Wah! Bulan Julai sangat meriah. Penuh WARNA! Kuning.. menjadi kegemaran ramai! Jom kita flashback apa yang hangat bulan Julai 2011 ini. Kita hamparkan Carta Darjah Celcius (CDC) Julai 2011 :
1.0 BOLA!
1.1 Bola Malaysia - kelayakan Piala Dunia pusingan kedua.
Semua sudah tahu, kita gagal secara aggregat. Setelah luka dicederakan Singa, akhirnya kita tewas di kandang sendiri. Rasanya silap besar turunkan Sharbinee yang melepaskan 2 gol sebegitu saja sewaktu pusingan pertama. Bek pun lemah. Ah, malas cakap banyak. Nanti semakin terluka hati dibuatnya.. Singapura yang suka berpura-pura tetapi Malaysia sia-sia banyak peluang yang ada. Apa-apapun tetap berbangga dengan skuad 100% anak tempatan! Tapi Rajagobal tetap silap percaturan kali ini.
TT: Indonesia dan Thailand pun mara ke pusingan ketiga
1.2 Copa America - Uruguay Juara
Setelah menewaskan Paraguay 3-0 hasil jaringan Diego Forlan & Suarez.
TT: Argentina dan Brazil kalah melalui sepakan penalti
1.3 Trilogi BPL
Malaysia XI lawan Arsenal (0-4)
Malaysia XI lawan Liverpool (3-6)
Malaysia Pilihan (Olimpik + Senior) lawan Chelsea (0-1)
TT: Nasib baik Chelsea tak seri. Kalau tak... malu~.
1.4 Kelantan Juara Liga Super
Nasib baik Selangor PKNS & Sarawak dah tak perlu hadapi play-off menyertai Liga Super 2012. Kan?
TT: Abdul Hadi Yahya menang kasut emas. Satu gol lebih daripada Mat Yo!
1.5 Piala Presiden - Kelantan
Sekali lagi milik Kelantan. setelah menewaskan MP Muar 2-1 ketika masa tambahan sewaktu beraksi di kota Bharu.
TT : Skuad muda Olimpik bawah 23 telah sampai ke pringkat kumpulan. Satu-satunya wakil Asia Tenggara. Namun, satu kumpulan dengan Jepun, Bahrain & Syria.
1.6 Jepun - Juara Piala Dunia Wanita
TT : Tak dapat bayang wanita main ragbi~
2.0 BERSIH 2.0
Ingat dua nama ini... Ambiga Sreenevasan & A. Samad Said. Dua figura ini bakal terisi dalam buku sejarah kelak.
Rakyat perlubijak menilai. Mana intan mana kaca? Mana media suka perdaya, mana media boleh percaya? Siapa salah guna& siapa yang diperguna. Tepuk dadalah beb~ Dan ramai yang fobia kuning rupanya. Tapi bukan dia di bawah ni. Siapakah? Anak Tun.
Dan terimalah lagu ini. FREEDOM dendangan Maher Zain. Hayati liriknya buat pejuang sekalian :
Emm.. rakyat Malaysia tak bebas pakai baju gamaknya. Pakai baju Menyu pun salah ke??
TT: Suka pakai JERSI KUNING Malaysia! Kena tangkap tak? Emm.. mungkin kena sembur je~
3.0 NEWS OF THE WORLD!
Pernah dengar nama ini?? Inilah akhbar tabloid UK (1843-2011) yang telah ditutup mengakibatkan kira-kira 200 orang kakitangan hilang pekerjaan. Semuanya gara-gara skandal menggodam telefon bimbit.
TT: Sinar Harian akhbar yang seimbang liputannya. Tak seperti U... (ah.. malas nak sebut, senaraikan sendiri :P). Dan tahniah kepada 'tim produksi' Juvana, fenomena baru yang memperkenalkan Cikgu Zakiah, Botak, Apek, Daim, Kedah dan ramai lagi. Khabarnya cecah 4 juta orang. Ke TV3 kuat propa??
4.0 SELATAN SUDAN @ SOUTH SUDAN
Inilah negara paling bongsu di muka bumi. Setelah perang saudara berterusan akhirnya kawasan Selatan Sudan yang manjoritinya beragama Kristian mendapat kebebasan.
TT : Pilihanraya Thailand berakhir..Adik Thaksin bakal PM? PRU 13 bila??
5.0 JOHAN
5.1 Imam Muda 2 - Hassan
TT : IM Fakhrul kata ada orang mengaku doa untuk kekelahan beliau supaya Fakhrul terus tabur bakti jadi imam di Terengganu, bukan milik Astro
5.2 Tilawah Al-quran Peringkat Antarabangsa ke-53
Juara milik Qari & Qariah Malaysia, Amirahman Abas & Suraya Abu Hassan
TT : Perkembangan baik daripada negara Filipina yang meningkat mutu bacaannya. Sampai dapat nombor kali ni~
5.3 Pija Shafiza
Pija Shafiza, 11 tahun salah seorang daripada
6 pemenang menulis esei pendek/poskad kepada PM. Pemenang dapat iPhone 4 tu!
TT : Nak buat balik tajuk karangan "Kalau saya dapat SATU JUTA ringgit.." Mana ku mampu membeli cincin bertatahkan berlian walau sudah menabung semenjak kecil~
6.0 Ashraf @ Aleesha
Memang gempar. Muka, wajah persis wanita tapi sayangnya... bernama
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang tertera di dalam IC. Maka, Ashraf
mahu tukar nama.. Aleesha Farhana. Dek kerana permohonannya gagal,
Ashraf mengalami sindrom kemurungan yang dikatakan menjadi punca
kematiannya. Tragis sekali kisah hidupnya. Al-fatihah.
TT: Amy Winehouse juga kenangan..usia 27 tahun pergi.. sama seperti
Kurt Cobain, Brian Jones, Janis Joplin, Jimi Hendrix dan beberapa lagi
yang termasuk kumpulan
The 27 Club?
7.0 Duta Sukan MAXIS
Seramai
7 orang atlet negara terpilih menjadi Duta Sukan Maxis. Antara
atlet-atlet yang dinamakan Duta termasuk wira badminton negara Dato’
Lee Chong Wei, Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat; pemain skuasy Azlan
Iskandar; pelumba basikal Azizulhasni Awang; dan penerjun Pandelela
Rinong dan Leong Mun Yee.
TT : Takraw 1Dunia - thailand masih kuasa besar sukan Sepak Takraw~ Malaysia kalah straight set
8.0 JUARA
8.1 Showdown
Kumpulan Elecoldxhot menjadi kumpulan kedua selepas Wakaka Crew menjuarai Showdown 2011
8.2 Bakat TV
Pemain Kulintangan dari Sabah, razali abd Rahman, 26 telah menggondol hadiah RM 20,000 selaku juara Bakat TV anjuran RTM. Dan razali sekali lagi memenangi ekstra/bonus RM 10,000 setelah dipilih sebagai Bakat Popular.
TT: MM Sarah?? Siapakah?? Oh.. juara Mari Menari 2! Tak tengok pun. Huhu
9.0 TINGGAL KENANGAN
KTM Tanjung Pagar ditutup mulai 1 Julai 2011. Akan berpindah ke
Woodlands. Alasannya sebab Bahagian Pemeriksaan Imigresen (checkpoint)
beroperasi di Woodlands. Alah, macam aku pernah ke Singapura kan??
Hehe.. Tetapi sekurang-kurangnya, tanah KTM Tanjung Pagar hak milik KTM
& pasti membawa seribu memori untuk dikenang senantiasa.
Semuanya tinggal kenangan..
TT : Perkahwinan Norman-Memey ditaja RM 12 juta?? Dan kes khalwat mereka khabarnya sudah selesai. Bersih~ terlepas daripada didakwa. Mereka kata hadiah sempena perkahwinan mereka. Emm~
10.0 Pelampau Kristian @ Oslo
Ramai yang terbunuh! Kira-kira (84+92) orang terbunuh gara-gara amukan (di mana suspek melepaskan tembakan) kemudian mengebom pejabat kerajaan di Oslo, Norway. Dan pembunuh itu dikatakan ada 'penyakit'.
TT: Kalau orang Islam dah lama dicop terrorist atau pengganas! Kan?? Al-fatihah kepada arwah Dr. Lo'lo, ahli Parlimen Titiwangsa yang telah kembali ke rahmatullah