Artikel ataupun berita ini memaparkan 12 produk/hasil yang sangat ops! atau kurang meyakinkan dan jika kita menggunakan bahasa yang lebih mudah, ianya amat "kureng" mencapai tahap "hazabedah" kerana publisiti yang diterima amat meluas..namun hasilnya indah khabar dari rupa. Jauh panggang daripada api!
Kalau Propaganza ada segmen Ops~ berkaitan fesyen. Kali ini kita tengok "apakah" yang kurang bernasib baik disenaraikan oleh TT gara-gara... (masuk berita bukan main lagi..tapi hasilnya..yang ado!) :
1. Lagu Janji Ditepati
Inilah namanya kegagalan paling epik! Epic failed~ Dengan liriknya entah apa-apa hasil cetusan seorang yang bertaraf Menteri. Jumlah klik dislike lebih banyak berbanding yang like. Agak-agak lah nak mengampu sekalipun...
Tak percaya? Klik link ini.
2. Logo Merdeka 55 Tahun
Tak cukup dengan lagu...kerana sempena kemerdekaan Malaysia ke-55, pak menteri itu juga tak mahu kalah reka logo. Logo yang anak-anak tadika pun boleh buat. Macam logo di bawah ini.
Dan kita lihat apa PR mahukan..
3. Kamera AES
Kata rakyat didahulukan.. Tapi hakikatnya membebankan. Terlebih laju sedikit saja terus didenda RM 300! Ada yang kata.. kalau tak buat salah laku di jalan raya..buat apa nak takut. Kan? Betul! Jawab balik.. Laksanakan Hudud..kalau tak mencuri..berzina..minum arak.. buat apa nak takut!
Belum lagi masuk bab rebat telefon pintar yang ada had harga tidak melebihi RM 500. Ehmmm.. ini antara produk yang membebankan. Dan ini antara contoh produk yang memalukan (membanggakan bagi mereka). Semua nak 1Malaysia. Roti 1M, Tayar 1M, maka seluar dalam pun sama~
4. FAM & Rajagopal
Saya kenal pemain saya.
Ranking tidak penting.
Satu perkataan saja. KLISE!
Eksperimen anda gagal!
Seri dengan Hong Kong, Bangladesh.. Kemuncaknya gagal pertahankan Piala Suzuki AFF.
Sila bentuk/rombak skuad baru dengan taktikal yang berbeza.
Kalaulah TMJ pegang FAM, dah boleh beli pemain bintang lain jadikan warganegara Malaysia. Dengan kemelut penggantungan TSAM lagi.. Teruk!
5. On Air
Siapa kenal pemenang On Air?? On Air?? Apakah?? Alaa.. yang pada awal kemuculannya dipukul canang sekuat boleh mahu mencari pengganti Aznil dll. Lepas tu bukan main lagi drama mengalahkan Apprentice katanya.. Alih-alih.. sendu~ Episod akhir pun dibuat tergesa-gesa, dan tiada ulangan!
Kesian mereka yang benar-benar berbakat dan ikhlas mahu menjadi personaliti TV. Mengapakah?? TEET! Ada kata siap ada krisis dengan kerabat di-raja negara jiran. Jadi, soalannya..siapakah pemenang On Air? Hafizul Kamal! Tak kenal juga?? Alaa.. yang masuk Fear Factor Selebriti Malaysia, pasangan dengan Hefny (pemenang no. 2) Tak kenal juga? Tak dapek den nak nulong.. Moga gambar ini membantu.
6. Hot.FM & Usop Wilcha
ERA radio nombor 1 Malaysia, diikuti Sinar.FM. Nombor 3 milik THR-Gegar, Permata Pantai Timur!
Aik! Mana Hot.FM??
Terduduk-duduk~
Nombor 4! Sikit lagi Suria.FM nak pintas. Sebab apa?
Lagu yang bosan? DJ bosan? Atau nak salahkan Usop Wilcha..? (yang tak sambung kontrak)
Kenapa orang tak dengar Hot.FM? Walaupun tiada lagi tagline "Lebih Hangat Daripada Biasa".. kini tagline baru "Muzik Paling Hangat!". Walaupun ada Hot.FM Klate & Tganu.
7. Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) dan Anugerah Planet Muzik 2012 (APM 2012)
Walaupun.. ASK 2012 mencatat tontonan yang tinggi (rating berjuta) di samping menjadi trending
di Twitter, hakikatnya lebih banyak kutukan daripada pujian.
Meleret...membosankan.. dan sangat syok sendiri berada di alam khayalan.
Pasangan pengacara Awal dan Neelofa (terutama sekali) gagal menonjolkan
diri sebagai pengacara majlis yang bagus. Tenggelam~
Manakala
APM 2012 pula satu lagi Anugerah Paling Mengarut di mana kemenangan
pemenang-pemenangnya dipertikaikan, contohnya kemenangan Hady Mirza dan
Taufik Batisah yang meraih gelaran popular kategori serantau (melibatkan
undian dari Malaysia, Singapura dn Indonesia atau mungkin undian mereka berdua sangat Tasha Sila kan duduk)
8.
Adakah Aznil sekali lagi menjadi puncanya?? Kemenangan Hafiz
melalui rancangan ini tak membawanya ke mana-mana. Malah, populariti
Hafiz banyak dibantu & dipengaruhi oleh kemenangan Hafiz melalui
AJL, ABP dan fenomena Adam & Hawa menerusi lagu berhantu ciptaan
Manusia Putih, Muara Hati. Maniam sangat! Lagipun tak mampu lawan Versus yang lebih menarik!
9. Jiwa Taiko
Minta maaf Osman Ali, walaupun TT penyokong karya Osman Ali, jiwa taiko
terlalu eksperimental dan terasing di bumi sendiri. Hakikatnya, selepas
berjaya menerusi kutipan pecah panggung filem Ombak Rindu, ramai
mengharap filem ini akan berjaya, namun sebaliknya yang berlaku biarpun
membariskan pelakon gred A seperti Remy Ishak, Fizz Fairuz, Diana
Daniel, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Beto Kusyairy dan ramai lagi.
10. Bicara Hati
Siapa baca novel ni mesti kecewa. Jalan cerita jauh berbeza. Sudahlah dipanjangkan episodnya. Meleret-leret. Siap ada isu dalaman lagi antara krew penerbitan. Akhirnya.. rating jatuh. Tambahan pula bersing dengan drama Vanilla Coklat!
11. Ngorat
Isunya.. filem ni menampilkan Aaron Aziz & Erra Fazira. Tapi tetap tak laku. Adakah faktor arahan Prof. Madya Razak Mohaideen? Ataupun Aaron pakai sapu saja job?? Masakan boleh terlibat dengan filem seperti Datin Ghairah dan 2 Alam??
12. Max 24:7
K-Pop wannabe.. walaupun menggunakan alasan klise mereka bergenre M-Pop. Hazab lah. Choy~
Nak tepek tak gambarnya?
No comments:
Post a Comment