(1) Innaa lillahi wa innaa ilaihi raji'un. Inilah ujian buat Malaysia dan dunia. Antara ujian paling mencabar. #PrayForMH17 ; #Pray4Sabah ; #Pray4Gaza; teruskan memboikot produk-produk Yahudi.
TT : Motif orang sebarkan berita TGNA dah meninggal dunia ??
(2) Kemelut MB Selangor. Wan Azizah pilihan PKR dan DAP. Namun, Tan Sri Khalid Ibrahim pilihan PAS (Presiden, Pemuda, Dewan Ulama'). Krisis dalaman ini turut mengheret nama Dr. Zuhdi ke kancah "gila kuasa". Maka, apakh solusinya? TSKI sertai PAS selesai masalah atau tidak? Wajarkah PAS terus bersama Pakatan?
TT : Penyokong BN jangan sibuk sangat hal Selangor.. Mat Said keluar UMNO karang..
(3) Kuala Lumpur! Ibu negara Malaysia juga diuji. Ada jalan mendap membuatkan jalan runtuh di Bukit Bintang (sehingga dibuat troll). Eh, ada kereta kebal terbalik kah? Seterusnya isu Homeless ataupun golongan gelandangan yang mendapat bantuan makanan Soup Kitchen telah dihalang oleh Ku Nan, Menteri Wilayah.
TT: KL sunyi bila hari raya..bebas jammed
(4) Diplomat Malaysia di New Zealand, Rizalman Ismail dituduh melakukan serangan seksual ke atas Tania Billingsley. Gaza, Palestin yang terus dibedil Zionis ketika bulan Ramadhan. Briged Al-Qassam memberi tentangan.. mahu mati syahid sasarannya. Negara arab bila mahu bertindak? Malu dengan Chile!
TT : Kes bunuh Regina Soosalu melibatkan Tunku Alang Reza pula bagaimana?
(5) Al-fatihah. Belasungkawa perginya Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini. Bukan Sharifah Amani ya!
TT : Takziah buat Linda Rafar juga atas kehilangan anaknya.
(6) Piala Dunia 2014 menjadi milik Jerman. Hail hydra ke.. tiki taka ke.. tak bawa ke mana. Brazil tuan rumah dah kena belasah. Buat malu saja. Punca?? Zuniga "lumpuh"kan Neymar! Dalam masa yang sama, pembahagian kumpulan untuk saingan Piala Malaysia telah pun selesai. Klate jupo JDT lagi.
TT : Sanchez sah milik Arsenal.
(7) Banyak yang memilih untuk berubah ke arah positif sempena Ramadhan. Mengenakan hijab. Neelofa, Ana Dahlia, Zarema (retis ke..bff ND isteri footballer), Ziana Zain. Alhamdulillah, Felixcia Yeap kini bertukar status agamanya selaku Muslimah bernama Raisyah Rania Yeap.
TT: Awie blasah bini apa cer?? Bukan sebab Erra haa~
(8) Popular cara murah!! Provokasi.. kurang cerdik..cakap lepas.. maka glamorlah macam #CDM25 Kiki Kamaruddin, Sim Kwang Yung Sin dan juga Kelvin Yip atas kebodohan mereka!
TT : Motip radio Astro & fakeNil gi intebiu Kiki??
(9) The fault in our stars. Azam Ramadhan Su. Ramadan Jangan Pergi. Always A Traveller : Reclaim your heart. Antara produk yang menarik sepanjang Ramadhan. Cuma satu je pelik, ketika orang nak habis puasa, nak sambut raya, ada pulak Sukan Komanwel di Glasgow.
TT : Suka iklan raya RTM. Brunei sambut raya lambat 1 hari yakni pada hari Selasa, 29 Julai 2014.
(10) Azizul Raheem Awaluddin, bapa kepada anak-anak yang "didera" di Sweden yang sebelum ini terpenjara telahpun dibebaskan. Harga mendapatkan lesen kereta dinaikkan ??
TT : Syefura Othman (Rara) sertai DAP. Rara who??
No comments:
Post a Comment