Lepas umur 6 bulan.. Maya dah boleh makan macam-macam. Campur-campur. Selalunya makanan yang tak terlalu keras. Sebab tu kena blend atau kisar. Takut nanti susah nak berak sebab najis lebih keras. Jadi kami stand-by dengan gripe water atau jus oren.
Cuma satu..ada makanan yang Maya elergi. Telur salah satu daripadanya. Satu lagi jagung. Emm..anak Walid ni kadang-kadang susah nak makan. Kena pujuk.. baru boleh makan. Ada suatu hari, Maya dehydrate. Banyak hilang air dalam badan sebab muntah-muntah & cirit birit. 3 hari masuk wad di KPJ Kajang. Lepas keluar hospital memang Maya kurang berselera. Alhamdulillah.. lepas tu makin tembam pipinya. Kakak dah makin sihat. Makin petah & cakap banyak sekarang...
Inilah dia topik biasa berkisarkan keibubapaan. Bagaimana mahu pastikan anak kita makan dengan berselera? Ada teknik yang khusus atau istimewa tak? Sebab anak-anak ni memang perangai masing-masing unik dan kita kena layan kehendak mereka tanpa rasa jelik. Ingat.. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi bukan? Bapa borek anak rintik. Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Kalau gurupun kencing berlari.. mungkin murid kencing sambil menari gamaknya. Renung-renungkan~
Published with Blogger-droid v2.0.6
No comments:
Post a Comment