Hebahan

Tuesday, September 30, 2014

Wajah September 2014

Nota TT : Mulai bulan depan, tiada lagi segmen CDC setiap bulan memandangkan label Wajah lebih mendapat sambutan pembaca. Ini adalah Carta Darjah Celcius (CDC) September yang terakhir untuk tahun ini. Carta Darjah Celcius (CDC) edisi Khas, Carta Darjah Celcius 2014 (CDC 2014) akan terbit pada bulan Disember 2014 nanti.

CDC September 2014

(1) Berita Pendidikan; UPSR bocor!! Betul-betul dalam sejarah hitam negara. Sebelum ni ada saja kes bocor tapi tak kecoh. Bukankah ada soalan back up?? Hmm.. Menteri Pendidikan kena jawab. Belum isu peperiksaan PT3 lagi.. Masa akan datang, subjek BI jadi subjek wajib lulus SPM ke wahai Kementerian Pendidikan Malaysia??Ranking Universiti di Malaysia tahun 2014 ikut turutan, UM, UKM, UTM, USM, UPM. Eh, kes student UiTM hina orientasi apa kes?? Dalam masa yang sama, projek tahun akhir student UTP buat alat pengecas henfon guna haba badan. Kemeletz~

TT : Petrosains Science Festival 2014 sudah berlalu. Petrosains Science Show Competition 2014 pada 15 dan 16 Oktober nanti. Khabarnya ada rakaman untuk pelanggan Astro saluran TVIQ.

(2) Berita Politik; Isu MB Selangor dan Exconya sudah terjawab. Ternyata PAS menjadi mangsa. Dah lah kurang kerusi EXCO.. kalah pula dalam PRK Pengkalan Kubor tanpa sokongn rakan sekutu. Hmm.. Kampung Bunohan di Pengkalan Kubor! Memang wujud. PASMA apa cerita?? PAS macai Anwar kah?? Kah kah kah...Dan bekas penggiat politik PAS Mohd Lotfi Ariffin meninggal dunia di Syria. Hmm.. sambil-sambil itu, apa cerita ni Menteri JPM kata isi pendapatan rumah melebihi RM 5900??

TT : Tun Dr. M dah kutuk Melayu.. dah kutuk Najib. Tapi tiada respon daripada UMNO pun..

(3) Berita Sukan; saingan bola sepak Piala Malaysia sudah masuk ke pusingan Suku Akhir yang akan bersambung bulan ini. Liga bola sepak Inggeris Barcalay, BPL pun sudah bermula. Permulaan yang kurang baik buat MU. Lebih teruk daripda zaman Moyes. Sukan Asia di Incheon Korea Selatan juga sedang berlangsung. Arsenal dah dapat 1 piala. Tapi... Welbeck pula yang tiba di Emirates.

TT :  Hashtag yang dicetuskan Menteri Belia dn Sukan, abam KJ, #fitmalaysia makin trending uols.

(4) Berita Hiburan; Sempena bulan kemerdekaan, sebelum tengok wayang, penonton diminta berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan! Filem Lelaki Harapan Dunia ditayangkan di Toronto. Superspontan 2014, Anugerah Lawak Warna 2014, AF2014, Mentor Legend antara rancangan yang menghiasi kaca TV. Top 5 APM2014, FFM26 dan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur telah diumumkan. Makin hujung tahun, makin banyak pula anugerah, AIM dan AJL dalam senarai. Zed Zaidi telah dilantik semula Presiden seniman menewaskan beberapa nama termasuk Sofea Jane! Apa-apapun tahniah. Tahniah juga kepada Alif Satar dan Aliff Sleeq yang selamat diijbkabulkan.  Eh, apa cer Abby Abadi ni... dengarnya ada pengganti... aummm~

TT : Takziah atas pemergian arwh Jamil Sulong. Al-Fatihah.

(5) Trending semasa; upacara perkebumian jenazah mangsa MH17, ada tragedi ahli keluarga mangsa menumbuk jurugambar NSTP! Fenomena awan bergulung jadi perbahasan seketika sebelum kes virus Ebola dan Zeus menjadi viral. Turut viral video pekerja DBKL dengan peniaga tanpa lesen. Satu lagi kes biawak "baham" bayi. Tk pasal-pasal. Apa-apapun, India "berjaya" mencatat sejarah tersendiri menangkap gambar di Marikh!

TT : #ios8 trending juga ke... walaupun bending iPhone6 pun trending juga!

Wajah September 2014

(1) YAB Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. TAHNIAH! Dan terima kasih Tan Sri Khalid Ibrahim.




(2) Iphone 6 versus Note 4










(3) Virus Ebola & Zeus - apa bezanya? Satu serang di alam maya.. satu lagi serang manusia!









(4) Safwan Anang - didakwa atas Akta Hasutan bersama dengan Adam Adli. Turut terpalit isu LENSA yang menghantar memo kepada Presiden PAS lalu disekat abang Long Fadhil.




(5) Ustazah Yasmin Mogahed - penulis, pendakwah wanita antarabangsa. Antara buku tulisan beliau, Reclaim Your Heart yang turut dijadikan rancangan tazkirah Ramadhan di Astro Oasis dihoskan oleh Hajjah Mizz Nina. Meletop!









(6) Amirah Filzah (Dunia Lola), Megat AD dan Opi (Atita Haris)  - glamor di alam maya!!




Mereka bertiga ni amt terkenal di alam maya terutama sekali di laman sosial Instagram di mana pengikut (follower) mereka berjumlah puluhan ribu malah ada yg mencecah ratusan ribu (si Opi). Jom kita kenal sedikit sebnyak mereka bertiga ni.

Megat AD berwajah persis Aeril Zafriel ini, ataupun Megat Amir Danish, merupakan bekas pelajar SMK Victoria kini menuntut di UiTM Lendu(foria) eh, motif?? kos komunikasi massa. Dulu dan kini aktif bersosial (di alam maya sambil berniaga online), fotografi di hati namun kini mengorak langkah sebagai usahawan muda bersama rakan bisnes Hafiz Hamidun (bukan anak ikan ya..eh...anak saudara okay!) membuka butik Mikraj Concept di Damansara.




Amirah Filzah dengan nama pentas Mira Filzah bermula sebagai blogger, kemudian bergelar model. Dahulunya free hair kini sudah bertudung litup dan sudahpun bergelar pelakon. Drama pertamanya, Dunia Lola, Mira Filzah sebagai Lola. Dan ada muncul dalam video klip Hafiz Hamidun, Jodoh Berdua yang dicipta khas oleh peminat. Mira Filzah ni katanya... macam Yoona SNSD! Siapakah?? Oh ya! Atita ni besan kepada kokping. No wonder lah.





Opi merupakan anak kepada Atita Haris. Kepopularan Opi setaraf dengan Arjuna Kokping dan Arrian Tomok. Atita Haris yang memilih berkahwin awal, seterusnya menjadi ibu muda, dalam masa yang sama bergelar model sering merakam aksi dan keletah Opi yang super-duper cute! Sampai satu tahap, di IG Atita Haris pengikut hanya mahukan berita Opi walaupun... (hmm..sila habiskan sendiri)






(7) Supermokh The Musical Restaging dan Filem Biopik Saloma - antara produk terbaik tahun 2014







(8) Fenomena Frozen, Maze Runner !

Frozen datang dengan pakej. Jalan cerita mantap kisah princess yang membuatkan kanak-kanak perempuan berangan jadi puteri raja, manakala kanak-kanak lelaki berngan nak kahwin princess ya! Bukan jadi princess, takut kecelaruan identiti di situ. Ditambah dengan lagu yang cukup catchy, Let It Go. (Bebaskan.. versi BM nyanyian Marsha...haiyo). Seterusnya, banyak produk Frozen jadi kegilaan kanak-kanak, beg, baju, botol air, alat tulis dan macam-macamlah sampai ke aplikasi telefon pintar dan juga game! Kini sudah disiarkan di Astro... sampai trending mengaburi kekalahan MU walaupun ada bintang seperti Di Maria dan Falcao!




Maze Runner bermula dengan novel tulisan James Dashner yang diangkat menjadi filem. Rata-rata mendapat pujian memandangkan pemilihan pelakon yang kena dan kurang annoying berbanding novel. Kisahnya, sekumpulan remaja yang terperangkap di dunia apokalips yang ingin bebas! Takleh cerita lebih-lebih takut terbagi spoiler. Baca novel takpe.


 


(9) Ayda Jebat dan Amir Jahari - AF 9 dulu kena Ops Gugur! Kini masyhur~

Siapa ingat?? Mereka berdua dikeluarkan awal-awal AF9 digantikan oleh Hazama (yang jadi juara) dan Fina (adik kepada Ayda). Namun... nampaknya mereka berdua lebih berjaya berbanding finalis lain. Amir berjaya sebagai penyanyi sampai jadi finali AJL tercalon AIM. Ayda yang persis wajah Wawa Zainal pula semakin terkenal selepas fenomena bersama Zul Ariffin dalam rindu Awak 200%!












(10) Pemuzik masa depan, No Noise Percussion, Elizabeth Tan dan band Nastia.

Elizabeth Tan, terkenal di Youtube setelah membuat banyak lagu saduran. Antara yang menarik perhatian seperti Royals, Pencuri, Kantoi serta lagu perayaan seperti Suasana Hari Raya dan Tanggal 31.



No Noise Percussion pula "kelahiran" UiTM yang membuat persembahan muzik menggunakan alat-alat kegunaan harian seperti tong, pisau, senduk, dan macam-macam lagi. Drummer Seven Collar T-Shirt, merangkap sessionist Yuna, Adil Halim antara orang kuat band ini.

 



Band Nastia pula lahir daripada pertandingan battle of the band anjuran Suria.FM. Mula dikenali selepas single Kisah Kita dilancarkan. Kini dijangka hit dengan single terbaru, kolaborasi bersama Liyana Fizi, menerusi lagu, Esok Belum Tiba.