Hebahan

Thursday, September 11, 2014

Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014


Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur telah mengeluarkan senarai pendek pencalonan untuk Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014. Penerima anugerah berkenaan mengikut kategori masing-masing akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2014.

Setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya 70 filem yang melalui skim wajib tayang dan telah ditayangkan pada bulan September 2013 sehingga Ogos 2014, tidak menolak beberapa filem terbitan tempatan bukan berbahasa kebangsaan, filem animasi, serta filem bebas yang tidak dimasukkan dalam senarai tersebut.

Untuk makluman bersama, tahun ini merupakan tahun ketiga penganjuran Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur. Klik di sini untuk mengetahui senarai pemenang bagi penganjuran sebelum ini. 2012 ; 2013 (yang tiada pemenang filem terbaik??) Maka di sini, senarai pencalonan, seperti yang berikut:

Pengarah Terbaik


Nam Ron untuk Psiko Pencuri Hati 
Chiu Keng Guan untuk The Journey
Khairil M. Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra, Shamaine Othman untuk Cuak
Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo
Razaisyam Rasyid untuk CEO

Pelakon Lelaki Terbaik


Patrick Teoh untuk Take Me To Dinner 
Bront Palarae untuk Psiko Pencuri Hati
Sai Peng Lee untuk The Journey
Ghafir Akbar untuk  Cuak
Beto Kusyairy untuk CEO

Pelakon Wanita Terbaik


Ruminah Sidek untuk Kolumpo
Nell Ng untuk Kolumpo
Sharifah Amani untuk Psiko Pencuri Hati
Dawn Cheong untuk Cuak
Pearly Chua untuk Claypot Curry Killers

Sinematografi Terbaik


Raja Mukhriz untuk Penanggal 
Charin Pengpanich untuk Kolumpo
Eric Yeong untuk The Journey 
Fendi Ang, Khairil M. Bahar, Wan Chun Hung, Samuel Lam untuk Cuak
Mohd Helmi Yusof untuk Claypot Curry Killers

Lakon Layar Terbaik


Afdlin Shauki, Haris M. Nor, Nurul Akmar Salajudin untuk Papadom 2 
Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo
Namron, Fared Ayam, Amin Shakib untuk Psiko Pencuri Hati
Ryon Lee, Chan Yoke Yeng untuk The Journey
Khairil M. Bahar, Priya Kulasagaran, Manesh Nesaratnam, Shamaine Othman, Tony Pietra, Magdelen Spooner untuk Cuak

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik


Syed Hussein untuk Psiko Pencuri Hati 
Amerul Affendi untuk  Psiko Pencuri Hati 
Rosyam Nor untuk KL Gangster 2 
Ben Pfeiffer untuk The Journey
Anas Ridzuan untuk CEO 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik


Vanida Imran untuk Papadom 2
Sharifah Amani untuk Kolumpo
Deanna Yusuf untuk CEO 
Nur Fazura untuk Kami Histeria 
Mandy Chen untuk Claypot Curry Killers

Filem Terbaik

Psiko Pencuri Hati (Khairul Anuar Latip, Ken S. Yap, Shamsul Cairel sebagai penerbit)
The Journey (Heng Yee Jin, Choo Chi Han, K.C. Cheong, K.C. Chuan, Mohamad Kabir Arif Sultan sebagai penerbit)
Kolumpo (Sheikh Munasar, James Wong, Bront Palarae, Rozi Izma sebagai penerbit)
Cuak (Micheal Chen, Low Ngai Yuen sebagai penerbit)
CEO (Abdul Razak Abdullah, Matt Yusoff sebagai penerbit) 

No comments:

Post a Comment