Hebahan

Sunday, November 30, 2014

Wajah November 2014

1. Maharaja Lawak Mega kembali. Yang menarik perhatian bukan pesertanya seperti Jalor dan Shake, sebaliknya barisan juri lebih menarik perhatian. Tahun ini menampilkan penyanyi dari seberang Tambak Johor, Taufik Batisah yang semakin hangat dengan single yang amat segar, #awakkatmane.








Bersama selebriti chef Indonesia, Farah Quinn, Datuk Jalaludin Hassan serta princess wannabe, Nurfazura yang senantiasa tabah (sebab bulan ni banyak X yang telah selamat bina masjid)

TT : Selain ada rancangan realiti sendiri, Fazura turut melancarkan singlenya yang terbaru, Sayangi Dirimu ciptaan Damien Mikhael. Lirik oleh Shah Shamsiri.


2.  Filem baharu yang mencetuskan fenomena

Interstellar (Christopher Nolan boh!) Read this.




Big Hero 6 (penerbit Frozen)





Lelaki Harapan Dunia (dah jelajah festival filem seluruh dunia)











TT : Ada Apa Dengan Cinta 2014 (AADC 2014)

3. Ratu Dangdut, Amelina is back! Siapa sangka, Alyn hilang ketika zaman kemuncak. Tup tup muncul balik selepas 15 tahun. Puncanya... perkahwinan. Kita doakan yang baik-baik saja. Sebab khabarnya bakal bekerjasama dengan Ajai (yang sentap dengan Top 5 AIM)




Semuanya bermula bila Maya Matahri muat naik gambar mereka di IG kemudian dihidu orang ramai (forumer Cari). Dan sah, Amelina masih belum bertudung. Yang bertudung merah hari itu sebab tak mahu dicam oleh peminat katanya~  Apa lagi Mas Idayu... habis Mentor Legend ni bolehlah fikir nak set up bisnes apa. Ooops!

TT : Kesian Datuk Lee Chong Wei... semuanya gara-gara Dexamethasone



4. Musim anugerah! Berturut-turut anugerah hiburan dianjurkan bulan ini. Dimulakan oleh Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014, Festival Filem Malaysia 26 (FFM26), Anugerah Skrin TV3 2014 termasuklah Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 #mm29sf , pentas ke AJL29. Klik sini unyuk senarai penuh pemenang.

Dan antara yang menonjol dan mencuri perhatian termasuklah :

Drama Matahari Terbit Lagi (TV Al-Hijrah)






Dan juga adik Puteri Balqis





TT: Zahiril Adzim solat di tempat parkir PWTC sebelum ASK 2014 pun boleh jadi viral?



5. Most Valuable Player 2014 : Mohd Khairul Azhan. Mula-mula sekali tahniah Pahang, mendakap piala ketiga dalam masa 1 tahun. Mengekalkan Piala Malaysia setelah menjinakkan JDT melalui sepakan penalti. Ramai yang kutuk Mat Yo tak berjaya jaringkan gol... tetapi tak ramai yang memuji Azhan, hero sebenar Pahang yang menyelamatkan sepakan penalti tersebut!



Skuad Harimau Malaya yang beraksi di Piala Suzuki AFF telah mara ke peringkat Separuh Akhir seperti yang disasarkan. Safee Sali juga menyerlah di sebalik kontroversi merokok dan berlagak "diva".


TT : Tahniah Hamilton... juara F1 2014 mengalahkan saingan utama daripada pasukannya sendiri, Nico Rosberg.



6. Fenomena/bencana pelik yang muncul.







Puting beliung di Kedah






Tanah runtuh di Cameron Highland... tetapi banjir?? Sampai Sultan Pahang murka? Lepas tu nak salahkan PATI lah pulak???




TT : Bila Hati Berbicara drama Akasia baharu di TV3 yang turut memperkenalkan Siddiq Safian selaku penyanyi runut bunyi drama tersebut.

7. Kisah ratu cantik

Miss Honduras, Maria Jose Alvarado yang dibunuh




Manakala bekas ratu cantik Malaysia Pauline Chai yang berkahwin dengan jutawan Datuk Khoo Kay Peng ada kes penceraian disebabkan telah diperlakukan sebagai hamba. Benarkah?


TT : Eina Azman..eh... Datin Paduka Eina Azman yang dituduh sengaja parking kereta di Petronas Solaris Serdang dihencap secara berjemaah. Kesian beliau.. apa salahnya sambil isi minyak kereta dan nak ber"Mesra".  Dr. Mashitah kutuk ustazah ekspress..nak jaga tepi kain orang tanpa menyedari tudung sendiri makin pendek menampakkan .... (habiskan sendirilah ayat tu...huhu)

8. Isu penukaran nama jalan kepada nama bekas Agong. (Jalan Duta kepada Tunku Abdul Halim, Jalan Khidmat Usaha kepada Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Ipoh kepada Sultan Azlan Shah, Persiaran Duta kepada Syed Sirajuddin, Persiaran Mahameru kepada Tuanku Ja'afar, Lebuhraya Mahameru kepada Sultan Iskandar, Jalan Semarak kepada Sultan Yahya Petra dan Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah kepada Sultan Mizan Zainal Abidin)




TT : IOI City Mall. Kecoh pasal shopping mall yang baru ni. Boleh ice skating di kawasan paling besar dan luas di Malaysia katanya~



9. Isu semasa;

RON95 akan diapungkan? Subsidi akan ditarik? Maknanya harga akan sentiasa naik dan turun mengikut harga minyak dunia.  Khabarnya bermula 1 Disember, harga minyak RON95 telah turun 4 sen... RON97 turun 9 sen.



 


Isu JPJ berkenaan nombor plat melibatkan orang kenamaan yang tidak mengikut garis panduan. Maka, kerajaan berkemungkinan akan mengkaji  hanya JPJ keluarkan nombor plat. Baru ikut standard... macam negara Jepun.

TT : Kes buli melibatkan budak singlet hitam yang menular menjadi viral baru-baru ni rupa-rupanya kes 4 tahun lepas! Nampak tak kesan negatif media sosial? Viral...termasuklah kes buli di rumah anak yatim di Perlis.







10. Firman, Juara AF2014. Ada orang kata... juara mula dengan huruf F semuanya akan sendu.. seperti Faizal dan Faizul! Oooops~




TT : Gegar Vaganza apa cer ni?? Metro kantoikan Hasnol tersingkir. Lebih parah reporter senior, Huz dari Utusan bocorkan finalis Gegar Vaganza. Shima bukan finalis ok tapi Ifa Raziah! Astro tak mahu saman mereka kah?

Saturday, November 29, 2014

Dan keputusannya ialah...

Kebelakangan ini, banyak anugerah dan pertandingan yang telah dianjurkan. Bak rumah yang dah siap, pahat masih berbunyi. Tahun ini menyaksikan bukan saja kemenangan yang boleh dipertikaikan atau agak meragukan, malah dari permulaannya lagi sudah menampakkan kejanggalan, yakni dari pencalonan Top 5 ataupun peringkat Separuh Akhir. (Tidak terkecuali Anugerah Sukan dan juga Petrosains Science Show Competition 2014! Oooops~)

Biasalah, adat pertandingan bukan... terimalah seadanya, pemenang-pemenang berikut :

Festival Filem Malaysia (FFM26)

1. Anugerah Poster Terbaik - KIL
2. Anugerah Kesan Khas Terbaik - Tanda Putera
3. Anugerah Pereka Kostum / Busana - Tanda Putera
4. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - RykalIskandar (Ajiboy)
5. Anugerah Pelakon Harapan Wanita - Cristina Suzanne (KIL)
6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki - Zul Ariffin (Penanggal)
7. Anugerah Lagu Tema Terbaik - Aku Datang - Tomok (Istanbul aku datang)
8. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik - KL Gangster 2
9. Anugerah Penataan Seni Terbaik - Penanggal
10. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Umie Aida (Sembunyi)
11. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Dato Rosyam Nor (KL Gangster 2)
12. Anugerah Pengarah Harapan - EllieSuriaty (Penanggal)
13. Anugerah Filem Pendek Terbaik - Jahit
14. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik - TandaPutera
15. Anugerah Penyunting Terbaik - KL Gangster 2
16. Anugerah Cerita Asal Terbaik - Mamat Khalid (Rock Oo)
17. Anugerah Lakon Layar Terbaik - Nik Amir (KIL)
18. Anugerah Sinematografi Terbaik - Penanggal
19. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
20. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - RusdiRamli (Tanda Putera)
21. Anugerah Pengarah Filem Terbaik - Nik AmirMustafa (KIL)
22. Anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik - Papermoon
23. Anugerah Filem Terbaik - KIL

Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL (MPFKL) 2014

Filem Terbaik : The Journey
Pengarah Terbaik : Chiu Keng Guan (The Journey)
Aktor Terbaik : Sai Peng Lee (The Journey)
Aktres Terbaik : Ruminah Sidek (Kolumpo)
Lakon Layar Terbaik : Namron & Fared Ayam (Psiko Pencuri Hati)
Sinematografi Terbaik : Eric Yeong (The Journey)
Aktor Pembantu Terbaik : Syed Husein (Psiko Pencuri Hati)
Aktres Pembantu Terbaik : Nur Fazura (Kami Histeria)

Pemenang Anugerah Skrin ASK 2014

Anugerah Drama Terbaik •Matahari Terbit Lagi
Anugerah Pengarah Terbaik Drama •Azeli Mohammad – Matahari Terbit Lagi
Pelakon Wanita / Lelaki Terbaik Drama •Adik Puteri Balqis dan Anuar Chew Abdullah
Pelakon Pembantu Lelaki Drama •Nam Ron
Pelakon Pembantu Wanita Drama •Nabila Huda
Videografi Terbaik Drama •Mohammad b. Mohd Rameli – Matahari Terbit Lagi!
Lakon TV Terbaik •Matahari Terbit Lagi – Eenaz Mokhtar

Anugerah Filem Terbaik •Tanda Putera
Pelakon Lelaki / Wanita Terbaik Filem •Bront Palarae dan Sharifah Amani
Pelakon Pembantu Lelaki Filem •Zizan Nin
Pelakon Pembantu Wanita Filem •Natasha Hudson
Lakon Layar Terbaik •Lemak Kampung Santan – Hans Isaac

Rancangan Hiburan Terbaik •Rockestra – TV9
Rancangan Anugerah Terbaik •AJL28
Rancangan Realiti Terbaik •Bintang Mencari Bintang
Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial •Ariana Rose
Drama Komedi Bersiri Terbaik! •Nasi Ayam Duda
Drama Rantaian Terbaik •Ummi
Drama Premium Terbaik •Karlos Bolos

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik •Rancangan ‘Dengan Basikal Aku Menjelajah’ (Cahaya Misteri Aurora Borealis)
Rancangan Bual Bicara Terbaik •MHI – Misi Mencari MH370
Laporan Khas Berita Terbaik  •Buletin Utama – Kuda Kelate

Senarai lagu ke Anugerah Juara Lagu/Finalis AJL29

Gilalah (Stacy) - Omar K/Mike Chan & Stacy
Romancinta (Mojo) - Edry Abdul Halim
Masih Aku Cinta (Shila Amzah) - Shila Amzah
Malaikat (Hazama) - Omar K/Omar K & Hazama
Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah) - Tam/Rudy Imran
Percayalah (Indah Ruhaila) - Aiman / Mohd Atlas
Gadis Jolobu (Dato' Hattan & Waris) - DJ Fuzz/ Datuk Hattan & WARIS
Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) - Sam Bunkface
Matahari (Hafiz) - Ajai / Transformer Melayu
Sesal Separuh Nyawa (Alyah) - Alfi Tiga & Aidil AF3 / Shah Shamsiri & Alyah
Lelaki (Yuna) - Yuna
Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne) - SonaOne / Joe Flizzow

Dan pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014 sudahpun diumumkan. Tapi calon-calonnya yang menjadi persoalan ialah ke mana menghilangnya nama seperti Amri Yahyah, Dickson Nwakeme, Paulo Rangel, Nazrin Nawi, Safiq Rahim dan Mat Yoe! Eh... Ok baii~



Pemain Tengah Terbaik:
Mohd Badhri Radzi (Kelantan FA)

Pemain Pertahanan Terbaik:
Razman Roslan (Pahang FA)

Penjaga Gol Terbaik:
Khairul Azhan (Pahang FA)

Jurulatih Terbaik:
Zainal Abidin Hassan (Pahang FA)

Pemain Import Terbaik:
Ali Asfaq (PDRM)

Pemain Muda Terbaik:
Mohd. Farhan Roslan (Kedah FA)

Anugerah Fair Play:
Terengganu FA

Kelab Penyokong Terbaik:
JDTFC

Kelab Bolasepak Terbaik:
JDTFC

Persatuan Bola Sepak Terbaik
Pahang FA

Pemain Paling Bernilai (MVP) 2014:
Khairul Azhan ( (Pahang FA)