Hebahan

Showing posts with label Lampu suluh. Show all posts
Showing posts with label Lampu suluh. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Terbaru daripada Mat Luthfi - Ramadhan (Benda yang orang Melayu selalu sebut)

Tak kenal @Matluthfi90 ?? Sila Google sekarang!

Nah.. video terkini beliau berkisar bulan Ramadhan dan "tradisi orang Melayu"

 

Siapa makan cili.. dialah yang pedas... panas...pedih~

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan 1435

Alhamdulillah. Sempat bertemu Ramadhan lagi.

Ahlan wa sahlan Ramadhan Kareem. Selamat berpesta ibadah.




Friday, April 25, 2014

#Mengenang MH370

Ini dia beberapa siri lagu mengenang kehilangan pesawat MH370 yang masih belum terungkai misterinya :

(a) Faith - FT feat. Jac (versi BM, Percayalah)



(b) Riz - Singkapkan Doa Kami



(c) Kris Dayanti - Bertubi-tubi


Wednesday, March 26, 2014

ISTIRJA' ; | #pray4MH370 | #pray4Egypt529



Apa itu Istirja'??

Innaa lillahi wa innaa ilaihi roji'un~

Diucapkan setiap kali diuji/ditimpa musibah atau sebarang perkara yang menyakiti Mukmin. Bukan dedikasi khas untuk kematian semata-mata.

Al-Fatihah?

Apa tujuan sedekahkan al-Fatihah?? Pahala al-Fatihah/al-Quran tidak hanya sampai kepada si mati, bahkan boleh juga sampai kepada yang masih hidup. Bahkan, kita yang membacanya juga mendapat pahala jika al-Quran dibaca secara tartil

Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
 
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” (HR at-Tarmidzi)

Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
 
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.” (HR at-Tarmidzi)



Apakah yang sedang berlaku? Sedang terlaksana? Allah Yang Maha Mengetahui segala yang terjadi di langit dan di bumi. Ilmu kita ada.. ibarat air laut yang terlekat di hujung jarum bila kita celup ke dalam lautan (ilmu) Allah yang Maha Luas.

Seluas-luas lautan Hindi... luas lagi ilmu Allah. Besar lagi kuasa yang dimiliki Allah rabbul jalil. Hebat manapun teknologi yang manusia ada, belum mampu mencari kapal terbang MH370 yang kali terakhir dikesan berada di selatan Laut Hindi itu.







Dalam waktu yang sama, para penyokong Dr. Morsi serama 529 orang telah dijatuhkan hukuman mati. Apa ertinya ini semua?? Apakah hikmahnya?? Hanya Dia ada jawapannya. Kita manusia hanya merancang, Allah itu sebaik-baik perancang. Kita yang mentadbir.. Allah punya takdir. Percaya pada qada' dan qadar.




Wednesday, December 11, 2013

Duduk di antara 2 sujud & pengertiannya

Kalaulah kita benar-benar menghayati makna bacaan doa duduk di antara dua sujud, pasti solat kita lebih khusyuk bukan? Sama-samalah kita menghayatinya.. Amat tersentuh jiwa seorang hamba :)




Friday, November 22, 2013

Iftitah




Apa itu doa Iftitah?

Kata dasar Arabnya fa-ta-ha maksudnya buka. Kiranya Iftitah ni maknanya introduction. Dibaca sejurus mengangkat takbiratul ihram sebelum kita membaca Surah Al-Fatihah. Dalam solat, hukumnya sunat hai'ah. Bukan rukun sembahyang.

Apakah pengertian doa Iftitah itu?

Allah Maha Besar sebesar-besarnya.

Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.

Dan maha suci Allah siang dan malam.

Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.

Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya .

Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)


TT : Moga solat kita lebih bermakna lagi

Sunday, November 17, 2013

Domino's Effect

Kita perhatikan dulu.. video ini..




Hebat bukan?? Inilah dia penangan Domino! Bukan Domino's pizza ya. Pastinya untuk menyiapkannya saja memerlukan kesabaran yang tinggi. Mungkin memakan masa berbulan lamanya untuk menyiapkan produk seperti yang dimahukan, tetapi jika tak berhati-hati, segalanya akan musnah sekelip mata.

3 bulan siapkan.. 3 minit runtuh! Bak kata lagu Elyana " Mudahnya.. merosakkan dari membina.. mencemarkan dari memulia..tak menghirau dari mengendah.." - Tak Tercapai Akalmu. Dan ini dia... apa yang telah dilakukan di Petrosains.




Apakah analoginya?

Seperti kisah Restoran Vanggey di Ipoh yang terkenal kerana nasi ganjanya, gara-gara update status di FB, di RT.. maka musnahlah segala reputasi, jenama dan prestij yang dibina selama ini. Umpama kita parking basikal/motorsikal secara berbaris, jika satu basikal/motor patah tongkatnya, maka satu barisan akan tumbang.

Analoginya sepanjang hidup kita.. segala amalan akan terhapus jika kita bersikap riak. Namun, dari sudut positifnya.. segala dosa akan terhapus jika kita bertaubat!

Pengembaraan seseorang insan adalah dari kegelapan perut ibunya menuju ke kegelapan perut muka bumi. Jika kita penat melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa kebaikan kekal dan kepenatan akan hilang. Dan jika kita seronok melakukan dosa, ketahuilah bahawa dosa akan kekal dan keseronokan akan hilang!

Tuesday, October 22, 2013

KL Gangster versus KL Islamik (Parodi)

Tak payah banyak bunyi... buat perbandingan sendiri! Tepuk dada... tanya IMAAAAAN~



Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya Korban

Happy Eid-Adha Mubarak


Ada beza tak ucapan di atas? Maknanya lebih kurang directional drilling! Kita datang dari arah yang berbeza tetapi menuju ke satu titik yang sama.

Cewah~

Huraian - Apa saja ucapan, konotasi tetap selari dengan definisinya biarpun ritma iramanya berbeza alunannya. Adoi! Lagi tak faham...


Ok lah.. bahasa dengan lebih mudahnya. Kita boleh meraikan lebaran ini dengan pelbagai cara. Perkataan, perbuatan yang menyenangkan, hatta ucapannya boleh divariasikan. Contoh macam nak wish birthday, selamat ulang tahun, selamat hari lahir, selamat hari tua, happy birthday, happy bestday termasuklah menaip HB! (ni paling sirap limau punya.. annoying ok!)

Sepatutnya, kemeriahan Aidil Adha setara (atau patut lebih lagi berbanding) dengan Aidil Fitri. Mentang-mentang Raya Puasa kita berpuasa 30 hari (itupun kalau cukup), tetapi Aidil Adha sepatutnya dilayan sama rata. Kalau di Kelantan, Terengganu mungkin sambutannya meriah jika dibandingkan di bandar atau negeri lain.


Kenapa meriah? Sebab mungkin ramai yang melaksanakan ibadah Haji. Kalau tak mampu lagi, mungkin terlibat secara langsung dengan ibadah Korban. Aktiviti gerban melibatkan banyak pihak dan memerlukan usaha sama satu pasukan yang betul-betul cekap. Kalau tak.. aktiviti penyembelihan akan meleret dan pastinya lebih penat gara-gara sebilah pisau yang tumpul. Seterusnya aktiviti ziarah saudara-mara dan tanah perkuburan juga dihidupkan di sana.
 
Jadi, siapa kata Raya Haji kurang meriah atau takde makna nak sambut besar-besaran??

Hari raya Haji.. sinonim dengan pengorbanan. Apa yang kita telah korbankan demi sebuah pengorbanan yang turut memaksa orang lain turut berkorban sehingga menyebabkan banyak perkara atau benda telahpun dikorbankan!


Dalam konteks yang lebih mendalam lagi.. kita bertakbir selama 4 hari (termasuk 3 hari Tasyriq). Dan keempat-empat hari tersebut tak boleh berpuasa dan Korban hanya boleh dilakukan dalam tempoh tersebut sahaja. Dan sebenarnya, kisah pengorbanan paling agong, kisah Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail. Cerita itu sudah ramai yang tahu bukan?

Akhir sekali, terima kasih isteriku sayang.. bertungkus-lumus seorang diri menyediakan juadah sempena hari raya ini. Sedap rendang tu.. ingat sampai bila-bila~

TT : Gara-gara zaman IT.. zaman canggih manggih.. nampaknya semua lebih sibuk hulur smartphone berbanding hulurkan tangan untuk sama-sama membantu proses penyembelihan dan melapah. Telefon pintar yang membuatkan pemiliknya kurang pintar. Nak sangat tangkap gambar.. ambik ini ubat~


Monday, October 14, 2013

Apakah hikmah nya??



Kita biasa dengar ayat ni.. yang baik itu daripada Allah, yang buruk datangnya daripada kelemahan kita sendiri!

Klise~

Orang selalu berkata.. setiap apa yang berlaku.. tak kira baik mahupun buruk, pasti ada hikmahnya!

Oh, Klise~

Kita harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di pagi hari lagi. Rupa-rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang cantik! Itulah hikmahnya.




Erm.. dengar macam sedap. Tapi tetap klise. Sebab selagi tak kena atas batang hidung sendiri sedaplah bercakap. Kan?

Kita selalu dengar ayat sebegini.. kita manusia hanya merancang, tetapi tuhan yang menentukan!

Juga klise seklise-klisenya ~

Ada tak ayat lain.. yang bunyinya lebih sedap. Enak didengar, namun masih sama maksudnya.


Ada beberapa pilihan :

(a) Yang baik datangnya daripada Allah... yang buruk juga daripada Allah tetapi disandarkan ke atas manusia seperti kita

(b) Kita manusia hanya merancang.. tetapi Allah itu sebaik-baik perancang

(c) Kita manusia hanya mentadbir.. tetapi Allah punya takdir

(d) Takdir Allah itu indah.. hanya Dia yang tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya, seperti mana tercatat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 260 " Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu " lebih kurang begitu maknanya

Pendek kata.. kita hanya hamba yang merencana.. di akhirnya Tuhan yang melaksana!


Klise itu berlalu..

Namun.. ada rasa deja vu pula!

Apa pula maksud deja vu? Deja Moss kah??

Déjà vu (pengucapan dalam bahasa Inggris: /ˈdeɪʒɑː ˈvuː/ (bantuan·info), pengucapan bahasa Perancis: [/deˈʒa ˈvyː/]) adalah sebuah frasa Perancis yang ertinya secara harfiah adalah "pernah melihat" atau "pernah merasa". Maksudnya adalah mengalami sesuatu pengalaman yang dirasakan pernah dialami sebelumnya.


Gitchew~

Jadi, apa motif entri kali ini??

Pengalaman TT.. sudah beberapa kali perancangan gagal dilaksana seperti yang dimahukan. Tahun 2013 saja sudah 3 kali kecewa.

Kali pertama, sambutan ulang tahun perkahwinan. Bukan main lagi nak lunch di angkasaraya. Tetapi sebelum tu dah rasa deja vu. Rasa hebat sangat boleh jumpa kedai barangan bayi di Setapak walau tiada daftar di Google Map. Ironinya.. nak menuju ke Menara KL yang sedia terpacak itu boleh sesat barat!

Kedua, ketika sambutan bulan puasa, mahu berifthor dengan kawan-kawan UPM; Wan-Rahman-Shahril-Fadzli. Kali ni dah book dekat salah satu kedai makan yang terkenal di Seri Serdang. Konon nk mengimbau kenangan. Alih-alih, aku tak dapat join. Emergency..ada kematian Mbah isteri.

Dan yang paling terbaru, masih di bulan yang sama bulan Ramadhan, merancang sambutan birthday Mama. Siap bawa semua. Kali ni sedikit berjaya, cuma bukan di venue asal iaitu Samuri P16, terpaksa relokasi di Bangi, kedai makan Awae, atas bukit.

Hari ini, 14 Oktober, ulangtahun kelahiran isteri tercinta. Sebelum usia kami masuk 3 siri. Aku sudah ada perancangan.. tapi takut-takut tak memuaskan hati. Janji dia suka dan bahagia.

Ya Allah.. Kau permudahkanlah :)

Thursday, August 29, 2013

Love Will Prevail | #FreeSyria | #AllahSaveSyria

Ini adalah sedikit sumbangan (contribution) oleh Maher Zain kepada warga Syria dari sudut karya muzik dan video klipnya juga amat menyentuh perasaan.



Sama-sama kita doakan saudara seagama kita di mana saja mereka berada. Biarkan jiwa kita besar!



Ketika Syria bermandi darah.. kita di Malaysia juga berlaku pertumpahan darah. Anak muda leka dan bermasalah dengan hidup. Dadahnya.. zinanya.. korupsinya.. Benarlah..kita di Malaysia, tak perlu bakar Masjid terang-terangan. Cukuplah kita leka, dan lupa serta malas ke masjid.

Alih-alih bila ada pihak tumpang surau yang terbiar untuk aktiviti keagamaan mereka, cepat pula kita melatah dan melenting. Inilah dia bangsaku.. Melayu mudah lupa. Baik tak bertempat.. Berbalah tak beringat.

Dan sebagai penutup..tak sangka portfolio Menteri sekarang (terutama Penerangan) perlu ada kriteria pandai menulis lirik! Amboi...nak lawan Dr. Rais Yatim ke yang menulis lirik lagu hazabedah Janji Ditepati. Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku. Gitchew~


Sunday, July 28, 2013

Ramadhan juga ada kontroversi

Siapa kata Ramadhan sunyi daripada kontroversi? Tahun 2013 adalah buktinya.



Di sebalik kegelisahan rakyat Malaysia menghadapi krisis perkauman (seperti isu Alvivi, lepas tu Mamat Cina kena culik,diugut dan ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel, ada pula beberapa kes guru dibunuh/ditembak, selepas tu kisah Nyonya, aunty ni marah pekerja McD gara-gara patung "Minion" itu dan macam-macam kisah lagi), mujur Mamat Cina No. 1 ini muncul di saat yang tepat.

Belum lagi isu murid sekolah bukan Islam dikatakan makan dalam tandas. (Walaupun cerita sebenarnya, makan di bilik persalinan sebab kantin sedang direnovate!)



Paling tidak, jernih sedikit warna yang semakin dengan api kebencian. Serius, sehingga aku juga terbawa-bawa membenci bos cina di tempat kerja walaupun isunya kecil. Bila difikir semula secara waras, akal yang matang, sia-sia saja aku deactivate akaun FB aku. Kan?? Ahaks.



p/s : Ludah ke langit...takkan aku calit, buang kotoran itu.

Saturday, January 26, 2013

Resolusi 2013




Ni kira macam entri muhasabah gitew~



Motif??

Baiklah.. ini serius!

Tunguu... Ini semua poyo~



INI SEMUA

▒█▀▀█ ▒█▀▀▀█ ▒█░░▒█ ▒█▀▀▀█
▒█▄▄█ ▒█░░▒█ ▒█▄▄▄█ ▒█░░▒█
▒█░░░ ▒█▄▄▄█ ░░▒█░░ ▒█▄▄▄█



Apakah maksud dan makna poyo? 

Listen!


Listen!


Listen!


Listen!

Berapa kali listen daa??

Baiklah.. kali ini tak main-main. MISI 30!

Sebelum usia aku menjejak ke angka 3 siri.. apakah yang mahu dikecapi?

- dah habis belajar.. dah kerja..dah berkeluarga
- jadi?
- kukuhkan lagi kewangan?
- kerjaya baru mungkin??
- rumah sendiri!

Yang mahu diperbaiki?

- amal ibadat
- mahu lebih bermurah hati.. lebih bertanggungjawab.. tak berkira
- masa berkualiti untuk keluarga
- masa untuk penjagaan kesihatan
- jaga pemakanan


Yang mahu diatasi?

- hubungan dengan Allah dahulu.. kemudian hubungan dengan manusia
- kikis sikap buruk seperti tidur pagi yang menutup rezeki
- tundukkan nafsu..perang besar
- takut berdepan bayang sendiri/khilaf diri
Pengajaran 2012 :


Tersungkur.. Jatuh.. Rebah tertiarap! Lebih banyak berbanding yang boleh dibanggakan. Aku mulakan dengan kemalangan. Malang yang tak berbau & terus melekat. Aku liat. Aku ralat. Aku alah~

Biarpun ada sedikit sinar di hujung jalan.. moga ianya takkan sirna. Aku akur.. aku akui.. aku rebah. Tapi aku tak tewas. Belum mengaku kalah umpama haiwan yang terancam dan kian pupus. Sekerat.. sekerap skrap!



Panduan 2013 :

Andai usia aku tidak panjang.. sekurang-kurangnya aku ada pewaris. Bagaimana aku mahu pastikan ianya dalam keadaan baik dan penuh persediaan?? Aku bakal menerima anak lelaki in sha Allah & aku tak mahu anak lelaki aku nanti jadi macam aku! Kemandirian hidup~ Perlu kikis perasaan negatif..seperti pasif, defensif & pesimis. Maka perlu lebih kreatif..inovatif..pro-aktif dan optimis.

Bangkit! Sedar! Diri.. Daki.. Lari...


Resolusi?? 7 T

- Taqwa - Tekun -Tabah - Tegar - Tegas - Tetap - Terus

Huraiannya?? Menjelang ulang tahun

Friday, December 14, 2012

Renungan pagi Jumaat



Rasanya masih belum terlambat berkongsi video ini. Cetusan idea seorang blogger+video=vlogger. Vlogger dakwah, @Matluthfi90 yang menang Shout! Awards 2012. Inilah produk beliau. Hayati bersama.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, November 20, 2012

Makna Bacaan Solat



Video yang menarik untuk dihayati bersama. Apa makna kita bersolat selama ini??

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 24, 2012

10 LANGKAH-LANGKAH KALAU NAK BUAT DOSA...


Peringatan untuk diri sendiri & saudara seagamaku...

10 LANGKAH-LANGKAH KALAU NAK BUAT DOSA...


1. Ingat MATI. Bayangkan kita mati sebelum melakukan dosa tersebut. Bayangkan kita mati selepas melakukan dosa, tak sempat nak bertaubat. DAN.. bayangkan kita mati sewaktu melakukan dosa dalam keadaan mengaibkan!


2. Ingat ALLAH! Siapa ALLAH? Dah tak kenal tuhan sendiri? Cuba bayangkan kita di pejabat/sekolah dan kantoi depan CEO/Bos/Pengetua tengah ponteng! Playing truant yeah?


3. Pastikan LINE CLEAR! Tengok kiri, kanan (ada orang nampak ke tak) termasuk bahagian atas dan bawah. Kot-kot ada CCTV tak pasal-pasal kantoi. Betul ke takde orang nampak?? CCTV Allah.. malaikat Raqib & Atid sentiasa mencatat amalan kita..Maka kalau nak buat dosa, cari tempat yang ALLAH tak nampak


4. Jangan guna nikmat yang Allah bagi. Jangan guna mata, jangan guna tangan, kaki yang Allah pinjamkan. Gunakan akal untuk berfikir..cara paling "kreatif" nak buat dosa. Sebab..ingatlah..di padang mahsyar nanti, mulut kita terkunci..tetapi tangan akan bercakap, kaki akan menjadi saksi apa yang kita lakukan.


5. ISTIGHFAR...sempat ke kita nak bertaubat dengan dosa yang semakin menimbun. Muhasabah diri sejenak.Cuba bayangkan dosa & pahala umpama duit. Cuba cek dompet kita..ada berapa hengget nak bayar denda/kompaun misal kata terkantoi. Ada tak duit nak bayar denda minimum RM 5K? Ke sanggup masuk penjara?


6. Laungkan AZAN. Moga syaitan yang menghasut lari bertempiaran. Cuba lengahkan buat dosa. Tangguh sekejap nak buat jahat. Bagi rasa malas! Malas nak buat dosa..sebab malas nak buat amal kebajikan.


7. Fikirkan KANTOI. Memang silap langkah. Bukan malu diri sendiri saja. Ahli keluarga turut mendapat malu.Glamor..dan popular sebab yang bukan-bukan.. Nanti rimas dengan soalan cepumas wartawan sebab diri terlebih popular.


8. Ingat orang TERSAYANG. Senaraikan satu persatu. Biar terimbas sejenak di minda kita wajah-wajah yang kita sayang. Mula dari ibu, bapa, pasangan & zuriat (kalau dah kahwin), adik-beradik, ipar duai, mertua. Bayangkan betapa malasnya nak memberi alasan. Penat nak menjawab dan bercerita. Publisiti murahan uols.


9. Tengok IC.. Ada tertera perkataan ISLAM! Agama kita..pegangan hidup kita sampai bila-bila. Kita bukan jadi part-time Muslim. Bila nak masuk syurga mengaku Muslim...bila nak buat dosa sanggup mengaku non-Muslim ke??


10. Kalau nak sangat buat dosa..eh, kalau nak sangat jadi ahli neraka..cuba ambil lighter. Hidupkan api! Bakar sikit hujung jari. Panas tak?? Ingatlah...kalau kita masuk neraka, apinya lebih panas berkali ganda berbanding api di atas muka bumi.


Sebagai penutup, terimalah.. lagu dendangan Shahir, Aku Yang Berdosa untuk dihayati bersama

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu


Sunday, April 22, 2012

Dakwah Cara Moden

Inilah namanya dakwah bil hal (atau dakwah mengikut keadaan). Gaya dan pendekatan orang muda geng kita. Sebagaimana fenomena dakwah yang telah berjaya dicetuskan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Don Daniyal.

Tahniah! Tak ada salah pun. Rasanya method ataupun manhaj akan tampak lebih kemas dan tersusun sekiranya pendekatan baru diaplikasi. Jadi.. bagi menentang arus kejahilan, para  da'ei atau pendakwah harus menyusun atur, gerak langkah agar ianya selari dan seimbang dengan kehendak/kemahuan golongan sasar.

Memandangkan golongan muda paling ramai, dan dunia ini bakal diwariskan kepada orang muda, maka seharusnya orang muda belia juga (kalu orang tua pun tetap berjiwa muda) yang perlu menjadi model ataupun salah satu sumber rujukan. Sekurang-kurangnya, jurang (gap) itu tidak begitu terasa jauhnya.

Contohnya.. rancangan seperti Adik-adikku yang mahu melahirkan pendakwah atau pemidato cilik. Imam Muda, Ustazah Pilihan dan yang sehala dengannya. Maher Zain dan Irfan Makki juga berdakwah dengan cara mereka sendiri. Bukan?

Justeru.. alang-alang orang kata ini musim K-Pop bagai.. maka tak salah kalau ada usaha dakwah sebegini diperkenalkan..



TT : Apa cer dengan kumpulan yang claim memperjuangkan genre M-Pop, yakni Max24:7, Gula-gula dan yang senasib dengannya? Hua hua hua. TT memang kureng dengan K-Pop bagai nih :p

Sunday, February 12, 2012

Rukhsah dalam solat

Kalau anda pembaca setia, pasti anda masih ingat lagi entri Tayammum kan? Pasal rukhsah dalam solat. Dan entri kali ni, masih lagi berkisarkan rukhsah atau keringanan dalam mendirikan solat. Situasi dan keadaan ini amat tepat dan kena sekali dengan apa yang aku dan bapa-bapa beranak kecil di luar sana alami. 

Jika tiada orang yang boleh diharapkan untuk menjaga anak kita, maka ini adalah salah satu jalan keluarnya.. yakni bersolat bersama-sama anak sambil mengendong. Betapa indahnya Islam...lihatlah kaifiyatnya sepertimana gambarajah di bawah ini. Selamat beramal :)




Tuesday, January 31, 2012

Resolusi 2012



Awal tahun 2012 baru-baru ni, masing-masing sibuk dengan azam, tekad, pembaharuan, penghijrahan ataupun anjakan paradigma dalam hidup. Ada juga segelintir yang memilih jalan selamat, mahu laksanakan azam yang belum terlaksana tahun sudah. Malah, ada juga yang langsung buat tak tahu saja dengan kehadiran tahun baru. Itu bukan mengejutkan.. bukan?

Apa yang mahu diubah kalau semuanya elok saja di pandangan mata. Apa yang mahu ditukar kalau keadaan sekarang buatkan kita selesa tidak terkata. Buat apa mahu mengejar sesuatu yang sukar didapatkan, kalau yang dikendong berciciran. Bukan? Mengharapkan buah yang tak gugur.. umpama menunggu kucing bertanduk.

Itu cuma pandangan atau pendirian segelintir individu. Terpulang kepada mereka samada mahu terus mendiami zon selesa mereka atau meninggalkannya. Melakukan sesuatu perubahan yang lebih positif atau lebih baik hanyalah satu pilihan bukan paksaan. Moga-moga tahun ini lebih baik daripada tahun sudah. Dan tahun-tahun mendatang lebih baik daripada tahun ini. Itu yang Islam mahu. Dan begitulah hendaknya kita. Sentiasa berubah menjadi bertambah baik.

Jika dulu duduk menyewa rumah teres, tahun ini menyewa rumah semi-D, tahun mendatang mampu beli rumah sendiri. Jika dulu bujang, tahun ini berdua, dan hendaknya bertiga,berempat, berlima tahun selanjutnya. Jika dulu ibu bapa tanggung diri, tahun ni sudah ada pekerjaan, maka tahun depan boleh ringankan beban ibu bapa bantu adik-beradik dan sedia tanggung keluarga sendiri pula.

Itulah yang semoleknya kan? Sepatutnya.. seharusnya.. dan semestinya. Untuk merealisasikannya, kita memerlukan keazaman yang kuat, keinginan yang mendalam, kesungguhan yang berterusan supaya apa yang dihajati mampu dikecapi. Apa yang menjadi sasaran, tepat ke dalam dakapan.

Apa dia misi yang ingin dilaksanakan itu? Apakah projek yang mahu dijayakan itu? Adakah aku mahu memahat nama aku sampai layak menghiasi slot Wajah 2012 walaupun akulah pemilik blog ini?? Teet~ Haha.. Baiklah kalau boleh, aku mahu fokus ke arah pembangunan diri, keluarga dan kerjaya. Itu secara keseluruhannya saja. Aku akan lebih spesifik dan terperinci menjelang ulangtahun ketiga blog ini 25 Februari nanti.

Diri sendiri? Mahu menjadi hamba Allah yang bertaqwa, mahu jadi anak soleh, suami & bapa penyayang, pekerja cemerlang! So cliche~ Yet meaningful. Keluarga? Mahu tambah apa? Anak? Mahu menjana ekonomi keluarga dengan lebih kemas dan jitu. Tapi, bagaimana caranya? Semestinya dengan memantapkan lagi prestasi kerja. Senang cerita, mahu yang manis-manis saja.

Alang-alang buka topik azam ni, apakah progres Azam 2012? Setelah 30 hari berlalu, adakah ia merupakan satu permulaan yang menarik? Emm... Huh! Bukan nak mengeluh, tapi hakikatnya cerita aku berbeza. Kisah aku memang lain sikit. Terkeluar daripada trek landasan kisah terbaik.

Senang cerita, aku melalui permulaan yang agak buruk bagi tahun 2012. Macam-macam juga lah. Kemalangan kereta, adik turut terlibat dengan kemalangan selang beberapa hari kemudian, terlepas kapal terbang pulang ke KL ketika bercuti di Kota Bharu, dan begitu banyak benda yang diharapkan berlaku tapi tak terjadi (termasuklah proses menanti cek yang tak kunjung tiba termasuklah berita kekalahan Arsenal hampir semua perlawanan Januari ini).

Pendek kata, hambar.. permulaan 2012 yang kurang menarik. Tapi tak mengapa.. usah gusar. Anggap saja inilah ujian daripada-Nya supaya aku tabah, dan lebih bersemangat. Jangan mudah putus asa. Rahmat Allah melangit luas.

2012 menjanjikan harapan. Ada impian yang ingin digapai. Ada kehendak yang mahu dilaksana. Soal 2012 menjanjikan sesuatu yang indah itu bukan lagi pertanyaan. Pulangkan saja rasa ralat itu biarpun permulaannya agak teruk, tapi itu tak bermakna pengakhirannya buruk. Walau permulaanya baik, tapi itu bukan jaminan pengakhirannya juga menarik.

Redah saja.. berserah... tawakkal.. hadapi dengan tenang... senyum, tak perlu kata apa-apa :)

Monday, January 23, 2012

TAYAMMUM

Mungkin ramai sudah baca entri sudah. Kan? Dan aku juga ada menceritakan yang adik aku telah dimasukkan ke hospital kerana terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah.. pembedahan selesai dilaksanakan. Kepalanya ada satu jahitan kecil. Nyaris-nyaris kena bahagian otak. Cuma.. kena tunggu perkembangan jari telunjuknya dari semasa ke semasa. Samada dapat diselamatkan atau terpaksa dikorbankan. Tawakkal dan berserah kepada-Nya.

Apa yang telah berlaku.. sudah pun berlaku. Malapetaka..kecelakaan.. kemalangan tidak dapat dielakkan. Semua orang pasti mengalaminya. Dan hidup mesti diteruskan. Berbekalkan pengalaman pahit itu, pastinya banyak pengajaran dan perubahan boleh dilakukan.

Dalam waktu yang sama, kami sekeluarga, terutama diri aku sendiri.. tercari-cari apakah hikmah yang tersembunyi. Apa mesej yang Allah cuba sampaikan kepada kami. Apa yang pasti.. aku sendiri leka dengan arus dunia. Mungkin tak ralat kalau kita kata urusan duniawi lebih diutamakan berbanding usaha dan amal menuju alam barzakh dan hari pengadilan.

Pengajaran ataupun peringatan pertama yang keluar daripada mulut Mama ialah kerunsingan Mama melihatkan kami 3 adik-beradik lelaki yang menggunakan motorsikal sebagai kenderaan rasmi ke tempat kerja/belajar. Mungkin, dalam masa terdekat aku kena memilih alternatif lain sebagai pacuan ke KLCC. Mungkin tren merupakan alternatif terbaik buat masa ini.


Berbalik kepada kisah adikku.. keadaan beliau sudah mulai stabil. Adik dah mula sedar dan ingatan mula pulih. Alhamdulillah. Sebab kami runsing jika kemalangan itu memberi kesan kepada otaknya memandangkan adik baru saja menyambung pengajian sarjana mudanya.

Aku sendiri sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya supaya tidak mudah putus asa biar apa jua keputusan mengenai jari telunjuknya di masa mendatang. Nasihat dan kata-kata peransang ini harap-harapnya dapat memberikan beliau semangat baru. Sikap buruk, leka, ralit dengan dunia perlu diberi anjakan paradigma.

Dan.. mungkin ini antara kata-kata nasihat daripada seorang abang kepada adiknya yang meninggalkan kesan. Berbekas...mengalahkan segala parut yang melekat di tubuh adik ekoran kemalangan yang dialaminya. SOLAT TETAP UTAMA walau apa jua keadaan sekalipun.

Maka, tidak dapat tidak, solat tidak boleh diambil mudah. Wajib dilaksana walau apa jua cara sekalipun. Jangan tinggalkan solat walaupun kita sakit. Sebab apa? Sebab Islam itu mudah dan tak membebankan umatnya. Ada rukhsah atau keringanan jika solat itu sukar dilaksanakan secara sempurna.


Jika tak boleh berdiri, boleh solat duduk, kalau tak larat duduk, boleh solat mengiring atas lambung kanan, kalau tak mampu juga boleh duduk terlentang menggunakan isyarat mata, hatta menggunakan hati sebagai medium sekalipun. Sakit bukan alasan.. tapi anggaplah ini alasan Allah mahu beri kita lebih pahala. Pahala bersabar dan pahala mendirikan solat :)



Bila berbicara soal solat, pastinya kita perlu suci dari hadas besar dan kecil bukan? Maka, sudah pasti kita perlu berwudhu' sebelum menunaikan solat. Kita berwudhu' menggunakan air mutlak. Tetapi.. betapa indahnya Islam, jika tiada air yang cukup atau kita cedera/luka parah yang tak membolehkan tubuh badan kita terkena air, maka TAYAMMUM adalah jalan penyelesaiannya.

TAYAMMUM? Pernah dengar perkataan ini? Kita ada belajar suatu ketika dulu. Mungkin teori semata-mata tapi tak pernah praktik sebab bumi Malaysia sentiasa dilimpahi air yang mencukupi. Pernah dengar perkataan istinjak? Istinjak juga merupakan alternatif kita mensucikan diri kita daripada najis. Tak ada air, boleh guna batu yang ada 3 bucu, kayu atau apa saja yang kesat yang boleh menghilangkan warna, bau dan rasa.

Berbalik kepada topik tayammum.. memandangkan adikku cedera amat teruk di bahagian tangan, maka bahagian berkenaan tak boleh terkena air. Maka tayammum diharuskan supaya adik tak meninggalkan solat dengan sengaja. Bagaimana caranya kita bertayammum? Menggunakan apa? Debu bukan? Tapi debu macam mana? Yang bersepah di tepi jalankah?

Inilah jawapannya..


Kita ada debu yang suci dan khusus untuk bertayammum sebagai ganti kepada wudhu'. Boleh didapati di kedai buku agama contohnya. Ok.. bahan sudah ada. Bagaimana pula tatacaranya? Mula-mula sekali, abil kertas yang bersih, lalu taburkan seperti di bawah.


Pertama sekali.. niat.


Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

Kedua..menyapu muka. Yakni letak kedua-dua tapak tangan di atas debu itu, kemudian nipiskan sedikit debu dengan membuang di atas kertas yang lain lalu menyapu rata muka sekali harung iaitu dengan memulakan bahagian atas ke bahagian bawah ketika menyapu muka.


Ketiga, menyapu kedua-dua belah tangan. Sama seperti tadi, letak tapak tangan di atas debu dan mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri. Mula dari belakang tapak tangan kanan menuju ke siku sebelum menggunakan ibu jari kiri meratakan bahagian depan. Tanpa putus, sambung meratakan debu ke tangan kiri.


Dan langkah terakhir, semestinya kena tertib.Sekali saja. Mudahkan? Tak payah 3 kali. Begitulah indahnya Islam :)