Ini adalah segmen baru.. Jurnal Maya(JM)
yang berkonsepkan petua keibubapaan hasil pengalaman TT sebagai bapa
muda. (Muda lah juga kan.. walaupun menghampiri usia 30-an)
Khusus buat puteriku, Sumayyah Hannani binti Mustakim,

Anakku, atau nama manjanya dalam keluarga, Maya.. anak Walid dan Ummi. Siapa yang jaga Maya masa Walid dan Ummi kerja ya?
Cuti bersalin.. Ummi ambil cuti selama 3 bulan untuk jaga Maya.
Kemudian, Walid mencadangkan Maya dijaga oleh Cik Ti, mak saudara
walid, yakni adik kepada Onny Maya yang biasa menjaga anak kecil. Dan..
ALHAMDULILLAH.. kami sangat berpuas hati hasil jagaan Cik Ti selama 2
bulan setengah.
Kemudian cuti sekolah, maka Ummi menjaga Maya sepenuh masa. Dan bermula
Disember 2011 kita sekeluarga berpindah rumah. Menyewa rumah teres satu
tingkat di Desa Pinggiran Putra, idea Ummi. Memang tiba masanya hidup
berdikari.
Masa paling sesuai untuk mengurus rumahtangga sendiri, sementelah Maya
semakin lasak dan ligat. Maya anak yang sangat aktif. Semenjak dari
alam rahim lagi. Walid masih ingat lagi sewaktu doktor buat proses
imbasan (scanning), Maya memang tak boleh duduk diam. Asyik menendang, menyiku perut Ummi.
Nah.. sekarang Maya berada di depan mata kami. Anak yang sihat dan
cergas. Maka, ada satu perkara yang perlu difikirkan. Setelah
berpindah, memang agak payah untuk menghantar Maya di bawah jagaan Cik
Ti. Pertama, faktor jarak. Dan kedua, faktor kekangan masa.
Maka, tidak dapat tidak, memang kena cari nurseri berdekatan. Dan Walid
sendiri jumpa satu pamplet iklan nurseri berdekatan rumah kita. Dan
Ummi telah menghubungi pemilik nurseri itu bagi menyatakan hajat kami
yang memerlukan penjaga Maya.
Waktu pertama kali menghantar Maya di sana, macam-macam rasa ada.
Walaupun runsing, hati tak keruan, namun setelah beberapa rundingan,
perbandingan, pertimbangan sewajarnya, Walid dan Ummi bersetuju dan
tawakkal kepada Allah mengatasi segala-gala hendaknya.
Ternyata.. telahan kami silap. Sepanjang sebulan Maya dijaga di sana
bersama 4 rakan bayi perempuan yang lain, sudah 4 kali bertukar
pengasuh. Dan setiap kali bertukar penjaga, maka jenuhlah Ummi
menyiapkan senarai semak (checklist) baru.
Dan perkara yang lebih merumitkan... setiap kali Ummi ambil Maya di
nurseri, Maya mesti comot. Ada rambut melekat di siku. Baju kotor.
Kadang-kadang dimandikan terlalu awal seawal jam 3 petang. Alasan
mereka.. Maya lasak. Tak boleh duduk diam.
Adatlah kan.. anak kecil. Apa yang mereka tahu sekecil 8 bulan. Segala
benda yang dikutip, pasti masuk mulut. Bahaya kan kalau tak diawasi
sepenuhnya. Silap haribulan perkara tak diingini boleh berlaku dan
telahpun berlaku.

Ya! Telah pun berlaku. Satu malam..
Ummi tunjukkan kulit Maya beruam. Merah-merah. Maka, kami sapu losyen
Calamine. Raya Cina baru-baru ini, kita balik Kelantan jumpa Tok Mek,
Mok Tok dan saudara-mara yang lain, tiba-tiba muka Maya bengkak-bengkak.
Maya dibawa ke klinik. Doktor beri
ubat. Rasa-rasanya kulit Maya sensitif. Kulit putih katakan. Merah
sedikit dah nampak menyala. Orang Kelantan kata "cemar peluh". Ini
semua gara-gara nurseri itu. Masa Cik Ti jaga dulu takde masalah pun...
Itulah keluhan ibu bapa kan?? Mahu yang terbaik untuk anaknya...
walaupun nurseri itu tak salah 100%. Dan terpaksa hantar Maya ke
nurseri tersebut lagi sejurus tamat cuti sekolah seminggu sempena CNY.
Keadaan bertambah keruh. Dalam masa 2 hari saja, kulit Maya makin
merah. Macam melepuh. Ummi bawa Maya ke klinik panel Petrosains. Doktor
bagi ubat termasuk ubat antibiotik.Yang peliknya.. selepas makan ubat,
tak sampai sehari, seluruh badan Maya kecuali perut kemerah-merahan.
Ini bukan ruam dah.
Pergi klinik lagi.. kali ni doktor kata, "Sah! Ini sakit kaki, tangan, mulut taupun HFMD (hand, foot, mouth disease).
Pulak dah! Maka, kami nekad, tak mahu hantar Maya ke nurseri itu lagi.
Bulan 2 tak payah bayar. Jadi, masalahnya sekarang.. siapa nak jaga
Maya?? Err.. cuma satu saja yang pelik, kalu betul doktor cakap HFMD,
sepatutnya tapak tangan, tapak kaki, bibir dan pelipat yang teruk.
Macam contoh di bawah.
Tapi Maya tak macam tu pun.. Yang teruk bhagian betis, lengan dan pipi. Aduhai~ Rumit kan? Takpe
lah.. bawa Maya blik kampung Sungai Besar. Mana tahu.. atuk dan mak tok
ada ikhtiar ubat cara kampung. Atuk dah bagi air yang telah dibaca ayat
suci al-quran. Kesiannya tengok anak walid ni. Sampai walid tak
tergamak nak kongsikan gambarnya dengan orang lain.
Onny dan Tok Pa pun dah datang jenguk
cucu sulung mereka. Pak Lang Min yang tengah sakit pun datang sebelum
Maya balik kampung. Walid tak dapat ikut.. sebab kerja. Maya duduk
dengan Ummi ya. Di sana, Ummi Maya khabarkan doktor di kampung cakap
berkemungkinan ada masalah kulit atau lebih spesifik lagi.. kayap!
Hah?!?! Tak masuk akal kan? Betul ke boleh percaya cakap doktor ni?
Setiap kali jumpa doktor, mesti
macam-macam perkara didengari. Kurang enak di telinga namun ia tetap
mengundang resah. Setiap kali bawa Maya ke klinik pasti ada ubat baru!
Ingat apa??Maya yang tak sampai 9 bulan ni bahan eksperimen ker?
Walid rasa.. keadaan Maya makin teruk
mungkin disebabkan ubat. Alergi dengan ubat antibiotik kot. Dan sebagai
langkah terakhir, Walid dan Ummi nak bawa Maya jumpa doktor pakar. Dr.
Mohd Noh di Hospital Tawakkal, seorang pakar kulit.
Walaupun perlu berhabis.. tapi
alhamdulillah. Keadaan Maya bertambah baik. Dr. Noh kata, mungkin kulit
Maya sensitif sebab eczema atopik, yakni masalah kulit disebabkan
keturunan. Mungkin diwarisi melalui gen sebelah Walid atau Ummi yang
ada athma, alergi dan sebagainya.
Alhamdulillah..ujian ini dapat
ditempuhi bersama kita satu keluarga. Yang pasti, ujian ini lebih
merapatkan kita lagi serapat-rapatnya. Saling memahami, tolak ansur dan
bertimbang rasa. Ujian yang menguji rumahtangga Walid dan Ummi.
Alhamdulillah.. hasil perbincangan,
sessi hati ke hati antara kami berdua, kami akhirnya berjaya menemui
orang yang boleh diharapkan menjaga Maya. Tak jauh dari tempat nurseri
hari tu, ada seorang kakak, lingkungan usia 30-an, Kak Azi namanya yang
sudi menjaga Maya.
Rumah Mama Azi tiada permaidani dan
perabot yang boleh memberi "ancaman" kepada kulit, dan seluruh fizikal,
mental, jiwa dan raga Maya. Ruang lantai di dalam rumah Mama Azi
sentiasa dimop dan dipastikan kebersihannya. Satu kelegaan.. sebab kami
tak perlu demand!
Anakku Sumayyah Hannani..moga ALLAH selalu menjagamu, sentiasa melindungimu dalam apa jua keadaan. Sukar atau senang. INSYA ALLAH. Biiznillah~