Hebahan

Sunday, March 31, 2013

The Stand Up Science Show @ Sultans of Science, Petrosains






Ya! Sah! ِِAku akan menyertai ASPAC 2013 di Korea Selatan, Mei nanti.



Apakah??

Rangkaian Asia Pasifik Pusat Sains & Teknologi (ASPAC) telah ditubuhkan pada tahun 1997 untuk memudahkan komunikasi dan kerjasama di kalangan pusat sains, muzium, dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menggunakan pendekatan interaktif untuk menggalakkan kecemerlangan dan inovasi dalam pembelajaran formal dan pemahaman awam sains dan teknologi di rantau Asia Pasifik



Dan kenapa?

Aku akan mewakili Petrosins (mewakili Malaysia juga) untuk mempersembahkan sebuah pertunjukan sains (science show) dengan tajuk The Stand-Up Science Show. Ianya ala ala Stand-Up Comedy sikit. Dan sebenarnya The Stand-Up Science Show hanya mampu ditonton di Sultans of Science sahaja. 


Kiranya, SOS ada produk/program yang istimewa kerana pertunjukan sains ini tidak menggunakan sebarang props sebaliknya menggabungkan beberapa busking yang melibatkan anggota tubuh badan, ucapan, simulasi, pengiraan dan yang paling penting elemen teaterikal, dan hiburan eksperimental.  


Menerusi laman web rasmi ASPAC2013, memang sah aku ke sana. Walaupun bukan pertandingan, tetapi inilah ruang dan peluang menambah pengalaman dan mengharumkan nama negara. Yang penting, sebaris dengan Graham Walker, yang dijadikan idola mana-mana pusat sains kerana beliau memiliki PhD dalam science show. Klik sini.

Doakan... moga urusanku dipermudahkan. Amin...

No comments:

Post a Comment