Hebahan

Wednesday, June 1, 2011

CDC Mei 2011

Ini dia, Carta Darjah Celcius(CDC) Mei 2011. Walaupun Tukang Tulis kekalutan, kegembiraan, keterujaan dan pelbagai perasaan lagi melanda ketika menyambut kehadiran orang baru, namun rutin saban bulan ini tetap jalan. Lambat sikit saja :P

Bulan Mei nampaknya menyaksikan kelahiran "juara-juara" baru, "johan" yang beraja di mata, bertakhta di hati mengikut arena mereka. Ayuh kita rangkumkan berita paling panas, hangat, suam-suam dan ala-ala sejuk menurut turutan. Tetapi menurut kaca mata Tukang Tulis, ada juara baru di hati.. seorang puteri :)

1) Kematian Osama


Soalannya.. benarkah beliau mati? Atau 'watak'nya dimatikan?? Dengan gambarnya yang meragukan.. Kan? Tapi. kalau betul-betul Osama yang dicop teroris itu mati, memang tak patut cara mayatnya dikendalikan iaitu dicampak ke dalam laut!

2) Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

Gambar kenangan sebelum tragedi

Telah mengorbankan 16 nyawaa dari Rumah Anak Yatim Al-takwa, manakala 9 orang tercedera. Walaupun tragedi berdarah ini terpalit pula dengan beberapa isu seperti tapak kediaman tiada CF, ada antara anak-anak yatim itu mempunyai 'ibu bapa' dan sebagainya, kita patut ketepikan isu remeh itu, sebaliknya mengangkat misi kemanusiaan.

Tukang Tulis - Misi keamanan ke Gaza bermula kembali. Dan buat kesekian kalinya, kapal kapal MV Spirit of Rachel Corrie diserang tentera Israel. Tiada kecederaan dilaporkan .

3) JUARA-JUARA

Kita ada banyak JUARA bulan Mei ini. Hari Guru.. Hari Ibu.. Hari Jururawat pun ada. Kalau kita masih bersekolah, siap sedia untuk dapat kad laporan! Maknanya kita tahu siapa dapat nombor 1 dan corot di dalam kelas. Dan bulan Mei 2011, kita juga ada juara baru dalam pertandingan tertentu.

JUARA Champion League - Barcelona


Ternyata, MU jaguh kampung! Wah, itu bahasa kasar. Dan-dan sempat kutuk MU! Baiklah, ternyata, Barcelona berada di kelasnya yang tersendiri. Cukup.

Tukang Tulis - Khabarnya, mulai musim depan Liga Super mahu menggunakan khidmat pemain import

JUARA Liga Domestik,

a. Inggeris(BPL) - Manchester United (kali ke-19!)
b. Sepanyol(La Liga) - Barcelona
c. Itali(Serie A) - AC Milan
d. Jerman(Bundesliga) - Borussia Dortmund

Tukang Tulis - Tahniah kepada kelab Swansea kelab terakhir berjaya memasuki Liga Perdana Inggeris musim depan, setelah QPR dan Norwich menempah tiket lebih awal.

JUARA Piala FA - Manchester City


Tukang Tulis - Perlawanan Akhir Piala FA (Malaysia) antara Kelantan menentang Terengganu pada 11 Jun 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil

JUARA Mentor 5(perlu ker?) - Salma.

Tukang Tulis - Menunggu debaran siapa Maharaja Lawak, ingatkan minggu depan, tetapi telah dipanjangkan lagi durasi pertandingannya dalam tempoh 3 minggu

4) SINAR.FM


Tahniah! Sinar.FM terus kekal menerajui stesen radio Malaysia selaku radio nombor 1 buat kesekian kalinya. I follow~ Hot.FM nombor 3! Suria.FM nombor 1 di hati pendengar. (kata merekalah.. :P).

Tukang Tulis - Nak dapatkan tiket MAS vs ARSENAL, 13 Julai nanti. Ada tak mana-mana radio nak bagi tiket percuma?? Haha



5) Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya.


Walaupun Tukang Tulis tinggal di Putrajaya, namun tak berkesempatan langsung menjenguk sejenak. Masa muda, masa bergembira seperti orang bujang telah berlalu. Keluarga diutamakan. Masa berkualiti bersama keluarga. Itu perlu diluangkan.. dan dipelajari.

Berbalik kepada berita di atas.. tercapaikah sasaran 1 Juta?? Bukan 1 Juta LIKE! ya. (alaa.. itupun belum tentu). Tapi menurut adik-adikku di rumah yang sempat singgah, kalau dicampur selama 3 hari, mungkin cukup. Jom Heboh pun ada.

Tukang Tulis - Belia-belia sudah berdaftar sebagai pengundi? Adakaha PRU ke-13 pada 11.11.11, tarikh keramat kegemaran PM?

6) LYNAS

Isu Lynas, agak hangat diperdebatkan. Apakah Lynas itu? Sejenis ikankah? 


Layan saja video ini. 

Tukang Tulis - Kagum dengan orang asing yang minat dan fasih berbahasa Melayu.

7) Nazaruddin Saidin

Siapakah beliau? Ahli perniagaan dari Malaysia ini telah ditahan oleh pengganas Filipina yang telah meminta tebusan sebanyak RM 8 juta! Eh, bukan LAPAN JUTA PESO (RM558,000).Semuanya gara-gara Cicak Tokek atau Gecko!


Tukang Tulis - Penyimbah asid yang aktif di sekitar KL menyerang gadis Melayu sudah tertangkapkah? Bagaimana pula cerita Nenek Bibi ini?

8) Badminton

Beralih ke sukan badminton. Kita pasti tertanya-tanya, sampai bilakah kita mahu mengharapkan Datuk Lee Chong Wei semata-mata? Keseorangan menggalas harapan rakyat Malaysia. Orang yang sama saja..Pusing-pusing, nama Wong Choon Han dan Hafiz Hashim, walaupun.. (anda habiskan sendiri, malas nak ulas). Begitu juga kategori beregu,Kien Keat-Boon Heong, dan masih relevankah Tan Fook-Wan Wah?

Namun, tahniah kepada pasangan baru Zakry Latif-Hoon Thien How yang telah terpilih ke Kejohanan Badminton Dunia di London, 8-14 Ogos nanti, walaupun ranking nombor 4 dalam negara.


Dan kini, Tukang Tulis mahu menambah satu lagi pasangan harapan, bintang dalam pembikinan,Lutfi Zaim & Vountus Indra. Kedua-duanya berusia 23 tahun dan telah mengejutkan pasangan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan dan mara ke pusingan suku akhir Grand Prix Emas Terbuka Malaysia.

Tukang Tulis - Ada cadangan supaya BAM mengaplikasi pemakaian skirt pendek buat pemain wanita macam pemain tenis.

9) Ribut Tropika Aere


Inilah punca, mengapa Malaysia agak panas lewat kebelakangan ini. Hangat, dan membahang. Tak lena tidur dibuatnya. Sedikit info mengenai Ribut Aere.


Tukang Tulis - 6 Jun ini bermula kes "lewat" DSAI di Mahkamah Tinggi KL. Adakah sekali lagi mereka bikin ribut?? Dan satu lagi ribut, tarif elektrik naik?? Mahu tak ribut...

10) Belasungkawa
 

Namanya keluar akhbar lagi selepas isu "sebat syariah" reda. Kartika Sari Dewi Shukarno telah kehilangan anaknya, Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9 tahun yang ditemui mati lemas. Moga Kartika terus tabah. Malaysia juga telah kehilanagn seniwati Orchid Abdullah, diisusuli kematian suaminya selang 4 hari. Juga pemergian seniwati, Mahyon Ismail. Bonda Sultan Selangor telah dilaporkan mangkat. Takziah buat keluarga arwah,  Al-fatihah.

Tukang Tulis - Penawar rindu vs Penyembuh rindu

No comments:

Post a Comment