Hebahan

Tuesday, October 22, 2013

Petrosains Science Festival 2013 / Festival Sains Petrosains 2013


Apakah Petrosains Science Festival 2013 / Festival Sains Petrosains 2013?

Sebelum ini.. penggiat ataupun aktivis pusat sains/ muzium sains di seluruh dunia telahpun menganjurkan festival/fiesta yang bertemakan sains & teknologi. Antaranya melibatkan pusat sains terkemuka di Manchester, New York, Abu Dhabi termasuklah negara jiran Singapura. 

Kata kuncinya inspirasi. Dan disebabkan mereka menjadi sumber inspirasi buat Petrosains menganjurkan festival sains buat julung kalinya semakin membara, maka tercetuslah idea untuk menganjurkan Festival Sains Petrosains 2013 (Petrosains Science Festival 2013) dengan temanya "Bringing Science Alive" ataupun Menghidupkan Dunia Sains.



Rasanya masih belum terlambat buat Malaysia turut terlibat menganjurkan festival ilmu sebegini memandangkan rakyat Malaysia sememangnya dahagakan ilmu dan hiburan. Secara kebetulan, pakej festival ini dijelmakan dengan niat menyahut seruan kerajaan (Kementerian Pendidikan) yang telahpun melaungkan kempen 60:40, nisbah bagi aliran sains dan sastera.

Siapakah yang harus menyertai / melawat Petrosains?

Anda! Terutama sekali anda yang tinggal di Lembah Klang. Ada yang dah seumur hidup tinggal di KL. Selalu datang ronda-ronda KLCC tapi tak pernah menjenguk & melawat Petrosains. Inilah detik dan masanya.. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bawa ahli keluarga, sanak saudara, berjalan-jalan sambil menambah ilmu. Bukankah ilmu itu dituntut daripada buaian ke liang lahad?


Bilakah Petrosains Science Festival 2013 / Festival Sains Petrosains 2013 akan berlangsung dan selama mana ia akan beroperasi?

Bermula 22 Oktober sehingga 27 Oktober 2013 (sepanjang minggu ini) bermula daripada hari Selasa hingga Ahad. Daripada hari Selasa sehinga hari Khamis, waktu operasinya bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Manakala bermula hari Jumaat hingga Ahad (25-27 Oktober 2013) waktu operasi dilanjutkan sehingga jam 9 malam.

Di manakah akan berlangsungnya festival ini?

Lokasi utama di KLCC melibatkan Petrosains dan Galleria  yang berada di aras 4 dan bertiket. Galleria ini betul-betul bersebelahan Petrosains. Dan ini merupakan laluan masuk ke Galleria bersama pelan lokasi aktiviti yang berlangsung di Galleria.


 

Seterusnya aras C, iaitu Centre Court dan juga Esplanade (depan air pancut tepi tasik KLCC yang hening itu) yang tidak bertiket. Namun, bagi memudahkan pengunjung mendapatkan tiket dengan segera, kaunter tiket untuk masuk ke Petrosains dan Galleria akan dibuka di aras C.

Di situ anda boleh mencuba permainan Batak Pro dan juga Mind-Ball yang benar-benar menguji kecekapan dan kecekalan anda umpama pelumba kereta Formula 1. Selain itu, ada booth yang akan diaplikasi oleh TM mengenai lifestyle berasaskan teknologi. 

Di pentas utama, Petrosains akan mempersembahkan Science Show di mana kami menawarkan 3 jenis Science Show yang sangat happening dan interaktif iaitu The Stand-Up Science Show, The Dry Ice Show dan satu science show yang istimewa turut ditawarkan iaitu persembahan signatur mana-mana pusat sains di serata dunia.

Persembahan yang dimaksudkan adalah Liquid Nitrogen Show di mana pertunjukan ini merupakan upacara wajib di mana-mana lokasi pusat sains. Jika mahu melihat penulis beraksi di Suria KLCC menjayakan segmen Liquid Nitrogen Show jangan lupa temu janji kita pada hari Jumaat ini, 25 Oktober 2013 jam 8 malam. Penulis menjanjikan satu pengalaman baru buat anda. 

Sudah namanya pun festival, maka tidak sah jika tiada persembahan nyanyian yang dijadikan acara selingan. Antara artis yang akan menghiburkan pengunjung ialah Najwa Latif, Yasin Sulaiman, kumpulan IAmNeeta di samping deejay Red.FM yang mungkin akan melangsungkan siaran luar mereka. Dan yang paling penting, masuk adalah percuma.

Selain di KLCC, di Kompleks Kraf Jalan Conlay pula akan berlangsung Pertandingan Akhir Pertunjukan Sains 2013 (Science Show Competition 2013) di mana acara ini akan bermula pada tarikh 23 dan 24 Oktober 2013.

Pertandingan ini melibatkan 2 kategori; kategori sekolah dan kategori terbuka. Kategori sekolah melibatkan 8 buah sekolah yang mewakili setiap zon. Manakala kategori terbuka melibatkan orang awam tak kira siapa samada pensyarah, pendidik, saintis, pencipta hatta pencuci lantai sekalipun.

Menariknya ia akan diadili oleh Dr. Graham Walker selaku ketua juri, sebaris dengan Mejar Dr. Faiz Khaleed, Nurul Syuhada Nurul Ain, 2 orang pakar (saintis) dan 2 orang wakil dari Petrosains. Difahamkan Dahlia Daphne Iking akan mengacarakan kategori terbuka pada hari Khamis, 24 Oktober 2013.

Jom kita tengok persembahan juara tahun 2012 dari Sabah, SMK St. Mary.



Selain itu, apakah daya tarikan utama ke Petrosains Science Festival 2013 / Festival Sains Petrosains 2013?  

Seperti diterangkan melalui perenggan sebelumnya, festival yang bakal berlangsung ini melibatkan Petrosains, Galleria, Centre Court dan Esplanade.


Antara daya tarikan di Esplanade ialah tarian Zumba yang akan dikepalai Kevin Zahri bersama pasukannya. Anda juga berpeluang mengenali finalis Mencari Ramli (ala yang verangan jadi pemain MU tuh..hehe) yang dibawakan oleh TM. Juga ada kumpulan YAWA - pemuzik guna barang terbuang (pernah iringi persembahan DCT).

Di Centre Court Suria, aras C ada selingan persembahan nyanyian (ada nyanyian kah? Brulah namanya karnival eh festival) melibatkan penyanyi Yasin Sulaiman (26/10), Najwa Latif (27/10) dan juga band yang meningkat naik, sesumbung dengan pengurusan Najwa Latif iaitu band IAmNeeta.


Di Galleria (sekali masuk RM 3) ada lebih 65 ceramah dan forum melibatkan IPTA/S dan juga agensi kerajaan. Antara panel jemputan yang dipertaruhkan melibatkan Dr. Harlina Halizah Siraj pada 22 Oktober (alaa.. yang bagi komen isu Che'Ta kata seksi itu hak saya..) dengan tajuk ceramah "Why I wanna be a doctor?"

Selebriti Masterchef yang pertama, Datuk Fazley Yaakub juga akan bercakap mengenai topik Edible Science. Bagi mereka yang minat seni lukis, mewarna.. boleh menyertai ala ala bengkel Mencanting Batik oleh Yusof Gajah, pelukis terkenal.


Angkasawan negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed juga akan turut bercerita pengalamannya megenai tajuk graviti, diinspirasikan oleh filem Graviti (lakonan Sandra Bullock, George Clooney) pastinya satu lagi tajuk menarik yang akan dikupas.


Kita juga ada banyak booth yang akan diisi oleh syarikat gergasi dan terkenal seperti Petronas Motorsports, Petronas Street Smart, Google, The Star, TM, Yakult, Legoland, IPTA/S yang menampilkan pakar-pakar dalam bidang masing-masing dan macam-macam lagi.

 

Dan akhir sekali, pertunjukan sains oleh Dr. Graham Walker dari Canberra, Australia. Beliau ada PhD dalam science show. Hebat kan? Dan penulis sangat bertuah kerana pernah berkongsi pentas dengan Dr. Graham Walker membuat science show sempena ASPAC 2013 di Korea bulan Mei lalu.


Jom kita lihat antara sedutan persembahan science show Dr. Graham Walker di Petrosains;



Jadi jangan lupa saksikan science show Dr. GW pada 27 Oktober nanti jam 2:30 petang di Centre Court Suria KLCC!

Kenapa anda harus menyertai / melawat Petrosains?

Cuba bayangkan.. dalam sebuah gedung membeli belah yang mewah, ada pusat sains yang bertemakan minyak dan gas. Mana kita nak jumpa pelantar minyak di dalam sebuah bangunan bukan? Jika anda mahu mengalaminya, maka anda harus melawat Petrosains. Di samping bertemakan industri minyak dan gas, Petrosains juga ada sambutan bertema yang disambut selama 3 bulan, 4 kali setahun. Anda boleh belajar subjek Sains dan Matematik dengan santai dan pasti menghiburkan.

Menerusi bahan pameran, pertunjukan Science Show, bengkel aktiviti hands-on, kawasan hot spot yang menyajikan mini show interaktif, basking sains yang dikendalikan oleh tenaga mahir yang ramah mesra dan professional.

Jadi, apakah kelainan Petrosains Science Festival 2013 / Festival Sains Petrosains 2013?

Seperti yang telah sedia maklum, festival sains ini merupakan pakej ilmu dan hiburan. Anda yang menyertainya pasti terhibur apabila belajar sesuatu yang baru. Program yang ditawarkan oleh Petrosains itu sendiri yang membuatnya istimewa.

Tambahan pula sempena festival kali ini, ia merupakan rangkuman ataupun kompilasi tema yang terbaik sepanjang tahun. Petrosains telah menyambut tema Our Earth Our Home, Magical Maths, Science Matters, Get,Set.. Go, Innovation for life, Of Magic & Chemistry yang telah memukau ribuan pengunjung sepanjang tahun lalu.

Dan kali ini... 3 mini show yang terbaik disajikan di setiapa kawasan hot spot. Busker juga akan lebih aktif berkeliaran menguji minda pengunjung menerusi permainan minda di setiap genap penjuru Petrosains yang berkeluasan lebih 7000 kaki persegi.

Lebih menarik, science show yang akan dipersembahkan oleh science communicator melibatkan 5 jenis science show yang paling interaktif dan mendapat sambutan hangat iaitu Bubble Show, Balloon Show, Paper Lama Show, Cool Chemistry Show serta persembahan paling klasik, Pressure Show yang boleh disaksikan di Stesen Sains 1 secara percuma.

Satu lagi persembahan epik, iaitu membuat ais krim (workshop ice cream in a bag) akan berlangsung di Galleria. Mahu tahu caranya bagaimana, sila baca dengan lebih lanjut di sini. Penulis memberi jaminan, wang yang dilaburkan pastinya berbaloi-baloi berbanding ilmu yang akan diperoleh nanti. Anda akan berpuas hati nanti.

Seterusnya, ada program yang diwujudkan semata-mata menarik perhatian pengunjung sempena festival ini. Program istimewa yang dijangka menjadi daya tarikan baru di dalam Petrosains adalah :

a) Science Theatre :A Day on Oil Platform

b) Demonstrasi Pembedahan Mata Lembu

c) Ruang Si Manja : A story-telling

(a) Science Theatre :A Day on Oil Platform


Pertama sekali, jangan letakkan harapan yang tinggi kerana ini bukanlah pementasan teater oleh golongan professional, sebaliknya ini merupakan main-peranan ataupun role-play melibatkan watak-watak yang penting di sesebuah pelantar minyak.

Kami cuma berpakaian seperti mereka yang benar-benar berpengalaman di pelantar minyak. Bermakna, kami juga perlu menjiwai karaktor dan watak yang diberikan. Kami juga perlu bersedia secara fizikal dan mental kerana lakonan kami berbentuk interaktif. Kami boleh diajukan soalan di lokasi dan kami harus bijak menangani dan bermain dengan soalan yang diaju secara terus. 
Main-peranan ini akan memakan masa lebih kurang 20 minit dan selanjutnya diteruskan menerusi aktiviti mini-show yang diinspirasikan oleh industri minyak dan gas secara analoginya. Tidak dilupakan, kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba pakaian pekerja pelantar minyak dan anda boleh bergambar kenangan bersama kami.
Main-peranan Pelantar Minyak ini akan berlangsung setiap hari jam 1 petang (kecuali hari Jumaat) bermula dari 22 Oktober sehingga 27 Oktober. Dan lokasi main peranan ini sudah pasti di Pelantar Minyak Petrosains. Jadi, sesiapa yang mahu merasai pengalaman berada di pelantar minyak, sesiapa yang punya impian bekerja offshore tetapi belum menjadi kenyataan maka inilah peluangnya.
(b) Pembedahan Mata Lembu 

Kenapa mata lembu dijadikan bahan kajian?
Mata lembu dan mata manusia mempunyai persamaan samada daripada sudut fungsi mahupun anatominya. Memandangkan kita tidak mahu bereksperimen dengan mata manusia yang sebenar (ataupun mengorbankan mata sesiapa), maka mata lembu merupakan alternatif yang terbaik.


Anatomi mata manusia
Ayuh kita bandingkan dengan mata lembu yang telah kami lakukan

Apa yang akan dipelajari sepanjang demonstrasi ini?
Kita akan belajar anatomi mata dengan lebih mendalam kerana kita akan membedah mata lembu dan mencari komponen berikut; 1. Kornea 2. Retina 3. Iris 4. Lensa 5. Saraf Optik 6. Tapetum Lucidem
Bagaimana demonstrasi ini akan berlangsung?
Jangan risau, anda takkan dipaksa menonton secara dekat apatah lagi memaksa anda memegang radas dan peralatan. Tetapi kami amat berbesar hati sekiranya ada yang berani mencuba kerana kami mengaplikasi pembelajaran secara hands-on. Apa yang paling kami titik beratkan adalah keselamatan terutama ketika menggunakan forsep yang amat tajam. Demonstrasi ini akan berlangsung kira-kira 40 minit.
(c) Children's Corner : A story-telling

Apa yang membezakan aktiviti bercerita di dalam Petrosains dan di luar ialah 3 elemen. Pertama, aktiviti ini melibatkan hands-on yakni sepanjang mendengar cerita, anak-anak tidak akan duduk diam seolah-olah khusyuk mendengar cerita, sebaliknya mereka akan melakukan aktiviti seperti pergerakan tangan, ekspresi wajah atau memek muka, goyang badan hatta menari sekalipun.


Kedua, tukang cerita atau story-teller yang ada sememangnya terlatih dan menghiburkan. Secara professional mereka akan bersikap fatherly ataupun motherly namun mereka tegas memberikan arahan supaya anak-anak mendengar kata, dan memahami jalan cerita.

Akhir sekali, anda pernah dengar Higher Order Thinking Skills (HOTS)?? Ya! Kami akan mengaplikasi HOTS menerusi soalan-soalan yang akan membina anak-anak supaya lebih kreatif, inovatif secara positif.

Dan ada juga ruang aktiviti untuk si manja yang dikendalikan oleh mereka yang terlatih secara professional.



Berapakah harga tiket/pas bagi pengunjung?

Bayaran hanya dikenakan bagi mereka yang mengunjungi Petrosains di aras 4 sahaja. Harga tiket dan tempahan boleh dirujuk di laman www.petrosains.com.my. Bersebelahan Petrosains ada ruang Galleria di mana berlangsungnya pameran tambahan, ceramah ataupun forum oleh pakar-pakar atau selebriti Sains juga akan turut diadakan bengkel yang melibatkan aktiviti hands-on di mana kesemuanya hadir dengan satu pakej harga iaitu RM 3 SAHAJA untuk kesemua aktiviti yang ditawarkan. Tiket juga boleh dibeli di aras C.


Adakah benar-benar berbaloi melawat Petrosains Science Festival 2013 / Festival Sains Petrosains 2013?

Jom! Kita buat perbandingan harga tiket di taman tema/tempat libur/pusat hiburan lain di sekitar Lembah Klang.

Aquaria

Adult                 RM 38
Children (3-12) RM 28
Senior Citizen   RM 28
Entry is absolutely FREE for infants

* Harga utk pemilik MyKad sahaja 

Zoo Negara

Adult                RM 30
Children           RM 6
Senior Citizen  RM 10

* Harga utk pemilik MyKad sahaja  

Kidzania

Ages: 2 - 3 (Toddler)                        RM 35.00
Ages: 4 - 17 Kid (Malaysian)            RM 60.00
Ages: 4 - 17 Kid (International)         RM 75.00
Ages: 18 - 59 Adult (Malaysian)        RM 35.00
Ages: 18 - 59 Adult (International)     RM 50.00
Ages: 60 + Senior                              RM 30.00

Sunway Lagoon

Adult        RM 90
Children   RM 65

* Harga utk pemilik MyKad sahaja

Jadi bagaimana? Tepuk dada... tanya selera~
Untuk maklumat lanjut.. sila layari www.sciencefestival.my

No comments:

Post a Comment