SATU janji.. SATU lafaz... SATU kali. (bukan promosi 1Malaysia ya..hua hua hua :P)
Aku terima nikah Nurulhuda bt Noordin dengan maskahwinnya ...
Akad nikahnya bertarikh, 6 Jun 2010 bersamaan 23 Jamdilakhir 1431 Hijrah. Ironinya aku lahir pada 25 Februari 1984 bersamaan 23 Jamadilakhir 1405 Hijrah. Lafaz aku terima.. kuterima dirinya adalah segala-galanya.. menerima dirinya seadanya.. sikap baik serta buruknya. Begitu juga dirinya. Kita saling lengkap-melengkapi. Apa yang aku kurang, dia akan tambahkan.
Alhamdulillah.. aku kini bergelar suami orang. Aku kini menggalas tanggungjawab selaku ketua keluarga. Amanah daripada-Nya, daripada orang tuanya. Aku akan menjaga, melindungi, mengasihi, menyanyangi & mencintainya.. kerana ALLAH. Tiada sebab lain yang perlu diperincikan.
Alhamdulillah..perkahwinan ini dilangsungkan dengan tenang. Tak terlalu cepat, dan tidak terlalu lambat. Just nice, kata orang putih. Orang Klate kata sedang molek. Usia 26 tahun. Perkahwinan ini melengkapkan hidup kami. Terbinanya masjid tanpa perlu ongkos yang tinggi (atau lebih tepat lagi berhutang atau pinjaman!), bermakna aku telah berkongsi hidup dengannya. Suka dan duka dilalui bersama isteri tercinta. Susah dan senang. Dialah sahabat.. isteri dan pendorong utama aku.
Perkahwinan ini cukup mudah namun meninggalkan momen yang cukup indah. Sederhana saja sambutannya. Tanpa pelamin.. tanpa undangan khas jurugambar profesional atau amatur. Yang penting, hadirin yang sudi menyerikan majlis kami merupakan orang-orang yang dianggap rapat dan sangat dekat di hati. Kalian hadir bersama senyuman dan doa berkat itu sudah memadai. Malah ada yang tidak berkesempatan untuk hadir masih sempat lagi menitipkan pesanan ringkas SMS, bersama hadiah yang tidak dijangka sama sekali.
Terharu~ Akhir kata, terima kasih buat semua yang menghadiri majlis kami 12 & 13 Jun lalu. Saudara-mara, sahabat handai, kaum keluarga.. terima kasih atas kehadiran, hadiah dan doa kalian. Jazakallahu khairan kathira. Jazakallahu khairal jazak ~
selamat pengantin baru mustaqiem...semoga kekal akhir hayat k..aku doakan kebahagiaan kalian berdua...cepat2 dpt baby...mesti mcm 'baby face' jugak mcm walid dia...hehehehe..
ReplyDeletenway sori tx dpt join majlis..
terima kasih Saiful..insya allah..kalau Allah nak bagi cepat, maka begitulah kehendak-Nya :)
ReplyDelete