Hebahan

Saturday, June 2, 2012

CDC Mei 2012

Bulan Mei paling banyak isu, sensasi dan kontroversi setakat ini. Sepanjang 2012.. Mei merupakan bulan paling mencabar bagi TT untuk menyiapkan Carta Darjah Celcius (CDC). Jom kita recap apa yang panas, hangat dan menyengat sepanjang Mei 2012.

1. Klimaks Penghujung Musim Bola Sepak

Ya! Ini merupakan antara penghujung musim bola sepak yang menarik. Banyak kejutan di luar jangkaan. Antaranya ialah kemenangan Manchester City yang berjaya menamatkan penantian 41 tahun setelah sah bergelar juara BPL musim 2011/12.


Seterusnya kejayaan berganda The Blues, Chelsea di bawah kendalian Roberto di Matteo yang membawa piala FA dan Piala Champions League buat pertama kalinya. Ternyata kunci kejayaan The Blues terletak di bawah "penyatuan  hati" di samping kecemerlangan Peter Cech dan Didier Drogba yang beraksi di kelas tersendiri.


Manakala kejayaan lain pula melibatkan juara Liga Europa, Atletico Madrid yang membenam Athletic Bilbao 3-0 di samping Kelantan berjaya merangkul Piala FA buat kali pertama setelah 3 kali mencuba. Tahniah diucapkan kepada yang berkenaan. Dan sama-sama kita tunggu Euro 2012 pulak.


TT: Peter Butler, bekas jurulatih Kelantan akan berkhidmat di Terengganu. Dah macam gossip ataupun konflik manager BPL yang keluar-masuk. Alih-alih Brendan Rodgers dari Swansea akan menjadi pengurus baru Liverpool. Dan Cardiff City tak jadi bertukar menjadi Red Dragon.

2. Sukan selain bola sepak

Selalu kita beratkan sukan bola sepak. Kononnya ukan nombor 1 di Malaysia. Lawan Filipina pun boleh seri 0-0. Perlawanan persahabtan kelas A katanya...sedangkan lebih banyak sukan lain yang menyerlah dan tidak kurang hebatnya. Contohnya kejayaan skuad hoki remaja bawah 21 tahun yang menjuarai remaja Asia.


Ketika pasukan senior kecundang dalam misi Olimpik, skuad hoki remaja bawah 21 tahun negara memberikan sinar baru yang dinantikan. Mereka membenam Pakistan 2-1 dalam perlawanan akhir kejohanan remaja Asia kali ke-7 di Stadium MBM Bukit Serindit, Melaka Bandaraya Bersejarah dan sebelumnya mengatasi India dan Korea Selatan sebelum ke pentas final.
Hoki masih dianggap sebagai bertaraf rekreasi di kebanyakan negara termasuk Britain, Belgium, Peranchis, Sepanyol dan Switzerland. Di Malaysia sendiri, penonton masuk ke stadium hoki secara percuma. Kapasiti muatan stadium hoki pula hanya antara 5,000 hingga 10,000 orang penonton. Malah, hoki ais lebih popular kerana disertai kebanyakan negara maju.


Dan baru-baru ini.. pasukan hoki negara yang beraksi dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah juga bertambah bagus. Walaupun Pakistan mendahului 2-0 namun pasukan negara menang 3-2
Sementara itu, prospek emas Olimpik Malaysia yang pertama semakin bernyala obor harapannya setelah Pandalela memenangi pingat emas Grand Prix Terjun Fina di Montreal, Kanada.
TT: Terlepas lagi Piala Thomas.. dan bertambah hampa 1000 kali sayang. Datuk LCW cedera pulak. Harap segera pulih untuk Olimpik

3. Era kini nombor 1


Merampas kedudukan Sinar. FM yang berada di nombor 2. Mengejutkan.. THR berjaya memintas Hot. FM di tangga ketiga. Hot.fm terduduk-duduk terjelopok dapat nombor 4. Suria.FM masih nombor 5. Mungkin jasa baik "Johara" gabungan Johan, Hanif dan Ray yang mengembalikan sokongan pendengar terhadap radio Era. Ternyata pengunduran Aznil dalam slot pagi Era membawa tuah!
TT: Ogy dan Sarimah jadi pengacara jemputan Melodi yang kini milik Awal dan Zizan. Akak Ogy ternyata diva.. sebab kendalikan Melodi seorang diri dengan jaya dan auranya masih ada.

4. Pasca Himpunan Bersih 3.0

Banyak pihak dicari dan ditahan oleh pihak polis bagi memberikan kerjasama berhubung kejadian Bersih 3.0. Tidak terkecuali pemimpin-pemimpin pebangkang termasuklah penahanan Khalid Ismath budak undang-undang UiTM bagi membantu siasatan.


Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletak jawatan dan keluar DAP sebab tak bersetuju banyak isu termasuklah isu Himpunan Bersih !


Kemuncaknya, ada "tarian punggung" atau "tarian lembu" depan rumah Ambiga.. Tetapi yang peliknya.. Sasterawan Negara, A. Samad Said penganjur bersama Bersih 3.0 tak disentuh apa-apa pun oleh pihak mereka. Rasis sungguh !
TT: Banyak artis yang menyokong pembangkang lewat kebelakangan ini. Salah ke? Kalau Boboi (tua & boyot) join Umno tak jadi hal pulak. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Bukit Aman pun masuk PAS.


5.Himpunan-himpunan lain

Karnival Belia 2 juta UAI diganti K-Pop bagai yang menelan belanja jutaan ringgit ya. Tak perlu gambar yang menyeksi menyeksa itu~



Maklumat lebih lanjut? Klik sini.

Himpunan UMNO di PWTC versus Himpunan Hijau ke Putrajaya. Ternyata Hijau lebih tenteram & aman...




VERSUS





Macam mana kisah skandal Zahida-Shafei? Sampai terheret sama nama penyanyi 80-an, Dayangku Intan.
TT: Pacar penyanyi Indonesia, Syahrini.. Raja Mohamad Syazni a.k.a Bubu dikatakan kerabat raja. Dan isu plat WWW1 yang dibida kerabat juga menjadi perdebatan hangat.Raja berdaulat..

6. Irshad Manji

Penulis Kanada, Irshad Manji aktivis ataupun penggiat yang menggalakkan/menyokong LGBT katanya,



Mahu datang ke KL melancarkan buku Allah, Kebebasan dan Cinta. Dia ni nama je Islam tapi mencetuskan kontroversi yang memalukan agama sendiri seperti Salman Rushdie.

TT: Maka, Michelle Yeoh kini bergelar Datuk Seri sudah~


7. Tahniah!

Tahniah Nazmi Faiz yang telah menandatangani kontrak bersama kelab Beira-Mar an akan beraksi di Liga 1 Portugal.



Pemenang American Idol 11, Philip Philips


Pemenang Maniam eh Mania! Hafiiiiz~



Tunggu... ada lagi! Tahniah Zizan selaku juara Superspontan dan kumpulan Hujan yang menuuarai Versus. Ternyata Versus lebih memberi impak dari sudut persembahan dan fenomena berbanding Maniam eh, Mania yang lebih sendu.  Akan menyusul.. juara Mentor 6.Maka... pencarian On Air pun bermula.. Anas Farhan siap tarik diri. Drama sangat~





TT : Tahniah Zed Zaidi Presiden Seniman yang baru dan takziah kepada keluarga arwah Bob Kuman serta tak perlulah bertekak ketika kubur arwah masih merah.

8. Politik semasa

Sekali lagi retorik muzakarah PAS-UMNO dipukul canang bagai.. tapi ini isu lapuk. Yang lebih menarik mengenai landskap politik negara apabila ada perdebatan di mana watak utamanya adalah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Debat KJ melibatkan diri beliau dan 2 orang tokoh iaitu Ambiga dan juga Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli. Ada yng boleh ditonton melalui saluran Youtube mahupun Astro secara langsung. Bila agaknya perdebatan Najib-Anwar akan menjadi kenyataan??



Setelah DSAI diserang hebat, kini giliran Azmin Ali pula diserang sehingga tahap bondanya juga terheret sama. Kancah kontroversi yang memalukan keluarga betul... lebih-lebih lagi ada video skandal seks dan macam-macam lagi tuduhan. Kes 17 tahun lepas pun nak korek balik.


TT : Rendang Mak Tom Azwan Ali dalam Masterchef Selebriti Malaysia nampak menyelerakan..

9. Nazaruddin Saidin bebas


Alhamdulillah.. Nazaruddin Saidin yang diculik pengganas/pemberontak di Selatan Filipina akhirnya berjaya melepaskan diri. Setelah mencuri peluang untuk menyelinap keluar dan hasil bantuan penduduk setempat serta Putera 1Malaysia, Nazaruddin kembali ke tanahair dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

TT: Nayati Moodliar akhirnya selamat~

10. Airbus A380



Pesawat baru milik Malaysian Airline System (MAS), Airbus A380 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pukul 3.30 petang pada 30 Mei seperti yang dijadualkan. Airbus A380 menawarkan ciri-ciri istimewa termasuk mampu menampung seramai 494 penumpang tiga kelas tempat duduk dan berupaya terbang sejauh 8,380 batu nautika atau bersamaan 15,300 kilometer.

Kemudahan di dalamnya meliputi lapan tempat duduk kelas pertama, 350 tempat duduk kelas ekonomi di bahagian dek utama, 66 tempat duduk kelas bisnes dan 70 tempat duduk kelas ekonomi di bahagian dek atas. Pesawat tersebut akan beroperasi sebanyak dua kali seminggu untuk penerbangan komersial dari Kuala Lumpur-London-Kuala Lumpur berkuat kuasa 1 Julai depan
Dalam waktu yang sama Khazanah Nasional Berhad telah membatalkan pertukaran saham antara MAS dan Air Asia.
TT: Gara-gara Perancis kini diperintah pembangkang, Sarkozy kalah.. kini skandal kapal selam Scorpene akan jadi isu hangat.

No comments:

Post a Comment