boleh tahan

Hubungi kawan-kawan
Yang dah punya anak berderet
Ke klinik gigi kena seret
Kata mereka
Tapi, ada fasiliti untuk anak kecilkah?
Dua tahun ke bawah?
Boleh tampal kah?

Kami cuba..
Kami redah..
Ke puncak Bangi..
Alan Adlan destinasi
Ternyata sukar
Susahnya kakak nak buka mulut
Doktor dah habis pujuk
Dapat belon.. bukan coklat
Kami tak penat
Cuma lelah
Berserah

Ah! Tak payah buang masa?
Masa ini memang untukmu
Anak-anak yang disayang
Ditatang.. sampai besar panjang
Tak rasa rugi habiskan masa
Berkejar sini sana
Dapatkan klinik lain pula
Bukan calang-calang
Pakar..ahli bidang
Nasihatnya satu
Biasa!

Biasakan anak-anak kita
Dengan doktor mahupun misi
Mesra persekitaran
Biar hilang kegusaran
Pergilah kebimbangan
Aduh.. sudah tak tahan!
Cepat kita buat pemeriksaan
Buat saja di klinik kerajaan
Jimat masa dan kewangan

Kali pertama datang, buka mulut cuma
Kali kedua berjaya diperiksa
Seterusnya.. sudah mula selesa
Jatuh suka.. dengan yang ada
Kakak beri kerjasama

Syukur.. lubang sudah bertampal
Gosok gigi jangan ditinggal
Biasakan dan jangan nakal-nakal
Sampai tumbuh gigi kekal
Cantik.. bersih dan kental

Sudah boleh ucap selamat tinggal
Rasa kesakitan sudah kebal
Syukur kakak sudah senyum lebar


{ Kesimpulannya, kita kena biasakan anak-anak kita dengan persekitaran klinik gigi. Bermula dari doktor, misi, juga taman-taman permainan yang ada di sekitarnya (bertujuan untuk memujuk). Klinik gigi di Presint 9 ini amat membantu. Lepas ni kena kerap pergi lagi sebab ada tanda tampalan nak tercabut? }

Kongsikan gambar kenangan. Mohon sengetkan kepala.. tanda sakit gigi.. inilah usaha kami.. tanda kasih sayang kami

Saturday, August 23, 2014

Harga kemenangan atau persahabatan ??

Sepatutnya, entri ini sudah lama disiarkan, namun faktor kekangan masa.. memang amat membataskan! Sejurus kemenangan kami, ataupun ketika Piala Dunia Brazil sedang hangat.. tapi langsung tak sempat!

Kisah persahabatan... kisah persaudaraan... resipi kisah kejayaan... ramuan kisah kebanggaan.. dirangkumkan dalam satu kisah.. SAW 6!




Amboi! Jangan gelak. Ini adalah hasil suntingan sahabat-sahabat yang memang tak ada kerja! 

Ada orang tanya.. "ko tak marah ke Mus? Tak bengang?"

Jawapannya.. pada mulanya memang agak bengang lah. Sebab aku tak cari pasal, alih-alih kena serang dan tak dapat pertahankan diri serta balas balik. Namun, atas dasar persahabatan kami yang agak pelik...aku telah maafkan. Layankan saja yang termampu..

Kenapa pelik? Pertama dari segi usia dan status. Aku paling tua di kalangan mereka.. Alaa.. apa ada dengan umur? Cuma angka.. beza 3,4 tahun saja. Cuma yang pasti, status aku sebagai suami dan bapa, manakala mereka masih bujang.

Kedua dari sudut "darjat". Wah, ni bukan kisah antara 2 darjat ok. Sebab aku dan mereka (terutama si Azran gila) adalah hubungan antara pekerja(bos) dan sukarelawan(anak buah). Dah memang kita kenal dah lama.. semenjak aku bekerja di Petrosains pada tahun 2010 sehingga sekarang (hampir 4 tahun). Jadi, di manakah titik persamaannya?? Sama, dan saling memahami terutama dari segi kewangan dan juga berkongsi minat yang sama (bola sepak, sokong pasukan yang sama, Arsenal dan berfutsal)

Maka, bila dah rapat, tak logiklah kalau tak kena usik, tak kena bahan...~ mula dengan kisah Saw 6 (di atas)  berlanjutan dengan Husain Bolt bagai...




Dan inilah hasilnya... juara Futsal VAD 2014 (dan masih kena bahan) sebab aku jadi kapten pasukan Hunny!




Jadi yang mana lebih berharga? Harga persahabatan .. kenangan.. memori yang indah itu lebih berharga!

Thursday, May 29, 2014

Panda ... dalam kenangan

(p/s:Maaf..entri ini sedikit beremosi. Bernada pilu bak ditusuk sembilu)

Bagi mereka yang belum menegnali Panda.. boleh berkenalan dengan Panda di sini.



Inilah Panda milik beta yang telah berbakti selama 20 tahun. Tahun 1994 kita berjumpa..papa ajar aku macam mana bawa motor sewaktu umurku menginjak 10 tahun.

Tahun 1997 kita berpisah. Kau di KL, aku di KB. Namun tahun 2000 kita bersatu semula di KB. Kau terus berbakti Panda.

Dari alam sekolah..sehingga masuk kampus hijau UPM...sampailah kau bawa aku ke tempat praktikal di MPOB, Bangi lama...setiap hari meredah lereng bukit yang curam.. dalam. Amat mencabar.

Tamat ijazah..kau ikut aku ulang alik ke Rawang untuk training GEMS under Khazanah...ke Damansara..jadi agen Vads buat seketika..sehinggalah aku berumahtangga..kini beranak dua..kau tak jemu-jemu bawa aku ulang-alik Putrajaya-KLCC demi sesuap rezeki.

Kini sudah 20 tahun Panda..kau sudah tua. Kau sudah uzur. Namun kudratmu terus aku kerah. Mungkin hingga titisan minyak yg terakhir.

Terima kasih Panda. Atas segalanya.. Hanya Allah mampu balas segalanya.. Kau kembalilah kepada pemilikmu. Aku serahkan kembali dari mana kau datang.

Friday, April 4, 2014

Hari ni cuti...

Hari ni cuti...duduk rumah saja satu pagi. Buat kerja2 rumah,basuh baju,lipat kain, tengok TV, on9..sampailah bini aku sampai rumah..habis sekolah

Hari ni cuti...aku pergi klinik gigi. Bawa anak aku. Si kakak mengadu sakit mulut..tapi aku tau sakit gigi. Perasan ada lubang..kiri & kanan. Alih2 xnk buka mulut.. Buang masa??

Hari ni cuti...masa utk bini dan anak2. Bini dulu..baru anak. Kasi dia rehat puas2..pastu baru gerak ke klinik. Singgah beli pisang goreng..senja tadi terus dinner. Untunglah...masak tak payah

Hari ni cuti...esok aku kerja... malasnya...hahaha

p/s : Ini penulisan informal sbb penulisan kali ni byk guna shortform. Mcm sms/texting.. sbb guna phone.

Thursday, February 27, 2014

30 Resolusi 2014 @ Misi 30

1. Tidur awal, bangun awal

2. Bangun tahajjud

3. Melazimi solat berjemaah di surau atau rumah

4. Refresh balik surah-surah yang telah dihafaz sebelum ini

5. Baca al-Quran setiap hari

6. Kurangkan online... kerapkan offline

7. Bermurah hati... berjiwa besar

8. Kikis sikap negatif & mazmumah

9. Jaga perkataan / tingkah laku

10. Kurangkan ketawa melampau-lampau, mencuba titiskan air mata

11. Jaga pemakanan, seimbang, sihat & halal

12. Jaga kesihatan, 20 minit 3 kali seminggu

13. Nak mula balik workout di rumah, boost self confident

14. Masa berkualiti dengan isteri & anak-anak

15. Tak mahu jadi pemarah tak tentu pasal

16. Jaga silaturrahim

17. Disiplin tempat kerja

18. Dhuha

19. Sebelum tidur, solat witir

20. Lebih kerap hubungi Mama, tanya khabar Papa & adik-beradik

21. Jogging dan aktiviti kardio

22. Peruntukan masa untuk membaca buku.. yang bermutu tmbh ilmu

23. Terus berkarya... menulis tanpa noktah

24. Turunkan berat badan.. supaya ideal demi kesihatan 

25. Tengok drama/filem yang berkualiti sahaja...jangan buang masa

26. Idea untuk bisnes

27. Tukar kerjaya baru... progress

28. Jihad terbesar...!!

29. Bergaya.. jaga penampilan

30. Serlahkan sisi lain/bakat terpendam yang lain

Tuesday, February 25, 2014

30 (5) = ? ? ?


30 TAHUN! Tiada lagi usia remaja. Berakhir usia penghujung 20-an. Alhamdulillah.. syukur diberi kesempatan.. untuk menebus dosa.. moga sempat untuk bertaubat kembali kepada-Nya. Mungkinkah aku sudah berasa puas?? Puas buat dosa...atau puas himpun pahala?? Puas bazirkan masa muda atau puas menambah ilmu di dada??






Dalam tempoh yang sama...5 tahun berlalu pergi. Dalam waktu yang sama 5 tahun aku di alam maya. Bergelar blogger.. yang semakin hari semakin sendu~ Huhu.. Macam tak percaya kan.. blog ini merupakan "baby" ku yang lebih tua daripada puteri sulung ku dan juga anniversary kami laki bini.

Biarlah... asalkan aku sudah capai sasaran melebihi 100K. Masa untuk berundur secara perlahan-lahan. Masanya semakin hampir. Waktu semakin suntuk. Biarkan blog ini bersawang... menjadi sejarah yang tak mahu dikenang.. yang tak mampu dibanggakan.


Aku sudah boleh memperlahankan aktiviti berblog. Tak banyak untung pun.. sebab yang aku kejar adalah kepuasan menulis tanpa disunting oleh tangan-tangan lain. Rasanya sudah cukup tempoh 5 tahun itu. Bersedialah.. tahun ini tahun terakhir mencoret momen terindah!

Friday, February 14, 2014

Sambutan 14 Februari ?

YA!

Aku memang sambut 14 Februari setiap tahun. Saban tahun. Bukan kerana Valentine tapi kerana tarikh itu merupakan ulangtahun perkahwinan Papa & Mama.

Tahun 1983... mana ada orang sibuk sambut Valentine bagai nih. Tahun-tahun kebelakangan ini saja ramai sangat sibuk nak sambut hari kekasih katanya. Perlukah kita hanya berkasih sayang cuma satu hari??

Lagipun, mufti dah sepakat. Haram hukumnya menyambut dan meraikan Valentine sebab ada kaitan dengan upacara keagamaan Kristian. Jadi, berkasihlah setiap hari tanpa rasa jemu.

Baiklah, tahun ini merupakan ulangtahun ke-31 perkahwinan Papa dan Mama. Semoga mahabbah, kasih sayang antara mereka berdua terus subur... mekar... dan berkekalan sehingga ke Jannah.

Papa dan Mama ada 4 orang anak. 3 lelaki dan anak perempuan bongsu yang masih bersekolah. Buat masa ini, Papa dan Mama dah ada sepasang cucu. Maya dan Syakir.



Nak tunggu Pak Ngah kahwin. Bila agaknya?? Ke Pak Lang Min yang nak kahwin dulu ni?? Cik Su.. dah masuk Tingkatan 4. Sekejapnya masa berlalu. Rasanya dulu adik perempuan aku ni kecik je. Sekarang dah tinggi.

Kebetulan kami berdua juga lahir bulan 2. Maka hari tu, aku berkesempatan bawa Papa, Mama, adik Ya dan Mok (nenek) naik menara berkembar Petronas. Naik tingkat 41 dan 86. Syukur Alhamdulillah.. segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Ya Allah.. kau berikanlah kesihatan yang baik kepada orang tua ku. Juga nenda-nenda ku. Moga dengan kesihatan yang baik, kita mampu beramal mengutip pahala banyak-banyak. Amiiin~


Thursday, December 26, 2013

Kisah Jalan-jalan 1 : Memori di Korea Selatan - Bahagian III

Orang kata... save the best for the last. Mengapa? Kerana bahagian terakhir ini merupakan kisah yang paling menarik mahu dikongsikan TT. Memang pun.. inilah bahagian yang paling menarik sebab kisah jalan-jalan, ronda-ronda di Seoul, Korea. Walaupun tempoh entri ini muncul begitu jauh jika dibandingkan dengan Bahagian II, harap-harap pembaca berpuas hati dengan cerita kali ini. Sebelum sampai ke Seoul, pihak penganjur mengaturkan perjalanan ke salah satu pusat sains di Gwacheon.











Bermula dari Daejeon ke Seoul, kami singgah dulu di Gangnam (baca Kangnam, ni macam Bukit Bintang lah di KL), masuk Samsung D'Light, ronda-ronda muzium, Aquaria di bangunan Koax. Seterusnya TT dan boss memilih untuk bermalam di Seoul Backpackers yang berhampiran dengan Itaewon (alasan mudah untuk dapatkan makanan halal tetapi akhirnya.. banyak masak sendiri sebab harga makanan halal agak mahal). 2 hari seterusnya.. kami ronda-ronda Seoul.



















Cuba bayangkan, TT lakukan semua itu dalam masa DUA hari sahaja! Dan kami bergantung dengan pengangkutan awam untuk bergerak. Terima kasih kepada teman sepejabat, Farahanis, Ain, Nensi dan Naqib Putra yang banyak membantu (siap bagi pinjam T-Money lagi). Macam tak percaya kami berjaya pusing Seoul dalam masa 2 hari.


Satu hari diperuntukkn di Pulau Nami. Kami ke sana dengan tren TRX ala-ala ERL di Malaysia sebab laju dan tak berhenti banyak stesyen. Oh ya! Kebetulan musim bunga, maka pemandangan agak cantik. Subhanallah. Matahari ada tetapi taklah panas terik sampai berpeluh kejap. Antara tempat-tempat yang kami berjaya jelajahi:

1. Pulau Nami (alaa.. yang terkenal sebagai lokasi Winter Sonta tu.. Dan bukan Pulau Jeju ya! Perjalanan memakan masa 1 hari - kebetulan pula ada pesta buku kanak-kanak antarabangsa)























2. Sungai CGC ( Cheong Gye Cheon Stream)













3. Seoul Tower (Menara cinta.. sebab ada ikon beruang yang penyayang. Sebab tu ada kerusi senget sebelah sebab beruang tu berat. Lepas tu ada kepercayaan mengunci cinta di situ. Apa-apapun.. landskap Seoul dpat dilihat dari puncak. Dan kami turun ke bawah dengan menapak!)














4. Changdeokgung  (Tapak sejarah warisn dunia yang diiktiraf ala-ala istana lama)






































5. Namdaemun Market 




Seterusnya gambar-gambar di sekitar perjalanan di sekitar kota raya Seoul.












Apabila kita berada di negara orang, apa yang paling penting adalah komunikasi. Lebih-lebih lagi di negara yang penduduknya kurang fasih berbahasa Inggeris seperti di Korea. Apa yang menarik mengenai Korea Selatan ialah bagaimana negara ini yang pada suatu ketika setaraf dengan Malaysia (berasaskan pertanian) berkembang pesat dari segenap segi (teknologi, sistem jalanraya, keretapi di sana yang dipanggil Subway pun ada berhenti untuk caj seperti Komuter, sistem pendidikan, industri pemakanan termasuklah industri hiburan seperti K-Pop dll)






























Fakta 1, 2, 3 Kimchi~

(1). Bersepah-sepah muka Psy, Park Ji Sung dan juga Khairul Fahmi Che Mat. Hehe

(2) Nak lintas jalan kena hati-hati. Lihat kiri-kanan-kiri sebab kereta dipandu sebelah kanan

(3) Polis, Askar bercermin mata

Apa pun.. hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Tidur di rumah orang takkan selena tidur di rumah sendiri... biarpun bilik kita kecil~

p/s : Kalau mahu melihat lebih banyak video yang menarik, boleh follow misisitukangtulis di KEEK. Gitchew~