Hebahan

Sunday, August 31, 2014

Wajah Ogos 2014

Cuba anda kaji sendiri mengapakah nama-nama berikut menempa sejarah tersendiri dewasa ini?? Jangan risau, TT akan beri 3 fakta trivia sebagai pemangkin... eh!

(1) Recep Tayyip Erdogan


  • Tahniah kerana menjadi Presiden Turki yang baharu menerusi pilihanraya
  • Tokoh pemimpin yang menggerakkan Turki kepada satu tahap yang membanggakan yakni mengembalikan nur Islam di bumi Turki
  • Menjadi idola banyak pemimpin politik tanahair terutama pemimpin parti pembangkang



(2) Dr. Say Shazril Shaharudin




  • Model, jurucakap juga berkerjaya sebagai doktor O&G di Hospital Serdang
  • Menjadi ikon spornoseksual (abam sado dan brader gym)
  • Yang penting, sudah pun mendirikan rumahtangga




(3) Wajah Komanwel 2014 (Glasgow, Scotland)

Hafifi Mansur - pemenang emas angkat berat




Ooi Tze Liang - pemenang emas dan perak terjun


Sabina Altynbekova - pemain bola tampar Kazakhstan yang cantik dan menarik perhatian lensa dan sesiapa sahaja





(4) Mohd Nasaruddin Mohd Yusof 


  • Anak Melayu pertama yang mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa
  • Leftenan Kolonel (B) M. Nasarudin adalah Pemenang Anugerah Nobel Keamanan
  • Kerjayanya terlibat dalam Pencegahan Senjata Kimia di seluruh dunia. Sumber



(5) Nick Kyrgios





  • Pemain tenis antarabangsa
  • Berdarah kacukan Melayu(ibu) dan Greek(ayah) berkenegaraan Australia
  • Mencipta kejutan mengalahkan pemain ternama Rafael Nadal


(6) Raja Syahiran





  • Berbakat menghasilkan bunyi chipmunk di samping bergelar beatboxer
  • Pernah mewakili Malaysia sehingga melepasi pusingan kedua Britain's Got Talent
  • Pernah menang bakat Johara dan penuntut UiTM ini juga merupakan anak didik Astro menerusi On Air (Musim 2 - yang tak mamou bersiaran...eh!)



(7) Mark o'Dea




  • Bekas anggota The London Boys yang pernah beraksi di pentas Sunway Lagoon
  • Ada saluran Youtube sendiri, gemar buat parodi dan cover version
  • Kini bergelar pengacara 8TV Quickie



(8) Alif Satar 





  • Tahun 2014 boleh dikatakan tahun paling cemerlang Alif Satar. Namanya semakin kukuh sebagai penyanyi dan pengacara yang disegani.
  • Deretan lagu seperti Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Akhiri Penantianku serta rancangan seperti Idola Kecil, Sukalattew merupakan punca graf populariti beliau meningkat
  • Akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi bersama gadis pilihan



(9) Pelakon pelapis yang semakin menyerlah bakat mereka, kehadiran mereka semakin dirasai

Hafeez Mikhail 

  • Muka persis Mark Adam kah?
  • Anak didik Michael Ang
  • Mula membintangi drama seperti Banglo Seksyen 2, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Nang Nok dll




Amyra Rusli





  • Mula terkenal kerana gosip (datang lambat ke set serta percintaan dengan Dazrin)
  • Mula menyerlah setelah membintangi Oh My English musim baru di samping beberapa drama TV di samping menjadi jurucakap Aurawhite menggantikan Hanez Suraya
  • Kemuncaknya, ekoran perkahwinannya bersama Dazrin yang terpaksa ditangguhkan (ada sumber kata dibatalkan terus??) menjadi buah mulut



(10) Aimi Najwa Jul Baharin
  • Wak Doyok versis perempuan
  • Ikon fesyen yang berat kepala
  • Tak boleh tepek gambar... nanti kena saman! Eh! (tapi korang Google Image lah..pastu gelak sorang-sorang)

p/s : Happy 57th birthday Malaysia!  Cantik logo...sedap lagu tema..janji ditepati! Eh! Di sini lahirnya sebuah cinta

No comments:

Post a Comment