(1) Inilah berita paling hangat pada bulan Mac 2014. #pray4MH370. Mungkin semua sudah tahu status terkini mengenai pesawat tersebut. Namun, itu masih belum mampu menjawab banyak persoalan dan teka-teki umpama permainan jigsaw. Kenapa berpatah balik? Kenapa menuju ke Lautan Hindi? Apa motif? Hijack? Kemalangan? Apakah hikmah di sebalik ujian ini??
TT : Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang berlaku di langit dan di bumi. Doakan saudara kita di Mesir juga di mana 529 penyokong Dr. Morsi dihukum mati.
(2) MH370 turut mengheret banyak pihak. Daripada Bomoh VVIP, ahli politik, selebriti negara dan luar negara(China) sehinggalah pengguna laman sosial. Ada yang bersimpati... ada yang ambil tahu... ada yang buat-buat tak tahu teori konspirasi.. malah bukan sesuatu yang mengejutkan ada yang langsung tak sensitif. Macam tak ada hati perut. Tak perlulah disenaraikan mereka yang kurang cerdik itu. Lu pikirlah sendiri!
TT : Banyak rancangan hiburan dibatalkan.. konsert KLCC terus batal. Melodi tak bersiaran. ABPBH 2013 ditangguhkan.. Radio pun pasang lagu slow~ Siap ada radio MH370.fm lagi. Tapi apa motif MeleTOP diganti rancangan khas?? Hehe
(3) DSAI dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Maka berakhirkah karier politik Ketua Pembangkang ini?? Kapal terbang yang besar tak berjaya dicari, sampel mani di celah dubur juga yang ditemui. Ironi bukan??
TT : MH370 gagal dikesan radar sejurus DSAI dijatuhkan hukuman... usai PRK Kajang, PM umumkan status terkini MH370. Adakah ini satu kebetulan??
(4) Pilihan raya kecil (PRK) Kajang - semua sudah tahu siapa pemenangnya. Ramai sudah tahu siapa yang sepatutnya bertanding di kerusi berkenaan. Pasca PRK Kajang, adakah Selangor akan ada MB baru?? Bagaimana pula pemilihan Presiden PKR yang melibatkan pasangan suami isteri tersebut??
TT : Andai Najeb masuk penjara, Rusemah bertanding pilihan raya.. boleh tak menang macam Azeezah menang selama ini??
(5) Hanez Suraya versus Liyana Manan. Kesian minah ni. Baru nak rasa glamor.. keluar Melodi, Galaksi, MeleTOP bagai... tiba-tiba dicaras DSAI. Tiba-tiba je ada kes MH370. Sudahlah berbakul kejian..cacian dan hinaan dilemparkan kepadanya menerusi Instagram, Twitter dan Facebook. Itu belum lagi yang menyokong Liyana Manan pun siap buat page juga. Boleh perang~
Apa cer kes abangg Long Jebat, Sharnaaz dengan taiko Poji, laki si Lisda??
TT : Keyboard warrior berperang dekat page CNN dan SukanStar pun not bad~
(6) Sukan - bola, badminton, skuasy. Banyak rangkuman kali ini.. Tahniah Datuk Lee Chong Wei menang All England buat kesekian kalinya. Datuk Nicole David pula kalah di gelanggang sendiri. Adatlah bertanding kan?? Takkan selamanya di atas. Bola sepak?? MU terus ketinggalan.. masih di tangga ketujuh.. Arsenal ikut skrip biasa, terus terkulai layu.. dibelasah kaw kaw punya!
Pemindahan pemain sudah dibuka.. Wan Zack Haikal, Brendan Gan dan Fitri Omar sah ke TRW. Nasib tak kena caras JDT. Nazmi Faiz akan pilih Selangor atau Pahang??
TT : Presiden FAM, sila letak jawatan #pfslj
(7) Buku/komik Ultraman kena banned?? Motif?? Kenapakah?? Terpesong akidah katanya... Habis.. majalah Mangga yang nampak lurah tepi kolam renang tu pula apa cerita?? Tapi ada yang kata sebab penggunaan bahasanya teruk. Sebab guna direct translation via Google Translate. Betulkah??
TT : Ada menonton drama di Astro bertajuk Dendam 5 Beradik
(8) Tragedi. Perkembangan pasangan suami isteri ditahan di Sweden. Ibu 4 adik-beradik
itu dipenjarakan 14 bulan, manakala bapanya pula selama 12 bulan akan
meringkuk dalam penjara.Isu kematian anak muda di pesta muzik, Future Music Festival Asia 2014 #fmfa2014. Rosak...rosak... bala... bala...
TT : Zombi Kilang Biskut ada watak encik bala...bala... sibuk nak berpoligami
(9) Tahniah kepada filem 12 Years A Slave yang menang Oscar. Gravity juga banyak bolot anugerah teknikal. Yang pasti, selfie Elen sangat trending. Bila agaknya FFM akan mencapai piawaian standard antarabangsa?? Dah berapa kali tangguh penganjurannya...
TT : Tahniah Soul-Sarah (Shamsul Yusof dan Puteri Sarah), selamat diijabkabulkan walaupun Soul sedang sakit denggi. Hikmahnya, Sarah boleh temankan Soul di hospital tanpa rasa ragu-ragu. Sweetnya~
(10) Jambatan kedua Pulau Pinang sudah dirasmikan dengan nama Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (YDPA juga Sultan Kedah). Dengan itu, jambatan sepanjang 24 km itu juga secara rasminya menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia! Info lanjut baca di sini.
TT : Tak faham ada orang berbangga menjadi orang pertama bayar tol di situ. Sama macam kes orang berlumba-lumba nak komen 1st... first... eh motif?? #kbai
No comments:
Post a Comment