Hebahan

Monday, October 31, 2011

Pengumuman!

Satu pengumuman sahaja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku akan berhenti menulis! Noktah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hah? Biar betik?

Dengan ini, aku mengisytiharkan aku akan BERCUTI sehingga... (sila baca hingga noktah terakhir). Emm.. penat juga memberikan komitmen 11 entri sebulan selama setahun ini. KPI telah dicapai, maka aku nak berehat sekejap. Tunggu sampai bilangan pengunjung mencecah 50 K!

Mungkin sebulan sajo. Mungkin juga 2 bulan. Carta Darjah Celcius (CDC) macam mana? CDC Oktober-Disember 2011 lam sam 3 bulan. Tapi Lagu-lagu Jadian (LLJ) untuk bulan November direlease awal sedikit. Nah.. terimalah LLJ untuk November 2011

Jamal Abdillah feat. Malique - Aku Maafkan Kamu
Gabba Gabba - Bersama Berdansa
Diandra Arjunaidi - Angkasa
Awanband - Lintasan Bintang
Mirwana ft. Altimet - Itu Ini Begitu Begini
Hafiz & Adira - Ombak Rindu
Roman feat. kilafairy - Roman
Anuar Zain - Ajari Aku
Siti Nurhaliza - Tonight
Dayang Nurfaezah - Rahsia Cinta
Demascus - Kita Berbeza
Handle With Care (HWC) - Tujuan
6ixth sense feat. Saujana - Penerang Hati
Zahid feat. Cat Farish - Setelah Kuberikan
Spider - Bukan Salah Aku
Zee Avi - Siboh Kitak Nangis
3 Suara - Semua Isi Hatimu

TT : Yang penting... nantikan entri Wajah 2011. Siapa yang anda mahu calonkan? Neelofa, Kliafairy, Fathia, Dahlia Teck, Johan As'ari(Botak), Usop Wilcha pasti ada dalam senarai kot.. hehe. Kita tunggu~

Dan sementara itu, mari kita lihat mereka yang tersenarai dalam Wajah Dua Ribu Sepuluh.

Dan istimewa untuk para pelayar dan pembaca blog ini, ada satu lagi pengumuman tambahan. JIKA anda merupakan orang yang ke 50,000, seperti yang tercatat di sebelah kanan (di bawah tajuk Pelayar), cepat-cepat Print Screen dan paste dekat Paint application. Kemudian hantarkan ke emel, mustakimbahrudin@gmail.com. Peluang memenangi hadiah misteri daripada tukang tulis sendiri.

Well-planned or plan well

Demikianlah tajuk entri kali ini. Apa makannya?

Ayat klise yang selalu kita dengar, "kita manusia hanya merancang, tetapi tuhan yang menentukan", "segala yang baik itu daripada Allah, yang kurang itu daripada kelemahan diri kita sendiri". Kita manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah itu sebaik-baik perancang. Perancangan Allah lebih baik untuk kita tanpa disedari.


Ada kalanya kita rasa tak suka dengan sesuatu "bala" yang menimpa kita, walhal itulah sebenarnya perkara yang "baik" atau "nikmat" tanpa kita sedari dalam hidup kita. Ada hikmahnya.. bahasa skemanya. Dan Allah ada berfirman di dalam Al-Quran;

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Benda ini pernah terjadi dalam hidup sesiapa saja. Ada satu perkara, kita merancangnya penuh teliti. Majlis kahwin contohnya. Kita pula nak buat majlis tertutup. Orang rapat sahaja dijemput. Jika tetamu tiada kad eksklusif (atau surat mengeler) maka tak boleh masuk ke dalam majlis.

Kita dah rancang, bermula majlis pra-perkahwinan, bajetnya banyak mana, aturcara majlisnya tertib dan penuh protokol, siap ada MC bagai, pelamin dihias nan indah, mak andamnya bukan calang-calang dan paling penting siap ada tajaan kecil kompeni keluarga.

Alih-alih..sewaktu berlangsungnya majlis. Hujan lebat. Pengantin lambat. Tetamu dan dif jemputan kehormat pun lewat atau langsung tak datang. Segala yang dirancang tak berjaya dilaksana sepenuhnya. Ada cacat celanya, serba-serbi tak kena dibuatnya. Itulah ujian daripada-Nya.


Berbeza pula majlis yang sederhana. Ala-ala majlis kesyukuran (majlis sambut menantu Ore Klate kata). Orang kampung yang tolong bekwoh (backwork). Dari tukang bancuh air sehinggalah pengacau dodol hatta AJK (ahli jung kako yakni seperti pekerja caterer yang tolong hidang dan kutip pinggan mangkuk) sekalipun terdiri daripada sanak saudara dan jiran tetangga.

Tetapi majlisnya.. masya allah. Meriah ya amat. Meriah dengan kunjungan mesra. Ala-ala majlis reunion gitu. Dengan kanak-kanak berlari-lari riang di samping ada juga yang menangis tersedu-sedan. Tapi itulah ambient "kenduri kahwin". Orang yang datang jauh-jauh boleh "rasa". Oh, aku hadir ajlis kahwin rupanya. Err.. mungkin juga takrif "meriah" juga amat subjektif.


Tadi contoh majlis kahwin. Tiada kena mengena dengan sesiapa ya. Ni kisah aku pulak. Aku telah merancang satu majlis. Rindu sangat nak jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Maka aku telah "create event" di FB dengan judul Raya Potluck Reunion di mana kawan-kawan sekolah rendah Sungai Tua, Batu Caves batch 1991-1996 adalah sasarannya.

Eventnya boleh dilihat di sini. Infonya pula sebegini; SKSTB/SRASTB Reunion. Self-sponsored. Just imagine we have a picinic one Saturday morning & suddenly we meet our friend. so this could be happen if we do it by planning. So everybody just have to bring their own stuffs (foods,drinks,mat -we will discuss about it later). Ready for picnic & strolling with our family & friends.

Perancangannya bukan main lagi. Ajak sebelum masuk Ramadhan lagi dengan harapan supaya mereka dapat "block" tarikh reunion itu. Sebab aku dah "bajet" musim rumah terbuka, maka aku memilih minggu terakhir raya. Lokasi? Tempat yang mudah bagi mereka walaupun agak sukar bagi aku dan famili dari Putrajaya. Taman Metropolitan, Kepong.

Tengok-tengok.. memang kami satu keluarga sahaja yang hadir. Kecewa tak aku sebagai penganjur majlis? TEET~ Soalan cepu emas. Kena cepuk baru tau! Hehe. Takdelah kecewa sangat, cuma mungkin rasa agak ralat dan sedikit terkilan. Hahaha. Lagipun memang kami nekad, orang ramai ke sikit, memang kami nak berpiknik di pagi minggu itu. Rugi siapa yang tak datang, tak dapat merasa apam polca dots @ dino apam ini :)


Percayalah rukun Iman keenam; percaya kepada Qada' dan Qadar. Kita sudah berusaha, berikhtiar, yang merancang kita, melaksanakan juga kita tapi yang menentukan bukan kita. Berserah.. pasrah. Tawakkal dan redha saja apa yang telah tertulis. Kan? Kita ini hamba-Nya.



Berbeza pula dengan satu lagi majlis. Alah, bukan majlis besar pun. Bukan juga majlis kecil-kecilan. Cuma buat makan-makan saja. Bukan juga rumah terbuka sebab rumah sentiasa terbuka untuk sahabat-sahabat datang berziarah.

Suatu hari Jumaat, alang-alang aku ajak Ashraf datang ke rumah (untuk berbekam), maka minta jasa baik isteri tercinta untuk masak ala kadar walaupun si isteri telah sediakan mihun sup dan juga cup cake dengan banyaknya. Sementelah masak lebih, maka ajak saja suka-suka guna SMS on the spot. Ajak Ros-Din, Shafik, Amir Rasyid.

Siapa sangka mereka datang selepas solat jumaat. Merekalah tetamu yang membawa rahmat ke rumah kami. Si Ashraf ni pula ajak Azwan (seorang lagi sahabat Ma'ahad) yang kebetulan tinggal di Presint 15. Wakil sekolah rendah ada, wakil Ma'ahad ada, wakil KMPP ada, wakil UPM ada dan wakil KKM  (Kementerian Kesihatan-pernah berkhidmat secara kontrak 5 bulan) juga ada.

Semua wakil ada dalam satu majlis yang tak terancang. Hebatkan kuasa Allah? Ini memang satu kejutan!



Hidup ni adakalanya kita perlukan kejutan bukan? Kejutan untuk yang tersayang contohnya. Barulah hilang rasa hambar kan? Bosan bukan alasannya. Kalau nak buat kejutan, kita perlu ada strategi dan perancangan sebelum dilaksanakan dengan jayanya atau ala kadar saja. Barulah berseri dan rukun rumahtangga bila ada kejutan dan gurau senda kan?


14 Oktober baru-baru ini hari kelahiran isteriku, Nurulhuda. Maka pasti aku akan raikan dengan beberapa kejutan. Hari Jadi aku ke-27 dapat Kek Panda!


Jadi apakah kejutannya? Bunga? Semestinya ada. Tapi itu bukan cukup terkejut. Rancangan asal konon nak bersekongkol dengan budak-budak SMK Cyberjaya, di mana Puan Nurulhuda merupakan guru kelas mereka, tapi apakan daya. Kita hanya merancang. Lain yang dirancang lain pula jadinya.

Tapi yang penting sudah berpakat dengan Cik Ti, tolong jaga Sumayyah sampai petang. Kami nak dating berdua saja. Maka, lepas Jumaat bermulalah proses melaksana. Menuju The Mines, dan dia ingat kita hanya akan tengok wayang. Tapi meleset jangkaannya. Sebab buat pertama kalinya.. kami dating di sini!



Bersaksikan tasik buatan bekas lombong The Mines, kami semikan lagi cinta kami. Semarakkan supaya lebih berseri hidup kami. Kehadiran Sumayyah Hannani cukup membuktikan betapa bererti kelahirannya sebagai bukti cinta kami.

Dulu selalu tengok pasangan couple budak-budak UPM berdating. Dan kami pasangan yang halal dan sah! Pahala pun dapat. Menyemai cinta bersamamu...

Selamat hari lahir sayang~ I LOVE YOU.. MORE THAN YOU KNOW <3


Gossip bola?!



Haiyo~ Bola pun ada gossip juga ke? Hai-O! Mula-mula sekali tahniah buat pasukan N9 yang merangkul Piala Malaysia kali ke-3 sekaligus menghalang pasukan Terengganu meraih kejuaraan berganda.



Yang penting Hairuddin Omar menjadi faktor-X! Beraksi di final 3 tahun berturut-turut, jaringkan gol dan pasukan itu bergelar juara. Tahun depan kita tengok pasukan mana Hai-O bermain. Jeng-jeng-jeng. Khabarnya pasukan ATM berminat, sebab jurulatihnya B.Sathianathan! TEET~



Itu dia Hairuddin Omar yang bukan saja hebat dan tangkas di padang, tetapi mampu juga menjadi imam. Ini saje ke gossipnya? Gossip ke tu? Biasa saja kan? Rileks dulu. Kan dah kata itu intro. Ni baru nak mula cerita sebenarnya. Nak kata gossip, bukannya gossip.Rumours atau hearsay mungkin lebih sesuai kot? Mungkin juga definisi spekulasi sesuai diguna pakai dalam konteks ini.

Kenapa? Ingat retis-retis saja yang dilanda gossip murahan? Pemain bola juga selebriti. Figura awam (public figure) milik masyarakat yang akan membantu dalam usaha melariskan jualan. Kalau tak, masakan David Beckam, Christiano Ronaldo, Lionel Messi juga menjadi tumpuan paparazzi.

Gossip seperti berapa jumlah perpindahan, pasukan mana yang ada "dana hebat" mengalahkan bidaan pasukan lain, naik-turun prestasi seseorang pemaian.. termasuklah kisah peribadi. akan menjadi sumber berita termasuklah memperkenalkan istilah WAGS yakni Wife And Girlfriends.

Di Malaysia pun tak mahu kalah. Lebih-lebih lagi ada pemain bola sepak yang bercinta atau berkahwin dengan artis. Paling tidak, gara-gara Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex, orang takkan kenal siapa si jejari runcing Melia. Apatah lagi Dahlia Teck! Kan?


Kali ni ceritanya bukan pasal Apex. Tapi pasal pasukan yang diwakili Apex. Apa lagi kalau bukan tim Klate, The Red Warrior. Sebelum ni, ada desas-desus menyatakan Selangor berhasrat menawarkan Apex kontrak yang agak lumayan. Wow? Ironinya yang berlaku. Apex telah pun menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan. Tambah mengejutkan lagi, Amirulhadi Zainal juga telah menandatangani kontrak bersama Kelantan.


Malah, kapten pasukan Kebangsaan, Safiq Rahim juga khabarnya bakal mengikut jejak langkah Amirulhadi. Mungkin tunggu urusan bersama "Cardiff" atau "QPR" selesai. Selepas itu baru misi diteruskan atau sebaliknya. Kita tunggu~


Paling mengejutkan, kepulangan geng "3 Abdul" menyarung kembali jersi Kelantan. Azizi Che Rose-Indra Putra-Norfarhan! Kepulangan yang disifatkan oleh penyokong fanatik The Red Warrior ibarat sirih pulang ke gagang. Tambahan pula Peter Butler yang fasih cakap Melayu akan mengambil alih tugas jurulatih daripada Abe Kar (Datuk M. Karathu)! Tak percaya? Sila dengar Peter Butler cakap Melayu di sini.

Adakah faktor Peter Butler? Siapakah Peter Butler? Kalau kita tengok sejarah kebangkitan pasukan Kelantan dalam arena bola sepak tanahair, transformasi Gomo Klate Gomo kepada The Red Warrior telah dicetuskan oleh Peter Butler. Dan lihatlah hasilnya hari ini. Kelantan telah pun disenaraikan antara 400 kelab terbaik di dunia. Tangga ke-317 tu! Tak percaya klik sini. (Barcelona di tangga pertama)


Adakah sebab musabab yang lain mengapakah nama-nama besar ini mula membanjiri Kota Bharu yang sentiasa dilanda banjir musim tengkujuh? Tambahan pula mulai musim depan setiap pasukan boleh menggunakan khidmat pemain import. Adakah ini strategi Kelantan.. yang akan beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ala -ala Champion League). Dek kerana status bakal beraksi di peringkat Asia, maka pemain-pemain "yang punya nama" ini akan berjuang bersama Piya-Mat Yoe-Apex dan lain-lain?

Alaa.. Mikel Arteta keluar Everton, masuk Arsenal pun sebab nak beraksi di Kejohanan Eropah kan? Tapi bila Samir Nasri berhijrah ke Manchester City dengan alasan peminat di sana lebih fanatik nampak sangat propa kan? Cakap saja tawaran daripada Manchester City lebih hebat kan? Apa-apa pun.. setelah dimalukan Manchester United 8-2, dan Manchester United dimalukan pula oleh Manchester City 6-1. Kini Ar53nal pula menang bergaya 5-3 ke atas Chelsea.

Berbalik kepada topik pasukan Kelantan, besar kemungkinan kelibat beberapa pemain yang mungkin tidak kelihatan menyarung jersi Merah-Putih (Happy:) Nurul Azwan Roya masih belum sign kontrak, Wan Zaman Mustapha, Khairan Eroza Razali, Khairan Ezuan Razali, Zulyusri Che Harun, Khalid Jamlus, Wan Rohaimi Ismail (telah dilepaskan), Norhadi Ubaidillah (tidak sambung kontrak), Solehin Kanasian Abdullah (K.Soley) dan Danial Fadzly (berhijrah). Sekian, terima kasih ;>

TT : AFC Champion Leagur Final between JEONBUK HYUNDAI MOTORS (KOREA) vs AL SADD (QATAR) 5 November 2011! Watch out for Kelantan next season~  Dan nantikan penjenamaan semula (rebranding) pasukan Sabah, Sabahawk!

Friday, October 28, 2011

Kaki Botol~

Hidup di kotaraya, kota lumpur Kuala Lumpur memang mencabar. Banyak dugaannya. Boleh menggelupur kalau iman di dada senipis kulit bawang. Tak percaya?

Telah banyak buktinya di sini sana. Takkan cukup senarai kalau dituliskan satu per satu. Tapi apakan daya, aku mencari sesuap rezeki untuk keluarga di tengah-tengah kota. Tempat cari makan. Kalau tak, maka tak berasaplah dapur gamaknya.

Dan aku bukannya mengeluh menyatakan bahawa tempat aku meraih rezeki itu "sarang" ataupun "punca" segala maksiat yang berleluasa. Cuma khuatir suatu hari nanti, aku tergelincir, terjatuh ke dalam perangkap iblis, syaitan durjana. Runsing akan tewas pada godaan duniawi, dugaan diri.

SATU contoh; bukti di depan mata seperti gambar di bawah. Kaki botol!


 

Nampak tak gambar itu? Sedikit kabur, sebab tangan mengigil-gigil tangkap gambar curi! Nak lagi?? Tak perlulah. Tapi cukuplah jalan/lorong/laluan ini menjadi "santapan" harian aku. Orang boleh minum arak secara terbuka.

 


Air kencing syaitan ni minum main-main je. Tak kira masa, waktu dan ketika hatta bulan Ramadhan sekalipun. Jual tempat terbuka macam gambar di bawah pun ada. Dalam bangunan yang sama juga.



Termasuklah 7-E ada jual secara terbuka. Cuma ada pengumumaman sebegini.


Jadi, apa masalahnya? Yang minum kebanyakannya non-muslim. Bukannya ada orang yang Islam berani secara terang-terangan minum di tempat terbuka macam tu. Gila ke apa! Betul! Mungkin kita terlepas pandang jika ada segelintir Muslim yang berani. Tetapi bagaimana pula yang menjualnya.. menghidangnya.. dan segala yang berkaitan dengan arak.

Sebab, Nabi pernah bersabda

لعن النبي صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرة عاصرها و معتصرها و شاربها وحاملها
و المحمولة إليه وساقيها و بائعها و أكل ثمنها و المشترى لها و المشترى له

Ibn Mas’ud berkata: “Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:

    * Yang memerah
    * Yang minta diperah
    * Yang minum
    * Yang memberi minum
    * Yang membawa
    * Yang menghantar
    * Yang membekal
    * Yang menjual
    * Yang membeli
    * Yang menyimpan

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Ramaikan sebenarnya umat Islam yang termasuk senarai 10 golongan itu tanpa kita sedari. Alasan bekerja bukan alasan sebab kita mahu hasil titik peluh yang halal bukan? Secara mutlaknya, arak mula diharamkan pada bulan Ramadhan tahun kedelapan Hijrah. Ianya diharamkan sekaligus, bukan secara berperingkat! Mengapakah? Sebabnya...


الخمر أم الخبائث

Alkhomru ummul khobaith~ Khamar [ arak ] itu adalah ibu segala kejahatan (Riwayat At Tabarani)

Dahulu, ada satu kisah di mana hidupnya seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.

Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamar tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain.

Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya. Kerana itulah hindarilah khamar, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka.

Tambahan pula  Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:

"Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

Itu baru hadith kan? Dalil Naqli di dalam Al-Quran ada tak? Ambil wudhu' dan baca tafsir Al-Quran surah dan ayat-ayat berikut:

Al-Baqarah ayat 219

An-Nisa'a ayat 43

Surah al Maaidah : Ayat 90 - 91

Apakah hukumannya di dunia?? Yakni jika HUDUD dilaksana??

40 KALI sebatan!

Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam . Rotan tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran. Sementara saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagih arak.

Dr Marina Chuhrova (seorang saintis Rusia) menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka kaedah ini tetapi apabila mereka merasai kebaikannya, mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini (yakni merotan). Malah mereka sanggup pula membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan.

Sumber-sumber dan info tambahan : 1, ,2, 3 (kalau wujud lagi) dan 4.

Aku bukannya baik dan betul sangat pun. Sementara diri masih ada kesedaran, kita saling ingat-mengingati satu sama lain. Tegur-menegur untuk kebaikan bersama. Dan moga hari ini lebih baik daripada semalam. Harapkan esok lebih baik daripada hari ini :)

Muzik-Muzik 26 (Separuh Akhir)

Sebelum melangkah ke pusingan akhir, yakni Anugerah Juara Lagu (AJL26), kena lepas dulu peringkat Separuh Akhir. Kandas atau bias? Kita tunggu dan lihat 3 minggu berturut-turut nanti mulai 18 November 2011



Tanpa banyak bunyi, Terimalah senarai artis dan lagu yang bertanding di peringkat separuh akhir (Bold maknanya 12 lagu pilihan TT):


Separuh Akhir Pertama  (18 November 2011 )

1. Drama  - Babak Pertama (Ammar Habir/Aepul)

2. Iqa - Di Penghujungnya (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

3. Nubhan - Mata Hati  (Audi Mok/Audi Mok)

4. Akim - Janji (Akim/Akim)

5. Alyah - Kisah Hati (Manusia Putih/Manusia Putih)

6. Stacy - Kisah Dongeng (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

7. Yuna - Gadis Semasa (Yuna/Yuna)

8. Sofazr - Maaf Dari Hati (Mohd Atlas/Mohd Atlas)

9. Hujan - Muda (Noh Hujan/Noh Hujan)

10. Hafiz - Awan Nano (M.Nasir/Budi Hekayat)

11. Ning, Jac, Shila Amzah - Beribu Sesalan (Kevin Chin/Tinta)


Separuh Akhir Kedua ( 25 November 2011)

1. Mizz Nina ft Noh - Kurnia (Noh Hujan/Noh Hujan)

2. Atilia & Monoloque - Kekanda Adinda (Monoloque/Monoloque)

3. Najwa Latif - Cinta Muka Buku (Najwa Latif/Ika Latif)

4. Shahir  - Luar Biasa (Audi Mok/Zelfirdaus)

5. 1st Edition feat. Nubhan - Perpisahan Ini (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)

6. Hazama - Cinta Teragung (Kuncidemak/Kuncidemak)

7. MUH feat. Nubhan - Pokok (Taja/Tun Teja)

8. Aizat - Sungai Lui (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

9. Tomok - Bagaikan Bidadari (Aubrey Suwito/Tomok)

10. Adira - Ilusi (Audi Mok/Audi Mok)

11. Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia (Boy Clifford/Boy Clifford)


Separuh Akhir Ketiga ( 2 Disember 2011)

1. Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan/Shohaimi Mior Hassan-Ana Raffali-Altimet)

2. Yuna - Penakut (Yuna/Yuna)

3. Anuar Zain - Sedetik Lebih (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

4. Shiha - Bila Bertemumu (Ajai/Ajai)

5. 6ixth Sense  - Cinta Matiku (6ixth Sense/6ixth Sense)

6. Faizal Tahir - Karma (Audi Mok-FT/Audi Mok-FT)

7. 6ixth Sense - Menyesal (Gjie/6ixth Sense)

8. Salma - Aku Permata (Taja/Tun Teja)


Nota kaki :-

1) Ada 2 trio membariskan 3 Suara dan juga Shohaimi Meor Hassan-Ana Raffali dan Altimet

2) Nubhan beraksi 3 kali termasuk 2 kali ganti penyanyi asal (Pokok dan juga Perpisahan Ini)

3) Ada 6 band (6ixth Sense, Hujan, Projek Pistol, MUH, Drama dan Sofazr)

4) Yuna dan Noh, masing-masing ada 2 lagu ciptaan sepenuhnya milik mereka. Komposer paling banyak, Audi Mok dan Edry, masing-masing 3 lagu. Tapi tak tahu lagi berjaya ke tak. Hehe

5) Ura-ura kata Anuar Zain akan digantikan Stephen Rahman (Merong)! Kita tunggu~

6) Adakah Alyah, 6ixth Sense dan Hazama akan "lepas" peringkat ini? Kita tunggu juga~

7) Dan.. adakah Hafiz, Tomok, Stacy, Adira, Yuna, Faizal Tahir, Shahir, Hujan, MUH dan Ana Raffali (mempertahankan trofi AJL) akan menjadi finalis kitar semula? Kita tunggu~

TT - Ada lagu yang tercicirkah? Misha Omar kot. TEET~

Saturday, October 22, 2011

Panda Kekanda



Panda Kekanda dapat "bonet" baru sudah. Moga selamat melindungi barangan berharga dan harta milikan daripada malapetaka kecurian atau kebasahan...

Terima kasih Panda.. terus berbakti tanpa jemu-jemu menghadap laluan Putrajaya-KLCC. Selagi ada denyut nadi, kamu akan terus menabur budi.

Bertahan.. sehingga tiba masanya kamu atau aku sendiri dipanggil tuhan~

Kenanga Kenangan


Kenanga itu
Harum..
Menggamit memori
Saat bersamamu
Seiring sejalan
Seia sekata
Melakar bahagia

Kenanga itu
Segar..
Lalu kupetik
Kuhidu kisah lalu
Kucium saat manis itu
Kugenggam erat jemarimu
Kupeluk hangat tubuhmu

Kenanga ini
Kembang setaman
Wangi semerbak
Pelosok minda nan buana
Rindu mula bertandang
Mengusung duka pergi
Mengukir bakti menanti

Kenanga ini
Banyak kenangan
Untuk dikenang
Bukan dibuang
Untuk ibuku
Mama...I love u :)
Sihat sejahtera selalu hidupmu


22 Oktober 2011
12.40 pm


TT: Waktu bujang dulu selalu teman mama berjalan/berjogging di pagi minggu. Sambil memetik kenanga di jalanan.Kini cuma waktu menjadi batasan...