Ya! Inilah video klip terbaru daripada Maher Zain. Maher Zain?? Siapakah?? Google sendiri. Sekian lama aku memberikan publisiti kepada Maher Zain di sini. Video klip ini dipetik daripada lagu The Chosen One, album Thank You Allah.
The Chosen One, merujuk kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallahu a'laihi wasallam. Sunnah baginda divisualkan di dalam video klip ini. Sunnah? Apa itu sunnah? Sunnah merupakan apa yang diucapkan, diamalakan, oleh baginda. Senang cerita, setiap perkataan, perbuatan, tingkah laku, dan amalan baginda itulah sunnah namanya.
Saidatina Aisyah radiallahu anha, ketika ditanya, bagaimanakah AKHLAQ Rasulallah?? Jawabnya, khuluquhu ALQURAN. Akhlaknya adalah al-quran. Senang cerita, Nabi Muhammad itu al-quran bergerak! Khairu khalqillah.. sebaik-baik kejadian Allah.. Makhluk paling mulia di atas muka bumi, kekasih Allah, habiballah.. Muhammad al-Musthofa!
Ayuh kita saksikan keindahan SUNNAH baginda;
Cerita 1, INTRO, gambaran baginda yg mahu menyebarkan dakwah. Halangan pertama ialah jiran rumah sendiri. Sampah dilemparkan didepan muka pintu. Baginda melangkah.. dicebik..dikeji..
Cerita 2, Zaman Jahiliah! Orang berjudi.. mabuk.. sehingga tahap berlaku 'pencabulan' seperti kejadian ragut contohnya.. orang ramai buat tak tahu saja.
Cerita 3, amalan bersedekah. Bantu-membantu. Sebab tu ada kewajipan berzakat
Cerita 4, orang tua menjahit kasut (gambaran Rasulallah jahit sendiri kasut baginda). Selepas itu ada orang tua sedang sembahyang (sujud lebih tepat) budak panjat atas belakang. Ada kisah ketika Baginda bersolat, cucu Baginda (Hassan atau Hussin) yang memanjat ke atas belakang Baginda. Maka, Baginda melamakan sujudnya :)
Cerita 5, keluarga bahagia. Ibu mengajar anaknya. Pendidikan/tarbiyah untuk anak-anak. Peranan ibu. Ambil berat bila anaknya mahu keluar rumah.
Cerita 6, budak tu nampak orang buang sampah. Lalu dikutipnya sampah itu. Rasulallah menitikberatkan amalan menjaga KEBERSIHAN. Annazhofatu minal iman. Kebersihan sebahagian daripada iman :)
Cerita 7, cerita pelacur yang masuk syurga sebab IKHLAS bagi anjing minum air.
Cerita 8, kisah SUAMI-ISTERI. Rasulallah dan Aisyah suka jalan lumba-lumba, siapa cepat dan lambat. Tanda kemesraan, dan baginda juga bergurau senda dengan isteri. Siap dukung isteri lagi :)
Cerita 9, orang tua kesusahan, dibantu. Yang tua dihormati, yang muda disayangi :)
Cerita 10, tak tahu wanita tu buang apa. Buang arak rasanya...emm? (ada pendapat lain??)
Cerita 11, kanak-kanak tu tengok saja belon sebab tak mampu. Tapi penjual itu SEDEKAH untuk menggembirakan anak tu. Mungkin ANAK YATIM?? Tiada ibu bapa bersamanya..kot?
Cerita 12, OUTRO, jiran yang awal-awal buat hal tadi jatuh sakit. Tetapi Rasulallah menjalankan hak menziarahi jirannya. Begitu terpuji pekerti baginda :)
p/s: Maher Zain nak datang Malaysia.. Lagu Insha Allah akan dirakam versi Bahasa Melayu :)
p/s: Maher Zain nak datang Malaysia.. Lagu Insha Allah akan dirakam versi Bahasa Melayu :)
No comments:
Post a Comment