Hebahan

Wednesday, July 2, 2014

CDC Jun 2014

(1) Sukan bola sepak. Peringkat antarabangsa semestinya kehangatan World Cup 2014 di Brazil. Dulu ada Paul si sotong, sekarang ada Shaheen, the camel yang telah pun terkorban Peringkat lokal, tahniah buat skuad tok gajah atas kejayaan menjulang piala FA. Dan.. akhirnya.. JDT dapat 1 piala yakni juara Liga Super. T-team dan PKNS akan turun liga. PDRM dan Felda United akan mengisi 2 slot tersebut.

TT : Motif Johor nak cuti sebab menang liga Super?? Johor FC kot..bukannya Johor FA yang menang.

(2) Berita sukan yang lain. Juara SUKMA menjadi milik Wilayah Persekutuan, rampas dari Terengganu. Tahniah kepada Fitri Saari, Pandalela Rinong dan Irfan Shamsudin dinobatkan Olahragawan, Olahragawati dan Olahragawan Harapan MASUM. Tahniah Dollah Salleh, jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

TT : Tahniah Suwaibah Muhd. Nasir, pelari solo wanita negara dengan rekod 3333 km berakhir di Venice

(3) Kemuncak realiti; juara rancangan realiti bagi rancangan Kilauan Emas, The Band yang amat hazabedah, Ceria Pop Star 2, Idola Kecil Ultra dan Bintang Mencari Bintang 2. Nampak tak, semua peringkat umur ada pertandingan nyanyian. Sebab tu lah AF2014 akan muncul juga... walaupun... Hmm.. cuma kelainan yang dibuat RTM, program  Ikon Siarawan melahirkan pelapis pengacara.

TT : Tahniah kepada tuan rumah Malaysia.. bolot semua kategori tilawah dan hafazan peringkat antarabangsa.

(4) Global, Abdel Fatah Alsisi presiden Mesir yang baru umpama Syria di bawah Bashar Al-asad. 3 malaysian profs influential scientific mind , yakni 3 orang profesor anak Malaysia masuk dalam senarai saintis berpengaruh.  Hubungan jalinan usaha sama Malaysia-China diteruskan melalui Panda?? Nama baru Panda itu Xing Xing dan Liang Liang. Hmm.. ingatkan seekor nama Ma seekor lagi Chai. Datanglah segera ke Zoo Negara sementara masih percuma. 

TT : Dan Floria 2014.. buat kesekian kalinya ada taman melambangkan kerjasama China-Malaysia. Cuma tahun ini ada bayaran yang murah (tujuannya untuk counting & crowd control)

(5) Berita hiburan; Tahniah radio Astro AMP, Era kekal nombor 1, diikuti THR-Gegar nombor 2 dan Sinar.fm nombor 3. Erma Fatima mahukan payung emas setelah membenarkan suaminya, Bade kahwin dua. Aizat lancarkan album baru dalam bentuk piring hitam. Sangat eksklusif. Tambahan pula album berkenaan menghimpunkan lagu duet Aizat bersama Yuna, Noh, Zee Avi dan ramai lagi. Kok Ping apa cerita Kok Ping?? Terbang duduk kah?? Kah kah kah 

TT : Apa cerita ni?? Hotfm buat panggilan hangit tak jaga sensitiviti isteri Paan (Norfarhan ben10). By the way, tahniah Fafau dan Lofa berhijab ya.

(6) Semasa; Kg.Chubadak, Gombak.. tanahnya dirampas pemerintah, makcik tua yang mempertahankan haknya sepenuh jiwa raga. Kemelut cermin gelap untuk kereta berakhir dengan positif!  Isu lebuhraya KIDEX adalah punca Tan Sri Khalid Ibrahim kalah bertanding Ketua Cabang Kuala Selangor?? Ada peluang tak menang kerusi Timbalan Presiden? Moga urusan Felixcia Yeap mahu memeluk agama Islam dipermudhkan Allah. Dengarnya nama Rania menjadi pilihan. Kekasih Tasha Shilla, Han pun nak convert ker??

TT : Rombakan kabinet terkini ada wakil Cina MCA dan Gerakan.

(7) Perpindahan pemain; Bacary Sagna akan ke Etihad bermain untuk Manchester City. Liverpool sudah dapatkan Adam Lallana. Manakala Manchester United sudah mendapatkan 2 pemain, Luke Shaw dan Ander Herrera. Pasca Piala Dunia 2014 nanti, kita tunggu siapa yang akan jadi rebutan. James Rodrigues, Xherdan Shaqiri dan jug Ochoa (Quicksilver X-men..eh)

TT : Eh motif.. Cesc Fabregas nak main dengan Chelsea pulak?? Dah ada Diego Costa cukuplah kan. Tak sabar pula nak tengok Wan Zack Haikal beraksi dengan Brendan Gan & Piya.

(8) Fenomena; beberapa produk yang trending seperti Tranaformers : Age of Extinction. Drama bersiri Kerana terpksa aku relakan dengan hashtag #ktar. Filem Pengantin Malam hangat gara-gara Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish yang memegang tangan suaminya Farid Kamil sewaktu promosi. Dan.. anda sudah menonton Malaysia Chabor dendangan Joyce Chu di Youtube?? #sukalattew .

TT : Pokok kurma berbuah di KB!! Ini realiti.

(9) Kisah kemelut keluarga; Isu Amy Search yang tahap kesabarannya dah capai kemuncak kerana kehidupan bebas anak perempuannya Nabila Huda. Farhan bekas suami Abby Abadi mendakwa dirinya dikasari secara fizikal yakni "tamparan wanita" cakar Harimau. Seterusnya kisah perkahwinan Sham Kamikaze kali kedua tidak sah

TT : Ozil pun cacah tattoo. Sedih ok.

(10) Isu hangat dan sensitif ; Pertama sekali kisah isu adik Firdaus Dullah, anak OKU yang ditinggalkan ibunya (kini telah didakwa). Di Kelantan lagi  pun ada kes yang sama mengurung OKU. Isu ini menarik perhatian Wardina yang lantang bersuara dan mengutuk kerajan. Lantas, Jabatan Agama Islam P.Pinang serbu kenduri kahwin yang didakwa melibatkan penganut Islam di kuil. Penganut Hindu pula terasa hati dengan Jimi Hendrix kerana menggunakan patung tuhan mereka untuk promosi album 1967 di muka album. Di Facebook, ada orang gila publisiti murahan (attention seeker) bernama Chow Jack yang sibuk menghina Islam.

TT : Apa kes... Air Asia tak benarkan penumpang yang mengandung (nak balik sebab kematin) menaiki pesawat.

No comments:

Post a Comment