Hebahan

Wednesday, April 30, 2014

Wajah April 2014

(1) PFA Player of the Year - Luis Suarez & PFA Young Player of the Year - Eden Hazard. Congrats!



(2) Penyanyi wanita pelapis. Selain Yuna, Shila Amzah, Najwa Latiff dan Neeta (IamNeeta), berikut merupakan penyanyi muda wanita yang berpotensi untuk pergi lebih jauh jika diberi peluang sebaiknya :

Daiyan Trisha (kelahiran Youtube, UiTM) lagu Kerana Kau.


Hanie Soraya (anak didik Faizal Tahir) lagu Hujung Dunia



The Venopian Solitude (Takahara Suiko, artis Kasi Gegar, trademark berkain batik) macam Bo Iqram (Bedroom Sanctuary) versi wanita. Tonton Stampede - Rojak .



(3) Hero pelapis

Syarul Ridzwan - tempat ketiga Hero Remaja 2013, mula dikenali sebagai Faizal yang psiko dalam LYMA, kini teraju utama Romi Cinta Julia dan wajahnya dikatakan persis Aaron Aziz




Fadlan Hazim - bekas ahli kumpulan VIP, kini artis MIG, lakonannya kini boleh disaksikan menerusi Jodoh (Musim 2) dan Sniper yang menembak pawagam




(4) Atlit kacukan - prospek mewakili negara

Kelvin Lim - berdarah Jerman (pernah mewakili skuad hoki Jerman)




Brendan Gan - berdarah Australia (sanggup melepaskan kerakyatan Australia untuk mewakili Kelantan dan kini berpeluang mewakili Malaysia)



(5) POTUS dan The Beast

President of the United States bersama kereta limousinnya, The Beast telah "menziarahi" Malaysia. Punca jalan banyak ditutup. #eh


 

(6) Mawar bini Fizo Omar, tokey Fareeda versus Tudung bawal ala Mawar


Semua tahu isu rampasan tudung tiruan yang dikatakan menciplak design tudung Fareeda bukan?? Seterusnya Mawar (ada orang kata admin) telah memuatnaik status yang mendapat repon positif dan negatif (berfesyenlah ikut kemampuan). Inilah alternatifnya..

 

(7) Belasungkawa - pergi tak kembali...

Karpal Singh




Tito Villanova (ex-management Barcelona)



Alfatihah buat Jeremy Little(Penerbit KIL) dan Sidek Hussain





(8) Page troll di FB, Sukanstar, berita sukan yang diulas dengan kaki. Antara yang ditroll..




(9) MERS-Cov

Singkatan kepada Middle East Respiratory Syndrome-coronavirus; penyakit yang baru menular di Malaysia. Kes kematian pertama di Johor. Dipercayai berasal dari Timur Tengah di mana penghidapnya akan menghadapi komplikasi pernafasan.




(10) Kucing KAX

Trending kah?? Puncanya sebab ramai retis yang bergambar?? Ada 8 koleksi kesemuanya... hmmm~






No comments:

Post a Comment