Hebahan

Thursday, February 28, 2013

MISI TERAKHIR...MISI BERAKHIR??

Ya! Ini merupakan satu pengumuman yang ditunggu-tunggu 

Ini merupakan tahun terakhir aku bergelar blogger picisan.

Betul! Hanya tinggal 1 tahun saja lagi.. setelah 4 tahun menulis.

Mungkin tiba masanya aku menoktahkan perjalanan memandangkan misi dan visi sudah dipenuhi. Janji aku..tahun terakhir ini..akan dipenuhi dengan pengisian yang lebih bererti. Kurangkan kontroversi, tiada lagi ulasan-ulasan post morterm pasca anugerah bak saga merah.

Mengapakah?

Mungkin faktor usia yang nak masuk angka 3 siri..dan status seorang bapa. Ataupun mungkin aku dah mula bosan. Bosan? Mungkin aku mahukan kelainan. Aku mahu kandungan yang lebih bercorak ilmiah agaknya. Kandungan yang lebih matang. Lebih berjiwa besar dan berubah kelompok sasar.

Jadi..layankan saja..tahun-tahun terakhir bergelar blogger ni...

Buat pembaca setia..jangan risau. Sebab aku akan terus berkarya tetapi mungkin melalui medium yang berbeza.

Suatu hari nanti..jika masih bernafas lagi..bertemu kita di lain lembaran.

MISISITUKANGTULIS

No comments:

Post a Comment